Anda di halaman 1dari 3

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka

yang telah memakainya:

1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis
makhluk, insya Allah.
2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam
sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur
dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit,
insya Allah lega.
5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan
beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam
dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri
minum, insya Allah sembuh.
8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari
binatang liar atau berbisa.
9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah
akan hilang segala bisanya.
10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang
dan aman.
11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah
mereka tidak akan terdaya.
12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4
wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan
pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,
alhamdulillah.
13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi
bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman
dan beramal soleh.

Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji,


jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.


Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa
mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta
kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan
kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,
INSYA ALLAH.

Anda mungkin juga menyukai