Anda di halaman 1dari 4

Cerita bayan Tiada menurut Kata Ibu Bapanya

1. Dimanakah burung bayan dan anak-anaknya tinggal?

Burung bayan dan anak-anaknya tinggal dalam lubang kayu di pohon kayu.

2. Siapakah jiran burung bayan?

Cerpelai

3. Setelah anak bayan tidak mendengar nasihat ibu bapanya,apakah yang dilakukan oleh
bayan itu?

Bayan menceritakan hikayat anak kera bersahabat dengan anak saudagar.

4. Pada pandangan anda ,kenapakah anak bayan itu tidak mahu menurut kata ibu
bapanya?

-Kerana anak cerpelai itu bersikap degil.


-anak cerpelai baik terhadapnya.
-mereka sudah lama berkawan.
-Mereka menganggap bapanya kolot dan bodoh.
-Mereka tinggal bersama.
5. Pada pandangan anda,kenapakah anak anak pada masa sekarang didapati tidak mahu
menurut kata ibu bapa mereka?

-Mereka anggap bahawa ibu bapa mereka kolot atau konservatif.


-Mereka berasa mereka lebih cerdik daripada ibu bapa mereka.
-Bosan dengan leteran ibu bapa mereka
6. Pada pendapat anda ,apakah kesan negatif jika ibu bapa bersikap kasar ketika
mendidik anak-anak mereka?

-anak –anak berdendam dengan ibu bapa.


-Anak-anak akan mengalami masaalah psikologi.
-Anak-anak akan lari dari rumah.
-Hubungan antara keluarga menjadi tegang.
-Anak-anak akan mengambil tindakan membunuh diri.

7. Dalam hikayat anak kera bersahabat dengan anak saudagar ,dikatakan anak kera juga
tidak mendengar nasihat ibu bapanya.berikan contohnya.

-Walaupun dilarang oleh bapanya,anak kera tetap pergi ke rumah saudagar untuk bermain catur.
-Walaupun sudah sembuh diceerakan oleh anak saudagar ,dia tetap pergi berjumpa dengan anak
saudagar.
8. Kenapakah bapa kera melarang anak kera bersahabat dengan anak saudagar?
Kerana “mereka” ialah binatang sedangkan anak saudagar ialah manusia.

9. Ceritakan peristiwa anak kera bermain catur dengan anak saudagar yang
menyebabkan anak saudagar bertindak mencederakan anak kera.

Anak kera kalah dalam permainan catur.Anak kera amat marah lalu menghemburkan buah catur itu
ke arah anak saudagar.Anak saudagar berasa sangat marah kerana ada banyak tetamu di
rumahnya.anak saudagar pun mengambil parang di pinggangnya lalu memarang anak kera.Anak
kera sempat mengelak tetapi terkena juga hujung pisau.Anak saudagar membuang pisau itu.anak
kera pun mengambil pisau itu lalu membaling ke arah anak saudagar lalu menyebabkan luka sedikit.

10. Apakah yang terjadi kepada anak saudagar selepas peristiwa tersebut?

-Anak saudagar jatuh sakit dan dirawat oleh tabib beberapa kali tetapi tidak sembuh.
-Tabib mencadangkan dia makan hati kera.
11. Selepas anak kera luka sedikit dan pulang memberitahu ayahnya ,ayahnya
menasihatinya sekali lagi supaya jangan berkawan dengan anak saudagar
itu.Sekiranya anda menjadi ayah ,apakah tindakan anda supaya anak itu tidak lagi
berkawan seperti mana anak kera itu?

-Pergi melancong atau bersiar-siar.


-Saya akan berpindah ke tempat lain.
-saya akan membeli buku-buku.
-Saya akan membeli alat permainan komputer untuk mengelakkan kebosanan.
12. Anak kera disifatkan sebagai mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.Buktikan.

Selepas sembuh dari kecederaan ,anak kera masih menziarahi anak saudagar yang penah
mencederakannya.

13. Apakah nasihat tabib untuk menyembuhkan anak saudagar?


Untuk memakan hati kera yang pernah mencederakan anak saudagar.
14. Anak saudagar amat menghormati kawannya dan tidak berdendam tetapi ayahnya
mempunyai sifat sebaliknya.jelaskan.

Anak Saudagar tidak memakan hati kawannya.

15. Apakah nasib malang anak kera tidak mendengar nasihat bapanya?

Anak kera ditangkap dan dibunuh kemudian diambil hatinya bagi diberi makan kepada anak
saudagar.

16. Apakah tindakan ibu bapa cerpelai selepas anaknya ditangkap?

Pergi mengadu kepada serigala.

17. Siapakah yang ditemui oleh ibu bapa cerpelai apabila anaknya ditangkap?
serigala

18. Apakah nasihat yang diberikan oleh serigala?

Nasihatnya ialah cerpelai tidak boleh lari ketika budak itu datang dan cubamenarik perhatian budak
itu ke sarang bayan.

19. Apakah yang dilakukan oleh bayan fan anak-anaknya apabila melihat pintu lubang
sarangnya ditutup?

Berpura-pura mati apabila budak-budak itu melihat “mereka” sudah mati ,budak itu akan
mencampak buang mereka.

20. Bayan yang manakah berjaya ditangkap oleh budak itu?Kenapakah bayan iyu tidak
nerjaya melepaskan dirinya?

Bayan tua.bayan tua.Bayan tersebut tidak berjaya melepaskan diri kerana anak-anak itu terbang
dahulu sebelum bapa mereka dicampak buang oleh budak itu.

21. Apakah kata-kata bayan yang menyebabkan budak itu tidak jadi menyembelihnya?

Kata-kata bayan itu ialah jika budak itu membunuhnya ,dia tidak akan kenyang kerana dagingnya
sedikit.Bayan itu meminta budak itu menjualnya dengan harga 2000 dinar dan mendapat makan ke
anak cucu.Bayan itu juga memberitahu bahaw bayan itu juga boleh merawat penyakit sopak jika
dijual kepada raja.

22. Budak itu membawa bayan itu ke istana untuk dijual sebanyak 4 ribu dinar.Baginda
raja mengatakan bahawa bayan itu terlalu mahal.Bagaimanakah bayan itu
menyakinkan baginda raja membelinya?

Bayan itu meykinkan raja membelinya dengan memuji raja sebagai orang yang berakal.bayan it
memberitahu raja bahawa bayan itu dapat merawat penyakit raja.

23. Dengan takdir Allah s.w.t.,bayan itu berjaya mengubati penyakit sopak baginda
raja.Apakah permintaan yang dipinta oleh bayan tua itu kepada baginda raja.

Memohon agar dibebaskan kerana bayan itu telah lama tidak melihat keluarganya kerana sudah
lama berpisah.

24. Pada pendapat anda ,mengapakah baginda raja memperkenankan permintaan bayan
tua itu?

-Kerana raja bersimpati dengan bayan itu yang sudah lama berpisah dengan keluarga.
-Raja terhutang budi dengan jasa bayan yang berjaya menyembuhkannya.
-Baginda raja berasa bayan tua telah lama tinggal bersamanya dan sudah tua serta berpenyakit.Baginda
juga berasa khidmat bayan tua diperlukan di tempat lain.
-Penyakitnya sudah sembuh.
25. Watak binatang telah diberi unsur personifikasi.buktikan dengan contoh-contoh yang
sesuaikan dalam cerita ini.

Sebagai buktinya,binatang seperti bayan dan serigala diberi sifat manusia dan dapat bercakap ,boleh
berfikir dan bertindak seperti manusia.bayan boleh bercakap manusia dengan budak dan raja itu.Burung
bayan boleh berfikir tentang cara untuk melepaskan diri daripada budak itu.Burung bayan juga dapat
merawat raja.

Anda mungkin juga menyukai