Anda di halaman 1dari 3

Pengertian Zikir

Zikir ertinya ingat. Bila kita mencintai dan menyayangi sesuatu, maka kita akan banyak
mengingatinya. Bila kita banyak mengingatinya maka sudah tentu kita akan banyak
menyebutnya.

Bila kita mengenal Allah SWT, kita akan mencintai Allah. Bila kita mencintai Allah, kita
akan sentiasa mengingatiNya. Bila kita banyak mengingatiNya, maka kita akan sentiasa
menyebut namaNya. Itulah yang dikatakan zikrullah. Kerana ini, zikrullah adalah gabungan
antara mengingati Allah di hati dan menyebutNya dengan lidah. Zikir lidah tanpa ingatan hati
adalah zikir yang cacat, dan meninggalkan zikir adalah tanda kelalaian. Ini adalah tanda kita tidak
mengenal Allah. Kalau kita tidak mengenal Allah, bagaimanakah kita beribadah kepadaNya?
Sedangkan tujuan penciptaan kita adalah pengabdian kita terhadapNya. Kerana itu, zikir adalah
sebahagian pengabdian kepada Allah SWT yang mana untuk itu, kita diciptakan.

Zikir adalah ibadat yang paling senang

Semua ibadat mempunyai syarat sahnya kecuali zikir. Ia harus dilakukan samada dalam keadaan
toharah atau berhadas, semasa berdiri, duduk, mengiring dan dalam semua keadaan. Berkata
Imam Nawawi: “Ijmak ulamak mengharuskan zikir samada zikir lisan atau hati bagi yang
berhadas, berjunub, orang yang haid dan juga nifas”.

Kelebihan zikir daripada al-Qur’anul Karim

َ
{2:151} ِ ‫شك ُُروا ْ ِلي وَل َ ت َك ُْفُرو‬
‫ن‬ ْ ُ ‫َفاذ ْك ُُروِني أذ ْك ُْرك‬
ْ ‫م َوا‬
Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. Surah al-Baqarah: 152.

َ
ِ‫ن قُُلوب ُُهم ب ِذ ِك ْرِ الل ّهِ أل َ ب ِذ ِك ْرِ الل ّه‬ َ ْ ‫مُنوا ْ وَت َط‬
ّ ِ ‫مئ‬ َ ‫نآ‬ َ ‫ذي‬ ِ ّ ‫ال‬
{13:28} ‫ب‬ ُ ‫ن ال ُْقُلو‬ َ ْ ‫ت َط‬
ّ ِ ‫مئ‬
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Surah ar-Ra’d: 28

Kelebihan zikir daripada hadis

‫ مثل الذي يببذكر ربببه‬:‫قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬
.‫والذي ل يذكر ربه مثل الحي والميت‬
Ertinya: Perumpamaan orang yang mengingati (dan menyebut) tuhannya dengan orang yang tidak
mengingatiNya adalah seumpama (perbezaan) orang yang hidup dan mati. Riwayat Bukhari.
‫ مببن قعببد مقعببدا لببم‬:‫قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬
‫ ومببن اضببطجع‬،‫يببذكر اللببه فيببه كببان عليببه مببن اللببه تببرة‬
‫ رواه أبببو‬...‫مضطجعا ل يذكر الله فيه كان عليه من الله ترة‬
.‫داود‬
“Sesiapa yang duduk di sesuatu tempat yang mana dia tidak menyebut nama Allah padanya,
maka dia akan mendapat kekurangan (dan juga penyesalan)…”

‫ ليببس يتحسببر أهببل‬:‫قال رسول الله صلى الله عليببه وسببلم‬


.‫الجنة إل على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله فيها‬
“Ahli syurga tidak akan menyesal melainkan (perkara yang dilakukan di dunia) melainkan
terhadap masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya”. Riwayat Baihaqi.

Kenapa tidak mahu berzikir

َ ْ ‫شي‬
َ ‫طاًنا فَهُ ب‬
‫و‬ َ ‫ه‬ ُ َ‫ض ل‬ْ ّ ‫ن ن َُقي‬ ْ ‫عن ذ ِك ْرِ الّر‬
ِ ‫م‬َ ‫ح‬ َ ‫ش‬ ُ ْ‫من ي َع‬ َ َ‫و‬
‫ل‬
ِ ‫سبببِبي‬
ّ ‫ن ال‬ ِ ‫م ع َببب‬ ْ ُ‫دون َه‬ ُ َ ‫م ل َي‬
ّ ‫صببب‬ ْ ‫{ وَإ ِن ّهُببب‬36} ‫ن‬ ٌ ‫ريببب‬
ِ ُ ‫ل َببب‬
َ‫ه ق‬
{43:37} ‫ن‬
َ ‫ويحسبو‬
َ ‫دو‬ُ َ ‫مهْت‬ ّ ‫ن أن ُّهم‬َ ُ َ ْ ََ
“Sesiapa yang berpaling dari pengajaran ar-Rahman, Tuhan yang Maha
Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya)
Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu bersamanya. Dan
Sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari
jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat
petunjuk. Surah az-Zukhruf: 36-37.

‫ر‬ َ ْ ‫ن ال‬
ِ ‫جه ْ ب‬ َ ‫دو‬ُ َ‫ة و‬ ِ َ‫ضّرعا ً و‬
ً ‫خيَف ب‬ َ ‫س‬
َ َ‫ك ت‬ ِ ‫ك ِفي ن َْف‬ َ ّ ‫كر ّرب‬ُ ْ ‫َواذ‬
} ‫ن‬َ ‫ن ال َْغببافِِلي‬َ ‫مبب‬
ّ ‫كن‬ ُ َ ‫ل وَل َ ت‬
ِ ‫صا‬َ ‫ل ِبال ْغُد ُوّ َوال‬ِ ْ‫ن ال َْقو‬ َ ‫م‬
ِ
{7:205

“ Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dalam keadaan rendah diri dan takut, juga
dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk di
kalangan orang-orang yang lalai. Surah al-A’raf: 205.

َ ِ ‫م وَإ‬
‫ذا‬ ْ ُ‫خاد ِع ُه‬َ َ‫ه وَهُو‬ َ ّ ‫ن الل‬
َ ‫عو‬ُ ِ ‫خاد‬ َ ُ‫ن ي‬َ ‫قي‬ ُ ْ ‫ن ال‬
ِ ِ‫مَناف‬ ّ ِ‫إ‬
َ ‫س وَل‬
َ ‫ن الّنا‬ َ ‫ؤو‬ ُ ‫ساَلى ي َُرآ‬
َ ُ ‫موا ْ ك‬ُ ‫صل َةِ َقا‬ ّ ‫موا ْ إ َِلى ال‬ ُ ‫َقا‬
4:142} ً ‫ليل‬ ِ َ‫ه إ ِل ّ ق‬َ ّ ‫ن الل‬َ ‫}ي َذ ْك ُُرو‬
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka,
dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas, dengan tujuan menunjuk-
nunjuk kepada orang lain, dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sangat sedikit. Surah an-
Nisa’: 142.

} ‫ن‬ ِ ‫م ال َْفا‬
َ ‫سببُقو‬ ُ ‫هبب‬
ُ ‫ن‬
َ ‫قي‬ ُ ْ ‫ن ال‬
ِ ِ‫مَناف‬ ّ ِ‫م إ‬
ْ ُ‫سي َه‬ َ ّ ‫سوا ْ الل‬
ِ َ ‫ه فَن‬ ُ َ ‫)ن‬
{9:67

Mereka lupakan Allah, lalu Allah melupakan mereka, sesungguhnya para munafiq itu adalah
orang-oranng yang fasiq. Surah at-Taubah: 67

Berkata Abul Hasan as-Syazilli: “Antara tanda munafiq ialah berat lidah untuk berzikir, kerana
itu bertaubatlah kepada Allah, nescaya ringan lidahmu menyebut namaNya”.

Pandangan ulamak-ulamak mengenai zikir

Berkata Ibnu Abbas: “Tidak ada satupun yang Allah SWT fardhukan ke atas hambaNya
melainkan ada takatnya dan ada rukhsahnya, melainkan zikir. Sesungguhnya zikir tiada takat
yang akhir dan tidak diberikan kepada seseorang keuzuran melainkan orang yang hilang akalnya.
Dan Dia pula memerintahkan ia dilakukan dalam semua keadaan…”

Berkata Fakhruddin ar-Razi: “Sesungguhnya penyebab kepada neraka jahannam ialah kelalaian
dan yang mampu menyelamatkan daripadanya ialah zikrullah…”

Berkata Ibnu Ataillah as-Sakandari: “Zikir ialah membebaskan diri daripada kelalaian dan lupa
dengan sentiasa menghadirkan hati bersama Allah…”

Berkata Imam Abu Qasim al-Qusyairi: “…dan seseorang tidak akan sampai kepada Allah SWT
melainkan dengan sentiasa berzikir”.

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: "Zikir dan hati itu ibarat air dan ikan, maka
bagaimanakah keadaan ikan bila sudah kekeringan air?

Berkata Imam Ibnul Qayyim: “Tidak syak lagi bahawa hati ini akan berkarat…dan penghilangnya
ialah zikir…bila ditinggalkan zikir, ia akan kembali berkarat…dan bila karat sudah banyak…dia
akan nampak kebaikan itu kebatilan dan kebatilan itu kebaikan…dan bila karatnya bertimbun-
timbun…akan rosaklah gambarannya dan dia tidak lagi mampu menerima kebenaran…inilah
sebesar-besar balasan kepada hati…

Tulisan: Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, tasekpauh.blogspot.com/ UPI, KIAS, 0136353463,/11:40pm14032007Mmlm27021428H

Anda mungkin juga menyukai