Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN 1: KOMUNIKASI BERTULIS

Sajak: Perginya seorang sahabat dan teman

Hidup ini umpama roda


Kadangkala di atas
Kadangkala di bawah
Hidup ini satu perubahan

Dalam perubahan terselit satu perjalanan


Suka, duka, tangis, tawa, marah, gembira
Semuanya dalam satu ikatan yang dinamakan
Persahabatan

Adakalanya kita berselisih


Di situlah kita merasa kasih dan sayang
Adakalanya kita ego
Di situlah kita merasa saling mengerti
Adakalanya kita tak sehaluan
Di situlah kita sering berpimpinan tangan

Tapi hidup adalah perubahan


Di kala jarum jam berputar
Bulan dan bintang menjadi saksi
Baru disedari betapa berertinya seorang sahabat

Namun…
Hari-hari tak pernah sama
Dikau pergi dahulu
Moga dikau aman dan berada ditempat yang mulia

1
Sahabatku …
Akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjalanan ini masih jauh beribu batu
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku teman sejati

(Sila rujuk lampiran untuk cerpen: Kau Sahabat Kau Teman)

2
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN OLAHRAGA V
INSTITUT PENDIDIKAN GURU IMPIAN 2020

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Masa : 800pagi – 810pagi


Cue : Apabila melihat para pelajar di hadapan dan mengambil tempat duduk
masing-masing. Juruacara menasihatkan:
Ann : Para guru pelatih sekalian, dipersilakan mengambil tempat duduk anda
masing-masing bagi memulakan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga V Institut
Pendidikan Guru Impian 2020.

Masa : 815pagi
Cue : Apabila Pengarah IPGI tiba di hadapan pintu masuk Dewan IPGI 2020,
gamelan dibunyikan. Juruacara mengumumkan:
Ann : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan
Guru Impian 2020, En.Kamarulzaman Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah, Pn.
Margaret Nyahen.

Masa : 820pagi
Cue : Setelah tetamu duduk, Buku program Kejohanan Olahraga V IPGI 2020
diedarkan. Juruacara memulakan majlis dengan ucapan:
Ann : Assalamualaikum Wr. Wb dan selamat pagi, salam bahagia dan salam 1
Malayisa. Selamat datang ke Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga V Institut
Pendidikan Guru Impian 2020. Yang Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru
Impian, En.Kamarulzaman Abdul Aziz, Timbalan Pengarah, Pn. Margaret Nyahen,
Pengerusi Kejohanan, En.Nazree Hizazi, para jemputan, para pensyarah dan para guru
pelatih sekalian.

Masa : 822pagi

3
Cue : Bacaan doa selamat akan dibacakan oleh En.Zainuddin Salim selepas
juruacara berpantun:
Ann : Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput guru pelatih KPLI ambilan Jun 2020,
Opsyen Bahasa Inggeris, En.Zainuddin Salim, untuk membaca bacaan doa.
Cue : Setelah selesai bacaan doa, juruacara mengucapkan terima kasih.
Ann : Terima Kasih.

Masa : 825pagi
Cue : Ucapan alu-aluan Pengerusi Kejohanan.
: Majlis mempersilakan En.Nazree Hizazi, Pengerusi Kejohanan Olahraga
V Institut Pendidikan Guru Impian, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Cue : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terima
kasih kepada Pengerusi Kejohanan.
Ann : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Masa : 830pagi
Cue : Ucapan Pengarah Institut Pendidikan Guru Impian.
Ann : Seterusnya, majlis menjemput, Yang Berbahagia Pengarah Institut
Pendidikan Guru Impian, En.Kamarulzaman Abdul Aziz, untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Kerasmian Kejohanan Olahraga V Institut
Pendidikan Guru Impian 2020. Dengan penuh hormat, dipersilakan.
Cue : Selesai sahaja Yang Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru
Impian 2020, En.Kamarulzaman Abdul Aziz menyampaikan ucapan perasmian,
juruacara mengucapkan terima kasih.
Ann : Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih.

4
Masa : 845pagi
Cue : Kelab Tarian dan Kebudayaan IPGI mengambil tempat di sebelah kanan
pentas untuk membuat persembahan.
Ann : Sebelum bermulanya Kejohanan Olahraga V, majlis kita pada pagi ini
akan dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan moden daripada Kelab
Tarian dan Kebudayaan IPGI bertajuk “Warna-warni IPGI Gemilang”. Dipersilakan.
Cue : Selesai sahaja persembahan tarian, mereka ke belakang pentas.
Juruacara merakamkan terima kasih.
Ann : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab Tarian dan
Kebudayaan IPGI pimpinan En.Rudy Bayang, gubahan dan alunan muzik oleh En.Nov
Bernardy.

Masa : 915pagi
Cue : Setelah selesai sahaja persembahan tarian, juruacara mengucapkan:
Ann : Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga V Institut Pendidikan Guru Impian
2020 hampir ke penghujungnya, sebagai tanda besar hati dan ucapan terima kasih,
majlis mempersilakan Pengerusi Kejohanan, En.Nazree Hizazi untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru Impian
2020, En.Kamarulzaman Abdul Aziz. Dipersilakan.

Masa : 930pagi
Cue : Setelah selesai Pengerusi Kejohanan menyampaikan cenderamata
kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Impian, juruacara berpantun:
Ann : Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap sepatah,
Jangan simpan di dalam hati.

Masa : 932pagi

5
Cue : Juruacara mengumumkan para hadirin berdiri sebelum berakhirnya Majlis
Perasmian Kejohanan Olahraga V Institut Pendidikan Guru Impian untuk menyanyikan
3 buah lagu sebagai penutup majlis:
Ann : Sebagai penutup majlis, para hadirin sekalian diminta berdiri bagi
menyanyikan 3 buah lagu: “Negaraku”, “Ibu Pertiwiku” dan “IPGI Gemilang”.
Cue : Sebaik sahaja selesai lagu ketiga dinyanyikan, juruacara mengumumkan:
Ann : Hadirin sekalian, majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru Impian, En.Kamarulzaman Abdul Aziz,
Timbalan Pengarah, Pn. Margaret Nyahen, para jemputan, para pensyarah dan semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Maka,
secara langsung Kejohanan Olahraga V Institut Pendidikan Guru Impian 2020 telah
bermula.
Cue : Muzik gamelan dimainkan. Juruacara mengumumkan:
Ann : Mengumumkan, Yang Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru
Impian, En.Kamarulzaman Abdul Aziz, Timbalan Pengarah, Pn. Margaret Nyahen
meninggalkan dewan.

6
RUJUKAN

1. Cerpen : Kau Sahabat Kau Teman. Ogos 22, 2010. Oleh: wardatul_shauqah. Rujuk
alamat web, http://www.penulisan2u.my/2010/08/cerpen-kau-sahabat-kau-teman-2/
2. Pantun Bacaan Doa dan Salam Perpisahan. Ogos 28, 2010. Rujuk alamat web,
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=vertsections&SubVertSectionID=983&VertSectionID=25&CurLocation=826
&IID=

7
LAMPIRAN

Cerpen : Kau Sahabat Kau Teman


22 August 2010
Kategori: Cerpen

Oleh: wardatul_shauqah

“Mak…! Nak balik, nak balik… tak nak duk asrama…!, “Azliana menghentak-hentak
kaki selesai saja Puan Ramlah mendaftarkannya masuk tingkatan satu ke sekolah
berasrama itu dan meletakkan barang-barangnya di dalam blok A Asrama Khadijah.

“Nana, tinggal kat asrama la best.Ramai kawan, study sama-sama.Nana satu-satunya


anak Mak.Nana kena belajar rajin-rajin ya …“pujuk Puan Ramlah.

“Tapi Mak, semua kawan Nana tak sekolah sini.Nana boleh duduk rumah,Nana jalan la
datang sekolah. “,jawab Azliana mempertahankan keputusannya.Wajahnya yang putih
makin kemerahan menahan kesedihan di dalam hati.Tidak pernah berpisah dengan ibu
bapanya selama ini.

“Tak pe, nanti ramai kawan baru yang nak kawan dengan Nana.Jauh kalau nak berjalan
dari rumah ni,lagi pula duit minyak makin mahal.Mak nak balik dah ni.Ayah tunggu
sorang je kat rumah tu.Jangan sedih-sedih ye …”, tambah Puan Ramlah lagi memujuk
anaknya yang pertama kali tinggal di asrama itu.

“Mak …isk isk isk …, “Nana memanggil Maknya sayu, air matanya mula berlinangan
jatuh membasahi uniform sekolahnya.

“Ye Nana, dah jangan nangis.Belajar rajin-rajin ye nak,Mak dan Ayah akan sentiasa
doakan kejayaan Nana., “Puan Ramlah memeluk Azliana dan mengusapnya

8
lembut.Puan Ramlah mula masuk ke perut teksi yang sudah lama menunggunya,dah
tidak lama selepas itu,kereta itu hilang dari pandangan Azliana.

Tangisannya makin memuncak.Dia masuk ke dalam asrama dan duduk di atas


katilnya.Dia seperti tiada arah,tangisannya makin kuat.Semua pelajar yang berada
disekeliling melihat saja ke arahnya.Ada beberapa senior yang datang memujuk tidak
diendahkannya.

Tiba-tiba bahunya disentuh.

“Awak…, “sapa seorang pelajar perempuan.


Azliana memandang ke arah perempuan itu.Hatinya berasa lebih tenang dengan
sentuhan dan sapaan lembut itu.

“Awak…jangan nangis.Wawa pun sedih,Mama dan Papa baru je tinggalkan


Wawa.Wawa pun baru masuk hari ni.Wawa form one.Nama awak sape?, “tegur Salwa
memperkenalkan diri tanpa dipinta dan duduk disebelah Azliana.
Esakan tadi makin berkurang.Azliana rasa selesa dengan kawan barunya itu.

“Azliana.Panggil je Nana.Nana pun form one.Nana sedih,Nana tak pernah berpisah


dengan Mak dan Ayah.Dulu,Nana tinggal kat rumah je.Mak dan Ayah yang hantar pergi
sekolah.Nana suka sekolah dulu.Nana ade ramai kawan., “Azliana mula berminat
meluahkan apa yang terpendam.

“Wawa pun suka duk rumah.Mama dan Papa suka bawa Wawa pergi jalan-jalan.Bibik
pulak suka masak ape je yang Wawa nak.Wawa pun tak nak duk asrama.Tapi…, “kata-
kata Salwa terhenti.Wajahnya menampakkan kesedihan.Dia merenung dalam mata
Azliana.

9
“Papa dan Mama…Papa dan Mama tak lama lagi akan mati…, “luah Salwa tersekat-
sekat.Dia pula menggantikan tempat Azliana.Tangisannya pula yang kedengaran di
dalam blok itu.

“Ha?!,Kenape?Papa dan Mama Wawa sakit ape?, “Azliana terkejut dengan kenyataan
yang diluahkan Salwa.

“Papa dan Mama ade sakit yang tak dapat diubati.Bibik yang cakap.Papa dan Mama
tak pernah bagi tahu Wawa.Tapi Wawa selalu nampak Papa dan Mama ulang-alik ke
hospital.Kawan-kawan Wawa pun ade bagi tahu Wawa.Kadang-kadang tak balik
rumah.Papa dan Mama cakap ade kerja,tapi Wawa tak percaye.Wawa tanya
bibik,mula-mula bibik tak nak bagi tahu.Tapi Wawa paksa jugak.Bibik kata Mama dan
Papa kena tahan di hospital beberapa hari.Ada rawatan khusus.Wawa sayang Papa
dan Mama.Wawa tak sanggup kehilangan mereka.Sebab tu Wawa ikut cakap Papa dan
Mama untuk tinggal di asrama ni.Nana,jadi kawan Wawa ye.Wawa tak de kawan lagi
kat sini.Wawa rindu Mama dan Papa…, “luah Salwa penuh emosi.

“Wawa…Nana nak kawan ngan Wawa.Wawa jangan sedih…, “Azliana pula memujuk
Salwa.Rasa simpati terhadap kenalan barunya itu.Rupanya kesedihan
dirinya tidaklah seteruk Salwa.Tangisan yang berhenti tadi,kedengaran kembali.Mereka
berpelukan.Tangisan kali ini semakin kuat,dua tangisan bersatu menjalinkan ikatan
persahabatan.

Ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka di asrama itu juga melihat dengan penuh
rasa terharu dan mata yang berkaca.

***

Genap dua bulan mereka bersahabat,mereka saling berkongsi rasa suka dan
duka.Mereka dikenali di sekolah sebagai “kembar nakal “, tetapi bukanlah

10
samseng.Walaupun begitu,mereka sangat disayangi kawan-kawan dan guru-guru
disekolah kerana kecerdikan serta kecantikan mereka.

“Mana lencana?, “tegas seorang pengawas perempuan bertanya pada Azliana.

“Ade., “jawab Azliana selamba walaupun ternyata dia tidak memakainya pagi itu.

“Ni., “sampuk Salwa disebelahnya menunjukkan lencana yang dipakainya.

“Ni lencana awak.Akak tanya lencana dia ni., “nada suara pengawas itu ditinggikan
geram dipermainkan oleh budak tingkatan satu.

“Relaks kak pengawas,lencana ni tersorok sikit kat belakang ni…jap,ish susahnya…!


Wawa tolong tarik.., “Azliana mencari helah.Dia buat-buat menarik tudungnya yang
tersepit di celah zip beg sekolah yang digalasnya.

“Satu dua tiga…tariiiiiikk..,berjaya! “jerit Azliana.

“Huh!Berjaya jugak kan Nana., “balas Salwa.

“Tapi kak,tercabut.Lencana ni tercabut dari tudung.Mungkin tarik kuat sangat kot.,


“Azliana mengeluarkan lencana dari poket begnya yang memang tidak dijahit secara
sembunyi.

Pengawas itu menggeleng kepala melihat telah Azliana dan Salwa.

“Baik..!Hari ni dimaafkan.Malam ni jahit.Esok pastikan lencana tu melekat kuat kat


tudung awak.Letak gam gajah ke.Faham!, “arah pengawas perempuan itu malas
melayan dua budak yang pandai berdalih itu walaupun dia tahu langsung tidak masuk
akal lencana yang sepatutnya berada di depan tersangkut di
zip beg belakang.Malas membuang masa.

11
“Huh…mujur akak tu tak perasan.Kalau tak, Nana mesti kena diri kat depan tu.Nape
Nana tak pakai lencana hari ni?, “tanya Salwa sambil berjalan beriringan dengan
Azliana masuk ke kelas 1 Asfar.

“Nana lupa.Pagi tadi nak jahit,tapi tak sempat.Nana bawakla pergi sekolah.Rupanya tak
sempat jugak.Terima kasih Wawa tolong Nana tadi,kalau tak mesti Nana dah
kena.Pandai jugak Wawa berlakon ye.Hehe., “Azliana menepuk lembut bahu Salwa.

“Hee..kita kan kawan…, “jawab Salwa pantas.

“Betul,betul,betul…friends forever… “Azliana mengajuk ungkapan yang selalu disebut


Ipin dalam kartun animasi Upin dan Ipin.
Mereka berlalu masuk ke kelas.

***

Kringgg….

“Jom Wawa,Nana belanja makan hari ni. “pelawa Azliana pada sahabat karibnya itu.

“Tapi,kesian Nana,selalunya,Nana je yang belanja. “Salwa menolak lembut.

“Mak Nana cakap,memberilah apa yang kita mampu. “Azliana tersenyum manja.

“Baiklah,baiklah,tapi lain kali biar Wawa belanja Nana pula ya? ”

“Ok… ”

“Janji? ”

12
“Janji…jom..! ”

“Jom… ”

“Erm..Wawa nak makan apa? ”


“Nasi goreng je lah,Nana? ”

“Samalah,nasi goreng jugak.Wawa duduk dulu ya. ”

“Ok,Wawa cari tempat dulu ya. ”

“Ok,ermm…abang,nasi goreng 2 ya. ”

“Sebelum tu,abang nak tanya,sape nama kawan adik tu?Wawa? “tanya abang yang
menjual di kantin sekolah itu yang berumur dalam lingkungan 30-an.

Azliana terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.Hatinya mula berdebardebar.

“Erk…a’ah..Wawa,kenapa bang? “jawab Azliana sedikit tergagap.

“Cantik..boleh tahan..,cakap Abang Man kiri salam ye. “tajam mata abang itu
memandang ke arah Salwa.

Hati Azliana mula berasa tidak enak.Dia mula mengalih topik.

“Ermm..abang…nasi goreng mana? ”

“Oh,sorry-sorry terlupa pulak.Nah.., ” abang itu menghulurkan dua pinggan nasi


goreng,tapi pandangannya tetap ke arah Salwa.

‘Ish..gatalnya dia ni…bencinya…!’ getus hati Azliana.

13
Azliana mengajak Salwa makan jauh dari kantin supaya Abang Man tidak dapat
mengintip Salwa lagi.Azliana menggunakan alasan bahawa ada ‘kucing besar’ di
kantin,dan dia juga alah pada bulu kucing.

***

Sudah empat tahun berlalu,ikatan persahabatan mereka makin utuh.Mereka makin


membesar dan bertambah cantik.Mereka sentiasa bersama,belajar bersama,bersukan
bersama,dan segalanya bersama.Ketika Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR),kedua-dua mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah.

Pada tahun ini,mereka akan menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan mungkin juga selepas itu,mereka membawa haluan masing-
masing.Rasa sedih tidak dapat digambarkan.Mereka sentiasa mengelak dari
mebincangkan rancangan masa depan mereka,kerana mereka tahu mereka tidak akan
bersama.Papa dan Mama Salwa,mahu Salwa menyambung pelajaran ke luar
Negara.Manakala,Azliana pula di universiti tempatan.

Selepas Zohor pada hari Sabtu,Azliana,Salwa dan Habibah merancang untuk keluar ke
Bandar Taiping untuk memberi barang-barang menyambut hari perpisahan untuk
Asrama Khatija. Mereka bertiga menaiki bas awam. Dalam sepuluh minit, mereka
selamat sampai di pusat membeli-belah The Store. Mereka bertiga menaiki bas
awam.Dalam sepuluh minit,mereka selamat sampai di pusat membeli-belah The Store.
“Kita bertiga berpisah ya.Cepat sikit cari barang.Dah salin kan barang-barang yang kita
bahagikan tadi? “tanya Habibah sebagai ketua Asrama Khadijah.

“Dah.., “jawab Azliana dan Salwa serentak.

“Baiklah,siapa yang dah sudah,kumpul dekat bus stop depan ni ye… “Habibah
menunjukkan hentian bas di seberang jalan.

14
“Baik bos…hehe.. “jawab Azliana dan Salwa sambil menggayakan seperti tanda hormat
seorang anggota polis.Mereka bertiga ketawa dan mula bergerak menyempurnakan
tugas masing-masing.
20 minit kemudian…

“Wah…cantiknya…, “Azliana memandang ke arah kincin bear yang banyak tergantung


di sudut kedai.Fikirannya mula memikirkan sahabat baiknya Salwa,dia yakin Salwa
pasti sukakannya.Hatinya sangat gembira dan tidak sabar ingin menghadiahkan pada
sahabat karibnya itu.
Usai membeli,Azliana bergerak ke tempat yang dijanjikan tadi.Jam menunjukkan pukul
6 petang.Azliana tersentak dan berdebar bilamana melihat kelibat Abang Man di
hadapannya berlari seperti sedang
dikejar.

Azliana tidak mempedulikan,dan terus berjalan ke arah hentian bas.Habibah sudah


menunggu di situ.

“Ha,Salwa mana?, “tanya Habibah sambil mengerling ke arah jam beberapa kali.

“Ntah..ingatkan dia dah datang sini.Tak sudah lagi kot. “jawab Azliana cuba berfikir
positif.

“Eh,nak kata banyak,barang kita lagi banyak rasanya.Kita belum solat Asar lagi
ni.Entah-entah dia dah balik… ”

“Tapi…tak mungkin kan?Takkan dia tinggalkan kita? ”

“Mungkin dia balik dulu,dia nak solat dulu ke?Dia kan selalu solat di awal waktu? ”

“A’ah kan,betul juga.Nana tak boleh solat.Ermm,jadi kita nak balik ke ni? ”

15
“Ye lah!Saya rasa dia memang dah balik ni.Dia kan dah biasa datang sendiri.Dah 6.15
ni,saya takut terlepas Asar pulak nanti.Nana nak tunggu Wawa ke?Kalau dia dah balik
macam mana? ”

“Ermm…erm..macam mana ya?Nana tak tahu balik sendiri.Nana ikut Habibah je


lah.Mungkin Wawa dah balik… “Azliana membuat keputusan.Hatinya berbelah
bahagi.Tidak tahu apa patut dibuat.Hatinya mula rungsing,Salwa tiada di
hadapannya.Dengan kelibat Abang Man tadi,menambahkan kerisauannya.

Sampai sahaja di Asrama Khatijah …

Azliana berlari masuk ke dorm mencari Salwa.Kincin bear yang dibelinya tadi
digenggam erat.Tidak sabar mahu ditunjukkan pada Salwa.Tapi kelibat Salwa langsung
tidak kelihatan.
Azliana duduk bersila di tengah-tengah antara katilnya dan katil Salwa sambil
mengenggam kincin bear tadi.Kelas prep ditinggalnya.Hanya dia seorang di dalam
dorm.Dia berharap Salwa akan
pulang dan gembira dengan hadiah yang ingin diberi.

Krekk…
Pintu dikuak seseorang…

Azliana menyorok,bimbang warden datang untuk menghukumnya.

“Nana…keluarlah..Ustazah tahu Nana ada dalam bilik…Ustazah nak cakap sesuatu


yang penting…, “lembut sahaja nada Ustazah Ainul ,iaitu warden Asrama Khadijah.

Perlahan-lahan,Azliana keluar dari tempat persembunyiaannya.

“Maaf ustazah,saya nak tunggu Salwa…,saya tak boleh belajar tanpa Salwa. “Azliana
mengaku kesalahannya.

16
“Ya,saya faham..mari ikut saya,ada orang yang mahu berjumpa dengan kamu.
“Ustazah Ainul membawa Azliana keluar asrama.

Azliana makin berdebar,meremang dan hatinya rasa sesuatu telah


berlaku pada Salwa.

Muncul Papa dan Mama Salwa dihadapannya seperti sudah lama menangis.

“Kenapa ni Uncle,Aunty?Apa dah berlaku? “tanya Azliana penuh tanda tanya.

“Salwa nak…, “Mama Salwa memulakan bicara.

“Kenapa Aunty?Kenapa?Kenapa dengan Salwa? ”

“Dia dah meninggal… ”

“Ha?..Tak mungkin Aunty…tak mungkin…!Tadi dia dengan Nana…,Wawa dengan


Nana tadi…Ni..ni hadiah untuk Wawa,Tak mungkin Aunty….Tak mungkin…Wawa
takkan tinggalkan Nana…. “matanya mula merah.Azliana menunjukkan kincin bear
yang mahu dihadiahkan pada Salwa.Dia tidak dapat menerima kenyataan itu.

“Betul Nana,Aunty tak tipu,sepatutnya,Uncle dan Aunty patut pergi dulu,bukannya


Wawa. “Mama Salwa kesal.

“Betul nak…patutnya kami dulu,tapi Allah sudah taqdirkan Wawa pergi dulu.Wawa baru
sahaja disahkan meninggal kul 9 malam tadi di hospital.Orang ramai terjumpa Wawa
berada dalam keadaan separuh bogel di semak belakang bus stop di hadapan The
Store kat Taiping dan mereka laporkan pada
polis.Polis mengatakan dia telah dirogol di tempat lain,dan telah dibuang di belakang
semak berhampiran bus stop tu.Mujurlah perogol tu dapat ditangkap.Beg dompet

17
perogol itu terjatuh di tempat Wawa dijumpai.Rupanya dia pekerja di kantin sekolah
ni !!! “panjang lebar Papa Wawa menceritakan kejadian sebenar untuk menyakinkan
Nana.

Nana mula kelihatan lemah,kakinya nampak longlai,dan dia pengsan.

***

“Nana…Nana… “suara Salwa kedengaran.

“Wawa?Wawa pergi mana? “lantas Azliana memeluk erat sahabatnya itu tidak sanggup
lagi dilepaskannya.

“Wawa tak kemanalah.Wawa pergi tempat yang tenang sangat… ”

“Kat mana tu?Nana nak ikut… ”

“Nana tak boleh ikut,nanti bila dah sampai masanya,Nana akan sampai juga.Kita jumpa
nanti ya. ”

“Tapi Wawa,Wawa tak nak ambil SPM ke?Kita kan belajar sama-sama.Perjuangan kita
masih panjang Wawa. ”

“Nana,masa Wawa dah tiba,Wawa terpaksa tinggalkan Nana.Belajar rajin-rajin ya


Nana.Wawa sayang sangat kat Nana.Terima kasih jadi sahabat Wawa susah dan
senang.Maafkan segala kesalahan Wawa. “Salwa mula melangkah menjauhi Azliana.

“Wawa….isk isk isk…, “Azliana mula tersedu-sedan.Dia tidak dapat berbuat apa-apa
untuk menghalang Salwa.

***

18
“Wawaaaaaaaaaa!!!!!!… “Azliana tersedar dari komanya.
Semua pelajar mendekatinya.

“Nana,sabar ya Nana… “Aisyah datang memujuk.

“Mana Wawa?Mana Wawa?Dia pergi mana? “tanya Azliana mengharapkan jawapan.


“Wawa dah tiada,dia dah pergi meninggalkan kita semua,dia bertemu Tuhannya…Kita
yang masih hidup kena teruskan hidup… “lembut Aisyah memujuk Azliana.

Azliana mula menangis dan memeluk Aisyah.


“Kenapa?Kenapa Wawa tinggalkan Nana…Nana sayang dia…Nana sayang sangat kat
dia…Aisyah….Nana nak jumpa Wawa… ”
Aisyah dan semua pelajar menangis bersama Azliana,mereka memahami perasaan
Azliana.Mereka cuba sedaya-upaya memujuknya.

***

Beberapa hari selepas itu,Azliana mengemas loker kepunyaan Salwa untuk dibawa
pulang oleh Papa dan Mama Salwa petang itu.
Kemas sahaja loker Salwa.Terdapat kalendar yang ditanda hari kenangan mereka
bersama.Tercatat juga hari jadi Azliana.Gambar mereka berdua juga dikepil bersama
kalendar itu.
Mata Azliana mulai berkaca.Kesedihannya ditahan.
Azliana tertarik melihat satu balang yang diletakkan di satu sudut di dalam loker
Salwa.Dia mencampai balang yang hampir dipenuhi burung kertas yang berwarna-
warni itu.Ada satu nota kecil di balang itu.
Nanti dah penuh,Wawa bagi awak kat Nana ya.Nana tu kawan baik saya.Saya nak bagi
awak kat dia masa birthday dia nanti.Cepat-cepat penuh tau…WAWA

19
Air mata mula membasahi nota kecil itu.Kenangan-kenangan bersama bermain
difikirannya.Azliana mengambil balang yang hampir dipenuhi burung itu serta gambar
mereka berdua di kalendar dan disimpan ke dalam lokernya.Itulah kenangan terakhir
Salwa baginya.
Kincin bear yang ingin dihadiahkan juga disimpan bersama balang serta gambar
tadi.Itulah barang kenangan yang akan dibawa bersama kemana saja dia pergi.Itu
niatnya.
Setiap kali mendengar lagu nasyid dari Hijjaz, “Kau Sahabat Kau Teman ” pasti Azliana
menangis.Tiap patah lirik lagu itu seperti ditujukan padanya dan Salwa.

“Memori indah kita bersama terus bersemadi,kau sahabatku kau teman sejati… “lirih
suaranya sambil melihat sekolah menengahnya untuk kali terakhir sebelum melangkah
keluar untuk meneruskan perjuangannya di peringkat yang lebih tinggi.

Hijjaz
[Kau Sahabat Kau Teman]

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,


Kerana taqdir Yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,


Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Sudah ditaqdirkan kau pergi dulu,


Disaat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang ESA.

20
Ya Allah,tempatkannya ditempat yang mulia,
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hambaMU,
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini,
Walau ku tahu kau tiada di sisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,


Selagi ruh masih dijasad hidup diteruskan,
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahgia dikau disana,


Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan,
Moga disana kau bersama para solehin,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,


Kerana taqdir Yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati.

21

Anda mungkin juga menyukai