Anda di halaman 1dari 2

Mengenal Jantina Ayam Mutiara / 

Api-api

Bukan senang nak cam jantina ayam mutiara / api-api ni. Tambahan pulak waktu kecik-kecik.Kalau dah
>3bln senangla sket. Kat bawah ni antara tips-tips yang saya dapat dari forumer bicarajutawan.com:

 Subang atau cuping Jantan lebih lebar dan merah menyala.

 Tanduk di kepala Jantan lebih besar dan tajam.

 Kadang2 jantan tumbuh taji

 Bunyi pejantan 1 “syllable” aje i.e. Chi… chi… chi… (tak boleh bunyi mcm betina)

 Bunyi betina 2 “syllable” i.e. Be-keek… Be-keek… Be-keek… (tapi dia boleh bunyi mcm jantan

juga)

 Bentuk badan jantan bulat membongkok

 Bentuk badan betina memanjang

 Kalu kita tangkap & rasa ruang antara peha sibetina lebih lebar dari sijantan

cuba teka mana jantan mana betina?


AYAM MUTIARA ATAU AYAM API

AYAM MUTIARA ATAU AYAM API

Sejenis unggas berpenampilan menarik juga dikenali dengan nama saintifiknya


NUMIDA MELEAGRIS. Berbulu tebal dengan corak mutiara putih berlatar
belakangkan warna kelabu kebiruan ini berasal dari benua AFRIKA.

Mula bertelur apabila mencapai usia 26-30 minggu bergantung beberapa faktor
terutamanya pemakanan. Bertelur dengan jumlah yang banyak tetapi tidak
'bijak' untuk mengeramkan telurnya sendiri. Kulit telur keras dan kasar.

Ada pendapat yang mengatakan telur ayam mutiara berkhasiat untuk


meningkatkan kepuasan hubungan kelamin baik lelaki mahupun wanita.

Di negara-negara Eropah, daging ayam mutiara dihidangkan sebagai hidangan


istimewa kerana rasa dagingnya seperti daging burung, rendah kandungan
lemak dan kalori walaupun kandungan proteinnya sama seperti daging ayam.
Berat ayam mutiara dewasa sesudah dibersihkan ialah 1.5 kg. 

http://masiranfarm.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai