Anda di halaman 1dari 1

Sir James Brooke yang lahir pada 29 April 1803 dan meninggal dunia pada 11 Jun 1868.

Secara ringkasnya James Brooke dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England
dan merupakan pengasas kepada Dinasti Raja Putih Sarawak.

Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat


Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Brooke tercedera dan dihantar kembali ke England
untuk rawatan. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar
berperang. Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada
tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana
dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas
belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama
di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak
menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan
diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei. James Brooke
kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di
Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England
apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral
British di Borneo. Brooke menjadi tumpuan selepas kntroversi mengenai dirinya timbul.
Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada
tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menghantui Brooke. Dia memerintah
Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam
tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja
Putih kedua Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai