Anda di halaman 1dari 2

James Brooke mula-mula sampai di tebing Sungai Sara

wak di tengah-tengah berlakunya pemberontakan oleh


masyarakat tempatan. Dia telah dianugerahkan wilayah
Sarawak kerana peranannya dalam menghentikan
pemberontakan tersebut. Dia menjadi Raja memerintah
Sarawak yang pertama pada tahun 1841, lalu menandakan
permulaan pemerintahan Raja Putih (White Rajah) selama
tiga generasi keluarga Brooke. Kuching menjadi pusat
pentadbiran kerajaan Brooke yang menempuh banyak
perubahan. Sebagai pusat pentadbiran, Kuching menjadi
fokus perhatian dan pembangunan. Beberapa perkara
yang mula-mula dilakukan oleh James Brooke ialah memperkenalkan undang-undang dan mendirikan
tempat kediamannya di tebing Sungai Sarawak. 

Tempat kediaman ini (Astana) akhirnya menjadi kediaman rasmi TYT DiPertua Negeri
Sarawak. Di bawah pemerintahan Brooke, kegiatan perlanunan dan memotong kepala
(ngayau) dapat dikurangkan. Untuk julung-julung kalinya wujud undang-undang dan
peraturan di bumi Borneo ini, bagi menangani masalah ketika itu. Bagaimanapun,
Kuching waktu itu masih lagi mundur dan kekurangan kemudahan-kemudahan lain.

CHARLES BROOKE

Sehingga tahun 1868, apabila anak kepada James Brooke, Charles Brooke menjadi Raja Kedua, barulah
usaha yang bersungguh- sungguh dibuat untuk memperbaiki keadaan bandar ini. Kemudahan dan
jalanraya diperbaiki, bangunan-bangunan baru dibina lebuh-lebuh muncul, rumah- rumah kedai yang
lama diganti dengan rumah-rumah kedai yang diperbuat daripada batu-bata. Sebenarnya, sebahagian
besar Kuching (dari Main Bazaar hingga ke lebuh Carpenter) dibina semula selepas kebakaran besar
pada tahun 1884. 

Diakhir-akhir pemerintahan Charles Brooke, Kuching membangun dari sebuah tempat


yang mundur menjadi sebuah bandar dengan tarikan-tarikan bangunan-bangunan
kerajaan dan perkhidmatan telekomunikasinya. Beca dan keretapi menjadi
pengangkutan yang penting. Malah terdapat juga padang lumba kuda dan rumah-rumah
kelab dengan bar, meja-meja billiard dan lorong-lorong bowling untuk bersukan dan hiburan.

[Top]

CHARLES VYNER BROOKE

Kuching terus bertambah maju di bawah pemerintahan pemerintahan Charles Vyner Brooke yang
menggantikan ayahnya sebagai Raja yang Ketiga (1917-1947). Dalam tahun 1941, Kuching menjadi
tempat perayaan 100 tahun kerajaan Brooke yang mengandungi upacara-upacara rasmi dan pameran
pertanian di persekitaran Muzium. Beberapa bulan kemudian, pentadbiran Brooke sampai ke akhirnya
apabila Jepun menduduki serta menjajah Sarawak. 

Selepas perang, Kuching dihidupkan semula sebagai ibu negeri Sarawak di bawah
Kerajaan British. Apabila Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963,
dipertingkatkan lagi hingga sekarang ini.
 

Anda mungkin juga menyukai