Anda di halaman 1dari 3

Kecelaruan seks serius -- Lelaki mahu jadi wanita banyak

berlaku di asrama sekolah, IPT


Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN dan RUBIAH NORDIN

PETALING JAYA 22 Nov. - Masalah kecelaruan seks - fenomena mahu menjadi perempuan -
didapati semakin serius berlaku di kalangan pelajar lelaki khususnya yang tinggal di asrama
sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Kajian Institut Kajian Liberal, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di beberapa sekolah
berasrama dan IPT sekitar Lembah Klang mendapati, bilangan kumpulan tersebut semakin
bertambah seiring perkembangan manusia.

Analisis data hasil kajian itu mendapati, terdapat lima hingga 10 peratus golongan
homoseksual wujud di sekolah dan IPT - rata-ratanya beragama Islam.

Ketua pasukan kajian itu, Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi menegaskan, walaupun perangkaan
itu agak sedikit bilangannya, tetapi jumlahnya semakin bertambah saban hari dan ia
berlaku hampir di semua sekolah berasrama dan IPT.

``Kebanjiran laman web khas dan kelab-kelab gay di Internet telah mendorong
`pembiakan' ahli-ahli golongan tersebut dan membolehkan mereka berinteraksi dan
melakukan aktiviti songsang mereka. 

``Golongan ini juga semakin berani mewujudkan kumpulan-kumpulan sendiri dan


menonjolkan diri dalam program-program di universiti,'' katanya ketika diminta mengulas
hasil kajian tersebut yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Dunia Dalam
Wacana: Representasi Realiti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Menurut beliau, kajian tersebut menekankan persoalan tabiat yang dicerakinkan kepada
penyilangan tiga dimensi iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan.

``Misalnya, kebiasaan menonton video lucah yang menampilkan pelbagai adegan termasuk
seks songsang, seseorang itu akan memperoleh ilmu atau pemahaman baru kemudian
diterjemah dengan kemahiran yang akhirnya menimbulkan keinginan.

``Prinsipnya mudah, apabila seseorang membentuk tabiat diri sama ada baik atau buruk,
mereka pasti akan melalui proses ketiga-tiga dimensi tersebut,'' jelasnya.

Hasil kajian bertajuk Fenomena Kecelaruan Seks Pelajar Lelaki dan Masyarakat Masa kini:
Kajian Kes Bekas Pelajar Asrama dan IPT itu menggariskan, gaya hidup songsang itu juga
didorong oleh faktor:

* Kebebasan melayari laman web atau video lucah sejak kecil termasuk dalam makmal
komputer sekolah.
* Memenuhi keinginan mencari kumpulan atau `pasangan' sejiwa bagi memenuhi rasa
sunyi atau mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah.

* `Pembiakan' kecelaruan seksual oleh mangsa kepada rakan-rakan sebaya sama ada di
sekolah atau di universiti.

* Prasarana hiburan tidak terbatas yang memberi ruang kepada percambahan tingkah laku
songsang.

* Masalah ikatan kekeluargaan yang lemah, terbiar dan didikan agama yang longgar.

``Dalam isu kekeluargaan misalnya, keluarga sekarang terlalu menekankan penjagaan


anak perempuan sehingga mengabaikan anak lelaki, kononnya mereka boleh jaga diri,
prinsip ini mesti diubah,'' jelasnya.

Mohd. Ariff yang juga perunding psikologi berkata, pengukuran yang dibuat dalam kajian
tersebut dibuat melalui analisis secara pemerhatian, penggunaan data dan juga perangkaan
yang dibuat secara umum persampelannya.

Selain itu katanya, hasil kajian diperoleh melalui pemerhatian dan rekod perbualan kes-kes
tertentu bagi pelajar atau bekas pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

``Pendekatan dalam isu ini mudah, golongan ini dikatakan tidak normal, jadi kecelaruan
seks ini lebih menjurus seksual yang tidak normal dan mempengaruhi nilai-nilai manusia itu
sendiri.

Mohd. Arif turut menampilkan empat kajian kes untuk mengukuhkan kajian tersebut iaitu:

Kajian Kes 1

Seramai 15 daripada 18 pelajar asrama yang dipilih secara rambang mengakui pernah atau
menjadi kebiasaan melayari laman web lucah termasuk di makmal komputer sekolah.

Lima daripada mereka mengaku menonton cakera padat lucah sejak berumur 10 tahun.

Kajian Kes 2

Pendedahan bekas pelajar asrama yang kini menuntut di IPT `meluaskan' pengaruh dengan
mencari rakan-rakan yang mempunyai jiwa yang sama melalui program-program universiti
seperti aktiviti mentor atau abang angkat.

Kajian Kes 3

Bekas pelajar asrama mengembangkan lagi pengalaman sebaik sahaja menuntut di IPT
melalui prasarana di sekitar Lembah Klang yang menjanjikan aktiviti sosial secara
berleluasa tanpa sekatan.
Kajian Kes 4

Pelajar yang mengalami masalah keluarga, terbiar, didikan agama yang cetek sehingga
memilih permulaan tabiat berhibur yang negatif bagi mengisi kekosongan jiwa yang
bermasalah.

Anda mungkin juga menyukai