Anda di halaman 1dari 92

 ‫"ا ا و ر!

  و  زا ا وه ر و ا


وا ان ا‬#$‫وأ‬
&'( ‫ا‬
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya
kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah
bersama orang yang bersabar (al-Anfal: 46)

2| ©Ikatan Muslimin Malaysia


Konvensyen
Pemikiran Hasan al-Banna
Dalam Melakar Agenda Bangsa

3| ©Ikatan Muslimin Malaysia


KANDUNGAN

Ucaptama Konvensyen Pemikiran Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa...........................5

Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda ..................................... 22

Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di


Malaysia .............................................................................................................................. 36

Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak ........................................... 63

Lampiran 1........................................................................................................................... 87

4| ©Ikatan Muslimin Malaysia


UCAPTAMA
KONVENSYEN PEMIKIRAN AL-BANNA
DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA

‫ و
 واة‬،  
‫ ا  رب ا‬،  ‫  ا ا ا‬
‫ 
  و  ا‬$‫"  وا&
ث ر‬#‫ ال ا‬،‫وا م  رل ا‬
‫ ى 
  و)ه )(' ا‬,‫ وا‬-./ 0‫  و‬1   ‫& و" ا‬2‫و‬
:
‫ و‬.‫م ا‬.

Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari, ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekelian,
Saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda semua ke KONVENSYEN PEMIKIRAN
AL-BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA (KOBANNA) yang buat
julung kalinya dapat kita adakan seumpamanya di Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga
Malaysia (UNITEN). Saya mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan dengan aluan Islam
yang indah lagi diberkati Allah s.w.t.

V‫ ا وآ‬$‫ ور‬X  ‫ا م‬


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Senator Datuk Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memberi sokongan
kepada program kita pada hari ini. Begitu juga kepada Dato Che’ Mat, Pengarah Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang memberi sokongan dan kerjasama
dengan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan.

Terima kasih juga kepada pihak UNITEN yang memberi kita peluang untuk menyewa
dewan dan kemudahan ini. Dan ucapan terimakasih yang istimewa kepada Pengarah
KOBANNA 2010 Ustaz Wan Hisham Wan Embung dan pasukannya yang berkerja keras
sepanjang tempoh sebulan yang lalu sehingga hari.
5| ©Ikatan Muslimin Malaysia
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya Pertubuhan Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) telah berkembang dengan pesat dan kini mula memperlihatkan peranan
dan kepentingannya kepada masyarakat. ISMA tidak mahu ketinggalan dalam memberi
apa sahaja daya usaha sekadar termampu demi kesejahteraan hidup bangsa dan negara.

Hari ini sekali lagi ISMA melakar sejarah dengan Konvensyen Pemikiran al-Banna
Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA) yang diadakan dalam keadaan orang
Melayu dan masyarakat Islam di Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang
hakiki. Cabaran yang menguji keutuhan keperibadian dan jatidiri. Cabaran yang
memperlihatkan kecelaruan pemikiran politik dan mengungkap agenda bangsa. Justeru
itu tema ini dipilih bagi konvensyen kali ini.

Relavensi Pemikiran al-Banna

Terlebih dahulu saya perlu selesaikan satu persoalan yang mungkin berligar dalam kepala
sebahagian kita, yang merasa ganjil dan tertanya-tanya apa relavennya dikaitkan agenda
bangsa dengan Imam al-Syahid Hasan al-Banna, seorang Mesir yang jauh dari
masyarakat kita sehingga kita mengadakan konvensyen yang seperti ini.

Jawapannya;

Sesiapa yang mengikuti sejarah kebangkitan Islam di negara ini dapat memahami dengan
jelas bahawa sangat ramai dalam kalangan pendakwah, para ustaz dan pejuang Islam di
Malaysia yang mengaut ilmu pengetahuan agama di Timur Tengah terutama Mesir.
Selain dari belajar di Universiti al-Azhar mereka tentu pernah terlibat atau terkena
sentuhan pemikiran tokoh-tokoh Islam terkemuka yang lahir di bumi ilmu itu termasuk

6| ©Ikatan Muslimin Malaysia


Imam Hassan al-Banna (1906-1949) yang merupakan satu nama yang paling tersohor
yang mengangkat nama Mesir keserata dunia pada zamannya sehinggalah hari ini.

Hubungan Malaysia dengan Mesir merupakan satu hubungan ilmu yang telah terjalin
sekian lama, bahkan semenjak sebelum merdeka lagi. Oleh itu tajuk konvensyen ini
bukanlah suatu yang asing untuk rakyat Malaysia khususnya golongan pendakwah kerana
mereka telah menikmati hasil dari hubungan Malaysia dan Mesir sejak tempoh yang
cukup lama.

Adakah kita bermaksud untuk menanam kurma diladang kelapa sawit?

Jawapannya;

Tidak! Kita tidak bermaksud fotocopy apa yang dilakukan oleh al-Banna di Mesir untuk
dilaksanakan di Malaysia seperti membawa balik sepohon kurma dan menanam semula
di Malaysia. Apa yang kita lakukan ialah cuba memahami intipati dakwah dan pemikiran
beliau kemudian berijtihad, menyaring pemikiran tersebut berdasarkan pemahaman kita
terhadap realiti di Malaysia.

Tentu ada perbezaan dari segi budaya, persekitaran sosio budaya, politik dan peranan
sejarah yang tidak sama antara Malaysia dan Mesir. Ini menuntut kita bukan sekadar
menukilkan kata-kata atau meniru beberapa terma/pembawaan tetapi perlu menyelami
rahsia (maqasid) disebalik pandangan, pendirian dan sikap yang diambil. Yang paling
jelas isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Islam berlainan dengan isu
masyarakat Islam di Mesir.

7| ©Ikatan Muslimin Malaysia


Kenapa sekarang?

Perkembangan terkini isu-isu dan permasalahan di dalam negara telah memperlihatkan


kepada kita permasalahan sebenar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia
khususnya orang Melayu. Kegagalan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan
kepentingan agama dan bangsa secara bersama telah memperlihatkan kelemahan yang
sangat nyata. Ia menunjukkan kepada satu perkara sahaja iaitu bahawa tiada satu agenda
bangsa yang disepakati dalam kalangan kita. Politiking dan hizbiyah yang tidak dipandu
oleh landasan dan disiplin telah menjadikan semua perkara boleh diniaga politikkan.
Fenomena ini telah menjadikan bangsa Melayu kelihatan satu bangsa yang lemah tidak
memiliki kekuatan membuat keputusan yang merdeka untuk kepentingan mereka sendiri.
Apa lagi untuk menghadapi desakan-desakan dan agenda yang disokong diperingkat
antarabangsa.

Saya tidak meletakkan puncanya kepada pulan atau pulan, tetapi lebih melihat kepada
keperibadian umat secara keseluruhan. Apa yang kelihatan hanyalah simptom luaran,
hakikatnya ialah pada struktur keperibadian kebangsaan Melayu itu sendiri. Jika ia
menunjukkan kepada sesuatu, ia menunjukkan kegagalan gagasan yang sebelum ini yang
mungkin tidak mengandungi agenda pembangunan bangsa yang menyeluruh. Maka
lahirlah bangsa yang boleh hanyut mengikut apa sahaja seruan tanpa pedoman.

Kita tidak pernah menganalisa masalah bangsa secara menyeluruh, atau mungkin analisa
kita hanya menyentuh persoalan luaran, lalu kita menghabiskan masa lebih lima puluh
tahun dengan agenda-agenda tempelan. Hari ini kita melihat padahnya. Justeru masih
tidak terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Balik kepada diri kita sendiri dan
mulakan semula langkah dari awal. Bagaimana? Itulah yang cuba kita jawab melalui
konvensyen ini

8| ©Ikatan Muslimin Malaysia


Kenapa al-Banna

Kita memilih Imam al-Banna sebagai rujukan adalah kerana pemikiran beliau kekal segar
sebagai pelopor pemikiran alternatif yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad
ini. Fakta menunjukkan pemikiran al- Banna berkembang sehingga hari ini kepada lebih
90 buah negara dan memiliki lebih satu juta pendokong yang aktif di medan masing
masing (Ismail Hamid 2008).

Daripada kajian yang dibuat, saya mendapati Imam al-Banna adalah seorang yang hebat
memahami cabaran pada zamannya. Kefahaman Islam sebagai sistem hidup yang syumul
merangkumi segenap aspek kehidupan bukan didatangkan begitu sahaja, tetapi
sebenarnya pemikiran yang paling sesuai untuk menghadapi agenda humanisme Barat
yang sedang menguasai dunia hingga ke hari ini.

Tujuan pengutusan agama Islam dan kebangkitan Rasulullah s.a.w. yang sepatutnya
menjadi risalah kepada sebuah bangsa Islam yang merdeka, tidak akan dapat di
laksanakan tanpa kerangka pemikiran yang hebat seperti yang dibawa oleh Imam al-
Banna. Hanya pemikiran al-Banna yang mampu bersemuka dengan pemikiran sekular
Barat. Sehingga hari ini selepas 80 tahun berlalu, al-Banna masih lagi menjadi pencabar
utama yang akan mengagalkan agenda Barat satu hari nanti. Pemikiran beliau adalah
merupakan gagasan kebangkitan sebuah ummah atau bangsa yang dikaji daripada sejarah
perjuangan berbagai-bagai bangsa di dunia sama ada Timur atau Barat.

9| ©Ikatan Muslimin Malaysia


Al-banna dan Agenda Pembangunan bangsa

Imam al-Banna al-mulham al-Mauhub ( orang yang diberikan ilham oleh Allah dengan
idea yang hebat) diakui oleh semua ulama dan pengkaji. Beliau berjaya menggali
daripada intipati agama Islam satu formula, bagaimana dengan formula tersebut kita
dapat mengembalikan kehidupan kepada jasad ummah yang sedang lumpuh.

“Sesungguhnya perkara pertama yang ditujui ikhwan muslimun ialah mentarbiah


jiwa, memperbaharui ruh, memperkuatkan akhlak, membangunkan al-rujulah
(kejantanan) yang betul pada diri umat. Mereka menganggap ia adalah asas
pertama kepada kebangkitan mana-mana umat dan bangsa. Mereka (ikhwan) telah
membentangkan semua wasilah dan jalan untuk sampai kepadanya, mereka tidak
temui jalan yang paling hampir dan berkesan selain dari fikrah agama dan
berpegang dengan perca-percanya”.

Kemudian beliau membilang ciri-ciri yang ada pada al-din (agama) yang boleh
menghidupkan umat yang lumpuh.

“ Al-Din menghidupkan hati, membangkitkan perasaan. Al-Din mengumpulkan


nilai-nilai tinggi dan mulia. Al-Din menyeru kepada pengorbanan demi kebenaran
dan bermatian dalam memberi petunjuk kepada manusia. Al-Din membeli dari
seseorang habuan dunia dan kebendaan dengan kebahagian yang memenuhi hati
dan jiwanya. Al-Din dengan kesuciannya mengangkat seseorang menjadi lebih
tinggi mengatasi semua jiwa, segala kepala dan bersih dari kepura-puraan dan
ikut-ikut, lalu dengan itu ia menyatukan hati-hati. Al-Din mengangkat kesetiaan
sehingga ke peringkat mati syahid. Al-Din adalah tempat bertemu segala idea
yang benar, segala cabang harapan dan simbol aspirasi individu, masyarakat,
bangsa dan dunia” (Hal Nahnu Kaumun Amaliyyun: 95).

10 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Al-Banna dan Nasionalisme (semangat kebangsaan)

Imam al-Banna memandang positif terhadap isu kebangsaan. Bahkan melihatnya sebagai
satu keperluan dalam rangka mengembalikan keagongan Islam dan kedaulatan Negara.

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan


kaumnya sebagai satu bangsa yang agong, istimewa dan bersejarah sehingga
terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagongan dan
kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan
tanah air, kemuliaan dan kebahagiaanya”.

“Umat-umat moden berusaha untuk memantapkan pengertian ini dalam diri


pemuda-pemuda mereka, lelaki-lelaki dewasa dan anak-anak keseluruhannya.
Sebab itu kita dengar slogan “German mengatasi semua”, “Itali mengatasi
semua”, “ Pimpin! Wahai Britain! Pimpin dan perintah”.

Perbezaan antara perasaan yang dibawa oleh Islam dengan perasaan yang dibawa oleh
Barat ialah perasaan seorang muslim tinggi sehingga bersambung dengan Allah s.w.t.
sedangkan perasaan orang lain setakat cakap sahaja. Dari aspek yang lain Islam
menetapkan tujuan daripada penciptaan perasaan ini dan mengikatnya dengan batasan,
menerangkan bahawa ia bukan asobiah bangsa atau kebangaan palsu sebaliknya
memimpin dunia ke arah kebaikan.

Maknanya kita memperjuangkan kemuliaan, menentang kehinaan dan menghormati nilai-


nilai yang tinggi dalam setiap urusan dan perkara. Oleh itu perasaan ketuanan ini pada
diri generasi awal Islam membawa kepada kemuncak keadilan dan kerahmatan. Padahal
11 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
konsep ketuanan bangsa Barat tidak tertentu tujuannya selain asobiah yang palsu, kerana
itu ia telah menyebabkan perbalahan dan permusuhan terhadap umat yang lemah. Seolah-
olah konsep Islam mengambil aspek kebaikan daripada ketuanan dan mencetak
penganutnya atas sifat itu, serta menjauhkan mereka dari kejahatan dan pelampauan.
Menurut al-Banna lagi, tanahair Islam itu terbahagi kepada beberapa peringkat, bermula
dengan watan khas bagi setiap muslim, kemudian tanah air umat Islam yang lain
kemudian meluas kepada empayar Islam yang silam ( Risalah Nahwa al-Nur: 161-162).

Hari ini lahir dalam kalangan orang Melayu sendiri yang ingin menghancurkan
keperibadian kebangsaan mereka. Mereka mengatakan bahawa Melayu adalah rasis dan
asobiah. Ini zaman multy racial dan kesamarataan mutlak, oleh itu kita tidak boleh
bercakap atas nama Melayu. Lebih malang lagi ada dalam kalangan mereka cuba
menafikan fakta sejarah mengatakan Melayu sebenarnya tidak ada. Ia hanya rekaan dan
dongengan sejarah sahaja. Mereka telah termakan dengan hasutan musuh yang ingin
mengahapuskan keperibadian dan jati diri mereka.

Kata pepatah Melayu Kalau Marahkan Nyamuk Jangan Sampai Membakar Kelambu.
Kalau anda ingin marahkan beberapa orang Melayu yang anda dakwa rasuah atau korup,
marahlah mereka. Tetapi jangan sampai menghancurkan keseluruhan keperibadian
Melayu. Ada 14 juta orang Melayu yang tidak berdosa yang anda ingin nafikan
kepentingan dan kewujudannya. Saya kesal ada dalam kalangan pemimpim Melayu yang
bersungguh benar untuk menjadikan orang Cina sebagai menteri besar seolah sudah tidak
ada lagi Melayu yang layak dan beliau adalah Melayu yang terakhir.

12 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian

Wujud satu bangsa yang kuat dan beriman dengan risalahnya merupakan langkah
pertama ke arah penegakkan agenda Islam yang menyeluruh. Sejarah menunjukkan
bahawa kuasa-kuasa Islam ditunjangi oleh sebuah bangsa yang kuat. Tanpa bangsa yang
kuat yang mendokong risalah Islam, agenda umat tidak mungkin akan dapat ditegakkan.

Islam lemah di tanah Arab kerana Arab lemah

Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah

Islam lemah di tanah Melayu kerana Melayu lemah

Dan begitulah seterusnya

Islam kuat dengan penganut yang kuat

Sebelum kebangkitan Nabi Mohamad s.a.w. Allah s.w.t. telah memilih Bani Israel
sebagai kaum yang membawa risalah Islam. Tetapi Bani Israel mengkhianati amanah.
Allah memilih bangsa Arab untuk memikul amanah kepimpinan Islam. Mereka
melaksanakan tanggungjawab dan Islam berada di bawah kepimpinan Arab selama
sembilan kurun. Kemudian Arab menjadi lemah, kepimpinana Islam beralih kepada
bangsa Turki/Saljuk. Mereka memimpin selama lima kurun sehingga mereka lemah dan
kalah.

13 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Bangsa Melayu pernah memimpin Islam di rantau ini selama 200 tahun sehingga mereka
dikalahkan oleh penjajah Portugis dan menerima untuk bernaung di bawah kuasa
penjajah Barat. Demikian kepimpinan berpindah tangan silih berganti dari satu bangsa ke
satu bangsa.

“Dan jika kamu berpaling Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang
lain, kemudian mereka tidak menjadi seperti kamu” ( Surah Muhamad: 38).

Oleh itu untuk menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan
membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Inilah agenda yang patut kita bersatu
diatasnya. Hari ini, oleh kerana agenda ini ghaib dari pemikiran, kita bergaduh, berpecah
dan berpatah arang, lalu jadilah kita umat yang di dipolitikkan (musayyasah) dan
berjuang hanya untuk agenda orang lain.

Kenapa kita menyeru kepada membangunkan bangsa?

Adakah ia satu asobiah yang bercanggah dengan Islam atau saya seorang yang
rasis?

Imam al-Banna Rahimahullah menjelaskan pendirian terhadap nilai kebangsaan. Beliau


membahagikan perkauman kepada beberapa jenis.

1. Perkauman yang berbangga dengan kehebatan dan keagongan datuk nenek


2. Perkauman umat yang setiap orang mengutamakan keluarga dan umatnya dalam
kebajikan dan kebaikannya dan lebih berhak terhadap jihad dan ihsannya,
14 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
3. Perkauman tanzimi (organisasi) di mana semua orang merasai tanggunjawab
untuk beramal dan berjihad, maka setiap jamaah berjuang melaksanakan matlamat
bagi pihaknya sehingga Insya Allah kita bertemu di medan kemenangan, maka itu
adalah sebaik-baik semangat kebangsaan (kaumiyyah).

Ada pun kaumiyah yang menghidupkan nilai jahiliah, menghidupkan upacara-upacara


yang dah lapuk atau luput, dan kaumiyyah yang menyalakan api permusuhan, satu kaum
memandang rendah kepada kaum yang lain, maka itu konsep yang tercela dan tiada
kebaikan untuk manusia (Dakwatuna: 138-139).

Ibn khaldun (1406) dalam Muqadimahnya menamakan tajuk untuk fasal ke-6 sebagai
Dakwah agama tanpa asobiah tidak sempurna. Beliau berhujah dengan sebuah hadis
sahih yang bermaksud Allah s.w.t tidak membangkitkan seorang nabi kecuali didokong
oleh kaumnya. Menurut beliau lagi, jika ini keadaan para Nabi a.s. yang merupakan
manusia yang mendapat kedudukan khusus di sisi Allah s.w.t, maka lebih-lebih lagilah
kita orang biasa. Dalam hadis yang bermaksud, “Barang siapa yang melihat
kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan, jika ia tidak mampu maka dengan
lisan dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya”.

Menurut Ibn Khaldun (1406) Nabi s.a.w mengaitkan mengubah kemungkaran dengan
kemampuan. Oleh itu, untuk mengubah kerajaan yang kukuh tidak mungkin berlaku
kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang dilindungi oleh asobiah (Mukaddimah 105).
Asobiah diterjemahkan kepada kekuatan untuk memaksa kehendak. Menurut Imam al-
Juwaini (1987) dalam Ghiyathul Umam, mandat semata-mata tidak cukup untuk memberi
keabsahan kepada kepimpinan Islam tanpa disokong oleh kekuatan atau syaukah.

15 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Ibn Khaldun (1406) mentafsirkan syarat keturunan Quraisy pada seorang imam yang sah
sebagai asobiah. Hukum syara’ seluruhnya mesti mengandungi maqasid dan hikmah,
Kami mengkaji apakah hikmah disebalik pensyaratan keturunan Quraisy. Setelah
memeriksa kaedah sabru wa taqsim segala andaian kami mendapati tiada maksud lain
kecuali perkiraan asobiah yang dengan itu wujudnya dokongan dan perlindungan
(Mukaddimah 195). Oleh itu kami syaratkan atas mereka yang menjalankan urusan
muslimin, hendaklah daripada kaum yang memiliki asobiah yang kuat dan dominant
(Mukaddimah: 197)

Kita percaya, projek atau agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya
selama orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam berada dalam
keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Aibnya bukan kepalang apabila kita
menjadi bangsa majoriti tidak memiliki kekuatan untuk membuat kata putus secara
merdeka di bumi sendiri.

Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu
supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal
kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa
memimpin dan menerajui risalah Islam. Justeru kita perlu merawat kekusutan pemikiran
politik yang dihadapi oleh orang Melayu hari ini dengan mengemukakan satu agenda
yang kuat berdasarkan pemahaman yang betul terhadap Islam dan kehendak siyasah
syar’iyah.

16 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Sejarah menunjukkan mana-mana bangsa di dunia berjuang demi mempertahankan;

1- Hak mereka untuk wujud (ithbat zati)


2- Hak mereka untuk survival (tahqiq zati)
3- Hak mereka untuk membuat keputusan terhadap masa depan

Bangsa yang merdeka memiliki hak-hak asasi ini tanpa boleh diganggu gugat atau di
ancam oleh orang lain. Inilah juga tujuan yang dikehendaki oleh Islam. Kita menjadi
bangsa yang memiliki kebebasan kehendak yang dapat melaksanakan tujuan hidupnya
sebagai seorang muslim. Dalam kitab fiqh tradisional menyebut istilah  ‫~} ازة وا{ب‬
$ &‫ ا‬iaitu kekuatan yang membolehkan mereka memelihara kedaulatan tanahair dan
mempertahankan maruah bangsa.

1.  ‫ آ‬.‫ن ا‬X. ‫ و‬$1  ‫ن‬XV ‚   ‫اه‬V,‫و‬


Maksudnya; “Dan hendaklah kamu memerangi mereka sehingga tiada lagi fitnah
dan ketundukan seluruhnya kepada Allah” (al-Anfal: 39). Menurut al-
Zamakhsyari (1972) fitnah ialah syarat dan tiada lagi Din selain Din Islam .

2. ‫ آ و  آ' ا„آن‬.‫ ا†  …('  ا‬.‫ه ا{ى أرˆ ر (ى و د‬
Dialah yang mengutuskan dengan hidayah dan Din yang benar supaya ia
mengatasi semua agama (al-Saf: 9).

17 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


3.  &  1"Š‫  ا‬.X ‫‹
ˆ ا‬. ‫و‬
Dan Allah tidak memberikan ruang untuk orang kafir mengatasi orang mukmin
(al-Nisa: 141). Menurut al-Qurtubi (1967), Allah s.w.t. tidak memberi peluang
kepada orang kafir menghapuskan negara orang beriman, menghilangkan impak
mereka dan menghapuskan kehormatan mereka, Allah s.w.t. tidak memberi ruang
di sisi syariat, orang kafir mengatasi orang yang beriman. Jika ia berlaku maka ini
adalah suatu yang tidak diiktiraf oleh syara’.

4. 1.‫ ا‚م د‬X Œ ‫


  ور‬X  ŒV‫ و أ‬X1.‫ د‬0 Œ‫ا م أآ‬
Hari ini Aku sempurnakan agama kamu, Aku cukupkan kepada kamu nikmatKu
dan aku redha Islam sebagai agama Kamu.

Dalam kontaks negara Malaysia dengan strukturnya hari ini, adalah menjadi tuntutan
siyasah syar’iyyah kita mencapai suasana atau komposisi di mana umat Islam dapat
merealisasikan matlamat hidup mereka seperti yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan dapat
mempertahankan kepentingan mereka tanpa boleh dicabar oleh orang lain. Malaysia
adalah negara Islam dan kita wajib mempertahankannya sebagaimana sepatutnya. Mana-
mana pihak tidak berhak menggadai kedaulatan negara sebagai sebuah negara Islam
dengan membawa apa-apa ideologi yang akan menghakis terus kedudukan agama Islam
dan ketuanan Melayu.

Orang Melayu perlu bangkit dan memperbetulkan keadaan. Kita harus mengambil
kesempatan dari situasi asak-mengasak ini untuk memperkukuhkan lagi kedudukan
bukan terus mengalah dan berundur. Di sini kami mencadangkan perdamaian antara
islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang
hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relaven

18 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


lagi, berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan
berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.

Antara Dua pilihan

Orang Melayu hanya ada dua pilihan; samada bangkit bersatu atas agenda sendiri atau
terus berpecah dengan menlaksanakan agenda orang lain. Oleh sebab itu maka ISMA
mengumumkan pendirian untuk menyusun gerak kerjanya menjurus kepada gagasan
membangunkan semula keperibadian Melayu sebagai umat yang memiliki risalah.

Membina jatidiri atas keperibadian Islam yang betul

Bersatu atas satu agenda

Menjadi bangsa yang kuat

Memimpin agenda Islam

Berusaha melakukan apa sahaja tindakan ke arah mewujudkan situasi di mana bangsa
Melayu memiliki wewenang yang mutlak (sifat keupayaan memaksa kehendak dengan
kekuatan) dalam menentukan agenda mereka sendiri berasaskan Islam. Ini adalah
landasan yang akan menentukan pendirian dan tindak tanduk dakwah dan politik.

19 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Dan hendaklah kamu menyiapkan diri kamu sedaya mampu menggunakan segala sebab
kekuatan. Kekuatan akidah, kekuatan ukhuwah dan kesatuan, kekuatan lengan dan
senjata. Sesungguhnya tanpa wujud ketiga-tiga jenis kekuatan tersebut orang Melayu
tidak akan dapat memiliki kekuatan untuk memperjuangakan agenda sendiri.

Kesatuan umat

Salah satu penghalang kepada Melayu hari ini untuk menjadi bangsa terhormat dan
memimpin ialah isu perpecahan. Malaysia adalah sebuah negara yang dihuni oleh
berbagai bangsa dan agama. Orang Melayu merupakan golongan majoriti. Mereka
sepatutnya boleh memaksa kehendak mereka dalam hal ehwal kenegaraan, apa lagi
sejarah dan struktur masih sedikit sebanyak memihak kepada mereka. Tetapi itu tidak
berlaku lagi. Sebabnya yang utama ialah perpecahan dan kepartian yang melampau.

.‫&وا ان ا "Ž ا‬2‫ و ا‬X.‫{ه ر‬V‫ز ا  ~„ا و‬1V ‚ ‫


ا ا و ر و‬/‫وأ‬
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri,
nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah,
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar (al-Anfal: 46).

Dengan sebab perpecahan ini, mereka hilang kekuatan pengaruh dan dominasi yang
mengizinkan mereka memaksa kehendak, menjaga kedaulatan negara dan
mempertahankan kehormatan.

Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan
yang mesti dilaksanakan. Oleh itu ISMA akan berusaha mendidik anak bangsa dengan
thaqafah kesatuan seperti yang dituntut oleh agama. Menyebarkan sikap tolerensi
20 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
terhadap perbezaan pendapat dan mazhab serta menyedarkan mereka dengan agenda
bangsa yang lebih besar. Besar harapan ISMA untuk melihat pihak-pihak yang bertelagah
dalam negara kembali ke landasan dan disiplin siyasah syar’iyyah dan jadikan ia siling
atau batasan dalam bertindak. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang melangar
batasan.

ABDULLAH ZAIK B ABD. RAHMAN

PRESIDEN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

30 JAN 2010

21 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


PEMIKIRAN AL-BANNA DAN IDEOLOGI BARAT:

PERTEMBUNGAN DUA AGENDA1

Disediakan oleh
Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh3
2

Abstrak

Tulisan ini bertujuan untuk mengkaji pemikiran Hasan al-Banna dan ideologi yang
dibawa oleh Barat serta pertembungan antara dua agenda. Masyarakat Barat menganuti
fahaman HUMANISME yang membawa kepada gagasan penolakan kepada agama yang
dianggap sebagai mitos kepada manusia. Humanisme mengajak manusia berpaling
daripada Tuhan yang mencipta mereka dan mementingkan diri sendiri sebagai manusia.
Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan
berbaga-bagai isme yang lain seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan lain-lain.
Fahaman yang sedang menular ke dalam masyarakat Islam ini menimbulkan ancaman
dan menggugat keperibadian dan jatidiri umat Islam. Ini menjadikan umat Islam terpisah
daripada agama dan intima’ bangsanya. Memahami hakikat tersebut, Hasan al-Banna
telah merangka satu pemikiran yang dapat menangkis ancaman tersebut demi
mengekalkan identiti serta jatidiri umat Islam dengan memahami Islam sebagai satu
sistem hidup yang syumul. Al-Banna menegaskan kehidupan manusia haruslah berpaksi
kepada sistem yang berteraskan agama. Antara objektif kajian ini ialah memperkenalkan
teori humanisme sebagai agenda yang melahirkan fahaman dan ideologi yang menjadi
pegangan masyarakat Barat dan Eropah serta ancamannya kepada identiti dan jatidiri
umat Islam amnya dan bangsa Melayu khususnya di Malaysia Memperkenalkan model
fikrah Islam Syumul yang dibawa oleh al-Banna sebagai satu agenda yang boleh
menangkis ancaman humanisme dan ideologi Barat yang lain. Mendedahkan bahaya dan
ancaman humanisme dalam menangani masalah pluralisasi serta pengaruhnya ke atas
senario politik semasa di Malaysia. Senario ini sekiranya tidak dihalang akan membawa
impak yang besar kepada agenda masa depan bangsa dan Islam di tanah air.

1
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda
Ummah di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia.
2
Penulis ialah Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
3
Penulis ialah Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia.

22 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


PENGENALAN

Bangsa Eropah dan Barat berpeluang menjalin hubungan dengan dengan masyarakat
Islam melalui peperangan salib dan Arab Andalusia. Hubungan ini memberi peluang
kepada mereka membuka minda dan ilmu pengetahuan yang yang cukup luas. Kesannya
muncul kebangkitan dari aspek tatasusila dan ilmu dalam segenap lapisan masyarakat
Eropah dan Barat. Pihak gereja terpaksa bertindak menghalang fenomena asing ini
dengan menggunakan segala kuasa yang ada seperti mengenakan hukuman dan seksaan
yang tidak berperi kemanusiaan dan cuba mempengaruhi rakyat menentang dan menolak
fenomena baru ini.

Namun, semua ini tidak mampu bertahan apabila berhadapan dengan realiti dan
penerokaan ilmu. Akhirnya kebangkitan sains ini beroleh kejayaan besar sehingga
berjaya menyedarkan negara dan menyerang struktur gereja. Masyarakat Eropah kini
bebas sepenuhnya daripada cengkaman kuasa gereja. Mereka berjaya meminggirkan
paderi-paderi di rumah ibadat dan biara sahaja. Lebih dahsyat lagi, pope dipaksa bertapa
di Vatican. Peranan agama dikecilkan pada ruang hidup yang sempit. Eropah kini
beranggapan Kristian hanyalah warisan sejarah. Kristian hanya menjadi satu kaedah
untuk mendidik rakyat kebanyakan atau salah satu cara untuk menguasai dan memenuhi
tujuan politik.

Kemajuan ilmu pengetahuan menyebabkan masyarakat Eropah dan Barat berubah


mengikut perkembangan industri dan teknologi. Mereka mula menikmati kekayaan yang
datang mencurah-curah. Norma hidup masyarakat turut berubah. Mereka mula
menyisihkan agama dari segala aspek kenegaraan, kehakiman dan pendidikan. Dasar
materialisme atau humanisme4 menjadi ukuran dalam semua perkara. (al-Banna 2003).

Eropah berusaha menyebarkan arus meterialisme atau humanisme ke seluruh negara


Islam yang jatuh ke tangan mereka. Arus itu cepat tersebar sehingga berjaya
mempengaruhi setiap lapisan masyarakat samada golongan pendidik, ahli politik, ahli
ekonomi dan sebagainya. Mereka berjaya menggambarkan Islam hanyalah membabitkan
beberapa amalan akidah, ibadat dan akhlak. Muslihat mereka ini berjaya disebabkan
kejahilan umat Islam sendiri memahami agama mereka yang sebenar.

4
Ekspresi dari sebuah falsafat umum yang mewujudkan dirinya di bawah nama materialisme (Harun Yahya
2009).

23 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Tamadun Barat yang berpaksikan fahaman materialisme atau humanisme ini berjaya
menguasai pertembungan sosial ini menentang tamadun Islam yang berpaksikan
gabungan roh dan jasad.

HUMANISME DAN BAHAYANYA KEPADA AGENDA BANGSA

Sekularisme
Masonary

Globalisasi
Liberalisme

Pragmatisme
HUMANISME
Pluralisasi
@
MATERIALISME

Sosialisme

Demokrasi

Kapitalisme
Saintisme

Jadual 1.1 : Rupa wajah humanisme (Harun Yahya 2009; Fuad Muhsin al-rawi 2009;
Anis Malik Taha 2005; Anuar al-Jundi 1999)

24 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Humanisme adalah satu agenda yang berasal daripada Eropah. Ia mula berkembang pada
zaman Renaisance pada abad ke-15 dan 16 Masihi (Abdul Hadi 2009). Humanisme
adalah satu agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan.
Menurut Harun Yahya dalam bukunya Ancaman Global Freemasonary, humanisme
merupakan satu ancaman dan serangan ke atas agama. Ini berikutan fahaman ini yang
menolak agama dan Tuhan yang mencipta mereka. Fahaman humanisme ini bukanlah
satu fahaman yang baru muncul. Fahaman humanisme ini berasal daripada doktrin
Kabbalah yang berasal daripada Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal
daripada falsafah Yunani yang di bawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles (Abdul Hadi
2009).

Humanisme memasuki Eropah melalui sumber Kabbalah. Keyakinan masyarakat Kristian


berdasarkan kepada kewujudan Tuhan. Manusia pula adalah hamba ciptaan Tuhan yang
bergantung kepadaNYa. Walau bagaimana pun, pengaruh pemikiran Kabbalah yang mula
menguasai masyarakat Barat. Pada abad ke-15, arus humanisme mula bertapak dalam
pemikiran Barat dan Eropah (Harun Yahya 2009).

Pemikiran humanisme meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat


kehidupan. Kebebasan kehendak dijadikan sembahan. Negara, kerajaan dan ritual agama
hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut. Tetapi
dengan kemajuan teknologi, mereka mempromosikan globalisasi dan ianya menuju ke
arah mengecilkan kembali kuasa kerajaan dan fungsi agama untuk memberi ruang
kembali kepada kehendak manusia (Taha 2005).

“Materialisme, sekularisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme, demokrasi,


pluralisasi dan globalisasi ; semuanya lahir dari kefahaman humanisme. Nampak
berbeza, tetapi sebenarnya mempunyai persamaan di satu noktah. Semuanya lahir dari
revolusi hasil tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan
rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrem terhadap agama
membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan
yang membawa kepada satu bentuk penyembahan kehendak diri atau apa yang
diistilahkan oleh sebahagian pengkaji sebagai humanisme.

Kapitalisme amat jelas dalam memberikan ruang kepada kehendak manusia. Persaingan
tanpa rahmat membawa kepada jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Riba
dan monopoli menjadi asas yang tidak boleh ditolak oleh dunia. Komunisme mungkin
dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Nampak jauh
berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada
kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak
agar semua kehendak dipenuhi.
25 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
Penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had
itu baru dikira salah. Boleh menagih di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka
yang perlu disembah. Apa yang kerajaan mampu lakukan hanyalah menyediakan tong
sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu rakyat yang tidak minat
dengan dadah.

Arak bukan suatu yang baik untuk manusia. Ia adalah kepala kepada segala kejahatan
seperti yang pernah diungkapkan. Tetapi apa yang Barat boleh lakukan untuk
mengelakkan rakyatnya dari dicemari dengan najis arak? Kehendak manusia mengatasi
segala kebaikan dan maslahah.

Seks dianggap sebagai kehendak manusia yang boleh dipenuhi dengan apa-apa juga cara,
juga mengikut kehendak manusia. Berdirinya kedai-kedai ‘adult shop’ di celah-celah
deretan kedai lain di Barat diterima oleh masyarakat dengan begitu baik. Tidak menjadi
kesalahan kerana ianya tidak lebih dari ’serve’ kehendak sebahagian anggota masyarakat
(Taha 2005).

Globalisasi merupakan antara agenda yang dicanangkan oleh Barat ke atas dunia Islam.
Ia membawa maksud dunia tanpa sempadan, semua manusia berada dalam ruang alam
yang satu, mendapat taujihat yang satu dalam tamadun yang satu (al-Rawi 2009).
Globalisasi telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa baik dari segi bahasa,
budaya, undang-undang, tanah air dan agamanya. (Ghazali 1998; al-Jabiri 1997). Bukan
itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut dalam kehendak diri
tanpa batasan agama dan sempadan akhlak. Ini adalah satu pencabulan kepada nilai-nilai
kemanusiaan yang dirancang secara sengaja oleh agenda Barat (al-Jamil T.t). Globalisasi
melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Hilangnya
jatidiri seorang anak Melayu yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Globalisasi
menjadikan kita bangsa yang ikut dan tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain.

Jika diteliti kandungan globalisasi, ia mempunyai satu aspek utama iaitu hegemoni atau
kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi
kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain. Hegemoni Barat bukan
sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya, termasuk
jugalah agama (Ghazali 1998).

Arus pemikiran humanisme ini bukan sahaja berkembang dalam kalangan masyarakat
Barat dan Eropah. Melalui agenda penjajahan, perdagangan dan Kristianisasi Negara
Eropah dan Barat ke atas dunia Islam, fahaman ini mula menular dan menyerap masuk ke
dalam pemikiran masyarakat Islam. Secara khususnya, bangsa Melayu di Malaysia juga
berhadapan dengan ancaman identiti dan jatidiri yang dibawa oleh humanisme dan isme-
26 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
isme yang lain. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya daripada Barat,
sekularisme, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisme.
Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah
menular dengan hebat dan telah menjadi ritual. Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan
dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang
dikatakan Islam sebagai ad-din (Harusani 2009).

Sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. Proses sekularisasi memang


ditujukan untuk melawan Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak
boleh dihubung-hubungkan dengan Islam ( al-Attas 1978; al-Qardawi 1977). Dalam
konteks Malaysia, Islam telah dinyatakan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi
negara. Dalam satu aspek, ini merupakan perlindungan undang-undang kepada Islam itu
sendiri. Walau bagaimana pun, perlu diingat, peroses globalisasi yang sedang rancak
berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu
pertahanan ini tumbang dan bilangan penduduk Islam di Malaysia tidak menjadi majoriti,
sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat (Ugi Suharto 2007).

PEMIKIRAN AL-BANNA DALAM MENGANALISA SENARIO


POLITIK SEMASA

Al-Banna telah menyedari tentang bahaya dan ancaman ideologi Barat kepada bangsa
Arab di Mesir. Semangat rakyat hancur berkecai akibat segala krisis yang melanda
senario politik Mesir ketika itu. Jentera pentadbiran rakyat dicemari budaya
mementingkan diri sendiri, menurut kepentingan parti, salah guna kuasa dan salah laku.
Pentadbiran pusat yang menyulitkan dan karenah birokrasi yang rumit, ditambah pula
dengan masing-masing tidak mahu memikul tanggungjawab. Undang-undang tidak lagi
berkuasa mendidik manusia dan budaya telah dicemari oleh amalan kronisme dan
diskriminasi.

Harga barangan melambung tinggi. Kadar pengangguran yang semakin meningkat akibat
tiada peluang pekerjaan. Taraf hidup yang semakin menurun dalam kalangan majoriti
rakyat sehingga ke tahap yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Sifat kasih sayang
sesama insan semakin hilang, keganasan bermaharajalela, wujud kecenderungan
bertindak kejam dan ganas. Semua kemarahan rakyat yang bakal diluahkan melalui
beberapa tunjuk perasaan dan demontrasi jalanan. Nilai-nilai akhlak semakin hilang
kedudukannya di mata masyarakat. Amalan keji dan budaya yang bercanggah dengan
nilai-nilai akhlak berleluasa di merata tempat. Masyarakat kita hari ini diselubungi

27 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


kekeliruan. Keliru tentang identiti dan jatidiri yang perlu menjadi pegangan dan anutan.
Krisis moral dan politik yang melanda masyarakat

Kalau kita perhatikan apa yang dialami oleh bangsa Arab di Mesir pada zaman Hasan al-
Banna itu jugalah yang dialami oleh bangsa Melayu di bumi Malaysia.

Dalam usaha untuk menguasai jiwa dan hati bangsa, semua ideologi ini akan berjuang
habis-habisan. Komunisme berusaha gigih menerapkan fahaman mereka ke dalam jiwa
orang ramai. Kita berhadapan dengan komunisme dan sosialisme. Dalam kefahaman
antarabangsa, kedua-dua fahaman ini dianggap sebagai sebahagian daripada nilai
demokrasi.

Salah satu faktor yang menyebabkan bangsa Timur menyimpang daripada Islam dan
memilih untuk meniru Barat ialah hasil kajian yang dibuat oleh pemimpin mereka
terhadap kemajuan Barat. Mereka meyakini tamadun Barat hanya bangkit setelah mereka
menolak agama dan menghapuskan gereja. Setelah mereka menghapuskan kuasa Pope,
paderi dan orang-orang agama, mereka membuang segala imej agama yang wujud pada
bangsa mereka. Mereka juga memisahkan sepenuhnya agama daripada pemerintahan
negara. Jika tindakan ini betul untuk bangsa Barat, ia sama sekali tidak betul untuk umat
Islam. Ini kerana budaya pendidikan Islam berbeza dengan budaya pendidikan mana-
mana agama yang lain.

Kuasa ulama dalam kalangan umat Islam amat terbatas. Mereka tidak mempunyai kuasa
untuk mengubah keadaan dan menukar sistem. Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan
sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang kekuatan dan terumbang-ambing
menjadi buih, tidak digeruni atau disegani lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah
SAW yang bermaksud:

“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang


yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah
kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu
banyak, tapi kamu laksana buih air bah.”

Masyarakat kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan sosial. Masalah ini berpunca
daripada kepincangan akhlak, kehilangan role-model, mengutamakan kepentingan
peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataan
dan tidak mahu memikul tanggungjawab. Bagi mengatasi masalah ini, al-Banna
menggesa agar diri yang rosak itu perlu dirawat dan berusaha membetulkan akhlak
masyarakat.

28 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


FIKRAH AL-BANNA DALAM MERANGKA AGENDA BANGSA

Akidah dan Negara


dan
ibadat tanah air
Kerajaan
dan rakyat
Tentera dan
gagasan

Akhlak dan
kekuatan

ISLAM
Jihad dan SYUMUL
dakwah
Rahmat
dan
keadilan

Pendapatan dan
kekayaan
Pengetahuan
dan undang-
undang

Benda dan Ilmu dan


harta kehakiman

Jadual 1.2: Model Fikrah Islam Syumul menurut Hasan al-Banna

29 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Bagi menangkis fahaman dan ideologi Barat ini, al-Banna telah merangka satu Model
Fikrah Islam Syumul. Dalam model ini, al-Banna menjelaskan tentang Islam sebagai
agama dan negara.

Menurut al-Banna, agama itu membangun melalui jihad generasi silam yang
berlandaskan asas-asas yang kukuh, iaitu keimanan kepada Allah s.w.t. mengenepikan
kesenangan hidup yang sementara, mengutamakan kehidupan yang kekal abadi,
berkorban dengan darah, nyawa dan harta demi menegakkan kebenaran, cintakan mati
pada jalan Allah. Semua ini dilalui dengan berlandaskan pimpinan al-Quran al-Karim.

Islam merangkumi aspek keagamaan dan kemasyarakatan, masjid dan negara, dunia dan
akhirat. Malah Islam juga menyentuh sudut praktikal dalam kehidupan dunia dengan
meletakkan semua amalan yang baik adalah ibadat kepada Allah s.w.t.

Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkan
antara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segi
wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya. Perbezaan ini adalah
perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadap
masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islam
dipisahkan daripada realiti kehidupan.

Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih dahulu Islam
perlu dijadikan pengatur seluruh kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan
dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah wajar untuk
meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul dalam
sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Allah SWT berfirman yang
bermaksud:

“Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara


keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208).

Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum tertentu,
menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan,
ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islam
sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Semua aktiviti bersosial,
berpolitik, berekonomi, berbudaya, berperang dan lain-lain adalah berpaksikan kepada
agama yang suci ini.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah yakin bahawa hukum dan ajaran Islam lengkap
mencakupi seluruh urusan manusia di dunia dan akhirat. Mereka yang merasakan ajaran
30 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
Islam ini hanyalah menyentuh aspek ibadat atau kerohanian tanpa membabitkan aspek-
aspek lain, adalah silap. Islam adalah akidah dan ibadat, tanah air dan bangsa, agama dan
negara, rohani dan amali, mashaf dan pedang. Al-Quran al-Karim menyentuh semua
aspek ini dan meletakkan seluruh aspek ini sebagai TERAS ISLAM. Islam
mengingatkan manusia supaya memenuhi seluruh aspek ini. Ini ditegaskan dalam firman
Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud;

“Dan carilah apa yang dikurniakan Allah kepadamu pada hari Akhirat, dan
jangan kamu lupa habuan kamu di dunia”.

Al-Quran al-Karim menjadi sumber inspirasi dan bimbingan al-Banna ketika


menterjemahkan makna Islam yang syumul. Seluruh aspek kehidupan umat hendaklah
bersumberkan ajaran Islam, jika kita mahu menjadi umat Islam yang sebenar. Namun
begitu, jika kita hanya mengambil aspek ibadat atau akhlak sahaja dalam amalan harian,
dan meniru bangsa non-muslim dalam aspek kehidupan yang lain, kita telah menjadi
umat Islam yang cacat Islamnya, menurut telunjuk mereka.

Asas kepada ajaran dan intipati Islam adalah al-Quran al-Karim dan sunnah Rasulullah
s.a.w. Sekiranya umat Islam berpegang teguh dengan kedua-dua sumber ini, mereka tidak
akan sesat selama-lamanya. Oleh itu, sistem Islam yang sepatutnya menjadi asas kepada
umat ini mestilah dipetik daripada sumbernya yang asli. Kita perlu memahami Islam
sebagaimana yang difahami oleh para sahabat dan tabien yang saleh dan diredai Allah
s.w.t. Kita tidak perlu mencorak zaman kita menurut budaya zaman yang tidak bertepatan
dengan Islam.

Bagi menjamin perlaksanaan perkara ini dengan betul, Islam menitik beratkan soal
pemulihan jiwa manusia yang merupakan teras kepada sistem ini. Inilah teras yang akan
menjana pemikiran, penilaian dan pembentukan sistem Islam. Islam menyenaraikan
penawar yang dapat membersihkan jiwa manusia daripada nafsu serakah. Islam
menghalang jiwa manusia bersifat kejam, alpa dan zalim. Jika jiwa manusia berjaya
dilentur dan dibersihkan, pasti setiap yang lahir daripada jiwa ini elok dan baik belaka.
Atas dasar inilah, jiwa manusia mendapat perhatian utama dalam Kitab Allah s.w.t.
Manusia yang pertama dicorak oleh Islam kini menjadi model kepada manusia yang
sempurna. Islam sebenarnya sesuai dengan semua zaman dan bangsa. Islam seiring
dengan segala kehendak dan tuntutan. Islam tidak pernah melarang umatnya
memanfaatkan apa jua yang sesuai selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar am
Islam.

31 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


ANCAMAN HUMANISME DALAM MENANGANI MASALAH PLURALISME
DI MALAYSIA

Bila bercakap tentang humanisme secara global, bagaimana fikrah al-Banna menentang
humanisme dalam konteks negara Malaysia. Fikrah al-Banna menuntut kepada kita
meletakkan ketuanan Islam (siyadah Islam) dalam melaksanakan struktur kenegaraan.
Inilah yang dimaksudkan oleh al-Banna sebagai Islam itu adalah sistem hidup yang
syumul, yang merangkumi aspek akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa,
akhlak, budaya, ekonomi dan undang-undang.

Memahami Islam ialah merasai dan meletakkan Islam sebagai penguasa dan pemimpin
kepada sebuah masyarakat majmuk. Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Islam
sebagai agama rasmi bagi negara Malaysia. Ini menunjukkan sebenarnya ketuaan Islam
perlu dipertahankan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Inilah yang berlaku
dalam negara kita Malaysia apabila ketuanan Islam masih lagi menjadi dominan.

Namum begitu, pilihanraya umum ke-12 (PRU 12) baru-baru telah membawa perubahan
besar dalam struktur pentadbiran dan pemerintahan negara. Selepas PRU 12, kita
mendengar dan melihat banyak tuntutan yang telah dibuat oleh non-muslim di negara kita
yang melibatkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi mula tercabar dan status-
quo orang Melayu mula tergugat.

Keadaan ditambah lagi dengan senario perubahan kuasa politik selepas PRU 12 yang
menyaksikan keberanian non-muslim khususnya DAP yang begitu lantang dalam
mengetuai arus reformasi. Desakan demi desakan yang dilakukan oleh non-Muslim bagi
menuntut hak yang sama rata seperti Interfaith Council (IFC), Su Qiu dan lain-lain telah
disambut dan disokong oleh segelintir orang Melayu yang beragama Islam. Yang paling
terjejas dan rugi dalam isu ini ketuanan Islam itu sendiri. Ini juga menunjukkan umat
Islam tidak bersatu dalam mempertahankan ketuanan Islam di bumi Malaysia.

Arus berbilang agama telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Persoalannya ialah bagaimana kita bangsa Melayu yang beragama Islam yang merupakan
penduduk asal negara ini mampu menangani isu pluralisme dalam kalangan masyarakat
yang berbilang agama ini?

Setengah pihak yang tertentu telah mengambil kesempatan di atas kelemahan yang ada
untuk membawa agenda mereka ke tengah masyarakat. Arus dalaman yang semakin
mendominasi ini telah mendapat sokongan padu daripada sekular luar telah memberi
kesan yang tidak sedikit kepada status-qou bangsa Melayu. Arus ini cuba membawa
masyarakat Malaysia kepada satu arah yang melaksanakan konsep kesamarataan yang
mutlak dalam masyarakat berasaskan kepada fahaman sekularisme Barat atau humanisme
32 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
yang meletakkan semua orang mempunyai hak yang sama tanpa mengira agama, bangsa
dan lain-lain.

Keadaan ini tentu sekali menjejaskan kepentingan umat Islam dari sudut kehandak agama
yang mahukan mereka menjadi bangsa yang memimpin. Secara praktikalnya, bangsa
Melayu yang beragama Islam mampu mengekalkan dominasi dan penguasaan ini secara
realiti. Disebabkan keserabutan dan kekeliruan pemikiran yang berlaku dalam kalangan
bangsa Melayu sendiri, maka mereka kehilangan punca dalam menyelesaikan kemelut
yang semakin membarah ini.

Ada dalam kalangan masyarakat Melayu yang melihat isu di atas sebagai satu masalah
atau isu yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Ada sebahagian masyarakat Melayu yang
menyedari isu dan masalah yang melanda dan yang paling menyedihkan ada dalam
kalangan bangsa Melayu yang tidak faham dan menyedari bahaya yang sedang menimpa
bangsa mereka. Bangsa Melayu adalah bangsa yang majoriti di bumi Malaysia. Mereka
adalah kaum asal yang mendiami tanah pusaka ini. Mereka rela menjadi bangsa yang
lemah dan hina. Ini satu kerugian besar kepada agama Islam dan bangsa Melayu sendiri.

Kita menyeru kepada kesatuan Islam. Kembali kepada fikrah al-Banna yang mahu kita
berpegang kepada Islam sebagai satu sistem hidup. Islam yang mendominasi. Islam yang
menjadi pemimpin dan ketua. Tidak ada kompromi dengan non-muslim dalam hal yang
berkaitan dengan agama dan kedudukan Islam.

Kita harus membuat pilihan. Pilihan yang tepat ialah mengekalkan dominasi umat Islam
dan menyelesaikan isu non-muslim berdasarkan keadilan Islam, mengikut kaedah Islam.
Bukan Islam mendapat hak kerakyatan dalam negara Islam adalah dalam bentuk kontrak,
mereka boleh hidup aman dan selamat, tetapi mereka tidak boleh merubah struktur
perlembagaan dan kenegaraan. Mereka diberi kebebasan untuk bergerak dan hidup di
bawah naungan sistem Islam. Sebaliknya, kita umat Islam akan hilang kuasa dan
kedudukan, terpaksa berjuang untuk hidup di bawah sistem liberal Barat walaupun berada
di tanah air sendiri.

Pada hakikatnya, kesan kita membelakangkan dan mengenepikan Islam sebenarnya


membawa padah kepada kita sendiri. Selagi kita jauh dari roh Islam dan tidak
melaksanakan ajaran Islam, kita akan terus terumbang-ambing dan semangat kita akan
lemah. Kita akan berpecah dan kekuatan kita akan goyah. Jika kita dengan tegas dan
berani menyatakan bahawa kami seluruh umat Islam bukan penganut komunisme, bukan
demokrasisme dan bukan apa yang kamu sangka, sebaliknya dengan segala puji bagi
Allah s.w.t. kami adalah orang-orang Islam. Nescaya ketika itu akan terpampang jalan
hidayah dan cahaya. Islam akan menggabungkan kita. Seluruh saudara kita diseluruh
muka bumi ini akan bersatu (Hasan al-Banna 2003). Inilah satu-satunya kekuatan dan
33 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
penyelamat kita untuk berhadapan dengan pencabulan penjajahan Barat yang telah
menggugat identiti dan jatidiri kita bangsa Melayu yang beragama Islam.

KESIMPULAN

Humanisme merupakan satu agenda yang terancang oleh Barat untuk menghapuskan
semangat bangsa dan rasa izzah sebagai seorang Islam. Penyerapan fahaman ini ke dalam
jiwa dan pemikiran umat Islam berlaku dalam keadaan yang halus dan sistematik. Dalam
konteks bangsa Melayu yang hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia, agenda ini
perlu difahami dan ditangani dengan bijak dan tegas.

Humanisme akan menjadikan orang Melayu manusia tanpa bangsa dan tanpa agama.
Manusia yang tanpa bangsa dan agama menjadikan kita manusia yang tiada agenda.
Manusia yang tiada agenda sendiri akan sentiasa tunduk dan dipergunakan untuk
melaksanakan agenda orang lain. Sehubungan dengan itu, setiap aktivis masyarakat, juru
dakwah dan ahli politik perlu peka terhadap permasalahan ini dan tidak terjerat dalam
perangkap agenda yang berasaskan humanisme Barat seperti hak asasi manusia,
liberalisme dan sebagainya.

Justeru itu, saya menyeru diri saya dan seluruh bangsa Melayu agar bangkit dan kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah difahami oleh al-Imam al-
Syahid Hasan al-Banna. Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Meletakkan agama
sebagai pertimbangan dan mizan kehidupan kita. Inilah sahaja yang dapat
menyelamatkan kita dari terpengaruh dengan budaya dan fahaman sekular. Seterusnya
mencipta tamadun bangsa berpaksikan kepada agama, membina negara berpaksikan
agama, menegakkan keadilan berpaksikan agama, mengembangkan ekonomi dan
pendidikan juga berpaksikan agama.

Katakanlah.. sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya untuk Allah Rabbul
Alamin.

34 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim

_______. 1991. Majmu’ah Rasail li al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Kaherah: Dar
al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah.

Ghazali Darusalam. 1998. Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Kuala Lumpur: Utusan
Pub.

Al-Jundi, Anuar. 2000. Hasan al-Banna al-Daeyah wa al-Mujaddid wa al-Syahid.


Damsyik: Dar al-Qalam.

Al-Jabiri, Mohamad Abid. 1997. Qadaya al-Fikr al-Arabi al-Muasir. Beirut: Markaz
Dirasat al-Wehdah al-Arabiyah.

Al-Jamil, Sayyar. Tanpa tahun. Al-Aulamah wa al-Mustaqbal. Amman: al-Ahaliyah li al-


Nasyr wa al-Tauzi’

Al-Hajrasyi, Fuad. 1999. Hasan al-Banna Hamil Liwa’ al-Dakwah fi al-Qarn al-Isyrin.
Kaherah: Dar al-Tabi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah.

Harun Yahya. 2009. Ancaman Global Freemasonary.


http://www.harunyahya.com/indo/buku/globalfreemasonry03.htm#33

Al-Sisi, Abbas. 2001. Hasan al-Banna Mawaqif fi al-Dakwah wa al-Tarbiyah. Kaherah:


Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah.

Al-Tilmithani, Umar. 1984. Hasan al-Banna al-Mulham al-Mauhub. Dar al-Tauzi’ wa al-
Nasyr al-Islamiyah.

Taha, Anis Malik. 2005. Al-Ta’adudiah al-Diniyah: Ru’yah Islamiah. Gombak: UIAM

Al-Rawi, Fuad Muhsin. 2009. Al-Fikr al-Islami fi Muwajahah al-Fikr al-Gharbi. Amman:
Dar al-Ma’mun li al-Nasyr wa al-Tauzi’.

Ridwan Mohamad Nor & Ahmad Adnan Fadhil. Islam Liberal dan Pluralisme Agama.
Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Ugi Suharto. 2007. Pemikiran Liberal Islam Liberal. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

35 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


PANDANGAN HASAN AL-BANNA TERHADAP AGENDA
PEMBANGUNAN UMMAH DAN
PELAKSANAANNYA DI MALAYSIAi
Oleh: Mohd Hazizi bin Ab. Rahmanii

PENGENALAN

Abstrak

Tujuan artikel ini ialah untuk penulis mengutarakan pandangan al-Imam as-Syahid Hasan al-
Banna terhadap agenda pembangunan umat secara menyeluruh dan bersepadu. Seterusnya
penulis bertujuan membuat penilaian dan mengenal pasti kepentingan agenda tersebut
dilaksanakan di Malaysia. Untuk mencapai tujuan di atas, penulis menggunakan kaedah kajian
perpustakaan, temubual dengan pendukung pemikiran ini dan pengalaman penulis sendiri dalam
melaksanakannya. Berdasarkan kajian di atas, penulis mendapati bahawa agenda pembangunan
umat yang dibawa oleh Hasan al-Banna merupakan pakej penyelesaian menyeluruh bagi kemelut
yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini. Ini bermakna, pakej ini amat sesuai untuk
dilaksanakan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Bagaimanapun, penulis menyarankan agar
kajian lanjut dilakukan terhadap beberapa sudut, dalam aspek pelaksanaan agenda ini di
peringkat tempatan, yang memerlukan langkah-langkah inovatif dan pembaharuan demi
kesesuaian dengan watan dan warga yang berbeza.

Pendahuluan

Realiti umat Islam di seluruh dunia umumnya, dan di Malaysia secara khusus, menuntut
satu usaha perubahan jangka panjang yang benar-benar berkesan, bagi merawat segala
penyakit yang dihidapi dan seterusnya melahirkan semula generasi umat yang memimpin
bangsa-bangsa lain, seperti yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Pendekatan jalan
pintas, tempelan dan usaha yang berpaksikan isu tidak akan menyelesaikan masalah,
apatah lagi untuk membina, memaju dan membangun semula umat dan tamadunnya.
36 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
Kejatuhan Khilafah Othmaniah hanyalah merupakan peristiwa kemuncak bagi senario
urutan kemunduran umat dalam segenap lapangan kehidupan, yang berlangsung dalam
jangka masa yang tidak singkat. Islam di kepulauan Melayu tidak terkecuali daripada
senario kemunduran ini. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita melihat kemelut
yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dalam kerangka yang lebih besar dan
universal. Pendekatan ini amat penting dalam usaha kita mencari jawapan dan jalan
keluar yang hakiki. Untuk tujuan itu, satu kajian yang mendalam dan menyeluruh perlu
dilakukan terhadap realiti umat dan sejarah jatuh bangunnya. Penulis mendapati al-Imam
as-Syahid Hasan al-Banna telah mempelopori usaha ini selepas 4 tahun kejatuhan
Khilafah Othmaniah dan melakar satu manhaj perubahan yang menyeluruh dan
bersepadu. Bahkan beliau telah mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin bagi
melaksanakan agenda perubahan menyeluruh ini dan Ikhwan Muslimin telah berjaya
menimba pengalaman selama lebih 80 tahun dan aktif di lebih 90 buah negara di seluruh
dunia. Ia merupakan aset pengalaman yang kaya, yang menunjukkan betapa pemikiran
Hasan al-Banna dalam agenda pembangunan umat amat perlu diberi perhatian
sewajarnya di Malaysia.

Objektif

1) Melakar gambaran menyeluruh dan bersepadu mengenai pandangan Hasan al-


Banna terhadap agenda pembangunan ummah.
Pemikiran al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna bukanlah suatu perkara yang asing bagi
kebanyakan pendukung gerakan-gerakan Islam tanah air, terutamanya di era 80an.
Bagaimanapun, pemikiran beliau mengambil posisi yang berbeza-beza dalam agenda
gerakan-gerakan tersebut, akibat perbedaan dalam menanggapi dan memahami gagasan
yang dibawa oleh beliau. Selain itu, faktor zaman yang berubah dan tempoh masa yang
lama mengakibatkan pemikiran beliau yang dikuasai oleh generasi pertama semakin
pudar dan luntur di kotak fikiran generasi kemudian. Perubahan zaman dan tempoh masa
yang lama ini merupakan fenomena alam yang memberi kesan kepada segala sesuatu.
Oleh yang demikian, usaha untuk melakar semula pemikiran beliau dalam bentuk yang

37 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


menyeluruh dan bersepadu amat perlu dilakukan, demi merapatkan perbezaan fahaman
tadi dan menyegarkan semula penguasaan fikrah bagi generasi kemudian.

Di satu sudut lain, masyarakat awam hampir tidak mengenali langsung tokoh dunia Islam
yang ulung ini, jauh lagi mahu memahami gagasannya. Kegagalan mengungkapkan
semula pemikiran Hasan al-Banna dalam kerangka realiti tempatan, ditambah dengan
ketiadaan lembaga yang menzahirkan gagasan beliau secara menyeluruh dan bersepadu
ke alam realiti, telah memanjangkan tempoh situasi terasing dan terpinggir yang dialami
oleh pemikiran yang unggul ini di bumi Malaysia. Walaupun pemikiran beliau telah
membuahkan hasil yang signifikan dalam perkembangan dan pembangunan umat di
banyak negara dunia Islam, termasuk Malaysia, keadaan itu tidak menunjukkan kadar
yang berpatutan dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disebut-
sebut sebagai negara contoh.

2) Menilai kepentingan pelaksanaan agenda ini di Malaysia


Senario selepas PRU 12 memperlihatkan perubahan lanskap politik negara yang amat
ketara berbanding sebelumnya. Kelihatan pendekatan liberal lebih disenangi dalam
banyak situasi semasa demi memenangi hati pihak-pihak tertentu. Keadaan ini
menimbulkan keraguan tentang jaminan masa depan perjuangan untuk mendaulatkan
Islam dan syariat-Nya di bumi sendiri. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat
sebahagian di kalangan pemuka Islam sendiri masih bertelagah dalam isu-isu ranting
sehingga ke tahap merugikan. Akibatnya umat Melayu Islam marhaen berada di dalam
lingkungan kekeliruan yang berpanjangan. Di sinilah letaknya keperluan yang amat
mendesak untuk diketengahkan pemikiran al-Imam as-Syahid ini sebagai alternatif bagi
kerangka pemikiran Islam tanah air yang selama ini sentiasa dibayangi oleh blok-blok
politik kepartian dan berpaksikan isu semasa yang tiada penghujung. Mengeluarkan umat
Melayu Islam Malaysia dari kerangka pemikiran lama ini kepada kerangka pemikiran
Hasan al-Banna, yang berpaksi pada elemen pembangunan dan pembinaan umat, serta
berorientasikan matlamat jangka panjang, merupakan satu objektif yang penting untuk
dicapai.
38 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA TERHADAP AGENDA PEMBANGUNAN
UMMAH

Asas Tasawur

Permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam sedunia difahami dan ditanggapi dalam
pelbagai bentuk yang berbeza-beza. Sama ada tanggapan itu dangkal, mendalam, terhad
atau menyeluruh amat bergantung pada paradigma seseorang melihat sesuatu perkara dan
sejauh mana paradigma itu kukuh dan mantap dalam diri sehingga menjadi akidah dan
pegangan hidup. Ramai yang menyedari bahawa umat Islam sedang berdepan dengan
kemelut besar di seluruh dunia, tetapi tidak ramai yang berusaha untuk menganalisis
situasi secara serius. Di kalangan yang menganalisis, tidak ramai yang berjaya
melakarkan satu agenda yang jelas. Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna bukan sekadar
berjaya melakarkan agenda pembangunan ummah yang jelas, bahkan beliau telah berjaya
meletakkan agenda itu ke alam realiti melalui jamaah Ikhwan Muslimin. Segala-galanya
berpunca daripada tasawurnya yang menyeluruh terhadap isu sebenar umat Islam, selain
tasawur dan pegangan akidah yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

Analisis Sejarah

Pepatah Arab ada mengatakan: “Sejarah sentiasa berulang”. Sesungguhnya sejarah


merupakan sumber pengetahuan yang amat bernilai bagi pejuang yang mahu melakukan
perubahan dalam masyarakat dan dunia. Peristiwa yang berlaku dalam sejarah umat
manusia, termasuk sejarah umat Islam, mengandungi banyak pengajaran yang memberi
petunjuk di sepanjang liku perjuangan. Oleh yang demikian, kita dapati al-Imam as-
Syahid Hasan al-Banna telah melakukan kajian terhadap sejarah umat manusia secara
umum dan sejarah umat Islam secara khusus.

Perkara ini dapat dilihat dalam risalah “Antara Semalam dan Hari Ini” yang menjadi
medan khusus untuk beliau mengupas sejarah Islam dan menyusun satu persatu urutan
jatuh bangun Islam, serta mengeluarkan banyak pengajaran berharga bagi umat ini.

39 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Dalam risalah “Antara Semalam dan Hari Ini” al-Imam as-Syahid telah merumuskan
sejarah jatuh bangun umat Islam dalam tujuh pusingan.

Pusingan pertama bermula dengan lahirnya dakwah Islam yang dibawa oleh Rasulullah
S.A.W., yang mengisytiharkan kewujudan satu sistem hidup baru dengan sumber rujukan
dan identiti yang baru. Kewujudan sistem baru ini telah menggariskan beberapa panduan
teori dan amali bagi usaha perubahan masyarakat yang menyeluruh.

Seterusnya pusingan ini diikuti dengan penegakan negara Islam yang pertama di
Madinah, yang menggambarkan cara pelaksanaan sistem baru itu ke dalam alam realiti
dengan satu sistem sosial berteraskan al-Quran, kejayaan menyatukan masyarakat tanpa
mengira agama dan bangsa di bawah naungan Islam, mewujudkan kesatuan politik di
bawah naungan Khilafah yang satu, mengusir ancaman kuasa penyembah berhala,
Yahudi dan Kristian, membuka wilayah-wilayah Islam yang baru di segenap penjuru
dunia, menguasai bidang-bidang strategik dan laluan daratan dan lautan, mengadakan
hubungan dengan tamadun lain serta mengimport pencapaian mereka yang berfaedah.

Pusingan ketiga menampakkan tanda-tanda keruntuhan apabila struktur negara,


terutamanya di peringkat kepimpinan tertinggi, dijangkiti dengan pelbagai penyakit
berbahaya, antaranya ialah percakaran politik dan perebutan kuasa, pertelingkahan dalam
isu-isu cabang agama dan mazhab, suka berdebat dan berbahas, tenggelam dalam
kemewahan, perlantikan jawatan bagi mereka yang tidak layak, mencuaikan penguasaan
ilmu sains, leka dan kagum dengan kekuatan sendiri sehingga cuai terhadap
perkembangan musuh, mudah kagum pada pencapaian musuh dan tertipu dengan tipu
helah mereka lalu meniru perkara yang memudaratkan.

Pusingan keempat bermula dengan serangan Tatar ke atas Baghdad yang merupakan
ibukota kuasa besar pada masa itu, Khilafah Abbasiyah. Ini diikuti dengan sembilan siri
Perang Salib sehingga jatuhnya Baitul Maqdis di tangan tentera Salib dan jatuhnya
Khilafah Othmaniah sebagai struktur kuasa Islam yang terakhir. Wilayah-wilayah Islam
dijajah dan dibahagi-bahagi sesama negara Eropah. Selepas perjuangan yang panjang,
sesetengah wilayah Islam ini mendapat kemerdekaan atas nama nasionalisme sebagai

40 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


satu konsep negara yang baru. Pusingan keempat ini dikenali sebagai pusingan
pertembungan politik dan serangan ketenteraan.

Pusingan kelima bermula apabila berlakunya pertembungan antara gereja dan sains,
sehingga lahirnya ideologi sekularisme. Ideologi baru ini yang memisahkan agama
daripada urusan kehidupan telah melahirkan arus kebendaan yang menjadi “sembahan”
baru manusia. Arus kebendaan ini seterusnya dibawa masuk ke negara-negara umat Islam
melalui sistem pendidikan dan pengaruh sosial penjajah. Pusingan ini seterusnya
dilengkapi dengan pengeliruan umat Islam terhadap erti agama mereka sendiri, sehingga
difahami dalam sudut-sudut tertentu sahaja seperti beberapa upacara dan istiadat
keagamaan semata-mata.

Al-Imam as-Syahid menegaskan bahawa tamadun barat yang berasaskan materialisme


telah berjaya mengalahkan tamadun Islam yang berasaskan nilai akidah, dalam satu
pertarungan yang menjadikan jiwa, akidah dan pemikiran muslimin sebagai sasaran.
Barat juga menang dalam pertarungan politik dan ketenteraan, selain pertarungan sosial
ini. Ini merupakan batu tanda bagi pusingan keenam.

Akhirnya, beliau menegaskan bahawa pusingan seterusnya ialah kebangkitan semula


Islam, setelah kedengaran suara-suara yang menyeru agar kembali kepada Islam, akibat
krisis sosial, politik, ekonomi dan pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah.

Sesungguhnya kajian yang teliti terhadap risalah tersebut akan memberikan gambaran
yang menyeluruh dan lengkap mengenai asas-asas bagi agenda pembangunan ummah
yang dilakarkan oleh al-Imam as-Syahid. Ia turut memperlihatkan betapa mendalamnya
kesan dimensi sejarah dalam membentuk fikrah dan gerakan al-Banna. Beberapa noktah
penting yang dapat diambil daripada risalah tersebut ialah:

1- Ia memberikan satu gambaran yang menyeluruh, lengkap dan jelas mengenai


perkembangan sejarah dan urutan peristiwa yang dilalui oleh umat Islam secara
menyeluruh.

41 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


2- Gambaran yang menyeluruh, lengkap dan jelas itu selanjutnya memberikan petunjuk-
petunjuk penting mengenai ciri-ciri agenda perubahan Islam yang menyeluruh dan
bersepadu.

3- Gambaran latar belakang sejarah yang lengkap dan agenda perubahan Islam yang
menyeluruh itu dapat memastikan gerakan Islam tidak terjebak ke dalam pertembungan
dan pertelingkahan sampingan yang merugikan.

4- Ia menggambarkan titik-titik perbezaan, persaingan dan pertembungan antara dakwah


Islam dan seruan-seruan yang bertentangan, yang boleh dijadikan panduan bagi generasi
kemudian mengenai hakikat sebenar pertembungan antara barat dan Islam.

5- Ia membentangkan petunjuk-petunjuk penting yang memerikan negara Islam, berserta


sistem sosial dan ekonominya, yang diambil daripada model perlaksanaannya pada
zaman gemilang.

Selain sejarah Islam, beliau turut menyentuh tentang sejarah jatuh bangun tamadun
manusia dan gerakan pembaharuan di dunia, dan seterusnya mengeluarkan petunjuk-
petunjuk daripada lipatan sejarah itu yang merupakan undang-undang alam yang
ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi seluruh umat manusia, tanpa mengira agama dan
kaum, dalam persaingan, perebutan dan pertembungan sesama mereka. Antaranya, beliau
dipetik sebagai berkata:

“Kebangkitan mana-mana bangsa bermula dalam keadaan yang lemah hingga ia


dilihat mustahil akan berlaku. Walaupun kelihatan mustahil namun sejarah
membuktikan kesabaran, ketabahan, kebijaksanaan dan ketekunan akan
membawa kebangkitan ini yang bermula dalam keadaan begitu lemah dan tidak
berkeupayaan ke puncak kejayaan yang diidam oleh para pendokongnya…” (al-
Banna, 1991”)

42 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Kesimpulannya, Hasan al-Banna membina tasawur agenda perubahan dan
pembangunan umat berasaskan kepada pemahaman yang lengkap dan menyeluruh
terhadap sejarah dan peristiwa yang dialami oleh umat Islam.

Analisis Realiti

Perjuangan untuk merubah realiti umat yang mundur dalam segenap lapangan kehidupan
kepada satu keadaan yang diimpikan oleh pendukung dan pejuang Islam, menuntut satu
kajian realiti yang menyeluruh dan mendalam. Kajian realiti ini amat perlu dilakukan
agar kita dapat melihat gambaran yang menyeluruh dan mendalam mengenai
permasalahan sebenar umat Islam. Tanpa kajian realiti, kemungkinan besar usaha-usaha
pengislahan akan tersasar daripada landasan yang betul dan mendedahkan perjuangan
kepada bahaya terbabit dalam pertelingkahan sampingan yang tidak berkesudahan.
Kajian realiti juga dapat mengenal pasti aspek-aspek kekuatan dan kelemahan umat,
ancaman dari luar dan dalam, cabaran yang menanti dan peluang yang perlu direbut.

Al-Imam al-Banna telah melakukan kajian terhadap realiti umat Islam. Perkara ini jelas
dalam kenyataannya dalam banyak tempat dalam buku Majmuah Rasail, antaranya ialah
risalah “Muktamar Keenam”. Penulis merasakan petikan ungkapan al-Imam as-Syahid di
bawah sudah cukup membayangkan keperihatinan beliau terhadap penguasaan realiti
sebagai asas tasawur dalam melakar agenda pembangunan umat:

Pengalaman dan sejarah telah mengajar kita bahawa penyakit bangsa


Timur ini wujud dalam pelbagai keadaan dan telah menular ke setiap sudut
hayat mereka.
i- Di sudut politik bangsa ini telah dijajah oleh musuhnya. Dalam masa yang
sama masyarakatnya pula hidup dalam keadaan berpuak, bermusuh dan
berpecah.
ii- Di sudut ekonomi, amalan riba berleluasa di semua lapisan dan syarikat
asing menguasai sumber kekayaan mereka.

43 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


iii- Di sudut pemikiran, timbul kekeliruan, kemurtadan dan amalan menolak
tuhan yang boleh menggugat akidah mereka dan menghancurkan nilai-nilai
baik dalam diri masyarakat mereka.
iv- Di sudut sosial pula, wujud budaya pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak
serta tidak mahu terikat dengan mana-mana budaya baik yang mereka warisi
daripada generasi lama. Sifat terikut-ikut dengan budaya barat juga menular
dalam kehidupan harian mereka ibarat bisa ular yang meracuni darah dan
mencemar kesucian hidup mereka.
v- Begitu juga dengan undang-undang ciptaan manusia yang tidak mampu
menakutkan penjenayah dan tidak mampu mendidik serta tidak mampu
mengembalikan hak daripada orang yang zalim. Mereka mengamalkan undang-
undang yang tidak mampu menandingi undang-undang langit yang telah
digubal oleh Tuhan yang mencipta manusia, Raja segala-galanya dan Pemilik
jiwa manusia.
vi- Begitu juga wujud kepincangan dalam dasar pelajaran dan polisi pendidikan
hingga menghalang generasi baru; bakal pemimpin dan pendokong kebangkitan
masa depan daripada menerima bimbingan yang betul.
vii- Di sudut kejiwaan, bangsa ini ditimpa sifat-sifat putus asa, malas, pengecut,
rendah diri, bacul, kedekut dan ego yang menyekat tangan mereka dari sifat
memberi. Mereka hanya berdiam diri tanpa mampu memberikan sebarang
pengorbanan. Akhirnya bangsa ini terkeluar daripada senarai pahlawan dan
masuk ke dalam barisan mereka yang hanya mahu berseronok dan berhibur.
Apakah yang boleh diharapkan daripada sebuah bangsa yang memiliki
segala faktor kelemahan ini, malah mereka berada di tahap maksimum; dijajah,
berpuak, mengamalkan riba, dikuasai syarikat asing, anti agama, kelucahan,
kepincangan sistem pendidikan dan perundangan, tidak bersemangat, tamak,
bacul, pengecut, kagum dengan musuh sendiri hingga bersedia mengikut apa
sahaja yang dilakukan oleh musuh terutama amalan yang tidak sihat.
Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup untuk membunuh
sebuah bangsa. Apatah lagi jika semua penyakit ini ada pada mereka. Jika tidak

44 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


kerana kekebalan, keutuhan dan kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Timur
yang diheret oleh musuh dan semenjak sekian lama cuba disuntik dengan
wabak kuman hingga ia membiak, jika tidak kerana kekebalan ini sudah tentu
bangsa ini tidak lagi wujud. Namun Allah dan orang-orang yang beriman tidak
akan merelakannya.
Saudara, ini adalah penyakit ummah yang telah dikenal pasti oleh
Ikhwan. Inilah yang sedang diusahakan oleh mereka iaitu untuk menyembuh
dan mengembalikan semula kesihatan dan semangat mudanya yang telah
hilang. (al-Banna, 1991)
Al-Imam as-Syahid juga menganalisis realiti umat secara kuantitatif,
membayangkan betapa beliau tidak berpada pada maklumat cetek dalam menilai
realiti. Contohnya seperti berikut:
Saudara, di sini ada beberapa statistik yang menunjukkan ancaman
sosial yang amat hebat yang sedang kita hadapi. Jika tidak kerana rahmat
Allah sudah tentu kesannya terlalu berat untuk kita terima.
1. Petani di Mesir berjumlah 8 juta orang dan tanah yang sesuai untuk
diusahakan hampir 6 juta ekar. Ini bermakna nisbah setiap petani ialah dua
pertiga ekar. Di sebalik fakta ini kita dapat perhatikan, bumi Mesir kini
hilang kelebihannya kerana kelemahan sistem pengairan dan penggunaan
yang berlebihan. Atas alasan ini tanah pertanian di Mesir memerlukan baja
buatan yang berlipat kali ganda lebih banyak berbanding kawasan pertanian
yang lebih rendah dari segi kualiti dan kesuburannya. Jumlah penduduk
bertambah dengan pesat. Agihan tanah pertanian pula adalah seperti berikut,
4 juta petani tidak memiliki sebarang tanah, 2 juta hanya memiliki tidak
sampai setengah ekar sementara kebanyakan petani yang lain hanya
memiliki tidak lebih lima ekar tanah. Keadaan ini menunjukkan sejauhmana
kadar kemiskinan para petani Mesir. Taraf hidup mereka berada di tahap
yang membimbangkan.
4 juta rakyat Mesir memperolehi pendapatan maksimum hanya sebanyak 80
sen sebulan. Jika kita andaikan mereka memiliki seorang isteri dan tiga orang

45 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


anak iaitu mengikut purata keadaan hidup penduduk desa di Mesir malah
seluruh penduduk Mesir amnya maka purata pendapatan penduduk Mesir
dalam setahun ialah 2 pound. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding
perbelanjaan diperlukan untuk seekor keldai. Bagi perbelanjaan seekor
keldai, pemiliknya perlu membelanjakan:
140 sen untuk 5 ikat rumput kering.
30 sen untuk 1 ½ pikul makanan haiwan.
150 sen untuk satu guni kacang.
20 sen untuk 4 qirat bijirin jagung.
Semuanya berjumlah 340 sen. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding
perbelanjaan hidup untuk seorang di Mesir. Ini bermakna 4 juta rakyat Mesir
hidup di bawah tahap haiwan.
Di Mesir terdapat 320 buah syarikat asing yang menguasai sepenuhnya
infrastruktur utama. Pada tahun 1938 yang lalu, jumlah keuntungan yang
diperolehi oleh syarikat-syarikat ini ialah 7,637,482 pound. Semua ini hasil
titik peluh rakyat Mesir walaupun setengah daripada jumlah penduduk tidak
mampu menikmati sebarang makanan.
Pada tahun 1934, klinik-klinik kerajaan menerima seramai 7,241,383
orang pesakit. 1 juta di antara mereka menghidap bilharsia. Setengah juta
menghidap penyakit inklastoma dan 1 ½ juta orang menghidap penyakit
ophthalmia. Di Mesir, 90% penduduk menghidap penyakit mata dan parasit.
Dari jumlah itu seramai 55,575 orang hilang penglihatan mereka.
Pemeriksaan perubatan yang dijalankan di sekolah, kolej, universiti termasuk
akademi tentera menunjukkan sesuatu yang luarbiasa iaitu para pelajar
memiliki tubuh badan yang lemah.” (al-Banna, 1991)

Analisis-analisis bersifat kualitatif dan kuantitatif di atas menunjukkan betapa al-Imam


as-Syahid menguasai realiti dan memahami keadaan sebenar umat Islam secara
mendalam dan menyeluruh. Penguasaan ini membolehkan beliau membuat kesimpulan-

46 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


kesimpulan yang kukuh dan berasaskan fakta. Kesimpulan-kesimpulan itu menjadi asas
kepada terbentuknya agenda pembangunan umat yang menyeluruh.

Selepas analisis sejarah dan realiti di atas, al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna telah
mendapat gambaran menyeluruh dan mendalam mengenai permasalahan sebenar umat
Islam. Gambaran yang jelas itu membantu beliau dalam membentuk idea kebangkitan
semula umat.

Undang-undang Perubahan

Hasil daripada pengamatan terhadap sejarah jatuh bangun umat Islam dan sejarah
kebangkitan pelbagai bangsa di sepanjang zaman, al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna
telah menggariskan beberapa perkara yang dikira sebagai undang-undang universal
dalam konteks agenda perubahan dan pembangunan mana-mana umat di dunia.

1. Ideologi / falsafah melatari perubahan


Undang-undang yang pertama ialah kemestian wujudnya fikrah, ideologi, falsafah atau
kerangka pemikiran yang melatari agenda perubahan. Gerakan perubahan yang tidak
mempunyai apa-apa ideologi kukuh kecuali untuk memenuhi tuntutan kepentingan
sempit dan mengejar kedudukan semata-mata tidak akan kekal dalam medan pertarungan
dan persaingan. Akibatnya agenda perubahan itu akan gagal, walaupun dihiasi dengan
slogan, kempen dan gambaran zahir yang hebat dan mempesonakan.

Dalam konteks agenda pembangunan umat, Islam yang merupakan agama yang syumul
dan lengkap adalah kerangka pemikiran yang seharusnya melatari perjuangan
kebangkitan. Seruan-seruan kebangkitan dan pembangunan yang diasaskan di atas asas
selain Islam dan berorientasikan fahaman kebendaan dan sekular sudah tentu tidak akan
membawa apa-apa erti, malah sebaliknya ia akan menemui titik penamat hayatnya, sama
ada cepat atau lambat. Dalam hal ini al-Imam as-Syahid dipetik sebagai berkata:

Ikhwan al-Muslimin meyakini ketika Allah Taala menurunkan al-Quran dan


memerintahkan hamba-Nya mengikut jejak Muhammad s.a.w., ketika Allah

47 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


reda Islam sebagai agama, Allah telah gariskan segala asas yang perlu untuk
kehidupan, kebangkitan dan kesejahteraan sesebuah bangsa. Ini bertepatan
dengan firman Allah Taala:

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w.) Nabi


yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di
dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka
dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada
melakukan perkara-perkara yang keji; dan Dia menghalalkan bagi
mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala benda yang buruk; dan Dia juga menghapuskan dari mereka
beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.” (Al-A’raf:
157)

Jika anda mengkaji dengan mendalam ajaran Islam ini, anda akan temui
Islam telah meletakkan kaedah-kaedah yang tepat, sistem-sistem yang sesuai
dan undang-undang yang terperinci buat kehidupan manusia baik lelaki
mahupun perempuan, kehidupan keluarga dalam soal pembinaan sesebuah
keluarga dan perceraian, kehidupan bangsa dalam soal pertumbuhan,
kekuatan dan kelemahannya. Islam juga telah menjelaskan secara terperinci
idea-idea yang perlu dikaji oleh semua gerakan pemulihan dan pemimpin
bangsa. (al-Banna, 1991)

2. Kekuatan dalaman (kehendak dan semangat)


Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di
sepanjang sejarah manusia. Ramai yang berpendapat bahawa kekuatan ekonomi dan
politik merupakan pra-syarat bagi kebangkitan semula umat Islam menuju ke arah
kegemilangannya. Hakikatnya pendapat ini sebenarnya silap. Perkara ini dinyatakan oleh
al-Imam as-Syahid dalam petikan di bawah:

Pada kebiasaannya manusia akan melihat hanya kepada penampilan kerja dan
gaya sesuatu aliran. Mereka biasanya mengabaikan aspek dorongan psikologi
dan rohani yang sebenarnya menjadi sumber dan penjana aliran tersebut. Kedua-
48 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
dua aspek inilah sebenarnya yang menentukan pertumbuhan dan kejayaan aliran
tersebut. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Hanya mereka yang
tidak mengkaji dan mengenali selok-belok aliran-aliran ini akan menafikannya.
Sebenarnya di sebalik segala penampilan semua aliran ini ada roh yang menjana
dan ada kekuatan dalaman yang menggerakkan dan menguasainya. Mustahil
suatu bangsa akan bangkit jika mereka tidak memiliki kesedaran ini dalam jiwa,
roh dan sentimen mereka.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Al-Ra’d:
11)

Jadi di sini dapat saya katakan: Perkara pertama yang perlu kita tumpu dalam
dakwah kita, perkara paling utama yang perlu kita berikan perhatian sepanjang
pertumbuhan, penonjolan dan perkembangannya ialah kesedaran rohani yang
spontan. Kesedaran rohani pertama yang kita inginkan ialah hati yang hidup,
kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar. Tumpuan kita dalam
membicarakan tentang sudut praktikal dalam melakukan perubahan dengan
dakwah kita ini tidak setinggi tumpuan kita dalam menerapkan fikrah ini ke
dalam jiwa manusia.

Kita mahukan jiwa yang hidup, kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang
menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh
yang bercita-cita tinggi. Jiwa yang dapat membayangkan betapa tingginya
impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya. (al-Banna,
1991)

49 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


3. Perubahan kendiri
Agenda pembangunan ini mesti bermula daripada perubahan pada diri umat ini sendiri
dan individunya. Mengenai undang-undang ini, al-Imam as-Syahid berkata:

“Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk alam
ini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah ini.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Al-Ra’d:
11)” (al-Banna, 1991)

4. Elemen pemuda
Generasi muda merupakan tulang belakang bagi operasi perubahan dan pembangunan
umat. Dalam soal ini, al-Imam as-Syahid telah menegaskan:

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat
pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas
dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk
mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang
mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.
Keempat-empat rukun tersebut; yakin, ikhlas, semangat dan amal adalah
merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas
keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah
perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap amal pula ialah keazaman
yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap
merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan
rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah
yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

50 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan
mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13) (al-Banna, 1991)

5. Penyediaan pejuang
Agenda pembangunan dan perubahan adalah mustahil untuk dilakukan tanpa kehadiran
pejuangnya. Oleh yang demikian, isu tarbiyah dan pendidikan bagi menghasilkan barisan
pejuang merupakan isu pokok dan utama dalam konteks survival mana-mana agenda
perubahan. Hasan al-Banna telah menyentuh mengenai kepentingan perkaderan pejuang
sebagai kayu ukur kekuatan sesuatu agenda kebangkitan dan kekuatan sesuatu umat:

“Pejuang adalah rahsia hayat sesebuah bangsa dan tonggak utama


kebangkitannya. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah kelahiran pejuang-
pejuang yang berketrampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi.
Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur sejauhmana suburnya bangsa
ini dalam melahirkan pejuang-pejuang yang memiliki sifat-sifat kepahlawanan
yang sebenar.” (al-Banna, 1991)

6. Pertembungan yang pasti


Manusia ditakdirkan Allah akan sentiasa bertembung sesama sendiri dan perkara ini
terbukti di sepanjang sejarah manusia. Bahkan, undang-undang pertembungan itu
merupakan rahsia hayat bagi mana-mana agama di atas muka bumi ini. Dalam isu ini, al-
Imam al-Banna berkata:

Kita ditakdirkan untuk lahir dalam generasi yang sedang menjadi habuan
pelbagai bangsa lain. Generasi yang sedang berjuang bermati-matian untuk
hidup. Kemenangan pasti akan memihak kepada pihak yang kuat dan
terkehadapan.

Suasana yang ada juga memaksa kita menghadapi peninggalan masa silam
yang sangat getir dan kita merasai kepahitannya. Kitalah yang

51 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


bertanggungjawab memecahkan belenggu dan halangan serta menyelamatkan
diri kita dan anak-anak kita. Di samping itu kita perlu mengembalikan
kemuliaan dan kegemilangan kita serta menghidupkan semula tamadun dan
ajaran agama kita.

Takdir juga telah menentukan kita terpaksa menempuhi era peralihan yang
sengit. Di zaman di mana pelbagai gelombang pemikiran, aliran fahaman dan
kepentingan peribadi mencorak individu, bangsa, kerajaan, pertubuhan dan
dunia seluruhnya. Akibatnya fikiran dan jiwa manusia menjadi keliru dan tidak
menentu. Manusia ibarat pengemudi kapal yang hanyut di tengah gelombang,
tercari-cari arah tujunya. Malangnya tiada sebarang petanda yang dapat dilihat
dengan jelas. Segala-galanya kelihatan kelam. Di sepanjang jalan, di tengah
malam yang gelap gelita ini kedengaran suara sayup-sayup memekik
memanggilnya. Hanya ada satu perkataan sahaja yang tepat menggambarkan
situasi manusia di ketika itu iaitu “gawat”.

Begitulah kita ditakdirkan untuk berhadapan dengan semua situasi ini. Ia


meminta kita supaya berusaha menyelamatkan bangsa ini yang sedang diancam
bahaya.

Sebuah bangsa yang sedang dilanda masalah seperti masalah kita ini, sebuah
bangsa yang sedang bangkit melaksanakan tugas seperti tugas kita ini, sebuah
bangsa yang sedang memikul tanggungjawab seperti tanggungjawab kita ini,
bangsa ini tidak boleh sama sekali berasa lega dengan aspirin atau bergantung
hanya kepada impian dan angan-angan. Sebaliknya mereka perlu
mempersiapkan diri untuk mengharungi perjuangan yang panjang dan sengit.
Pertembungan yang hebat antara hak dan batil, antara yang berguna dan yang
tidak, antara pemilik dan perampas, antara orang yang mengikut arus dan yang
menongkah arus, antara orang yang ikhlas dan orang yang khianat. Bangsa ini
perlu memahami bahawa jihad bererti bersusah payah dan bersusah bererti
berpenat lelah. Jihad bererti berakhir masa untuk berehat kecuali setelah selesai
perjuangan ini. (al-Banna, 1991)

52 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Berdasarkan undang-undang pertembungan yang pasti ini, tiada sebarang gerakan
kebangkitan dan agenda pembangunan umat yang boleh berjaya tanpa melalui era
persaingan antara seruan-seruan yang pelbagai, pertembungan antara pelbagai
ideologi dan kepentingan. Justeru itu, bangsa yang ingin bangkit dan melaksanakan
agenda pembangunannya, perlu membuat persediaan yang secukupnya untuk
menempuh jalan sukar dan berisiko tinggi ini, kerana ia adalah undang-undang alam
yang ditentukan Allah.

Kerangka Pemikiran

Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna telah meletakkan Islam, dalam erti kata yang sebenar
dan sahih, sebagai kerangka pemikiran yang melandasi agenda pembangunan ummah
yang dipeloporinya. Beliau menyifatkan dakwahnya sebagai penerusan kepada dakwah
baginda Rasulullah S.A.W. Perkara ini dinyatakannya secara jelas dan beliau mendidik
anggota Ikhwan Muslimin di atas dasar ini.

Sebenarnya kita amat yakin tanpa ragu dan syak, malah keyakinan kita ini
lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang memasak bumi, dan lebih
mendalam daripada lubuk hati sanubari, bahawa tiada sebarang fikrah
perjuangan melainkan hanya satu sahaja “fikrah” yang benar-benar mampu
menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar berupaya
membimbing manusia yang sedang berada dalam keadaan kebingungan, dan
yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang
sewajarnya. “Fikrah” perjuangan yang satu itu amat berhak untuk diberi
segala pengorbanan jiwa raga demi meninggikan kedudukannya, demi
memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayatinya.
“Fikrah” yang tunggal itu tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang suci”,
yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang penyelewengan,
keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.” (al-
Banna, 1991)

53 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Setelah menegaskan Islam sebagai kerangka pemikiran gerakan kebangkitan yang
dipeloporinya, al-Imam al-Banna seterusnya meletakkan 20 asas kefahaman Islam
sebagai satu garis panduan yang mampu bertindak mendekatkan jurang perbezaan
kefahaman dan perselisihan pendapat di kalangan umat Islam dalam memahami
agamanya, serta meletakkan semua pihak berada dalam satu lingkungan kefahaman yang
disepakati. Kesemua 20 asas kefahaman Islam itu lebih dikenali sebagai “Usul ‘Isyrin”
terdapat dalam Risalah Taalim, daripada buku Majmuah Rasail. Kesemua 20 asas itu, jika
diteliti dengan baik memperlihatkan satu jalan penyelesaian bagi banyak pertikaian dan
pertelingkahan di kalangan umat Islam yang berpunca daripada perbezaan pendapat
dalam memahami Islam. Jalan penyelesaian ini amat penting sebagai pra syarat kepada
proses kebangkitan semula dan pembangunan umat menuju ke arah zaman
kegemilangannya, keluar dari kemelut yang dihadapi masa kini untuk selama-lamanya.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang isu nasionalisme atau fahaman kebangsaan.
Dalam soal ini, beliau lebih mementingkan maksud di sebalik perkataan itu. Oleh sebab
itu kita dapati beliau telah mengupas tentang isu ini dalam bentuk yang jelas dan mampu
mengeluarkan umat dari kancah kekeliruan dan perdebatan yang tidak berkesudahan.
Antara kata-kata beliau mengenai isu ini:

Nasionalisme Arab atau Liga Arab, istilah ini juga ada hubungan yang amat
ketara dengan dakwah kita. Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan
menjadi bangsa pilihan. Tepat sekali sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.”iii
Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan
dibangunkan. Setiap inci bumi Arab ini kita anggap sama seperti bumi dan
tanahair kita sendiri.
Sempadan geografi dan pecahan politik yang ada kini tidak mampu
memisahkan kita selama-lamanya dengan kesatuan Arab Islam yang telah
berjaya menyatukan manusia dalam satu harapan dan satu matlamat. Kesatuan

54 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


ini telah berjaya menjadikan seluruh rantau ini menjadi satu bangsa walau apa
jua cubaan jahat yang dilaksanakan.
Apa yang paling menarik ialah skop yang diletakkan oleh Rasulullah s.a.w.
ketika menghuraikan makna Arab. Baginda telah mengungkapkan Arab ini
sebagai bahasa dan agama Islam.
Al-Hafiz Ibnu Asakir ada meriwayatkan dalam musnadnya daripada Malik
bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:
“Wahai manusia, tuhan itu satu, bapa itu satu, agama itu satu. Arab itu bukan
kerana hubungan kamu dengan bapa atau ibu kamu tetapi Arab itu adalah
bahasa. Sesiapa yang berbahasa Arab dia adalah orang Arab.” (al-Banna,
1991)

Kaedah Perubahan

Setelah menerangkan tentang undang-undang perubahan dan kerangka pemikirannya, al-


Imam al-Banna telah melakarkan manhaj perubahan bagi menjayakan agenda
pembangunan menyeluruh bagi umat ini.

“Sesungguhnya manhaj Ikhwan Muslimin telah ditentukan fasa-fasanya dan


mempunyai langkah-langkah yang jelas” (al-Banna, 1991)

Sesiapa yang mengkaji secara teliti buku Majmuah Rasail akan mendapati kebenaran
kata-katanya itu, yang mana beliau telah mengatur satu kaedah perubahan yang jelas,
dengan menentukan misi, objektif dan wasilah bagi mencapai objektif tersebut. Beliau
turut menyatakan ketegasannya dalam menurut fasa-fasa perubahan, tanpa terikut dengan
rentak inginkan kemenangan segera dan kemahuan orang-orang yang gopoh.

55 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Pernyataan Misi

Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna telah menyatakan misi perubahan yang ingin
dibawanya seperti berikut:

1- Melepaskan umat daripada kemelut politik dan membinanya semula: al-Imam al-
Banna berkata: “Tugas kita terbahagi kepada dua: Bahagian yang pertama ialah
melepaskan umat daripada kemelut politiknya sehingga ia memperoleh kebebasannya
semula. Bahagian kedua ialah membinanya semula agar kembali memimpin bangsa-
bangsa lain dan bersaing menaiki anak tangga kesempurnaan sosial” (al-Banna, 1991)

2- Menyekat arus tamadun kebendaan: Dalam soal ini, al-Imam al-Banna telah
menetapkan maksudnya dengan kata-kata beliau: “Adapun tugas kita secara umum ialah
berusaha menyekat arus menggila tamadun kebendaan dan pemodenan berpaksikan
hiburan dan syahwat, yang telah melanda seluruh umat Islam, lalu menjauhkan mereka
dari kepimpinan Nabi S.A.W. dan petunjuk al-Quran…” (al-Banna, 1991)

3- Menegakkan sistem Islam yang syumul: al-Imam al-Banna telah menghuraikan


maksud ini dengan kata-katanya: “Adapun secara terperinci ialah memastikan bahawa
sistem pemerintahan… sistem hubungan antarabangsa… sistem pengamalan di
mahkamah… sistem ekonomi… sistem pendidikan dan pelajaran… sistem kekeluargaan
dan rumahtangga… sistem moral bagi individu… dan suasana umum menguasai setiap
individu dalam umat, tidak kira rakyat atau pemerintah” (al-Banna, 1991)

4- Memimpin dunia dan membimbing manusia: Di sini, al-Imam al-Banna


menerangkan tentang sumber misi dakwah iaitu Islam, yang berfungsi memberi petunjuk
dan cahaya kepada seluruh umat manusia. Beliau berkata:

56 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh Ikhwan al-Muslimin kepada seluruh
manusia, supaya umat Islam benar-benar memahaminya. Malah supaya mereka
bersedia melaksanakannya dengan penuh keazaman dan ketabahan. Mesej ini
bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya
mesej ini jelas dinyatakan oleh ayat-ayat al-Quran al-Karim. Mesej ini dengan
jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mulia. Malah turut
ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan
teladan terbaik dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam. Jika umat
Islam mahu menerima mesej ini, ia menjadi tanda keimanan dan keislaman
mereka yang sebenar. Jika mereka keberatan untuk menerima atau masih sangsi,
di hadapan kita ada Kitab Allah. Hukumnya adil dan keputusannya muktamad.
Ia akan menjadi hakim antara kita dan saudara-saudara kita ini. Kitab Allah yang
menentukan sama ada kita di pihak yang benar atau salah.

“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran
(keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.” (Al-A’raf: 89) (al-Banna,
1991)

Objektif

Seterusnya al-Imam al-Banna telah menggariskan tujuh objektif perubahan yang disusun
secara berurutan, sebagai satu pelan tindakan, sama ada di peringkat individu, keluarga,
masyarakat dan negara. Beliau menyusun objektif perubahannya dalam satu risalah yang
dinamakan “Risalah Taalim”, yang ditujukan kepada para anggota Ikhwan, seperti
berikut:

1. Memperbaiki diri sendiri sehingga memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang
mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang
betul, bermujahadah melawan nafsu, menjaga masa, segala urusannya
tersusun dan berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua.

57 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya
menghormati gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut
hidup berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan
tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan
mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.

3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik


dalam masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping
menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara
yang baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan
masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha
menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib
dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.

4. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam)


daripada menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral.

5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu


kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau
orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam
ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala
fardhu Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan
ini sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.

Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam
ketika keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai
pemimpin. Kerajaan ini tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu.
Apa yang penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.

Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan


nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat
ketika menggunakannya.

58 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, menguatkuasakan
undang-undang, memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan
negara, menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat,
membangunkan sumber kekayaan negara, menjaga keselamatan sumber
negara, memantapkan akhlak rakyat dan mengembangkan dakwah.

Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu


memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan
pengorbanan nyawa dan harta.

Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. Jika tidak ia perlu
dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai
Allah.

6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara


memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah
kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan
suara mereka sehinggalah muncul kembali Khilafah Islam yang telah lama
lenyap dan lahir semula perpaduan umat Islam yang didambakan.

7. Menjadi pemimpin dunia dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh


pelusuk dunia.

“Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu
seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.” (Al-Anfal: 39)

“Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya.”


(Al-Taubah: 32) (al-Banna, 1991)

Wasilah

Untuk mencapai objektif-objektif di atas, al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna telah


menetapkan empat wasilah utama, iaitu dakwah, tarbiyah, perjuangan perlembagaan dan
jihad.

59 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Dakwah

Dakwah merupakan kaedah asasi dalam mencapai mana-mana objektif di atas. Maksud
dakwah secara mudah ialah menyeru dan mempengaruhi orang lain agar mempercayai
dan melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh pendakwah. Dakwah merupakan tugasan
para rasul dan nabi, selawat dan salam ke atas mereka. Dakwah juga merupakan satu
kewajiban ke atas setiap muslim. Berdasarkan bacaan terhadap tulisan dan kata-kata al-
Imam al-Banna, dapatlah disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah di
sisinya ialah:

1- Penglibatan dalam melakukan projek kebajikan umum dan khidmat masyarakat.

2- Mengajar orang-orang dewasa, terutamanya tentang hukum hakam agama.

3- Memberi nasihat dan bimbingan.

4- Mendamaikan antara pihak yang bersengketa.

5- Mendermakan harta kepada orang-orang yang memerlukannya.

6- Mendirikan institusi-institusi yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

7- Membentuk pendapat umum dan membetulkan sebarang salah faham terhadap Islam.

8- Menggunakan segala media yang ada seperti bahan bercetak, elektronik, seminar,
rombongan pendakwah dan sebagainya.

9- Membasmi buta huruf, kejahilan, kefakiran, kelucahan dan wabak penyakit. (al-
Ghazali, 2000)

Tarbiyah

Dakwah yang dilakukan perlu diikuti dengan proses tarbiyah dan didikan yang berterusan
bagi orang-orang yang menyahut seruan dakwah tadi. Jika tidak, seruan dakwah tadi
tidak mendatangkan kesan yang bermakna selain menimbulkan sedikit kesedaran.

60 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Agenda perubahan dan pembangunan umat memerlukan sekumpulan manusia yang
mempraktikkannya dalam kehidupan harian, kerana ia bukan sekadar falsafah yang
dilaungkan. Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyah, sebagai pusingan pelengkap kepada
operasi dakwah. al-Imam al-Banna amat memberi perhatian berat pada isu tarbiyah dan
meletakkannya pada urutan keutamaan yang pertama kerana ia ibarat kilang yang
menghasilkan individu-individu yang akan menjadi asas kepada masyarakat muslim
contoh. Beliau berkata:

“Persiapkanlah diri kamu, didiklah ia dengan tarbiyah yang betul dan ujian yang
teliti. Ujilah ia dengan amal, iaitu amal yang bersungguh-sungguh, yang tidak
disukai dan sukar baginya. Renggangkan ia dari syahwat, kesukaan dan
kebiasaannya.” (al-Banna, 1991)

Mengikut Abdul Hamid al-Ghazali, pengarang buku “Kajian Mengenai Fikrah Hasan al-
Banna”, untuk melaksanakan program tarbiyah ini, al-Imam al-Banna memperkenalkan
sistem usrah yang menghimpunkan beberapa orang anggota Ikhwan secara berkala.
Anggota kumpulan yang kebiasaannya tidak melebihi angka 10 ini diketuai oleh seorang
Naqib. Mereka bertemu untuk menjalani proses mendidik diri agar menjadi seorang
individu seperti yang telah diungkapkan sifatnya dalam objektif yang pertama.
Pengislahan diri yang dilakukan secara beransur-ansur ini telah berjaya melahirkan
individu-individu yang berubah dari tabiat dan perangai asalnya, menjadi individu yang
beriltizam dengan ajaran Islam, malah bekerja bersungguh-sungguh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat dan negara.

Selain usrah, Ikhwan juga menggunakan pelbagai wasilah lain untuk mendidik dan
mentarbiyah anggota dan masyarakat. Antaranya ialah “katibah” yang merupakan
perhimpunan pada waktu malam dengan menjalani ibadah qiamullail berserta pengisian
ceramah bagi meningkatkan kekuatan rohani, “rehlah” yang bertujuan mengeratkan
hubungan sesama anggota dan masyarakat. “Daurah” pula ibarat kursus-kursus untuk
meningkatkan kemahiran dan kompetensi. “Mukhaiyam” untuk pentarbiyahan dari sudut
jasmani dan disiplin. Muktamar juga dijadikan sebagai medan tarbiyah untuk
menyuburkan pemikiran dan melatih anggota secara amali dalam kerja-kerja dakwah.
61 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
Perjuangan Perlembagaan

Agenda pembangunan umat ini tidak akan sempurna tanpa usaha pengislahan dalam
bidang politik dan undang-undang. Aktiviti politik mempunyai pelbagai bentuk dan
peringkat, dan tidak semestinya dalam bentuk politik kepartian. Dalam masa yang sama
juga, ia mampu menarik anggota masyarakat untuk terlibat aktif dalam usaha memberi
kesedaran Islam kepada masyarakat. Segala macam wasilah boleh digunakan dalam
aktiviti politik, selama mana ia tidak bertentangan dengan nas dan ruh syarak. Al-Imam
al-Banna menyatakan ketiga-tiga wasilah ini; dakwah, tarbiyah dan perjuangan
perlembagaan seperti berikut:-

Cara-cara atau wahana yang kita gunakan ialah:

1- Meyakinkan orang ramai, sebarkan dakwah dengan apa cara sekalipun


supaya seluruh masyarakat memahami dan menegakkannya dengan penuh
keyakinan dan keimanan.

2- Selepas itu, kita saring anasir-anasir yang baik untuk dijadikan tonggak yang
kukuh bagi mendokong gagasan perubahan ini.

3- Seterusnya kita melangkah ke medan perjuangan mengikut lunas undang-


undang dengan tujuan dakwah ini dapat diketengahkan ke institusi-institusi
rasmi. Dengan ini dakwah akan dibantu dan didokong oleh kuasa yang efektif.
Atas dasar ini, apabila tiba masa yang sesuai calon-calon daripada Ikhwan al-
Muslimin akan tampil ke hadapan menjadi wakil kepada rakyat di badan-badan
perwakilan rakyat. (al-Banna, 1991)

62 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Jihad

Jihad yang dimaksudkan ialah jihad dengan segala macam peringkatnya, seperti kata-kata
al-Imam:

“Tahap pertama jihad ialah mengengkari dengan hati dan tahap yang paling
tinggi ialah perang di jalan Allah. Di antara dua tahap tadi ialah jihad dengan
lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang
kejam.” (al-Banna, 1991)

al-Imam al-Banna meletakkan persediaan kekuatan umat sebagai memenuhi tuntutan


jihad. Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal ayat ke 60, yang bermaksud:

“dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala


jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan, dengan persediaan itu,
musuh Allah dan musuh kamu”

Dalam Risalah Muktamar Kelima daripada buku Majmuah Rasail, dalam konteks
urutan kekuatan, al-Imam al-Banna menegaskan bahawa kekuatan yang paling
utama ialah kekuatan akidah dan keimanan, diikuti dengan kekuatan kesatuan dan
perpaduan, diakhiri dengan kekuatan ketenteraan dan persenjataan.

Penilaian
Berdasarkan susunan agenda pembangunan ummah di sisi al-Imam al-Banna di atas,
penulis membuat beberapa pemerhatian dan penilaian dalam konteks pelaksanaan agenda
tersebut di Malaysia.

1- Penulis berpendapat bahawa usaha al-Imam al-Banna untuk memahami gambaran


sebenar permasalahan umat melalui usahanya menganalisis sejarah dan realiti merupakan
satu pendekatan yang perlu diambil oleh pemikir dan pejuang bangsa di tanah air.
Kemelut yang dihadapi oleh umat Melayu Islam kini bukanlah isu yang terasing daripada
63 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
gelombang realiti yang berlaku di dunia luar sana, sebagaimana ia seharusnya diteliti
melalui dimensi sejarah. Kedua-dua usaha mengenali realiti dan menelusuri catatan
sejarah mampu meletakkan kita di tempat yang betul untuk mendapatkan gambaran yang
menyeluruh tentang semua isu yang timbul. Dengan cara ini juga kita tidak lagi dipandu
oleh isu, sebaliknya berupaya berada di atas mengemudikan agenda membangunkan
semula kekuatan dan kekuasaan umat di rantau ini.

2- Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan
membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah bagi agenda
pembangunan ummah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan
sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan
akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.

3- Undang-undang perubahan kedua, ketiga dan keempat membayangkan betapa umat


Islam di Malaysia terutamanya generasi muda amat perlu menjalani satu proses
pentarbiyahan dan pendidikan mantap bagi melahirkan jiwa-jiwa yang bersemangat waja,
rajin berusaha dan kental berhadapan kesukaran, berdikari dan berusaha merubah sikap,
serta mempunyai wawasan hidup yang jelas. Hanya melalui pentarbiyahan dan
pendidikan yang berterusan ini sahaja yang mampu menjadikan generasi muda kita boleh
bersaing dengan kaum lain di tanah air sendiri. Segala bentuk dan jenis hiburan yang
melalaikan hanya akan melahirkan generasi muda yang jiwanya lemah, tidak berdaya
saing, sering mengharapkan bantuan dan subsidi, serta tidak mampu berdikari.

4- Kerangka pemikiran al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna yang memperkenalkan 20


asas kefahaman sebagai titik persamaan antara sesama muslim dalam memahami Islam,
merupakan satu pendekatan yang mesti dipandang serius oleh semua aliran dan
pembawaan Islam di Malaysia. Perbalahan dan persengketaan yang merugikan dapat

64 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


dihindari jika kita dapat bersepakat pada 20 asas kefahaman tersebut, yang diterima pakai
oleh para ulamak seluruh dunia. Seterusnya ia juga mampu menghindari umat Islam
daripada terseleweng kefahaman dan amalannya ke dalam kancah khurafat, bid'ah sesat,
tahyul dan seumpamanya. Kefahaman yang sahih dan sejahtera tentang Islam merupakan
faktor kekuatan utama yang harus dibina dalam diri umat ini, agar mereka mampu
memelihara identiti sebagai sebaik-baik umat yang dibangkitkan Allah di atas muka
bumi, tidak mudah luntur keperibadiannya di hadapan gelombang ideologi barat yang
mengganas.

5- Penjelasan al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna tentang fahaman nasionalisme Arab


dan hubungkaitnya dengan dakwah Ikhwan Muslimin, seharusnya menjadi renungan
yang mematangkan umat Melayu Islam di bumi tercinta, bahawa Melayu dan Islam tidak
boleh dipisahkan. Kemelut yang berpunca daripada percaturan perebutan kuasa yang
rakus, tidak seharusnya meletakkan masa depan nasib orang-orang Melayu Islam dalam
situasi yang diperjudikan dan mengorbankan keperibadian negara.

Rumusan dan Cadangan


Sesungguhnya manhaj perubahan al-Imam al-Banna yang dilakarkan di atas bukanlah
satu kerangka teori semata-mata, malah ia telah dilaksanakan di banyak negara, termasuk
Malaysia. Tarbiyah yang dijalankan telah berjaya membuahkan hasil yang diharapkan,
sehingga lahir generasi yang boleh disandarkan harapan bangsa pada masa depan. Oleh
itu penulis melihat terdapat keperluan yang amat mendesak agar agenda pembangunan
umat yang dipelopori oleh al-Imam Hasan al-Banna ini diambil dan dilaksanakan secara
serius ke atas umat Islam di Malaysia, khususnya sebagai jawapan dan jalan keluar bagi
kemelut yang dihadapi oleh orang-orang Melayu Islam di negara kita dewasa ini, selain
sebagai satu kaedah jangka panjang bagi membangunkan semula sebuah bangsa yang
memimpin tamadun Islam di rantau ini.

65 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Bagaimanapun, penulis turut mencadangkan agar kajian lanjut dijalankan dalam beberapa
aspek pelaksanaan manhaj ini, terutamanya dalam isu penyesuaian budaya dan watak
sasaran tempatan. Pembangunan sumber manusia dalam mana-mana organisasi perlu
mengambil kira aspek budaya di kalangan kumpulan sasaran. Jika perkara ini penting
dalam sesebuah organisasi kecil, maka sudah tentu ia lebih penting dalam konteks sebuah
negara. Pembangunan ummah dalam sesebuah negara seharusnya melihat dengan
terperinci dan menganalisa watak kumpulan sasaran, agar agenda pembangunan itu dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Mengabaikan aspek kajian watak kumpulan
sasaran ini sudah tentu menyumbang kepada kegagalan pelaksanaan agenda
pembangunan ummah.

66 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Bibliografi

1- al-Quran al-Karim

2- _______. 1991. Majmu’ah Rasail li al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Dar al-Tauzi’ wa al-
Nasyr al-Islamiyah.
3- al-Ghazali, Abdul Hamid ibn Hasan. 2000. Haula Asasiyat al-Masyruk al-Islami Li Nahdatil
Ummah, Qiraah Fi Fikr al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna. Dar Tauzik Wa Nasyr Islamiah,
Kaherah.

4- Masyhur, Mustafa. 1994. Fiqhud Dakwah. Dar Tauzik Wa Nasyr Islamiah, Kaherah.

i
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Bangsa di
UNITEN, Putrajaya pada 30 Januari 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
ii
Penulis ialah Timbalan Setiausaha Agung, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
iii
Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Yu’la al-Mousili dalam Musnadnya, hadith yang ke 1839. al-Haithami
berkata dalam Majmak az-Zawaid: “Diriwayatkan oleh Abu Yu’la, dan dalamnya ada Muhammad bin al-
Khattab al-Basri yang ditad’ifkan oleh al-Azdiy dan selainnya. Manakala Ibnu Hibban mentausiqkannya.
Adapun rijalnya yang lain adalah Rijalus Sahih”. al-Albani pula berpendapat ia Maudhu’ dan menyifatkan
kata-kata al-Haithami sebagai sangkaan: “Adapun apa yang dikatakan oleh al-Haithami dalam Majmak
(10/53): Diriwayatkan oleh Abu Yu’la, dan dalamnya ada Muhammad bin al-Khattab al-Basri yang
ditad’ifkan oleh al-Azdiy dan selainnya. Manakala Ibnu Hibban mentausiqkannya. Adapun rijalnya yang
lain adalah Rijalus Sahih” , maka yang demikian itu adalah antara ilusinya, rahimahullah, kerana Ibnu
Jad’an bukan daripada Rijalus Sahih, selain itu ia juga Da’if seperti yang telah dinyatakan”.
Tetapi, selepas itu, al-Albani berkata: “Bagaimanapun, ia tidak menafikan bahawa bangsa Arab
merupakan bangsa yang terbaik di kalangan bangsa-bangsa lain, bahkan inilah yang aku percaya, yakin
dan imani –walaupun aku berbangsa Albani, aku seorang muslim, alhamdulillah- kerana apa yang aku
sebut tentang kelebihan orang Arab merupakan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yang disebut oleh
beberapa hadith dalam soal ini, antaranya sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah telah memilih
daripada kalangan anak Ibrahim, dan memilih Bani Kinanah daripada kalangan anak Ismail, dan memilih
Quraisy daripada kalangan Bani Kinanah, dan memilih Bani Hasyim daripada kalangan Quraisy, dan
memilih aku daripada kalangan Bani Hasyim”, diriwayatkan oleh Imam Ahmad (4/107) dan Termizi (4/392)
dan Termizi mengatakannya sebagai Sahih. Asalnya dalam Sahih Muslim (7/48), begitu juga al-Bukhari
dalam “Tarikh as-Soghir”, muka surat 6 daripada hadith Wathilah ibnil Asqa’. Ia juga mempunyai sokongan
riwayat daripada al-Abbas ibn Abdil Muttalib, di sisi Termizi dan beliau mengatakannya sebagai Sahih, dan
Ahmad. Selain itu ia turut disokong oleh riwayat daripada Ibnu Umar di sisi al-Hakim dan beliau
mengatakannya sebagai Sahih. (Sumber daripada buku Majmuah Rasail al-Imam as-Syahid Hasan al-
Banna, 2006 versi yang telah ditahqiq dan tanqih, Dar Nasyr Wa Tauzik Islamiah, Kaherah)

67 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


MENILAI KEMELUT POLITIK TEMPATAN

BERDASARKAN MAQASID SYARAKiii


Disediakan oleh:
Muhammad Fauzi Asmuniiii

ABSTRAK

Tujuan pembentangan kertas kerja ini adalah untuk menilai kembali kemelut politik di Malaysia
terutamanya yang membabitkan parti-parti Melayu Islam. Perubahan lanskap politik tanahair
yang disebabkan oleh keputusan PRU 12 dua tahun lepas telah menzahirkan ancaman perubahan
status qou negara yang sebenarnya wudah wujud sejak sekian lama. Kertas kerja akan
menyentuh tentang aspek kepentingan fenomena ini ditangani sebaiknya berdasarkan maqasid
syarak dan bukan setakat berdasarkan kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Antara
noktah yang akan disentuh adalah tentang peranan negara Islam. Di dalam noktah ini tumpuan
akan diberikan kepada tafsiran ulamak Islam terhadap peranan negara Islam dan syarat
pemimpin yang akan mengisi ‘wilayah ammah’. Ia juga akan sedikit sebanyak menyentuh
mengenai konsep ‘negara bangsa’ dan beberapa konsep serta istilah yang digunakan oleh
beberapa pemimpin politik tanahair. Antara yang akan disentuh juga adalah sistem demokrasi
dari sudut persamaan dan perbezaannya dengan sistem syura yang diamalkan oleh pimpinan
Islam silam. Kertas kerja akan memfokuskan tentang pandangan ulamak-ulamak Islam mengenai
kuasa rakyat yang menjadi teras dalam amalan demokrasi hari ini. Akan disentuh juga
pandangan ulamak-ulamak Islam mengenai hubungan antara muslim dan non muslim di dalam
amalan politik di sesebuah negara. Akan turut dikupas konsep masyarakat majmuk dalam Islam
dengan merujuk kepada sejarah pembentukan Malaysia. Juga yang akan dikupas adalah had-had
toleransi antara Islam dan bukan Islam di dalam perebutan kuasa politik. Selain itu di noktah ini
juga akan dihuraikan maksud keadilan di dalam amalan politik dalam takrifan ulamak Islam.

PENDAHULUAN

Kemelut politik yang menjadi tumpuan perbincangan merujuk kepada suasana politik
selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008 yang lepas. Perebutan kuasa politik dan
kepimpinan tertinggi negara bukanlah satu yang asing dalam amalan politik masyarakat
kita di Malaysia. Kemelut politik yang dimaksudkan tidak merujuk kepada perebutan
kuasa politik itu semata-mata, tetapi lebih dari itu ia merujuk kepada kebuntuan kita,
masyarakat Islam dalam menentukan pendirian politik berhubung isu mendaulatkan
68 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
Islam di tanahair kita. Umat Islam seolah-olah kehilangan ru’yah syamilah (pandangan
menyeluruh) terhadap apa yang ingin dicapai dalam berpolitik menyebabkan mereka
tanpa disedari membawa agenda pihak lain yang hanya akan menguntungkan pihak
tersebut.

Tidak boleh dinafikan, Malaysia dulunya adalah negara Islam mengikut susur galur
sejarahnya. Tetapi hari ini ia tidak ditadbir sepenuhnya berpandukan syariat lalu
menjadikan statusnya dipertikaikan. Kewajipan umat Islam adalah untuk
menyempurnakan keislaman negara samada melalui saluran politik atau melalui
pembaikan dalam bidang-bidang yang pelbagai. Tetapi ramai dari kita yang terperangkap
dengan suasana yang ada dan mula merasai seolah-olah matlamat menyempurnakan
keislaman negara terlalu jauh atau sudah menjadi satu khayal.

Persaingan dalam merebut kepimpinan tertinggi negara contohnya menyaksikan


perubahan sikap dan slogan pada parti-parti politik Melayu Islam tanahair. Jika sebelum
ini persaingannya adalah dalam merebut gelaran ‘islamik’ dengan masing-masing
mencanangkan model Islam dan negara Islam mengikut kefahaman masing-masing,
tetapi apa yang berlaku selepas PRU 12 adalah masing-masing seolah-olah bersaing
menunjukkan sikap keterbukaan terhadap bukan Islam untuk memenangi hati dan undi
mereka. Golongan minoriti diperlakukan seolah-olah majoriti yang akan menentukan
hidup mati umat Islam. Nasib umat diletakkan di tangan mereka.

Pendekatan ini terbawa-bawa kepada perubahan slogan, bentuk pakatan dengan non
muslim dan pendirian-pendirian terhadap beberapa isu semasa. Hari-hari yang mendatang
tidak lagi menyaksikan keutuhan agenda Islam, tetapi sebaliknya nampak makin
menguatkan agenda bukan Islam. Umat Islam terkeliru dan tidak tahu siapa yang boleh
dipercayai.

Jika dibandingkan suasana sebelum ini dengan sekarang, kita dapati berlaku
ketidakstabilan politik Melayu Muslim di beberapa negeri, perubahan komposisi Islam
dan bukan Islam di Parlimen dan di beberapa DUN serta desakan-desakan bukan Islam
terhadap Islam yang makin hari makin kuat. Ini semua adalah kemelut dan merupakan
satu goncangan yang bakal merubah status qou negara dan membawanya jauh ke
belakang.

Jika sekiranya tidak ada pihak yang tampil untuk mencadangkan sesuatu dan melakarkan
kembali amalan politik berdasarkan maqasid syarak, kemungkinan kemelut ini akan
membawa kita, umat Islam jauh dari matlamat sebenar yang kita inginkan.

69 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


MAQASID SYARAK

Rujukan bagi umat Islam adalah al-Quran dan Sunnah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku tinggalkan bagi kamu dua perkara yang jika kamu berpegang dengan keduanya
kamu tidak akan sesat; iaitu kitab Allah dan sunnahku.” (Riwayat Imam Malik)

Di antara keistimewaan kita sebagai umat Islam adalah Allah memandu kita menjalani
urusan kehidupan di dunia dengan panduan abadi yang ditinggalkan kepada kita. Kita
yakin dengan panduan tersebut dan mengikutinya tanpa sebarang keraguan.

Allah mewajibkan sesuatu dan mengharamkan sesuatu. Apa yang diwajibkan adalah
untuk maslahah manusia dan apa yang diharamkan juga adalah untuk maslahat manusia.
Imam Syatibi berkata: “Taklif syariah bertujuan untuk menjaga maslahah syariah pada
hamba-hambaNya” (Al-Syatibi, 1991). Inilah apa yang dipanggil maqasid.

Amat penting untuk kita memahami dan memulakan apa-apa juga projek politik
berlandaskan maqasid syarak.

Maqasid bermaksud tujuan atau objektif yang diperhatikan terhadap pensyariatan semua
hukum hakam atau kebanyakannya. Ia juga bermaksud matlamat dari syariah dan rahsia
yang diletakkan oleh Allah terhadap setiap hukum hakamnya. Maqasid syariah bertujuan
untuk menjaga sistem dunia dan mengawal tingkah laku manusia dalam bentuk yang
akan memeliharanya dari terjatuh ke dalam mafsadah (kebinasaan). Ini dengan cara
mendatangkan maslahah (kebaikan) dan menjauhkan mafsadah (Wahbah Zuhaili, 1986).

Maqasid diukur berdasarkan nas dan bukannya akal. Akal manusia tidak mampu untuk
menyingkap maqasid tanpa panduan nas. Imam Syatibi pernah mengingatkan kesilapan
golongan yang mengukur maslahah aktiviti dunia dengan menggunakan akal dengan cara
mengukur keperluan, berdasarkan pengalaman, mengikut hukum kebiasaan dan dengan
berpandukan sangkaan semata-mata tanpa merujuk kepada nas. Beliau berkata:

“Ada pun apa yang mereka katakan bahawa maslahah akhirat tidak akan diketahui
melainkan dengan syarak, maka benarlah kata-kata mereka itu. Ada pun apa yang
mereka katakan berkenaan maslahah dunia (bahawa ia boleh diukur dengan akal), maka
tidaklah benar apa yang mereka katakan. Ketika datang syariat selepas zaman
terputusnya Rasul, jelas kelihatan bahawa golongan yang hidup di zaman terputusnya
Rasul berada dalam keadaan terpesong dari kehidupan yang lurus dan mereka terkeluar
dari bertindak benar di dalam hukum hakam” (Al-Syatibi, 1991).

Akal semata-mata tidak mampu mengukur di mana maslahah dan di mana mafsadah.
Muhammad Abu Zahroh berkata:
70 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
“Sesungguhnya maslahah Islamiah yang dicapai melalui hukum hakam Islam dan
diithbatkan dengan nas-nas agama itulah maslahah yang hakiki. Ia bertujuan untuk
menjaga lima perkara asasi; agama, nyawa, harta, akal dan keturunan” (Muhammad
Abu Zahroh, 1958).

Ahli politik Melayu Muslim di Malaysia kadang-kadang berhujah membenarkan


tindakan-tindakan mereka dengan menggunakan kaedah maslahah tanpa merujuk kepada
nas. Alangkah lemah dan dhaifnya pendekatan politik seumpama ini. Buat keputusan
dulu, kemudian baru cari maslahah. Kemudian bila jumpa maslahah, tidak jumpa pula
nas. Lalu adakah untuk meneruskan tindakan mereka, mereka akan kata pula ‘maslahah
lebih utama dari nas’?

Sememangnya di dalam syariah ada sesuatu yang dinamakan masolih mursalah. Ia


bermaksud maslahah yang tidak dinaskan oleh syarak (secara jelas) samada ianya
muktabar (diiktiraf) atau mulghah (tidak diiktiraf) tetapi ia mendatangkan manfaat dan
menolak mudharat (Abdullah Khatib, 1990).

Bolehkah maslahah seumpama ini diamalkan? Sebelum menjawabnya, suka saya


tegaskan bukan ulamak tidak perlu dimasukkan di dalam perbincangan ini kerana mereka
bukan ahlinya di dalam mengukur maqasid mengikut neraca syarak. Bagi golongan yang
berilmu, kita mengambil pandangan Syeikh Abdullah Khatib yang mengatakan bahawa
beramal dengan masolih mursalah dibenarkan tetapi dengan tiga syarat yang ketat:

1. Maslahah itu adalah maslahah yang hakiki dan bukan yang diandaikan sahaja
2. Maslahah itu adalah umum untuk orang-orang Islam dan bukan maslahah peribadi
3. Maslahah itu tidak bertentangan dengan nas yang thabit atau ijma’ (Abdullah
Khatib, 1990)

Maqasid syariat adalah untuk menjaga lima perkara asasi bagi kehidupan manusia iaitu
agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Maqasid syariat akan memastikan maslahah
tercapai dan mafsadah tertolak pada kelima-lima perkara tersebut. Ukuran maslahah dan
mafsadah pula adalah berdasarkan kepada nas.

Ini semua sepatutnya menjadi landasan politik kita.

KENAPA PERLU NEGARA DALAM MATLAMAT PERJUANGAN ISLAM?

Matlamat dakwah adalah untuk mewujudkan hayah Islamiah (kehidupan Islam) di atas
muka bumi. Semua manusia akan tunduk di bawah sistem Islam dengan kebebasan

71 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


diberikan kepada semua manusia untuk memilih agama yang akan mereka anuti. Allah
berfirman:

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di
bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang
mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Hajj: 41)

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah
agama itu semata-mata kerana Allah, kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada
permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 193)

Walau pun negara itu sendiri bukanlah matlamat terakhir dari perjuangan Islam, tetapi ia
adalah wasilah yang penting untuk sampai kepada matlamat. Inilah apa yang menjadi
pegangan Imam Hassan al-Banna sebagaimana yang diulas oleh Ibrahim Bayumi Ghanim
dalam kata-katanya:

“Dengan itu dapatlah disimpulkan dari kefahaman al-Banna bahawa negara adalah
wasilah atau alat, bukan matlamat itu sendiri. Tetapi ia adalah wasilah yang perlu dan
alat yang tidak boleh diketepikan untuk merealisasikan di atas dunia ini idealisme Islam
secara umum dan politik Islam secara khusus” (Ibrahim Bayumi Ghanim, 1992).

Dengan merujuk kepada kitab Imamah wa Siasah, Ibnu Qutaibah, Ahkam Sultaniah,
Mawardi, Iqtisad fil I’tiqad, Ghazali, Turuq Hukmiah, Ibnu Qayyim dan kitab-kitab lain,
Ibrahim Bayumi merumuskan lagi:

“Ulamak kalam, faqih dan ahli falsafah dalam perselisihan mereka di banyak perkara,
bersepakat bahawa negara Islam tidak wajib didirikan kerana negara itu sendiri tetapi
menjadi wajib didirikan kerana sebab yang lain. Dengan itu ia adalah alat dan wasilah
dan bukannya matlamat” (Ibrahim Bayumi Ghanim, 1992)

Di sini dengan jelas dapat dilihat kedudukan negara Islam pada maqasid syarak. Negara
Islam adalah merupakan sultoh tanfiziah (kuasa pelaksana) yang besar untuk menjaga
segala objektif syariat. Tanpanya banyak maqasid syariat yang akan terbengkalai. Bahkan
maqasid paling tinggi dalam syariat iaitu untuk menjaga agama dan akidah Islam itu
sendiri pun akan terabai.

Imam Hasan al-Banna merumuskan beberapa objektif syarak yang perlu dicapai melalui
negara Islam sebagai satu badan dan sistem:

1. Menghapuskan permusuhan dan mempertahankan nyawa, keluarga harta, negara


dan agama
72 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
2. Menjamin kebebasan beragama dan beriktikad bagi orang-orang beriman
sehingga tidak berjaya ditarik oleh orang bukan Islam agar keluar dari Islam
3. Menjaga dakwah sehingga dakwah sampai kepada semua manusia lalu mereka
mampu membuat pilihan dengan jelas
4. Menghukum non muslim yang melanggar perjanjian keamanan mereka dengan
negara Islam atau orang-orang Islam yang bughah, memberontak melawan
ketetapan Allah serta menolak usaha pembaikan dan hukuman adil
5. Membantu orang-orang beriman yang dizalimi di mana sahaja mereka berada dan
menyelamatkan mereka dari orang-orang yang zalim (Hasan al-Banna, 1948)

Imam Juwaini berkata: “Imamah bermaksud kepimpinan umum dan menyeluruh,


mengurus kepentingan awam dan khas di dalam urusan agama dan dunia, terkandung
di dalam tugasnya menjaga kedaulatan, menjaga rakyat, menjalankan dakwah dengan
hujah dan pedang, menjaga dari penyelewengan dan kezaliman, menyelamatkan
orang yang dizalimi dari kezaliman orang yang melakukan kezaliman, menuntut hak
dari yang enggan menunaikannya dan memulangkannya kepada yang berhak (al-
Juwaini, 1979).”

Dengan itu penubuhan negara tersebut mesti menjurus ke arah mempertahan dan
memelihara ketuanan Islam dan kedudukan umat Islam di tempat yang tertinggi. Justeru
ia bukan sekadar isu perebutan jawatan tertinggi atau merebut kuasa di Parlimen sahaja.
Sibuk berebut, akhirnya ketuanan Islam terkorban. Struktur negara yang ada tetap tidak
mampu untuk mempertahankannya. Di masa yang sama juga, usaha untuk menubuhkan
negara dengan semangat dan konsep baru pula tidak begitu jelas menampakkan
kemampuan untuk mendaulatkan ketuanan Islam.

NEGARA BANGSA DALAM KONTEKS MALAYSIA

Malaysia, dulunya Tanah Melayu adalah bumi Melayu dengan Islam sebagai
landasannya. Melayu menjadi tonggak kepada negara untuk beberapa kurun dan
berterusan sehingga ke hari ini walau pun Tanah Melayu menerima proses imigrasi dari
kaum-kaum lain. Walau pun nisbah dan komposisi kaum berubah, tetapi Melayu tetap
menjadi kaum tonggak.

Timbul kemudian istilah negara bangsa. Istilah ini muncul di dunia Islam beberapa ketika
sebelum gugurnya Khilafah Osmaniah di Turki pada tahun 1924. Jika sebelumnya umat
Islam hanya mengenali model negara Islam yang terlihat pada susuk tubuh Khilafah
Islamiah, tetapi selepas itu perbincangan berlaku di kalangan umat Islam berkenaan isu
pertentangan intima’ kepada negara; adakah intima’ umat Islam adalah kepada institusi
73 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
Khilafah atau kepada sempadan negara yang mereka duduki sahaja, atau dengan kata lain
samada kepada umat Islam atau kepada bumi yang mereka pijak (Ibrahim Bayumi
Ghanim, 1992).

Fahaman sekular Barat mengilhamkan kepada umat Islam istilah kebangsaan dan negara
bangsa. Dalam negara bangsa, intima’ seseorang adalah pada negara yang dilingkungi
oleh sempadan geografi watan yang sempit (Ibrahim Bayumi Ghanim, 1992). Pada
ketika itu tiada lagi intima’ kepada kaum asal atau intima’ kepada agama. Sempadan
geografi yang sempit itu membentuk satu bangsa baru yang menghilangkan segala
perbezaan kaum dan agama. Konsep ini digunapakai di banyak negara Barat terutamanya
negara-negara yang menerima penghijrahan dari pelbagai negara.

Konsep ini akan menjadi popular terutamanya di negara yang dijajah atau di negara yang
mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang agama dan kaum. Malaysia
mempunyai kedua-dua unsur tersebut. Dengan itu kita melihat laungan-laungan yang
menyerupainya kedengaran di negara kita sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Konsep negara bangsa dan laungan semangat kebangsaan dengan tujuan membebaskan
diri dari penjajahan adalah suatu yang positif dan terpuji. Al-Banna menyifatkannya
sebagai: “Satu juzuk dari ajaran Islam” (Hasan al-Banna, 1992).

Beliau juga menyifatkan jemaah Ikhwan Muslimin sebagai satu jemaah yang cintakan
watan:

“Ikhwan Muslimin adalah manusia yang cukup tinggi semangat kebangsaannya


(wataniah). Mereka menginginkan kebaikan untuk negara dan berjihad untuk
membebaskannya dari penjajahan lalu meninggikan kedudukan negara” (Hasan al-
Banna, 1992)

Penjajahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Penjajahan politik, penjajahan ekonomi,
penjajahan budaya, penjajahan emosi dan sebagainya. Alangkah baiknya jika yang
dimaksudkan dengan negara bangsa itu adalah usaha meninggikan kedaulatan negara dan
mendapatkan kemampuan untuk tidak bergantung kepada pihak luar. Jika ini maksudnya,
ia akan menyempurnakan sebahagian dari objektif yang ingin Islam capai.

Tetapi intima’ seseorang terhadap negara tidak cukup hanya kepada sempadan tanah
yang sempit itu, sebaliknya ia mesti disempurnakan dengan wala’ kepada Islam. Wala’
aqaidi inilah yang membezakan di antara konsep yang dilaungkan oleh fahaman sekular
Barat dan konsep yang diperjuangkan oleh Islam.

Saya berpandangan bahawa seruan-seruan yang popular pada hari ini boleh dilihat
sebagai usaha mencari titik persamaan antara semua kaum dan agama di Malaysia untuk
74 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
satu kehidupan yang harmoni. Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan etnik dengan
anutan agama yang pelbagai memang sepatutnya mencari satu titik persamaan antara
semua pihak yang duduk menetap di dalamnya.

Kepentingan bersama yang perlu ada adalah setiap warganegara, dalam satu titik
persamaan, adalah mereka perlu setia kepada negara dan membebaskannya dari sebarang
bentuk penjajahan luar. Ini amat dialu-alukan oleh Islam. Model negara Islam sejak dari
zaman Madinah sehingga ke zaman Khulafa’ dan kerajaan Islam beraja, kita dapati
bahawa tanggungjawab untuk setia kepada negara terpikul di atas bahu semua orang
tanpa mengira agama.

Tetapi jika yang dimaksudkan dengan seruan-seruan itu adalah peleburan identiti muslim
sehingga tiada lagi intima’ seorang muslim di Malaysia kepada Islam maka itu adalah
suatu yang bertentangan dengan maqasid syarak di dalam menjaga akidah Islam. Intima’
seorang muslim kepada negara, pertamanya adalah berasaskan intima’ kepada Islam.
Sempadan negara dan kewarganegaraan; segala-galanya berasas dari itu.

Begitu juga jika seruan itu bermatlamatkan di akhirnya peleburan identiti Islam pada
negara (seperti yang diiktiraf oleh perlembagaan dan sejarah), ia juga suatu yang ditolak
oleh Islam. Tanah Melayu adalah negara Islam terkuat di rantau Asia Tenggara satu
ketika dahulu. Identiti itu tidak akan mampu untuk dibuang oleh sesiapa pun juga.

Apa yang diperjuangkan oleh orang bukan Islam dari slogan negara bangsa ini adalah
kesamarataan dari segala aspek. Mereka namakan dengan nama yang pelbagai dan
memasarkannya dengan gaya yang meyakinkan. Orang Melayu, sebahagiannya
menyambutnya tanpa sedar.

Jika dibandingkan di antara dua konsep; Malaysia sebagai negara Islam Melayu dan
bangsa lain duduk di bawah naungan Melayu Muslim dengan negara bangsa yang semua
kaum dan agama sama dari segala sudut, sudah tentulah yang pertama itu lebih menepati
maqasid syarak.

Maqasid syarak mengkehendaki Islam duduk di atas dan bukan di bawah atau sama
dengan agama lain. Maqasid mengkehendaki siyadah Islam (ketuanan Islam) tidak
digugat oleh mana-mana kumpulan. Konsep negara bangsa yang dicanangkan akan
menghancurkan siyadah Islam. Dengan itu konsep Malaysia sebagai negara Islam
Melayu lebih memenuhi tuntutan maqasid tersebut. Itu yang kita perlu fahami dan
perjuangkan.

75 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


‘WILAYAH AMMAH’

Seorang Khalifah, atau Sultan, atau pemimpin tertinggi satu-satu negara mempunyai hak
di dalam Islam yang disebut wilayah ammah. Wilayah bermaksud hak melaksanakan
pandangan ke atas orang lain samada orang itu redha atau tidak. Wilayah ammah pula
bermaksud hak ke atas sekumpulan manusia ramai yang tidak khusus kepada kumpulan
tertentu sahaja (Prof Dr Muhammad Rawwas Qal’alji dan Dr Hamid Sadiq Qunaibi,
1985)

Malaysia dalam satu tradisi politiknya, hanya menerima Melayu Muslim sebagai Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ini bertepatan dengan maqasid syarak yang
mengkehendaki seorang muslim memegang wilayah ammah. Dr Mahmud al-Mardawi
menyebut:

“Di antara syarat yang diletakkan oleh para ulamak bagi seorang pemimpin, dia
hendaklah seorang muslim. Walau pun sebahagian dari fuqaha’ tidak menyebut syarat
ini, mereka tidak menyebutnya tidak lain hanyalah kerana ia adalah syarat yang terlalu
asas. Khilafah adalah sistem Islam, bagi umat Islam di negara Islam” (Profesor Dr
Mahmud al-Mardawi, 1987)

Manakala Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris pula berkata:

“Akad yang disempurnakan di antara Khalifah dan umat Islam mewajibkan Khalifah
untuk melaksanakan syariat Islam ke atas dirinya dan ke atas rakyat, menjaga maslahat
umat, memelihara maruah umat, menyebarkan Islam dan lain-lain kewajipan lagi.
Kesemua ini tidak mampu dilakukan oleh orang bukan Islam dan mereka juga tidak
mempunyai mekanisme untuk melaksanakannya. Mereka tidak mempunyai alat untuk itu
dan tidak layak untuk melaksanakannya” (Dr Muhammad Abdul Qadir, 1989)

Dalam dunia politik, sekali sekala kedengaran cadangan untuk diubah tradisi ini. Kadang-
kadang ia datang dari orang bukan Islam dan kadang-kadang ia datang dari orang Islam.
Mungkin disebabkan kejahilan atau mungkin juga disebabkan mengambil hati orang
bukan Islam.

Beberapa faktor dilihat sebagai pendorong kepada cadangan itu. Di antara yang utamanya
adalah kelemahan pimpinan Melayu Islam yang sedia ada. Di antaranya lagi adalah
kelemahan umat Melayu Islam itu dalam mempertahankan hak mereka sebagai penduduk
majoriti di Malaysia.

Melayu sering dilabel sebagai lemah dalam mentadbir dan mengurus. Jika diberikan
amanah, mereka pecah amanah dan jika diberikan tanggungjawab mereka tidak
laksanakan. Saya mencabar, cuba buang amalan kronisme dan nepotisme dan buat
76 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
pemilihan untuk kepimpinan di semua peringkat secara terbuka, kita akan dapati ramai
calon baik yang boleh diharapkan dari bangsa Melayu. Tetapi apabila pemilihan
berdasarkan ‘pilih bulu’, maka apalah natijah yang akan diharapkan?

Walau pun begitu, kelemahan pimpinan yang ada tidak mengharuskan sama sekali
dinaikkan pimpinan orang bukan Muslim memegang wilayah ammah dalam negara.
Keadilan orang bukan Islam tidak sama dengan nilai adil yang dikehendaki oleh syarak.
Iraq di bawah Amerika tidaklah lebih baik dari Iraq di bawah Saddam Husein.

Allah berfirman yang bermaksud:

“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk
membinasakan orang-orang yang beriman.” (An-Nisa: 141)

Berhubung ayat di atas, al-Nabhani berkata:


“Pemerintahan adalah cara paling kuat untuk pemerintah membinasakan orang yang di
bawah pemerintahannya. Apabila Allah mengungkapkan ayat itu dengan perkataan ‘lan’
yang memberi erti selama-lamanya, ia turut memberi makna larangan yang pasti
daripada melantik seorang kafir ke apa-apa juga jawatan pemerintahan samada khilafah
atau selainnya” (Profesor Dr Mahmud al-Mardawi, 1987)

Manakala faktor kelemahan umat Melayu Islam di Malaysia di dalam mempertahankan


haknya, jika itu memang sifat semulajadinya, maka alangkah malangnya umat kita
apabila mereka lupa bahawa dulunya mereka adalah penguasa agong di satu daerah kuasa
yang besar.

Tetapi jika disebabkan masing-masing termakan diayah kelompok bukan Islam dan
berasa taajub dengan keikhlasan mereka terhadap negara, lalu terpecah-pecah sehingga
hilang keyakinan diri dan kagum kepada yang orang lain, maka di sini lebih-lebih lagi
kita perlu bertegas bahawa wilayah ammah mesti dipegang oleh orang Islam.

Apabila kelompok bukan Islam berjaya memecahkan kesatuan umat Islam yang
merupakan majoriti, itu menunjukkan kepada tabiat kelompok bukan Islam tersebut.
Kelompok seumpama itu tidak akan sesekali membela maslahah umat Islam apabila
mereka memegang wilayah ammah kerana di kala mereka tidak mempunyai kuasa pun
mereka cuba tanpa segan silu menjatuhkan umat Islam. Apa jaminan jika kelompok yang
begini tabiatnya akan membela maslahah umat Islam apabila mereka memegang tampok
kuasa?

Ini agaknya yang menjadi kehairanan Dr Mahmud al-Mardawi apabila beliau mengulas
mengenai fenomena naiknya golongan minoriti bukan Islam ke puncak kekuasaan:

77 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


“Golongan minoriti pada hakikatnya adalah minoriti. Bagaimana boleh digambarkan
bahawa golongan minoriti boleh sampai ke puncak kekuasaan mengalahkan golongan
majoriti Islam dalam sistem demokrasi. Ini tidak berlaku kecuali jika mereka telah
berusaha memecah belahkan golongan majoriti Islam menjadi berpuak-puak yang saling
bermusuhan, lalu dengan itu naiklah golongan minoriti” (Dr Mahmud al-Mardawi,
1987)

Selain dari Jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, suara Islam di dalam Parlimen
juga penting untuk dijaga agar sebarang keputusan yang dibuat tidak akan bertentangan
dengan maqasid syarak. Dengan itu demi menjaga maqasid syarak, Parlimen perlu
sentiasa dalam setiap penggal dipenuhi dengan majoriti Muslim. Suara Islam mesti
bersatu dalam memutuskan sesuatu cadangan agar tidak menghancurkan maqasid syarak.
Di antara yang asas perlu dipertahankan adalah seperti kedudukan istimewa Melayu,
kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Yang Dipertuan Agong.
Jangan sesekali berlaku suara Islam berbelah bagi sehingga memberi ruang kepada bukan
Islam untuk memaksakan pendapat dan cadangannya kepada negara.

DEMOKRASI DAN ISLAM

Sebagai seorang ahli organisasi Islam yang cintakan keamanan dan kedamaian, sudah
tentunya saya amat mengalu-alukan sistem demokrasi diamalkan di negara kita ini.
Demokrasi memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan dan
menyalurkan kritikan pada tempatnya yang betul. Demokrasi juga menjamin peralihan
dan penggiliran kuasa agar ianya berlaku dalam keadaan aman.

Syura adalah satu kaedah permuafakatan yang cukup besar dalam Islam. Tetapi walau
pun ia begitu penting, kita dapati bahawa al-Quran hanya menyebut perkataan syura di
dalam dua potong ayat sahaja. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan
urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (Al-Syura: 38)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“…oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan


terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu….” (Aali-Imran: 159)

78 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Perincian syura yang diterangkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan Khulafa
Rasyidin juga masih lagi bersifat umum. Ini semua menjadikan syura sebagai satu
mekanisma yang cukup anjal lalu memberi ruang kepada sistem pemerintahan Islam
untuk berkembang bersesuaian dengan perubahan struktur masyarakat dan keluasan
empayarnya.

Dengan itu kita mendapati di antara sistem syura dan sistem demokrasi terdapat
persamaan yang jika dikaji akan membantu ahli politik Islam untuk menggubal sistem
terbaik bagi sistem pemerintahan Islam di masa akan datang. Di antara titik persamaan
tersebut adalah pada penolakan budaya diktator, pemutusan sesuatu isu secara bersama
oleh anggota masyarakat yang berkelayakan, tidak menghadkan kepada satu pandangan
dari satu sumber dan penggiliran kuasa secara aman.

Walau pun begitu demokrasi Barat yang asli, yang berasal dari fahaman humanisme,
haruslah ditangani oleh umat Islam dengan cara yang baik. Kehendak-kehendak manusia
menurut Islam perlu diikat dengan batas-batas syarak. Ruang besar yang diberikan oleh
demokrasi Barat kepada kehendak manusia, akhirnya wajib dibatasi dengan syariat.
Kehendak-kehendak manusia (kuasa rakyat) tidak boleh merampas kuasa Allah di dalam
menentukan perlembagaan dan undang-undang, apatah lagi dalam membatalkan maqasid
syarak di dalam meletakkan as-Siyadah liLlah (ketuanan adalah milik mutlak Allah).

Dr. Taufiq Waie berkata:

“Sesungguhnya Islam tidak mengambil kira pandangan majoriti ketika wujudnya hukum
di dalam al-Quran dan Sunnah. Ini berbeza dengan sistem demokrasi Barat yang
memberikan pandangan majoriti hak mutlak di dalam menentukan undang-undang
tertinggi. Undang-undang sedia ada akan digubal jika bertentangan dengan pandangan
majoriti” (Dr Taufiq Waie, 2001).

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan
kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (al-Nisa’:
59)

Di sudut yang lain, umat Islam mungkin memandang demokrasi sebagai jelmaan
kebebasan dan syura, tetapi Barat selama-lamanya akan memandang demokrasi sebagai

79 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


sistem untuk memaksakan kehendak mereka ke atas semua manusia di dunia. Ternyata
di negara yang amalan demokrasi di sana tidak menyebelahi polisi dan kepentingan
Barat, mereka tidak akan menghormati pilihan rakyat. Lihat sahaja apa yang dilakukan
oleh Amerika kepada Gaza hasil pilihan rakyat Palestin melalui sistem demokrasi.

Amalan demokrasi yang dicampuri oleh falsafah dan pandangan Barat tidak akan
menguntungkan umat Islam. Demokrasi seumpama ini tidak pernah sama sekali
mengiktiraf siyadah Islam (ketuanan Islam) yang merupakan maqasid syarak. Apabila
Amerika memberikan demokrasi kepada Iraq selepas era Saddam, Iraq kehilangan
siyadah Islam. Itu jugalah yang akan berlaku di mana-mana pun tempat di dunia apabila
Barat mencampuri amalan demokrasi di satu-satu negara.

Dengan itu amat penting bagi kita umat Islam untuk menarik nafas panjang, menyiapkan
diri dan berusaha untuk memutuskan demokrasi negara ini dari falsafah dan campur
tangan Barat. Kita perlu khususkan demokrasi di Malaysia ke arah memenuhi maslahah
Islam yang bersifat tempatan mengikut nilai-nilai dan neraca setempat. Inilah format
yang akan memenuhi tuntutan maqasid syarak.

ISU-ISU HUBUNGAN ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Dewasa ini, topik berkenaan hubungan antara Islam dan bukan Islam sering kali
diutarakan di pelbagai peringkat. Pemerhatian umum saya, umat Islam terheret untuk
membincangkan isu ini dalam skop yang dikehendaki oleh orang bukan Islam. Menjadi
keuntungan pada mereka apabila perbincangan disempitkan kepada isu-isu keadilan dan
hak yang patut diberikan oleh orang Islam kepada orang bukan Islam. Sempitnya skop
yang dibincangkan dengan serangan bertubi-tubi, menjadikan orang Islam dalam keadaan
serba salah sehingga tenggelam punca, tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi
dan sikap. Orang Islam dilabel sebagai tidak adil, tidak bertoleransi dan tidak terbuka.
Oleh kerana tidak tahu di mana bermula dan ke mana hendak dibawa, sebahagian orang
Islam berlumba untuk membuktikan bahawa mereka adil, toleransi dan terbuka.

Jika kita berjiwa besar dan menghargai sejarah dan perjuangan nenek moyang kita
dahulu, kita akan sentiasa berasa bahawa kita tuan di bumi ini. Hubungan antara muslim
dan non muslim mesti berasaskan hubungan antara muslim dan zimmi dalam negara
Islam. Bentuk hubungan seumpama ini adalah maqasid syarak yang perlu dipelihara
kerana sepanjang sejarah tidak pernah berlaku negara Islam menukar bentuk hubungan
ini kepada bentuk lain kerana jika ditukar, pelbagai mafsadah (kerosakan) akan berlaku.
Akan berlaku haimanah (penguasaan) non muslim ke atas muslim. Akan berlaku

80 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


pengkhianatan. Akan berlaku kebocoran rahsia. Akan berlaku penafian hak seorang
muslim di buminya sendiri.

Toleransi Dan Kehidupan Harmoni

Umat Islam disogok dengan slogan kehidupan harmoni antara kaum dan agama. Mereka
dibayangkan bahawa sikap umat Islam yang tidak meraikan beberapa kehendak mereka
sebagai warganegara menjadi penghalang kepada lahirnya kehidupan yang harmoni.

Apakah syarat yang akan menjadikan orang Islam dan orang bukan Islam boleh hidup
aman dan harmoni di Malaysia? Adakah dengan memenuhi segala kehendak mereka,
akhirnya negara akan harmoni? Di dalam Islam, kita meyakini bahawa keharmonian
hanya akan datang setelah falsafah hidup dan sistem yang betul mendasari kehidupan
bermasyarakat. Umat Islam perlu yakin dengan sistem Islam dan mampu
mengemukakannya kepada bukan Islam dalam bentuk yang betul.

Jika tuntutan-tuntutan bukan Islam yang akhirnya membentuk sistem itu menjadi syarat
keharmonian, kenapa negara-negara yang majoritinya bukan Islam tetap tidak harmoni
walau pun segala kehendak dan tuntutan mereka dipenuhi? Tidak lain kerana tuntutan-
tuntutan itu membentuk sistem hidup yang tidak betul dan pincang. Nampak adil di satu
sudut tapi zalim di sudut yang lain jika diperhalusi dengan pandangan yang tajam.

Dengan itu kita perhatikan ulamak silam menyimpulkan bahawa kehidupan yang betul
hanya dicapai melalui sistem Islam. Allah berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah
petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Al-Baqarah: 120)

Abu Ja’far menafsirkan ayat ini dengan berkata:

“Ayat ini bermaksud; wahai Muhammad, orang Yahudi dan Nasrani tidak akan puas hati
denganmu selama-lamanya. Jauhkan diri dari meminta sesuatu yang akan menjadikan
mereka redha dan menepati kehendak mereka. Mintalah redha Allah dengan menyeru
mereka kepada kebenaran yang Allah utuskan kamu dengannya. Sesungguhnya
kebenaran yang kamu seru mereka itulah jalan untuk kamu berhimpun dengan mereka di
81 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
dalam kemesraan dan agama yang lurus. Tiada jalan bagimu untuk mendapat kepuasan
hati mereka dengan cara mengikut jejak agama mereka” (Al-Tobari)

Kita wajib berpegang dengan kaedah ini; maslahah akan tercapai apabila manusia tunduk
di bawah sistem Islam. Kehidupan harmoni dan kestabilan yang merupakan salah satu
bentuk maslahah yang diperjuangkan akan tercapai dalam sistem Islam.

Wala’ dan bara’

Umat Islam selalu diajak agar menerima dan berkawan dengan semua kaum dan agama
atas asas kita sama-sama warganegara Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan agar proses
normalisasi ini berjaya dilakukan. Dari iklan-iklan di kaca television sehinggalah kepada
penggubalan dasar-dasar negara.

Islam tidak menghalang untuk umatnya berbuat baik dengan orang bukan Islam. Ia tidak
menjadi masalah sehinggalah sebahagian dari orang Islam terlalu lunak hati dengan
orang-orang kafir sehingga membawa kepada memusuhi bangsa sendiri. Ini satu lagi
kekeliruan yang berlaku dalam umat Islam di Malaysia.

Hukum wala’ dan bara’ yang pernah diketengahkan oleh ulamak silam sepatutnya
sentiasa dirujuk sebagai panduan di dalam kehidupan kita di dalam masyarakat majmuk.

Wala’ bermaksud memberi pertolongan, mencintai, mengasihi, menghormati dan


bersama dengan golongan yang dicintai itu zahir dan batin.

Bara’ pula bermaksud menjauhi, berlepas diri dan memusuhi sesudah memberi alasan
dan peringatan (Muhammad bin Said bin Salim al-Qahtani, 1409H)

Wala’ tetap diberikan kepada muslim walau pun dia bermaksiat. Manakala bara’ tetap
akan diberikan kepada bukan Islam walau pun dia baik. Wala’ dan bara’ adalah kaedah
yang digariskan oleh syariat untuk menjadi maqasid syariat dalam hubungan antara
muslim dan non muslim. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari
agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan
mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir ….”
(Al-Maidah: 54)

82 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Dari Jabir bin Abdillah al-Bajli bahawa Rasulullah s.a.w. membai’ahnya agar “memberi
nasihat kepada semua muslim dan berlepas diri (bara’) dari semua kafir.” (Riwayat
Imam Ahmad)

Apabila neraca ini tidak ada pada umat Islam, ia akan menjadi sekurang-kurangnya
seperti kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang diturunkan peringatan oleh Allah di
dalam firmannya:

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh
kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita
rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di
antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran
(Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w)
dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman
kepada Allah, Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar
untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang
faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia,
sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu
zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang
demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. Jika mereka dapat
menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan
mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan
kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).” (Al-
Mumtahanah: 1-2)

Ibnu Kathir mengatakan bahawa ayat ini turun kepada Hatib bin Abi Baltaah, salah
seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dalam cubaannya untuk mengkhabarkan berita
pembukaan Mekah kepada ahli keluarganya yang bukan Islam di Mekah dengan tujuan
agar mereka terselamat (Ibnu Kathir, 1991)

Kekeliruan umat Melayu Islam Malaysia di dalam menilai siapa kawan dan lawan,
mungkin lebih dari kekeliruan Hatib r.a. Perebutan kuasa boleh menjadikan neraca kita
terbalik di dalam memilih teman dan musuh. Janganlah hanya dengan satu dua pujian
yang diberikan oleh orang bukan Islam, lalu kita sanggup untuk menikam bangsa kita
sendiri.

Orang bukan Islam dalam sistem negara Islam dikategorikan sebagai zimmi atau harbi.
Zimmi bermaksud orang bukan Islam yang memberikan perjanjian agar terpelihara
nyawa, harta, kehormatan dan agamanya dengan cara membayar jizyah dan tunduk di
bawah sistem Islam. Manakala harbi bermaksud orang bukan Islam yang tidak

83 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


melakukan perjanjian damai, tidak mendapat keamanan dan perjanjian orang-orang
Islam serta melancarkan serangan ke atas orang-orang Islam. Zimmi akan duduk di
bawah perlindungan negara Islam manakala harbi akan diperangi (Dr Abdul Halim
Mahmud, 1998).

Kesukaran untuk kita mengkatogerikan orang-orang bukan Islam di Malaysia tidak


menghalang dari kita bersikap hati-hati dalam berkawan, berpakat dengan orang bukan
Islam dan meminta pertolongan daripada mereka. Sebahagian daripada mereka adalah
kumpulan yang mempunyai agenda yang amat berlawanan dengan agenda Islam. Mereka
ternyata boleh melompat dan menukar status dari duduk di sebelah pemerintah kepada
duduk di sebelah pembangkang.

Peristiwa 13 Mei, siri-siri tuntutan mereka dan kenyataan-kenyataan mereka; tidakkah ini
semua sudah mencukupi untuk dijadikan sebagai tanda pengenalan diri mereka?

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang


bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). mereka tidak akan
berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang
menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan
mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya
telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu)
memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan),
kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada
kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman
kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami
beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung
jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah
kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan
segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran
dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa
bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka)
tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah
meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.” (Aali Imran: 118-120)

Tahaluf muslim dengan non muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non
muslim. Tahaluf muslim dengan non muslim bermaksud orang Islam meminta bantuan
dari orang bukan Islam dengan syarat orang Islam juga memberi bantuan kepada orang
bukan Islam (Muhammad Ahmad al-Rasyid, 2007).

84 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Ia dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulamak. Walau pun begitu dua syarat yang
dikenakan oleh Imam Syaibani adalah merupakan syarat asasi untuk pergi lebih jauh di
dalam membincangkan isu tahaluf. Dua syarat itu adalah:

1. Orang-orang bukan Islam itu dipercayai tidak akan khianat


2. Orang-orang bukan Islam itu berada di pihak yang lemah dan kumpulan Islam
berada di kedudukan yang kuat (Muhammad Ahmad al-Rasyid, 2007)

Tahaluf juga tidak boleh membawa kepada bocor rahsia orang Islam. Tidak boleh
membantu bukan Islam untuk menjatuhkan orang Islam. Amalan tradisi di zaman
empayar Islam menyaksikan mereka tidak meminta bantuan tentera musyrikin untuk
memerangi bughah (pemberontak dari kalangan muslimin).

Kebencian terhadap maksiat orang Islam pula tidak boleh membawa kepada bara’. Masih
perlu menyayangi mereka. Menegur kemungkaran perlu dengan tegas kerana tiada
kompromi terhadap kemungkaran. Tetapi ia tidak membawa kepada putus hubungan,
apatah lagi berpakat dengan bukan Islam untuk menggugat ketuanan Islam.

Di dalam semua ini terkandung maqasid yang cukup tinggi; iaitu meletakkan Islam dan
orang Islam sentiasa berada di atas mengatasi segala-galanya.

KESIMPULAN

Tidak ada jalan bagi umat Melayu Islam di Malaysia selain dari kembali kepada
penegakan sistem berdasarkan syariah.

Kita bukan berebut kuasa semata-mata kerana kuasa, tetapi kita perlukan kuasa untuk
mencapai objektif yang dikehendaki oleh syarak. Tersilap pertimbangan, kuasa itu sendiri
boleh menjadi penghalang daripada tercapainya maqasid syarak.

Justeru dengan rendah diri saya menyeru semua umat Islam umumnya dan seluruh umat
Melayu khasnya untuk sama-sama kita mengoreksi semula langkah-langkah yang telah
kita lalui dan melakar bersama-sama peta baru bagi perjalanan ke depan mengikut
pertimbangan maqasid. Musuh Islam akan mengambil manfaat dari hari ke hari jika
kemelut politik Melayu Islam ini tidak disudahkan. Kita perlukan keinsafan dan kita juga
perlukan ketegasan untuk mengatur langkah ke depan.

Wallahu a’lam

85 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


BIBLIOGRAFI

1. Ibnu Kathir. 1991. Tafsir al-Quran al-Azim. Damsyik: Darul Khair.


2. Al-Tobari.___. Tafsir al-Tobari. Kaherah: al-Maktabah al-Syamilah.
3. Abbas, Muhammad Yusuf. 1987. Miftah al-Kunuz fi Zilal al-Quran. Riyadh: Dar Tiybah
lil-Nasyr wa al-Tauzi’.
4. ____. Jawami’ al-Kalim, al-Isdar al-Thalith. Kaherah: Ufuq lil-Barmajiat (CD).
5. Qal’alji, Prof Dr Muhammad Rawwas dan Qunaibi, Dr Hamid Sadiq. 1985. Mu’jam
Lughah al-Fuqaha’. Beirut: Dar al-Nafais.
6. al-Kayali, Dr Abdul Wahab. ____. Mausuah al-Siasah. Beirut: Al-Muasassah al-Arabiah
lil-Dirasat wa al-Nasyr.
7. al-Syatibi, Abu Ishak. 1991. Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiah.
8. Abu Zahrah, Imam Muhammad. 1958. Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikri al-Arabi.
9. al-Zuhaili, Dr Wahbah. 1986. Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.
10. _______. 1992. Majmu’ah Rasail li al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Kaherah: Dar
al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyah.
11. al-Khatib, Muhammad Abdullah dan Hamid, Muhammad Abdul Halim. 1990. Nazarat fi
Risalah al-Taalim. Kaherah: Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiah.
12. Mahmud, Dr Ali Abdul Halim. 1998. Ruknu al-Tajarrud. Kaherah: Dar al-Tauzi’ wa al-
Nasyr al-Islamiah.
13. al-Juwaini, Abu al-Maali. 1979. Ghiyath al-Umam fi Iltiyath al-Zulam. Iskandariah: Dar
al-Dakwah.
14. al-Rasyid, Muhammad Ahmad. 2007. Usul al-Ifta wa al-Ijtihad al-Tatbiqi fi Nazoriah
Fiqh Dakwah Islamiah. Vancouver: Dar Mihrab lil-Nasyr wa al-Tauzi’.
15. al-Qahtani, Muhammad bin Said bin Salim. 1409H. Al-Wala’ wa al-Bara’ Fil Islam Min
Mafahim Aqidah al-Salaf.____: Dar al-Sofwah
16. Waie, Prof Dr Taufiq Yusuf. 2001. Al-Fikru al-Siasi al-Muasir Inda al-Ikhwan al-
Muslimin – Dirasah Tahliliah Maidaniah Muwathaqqah. Kuwait: Maktabah al-Manar
al-Islamiah.
17. Jarisyah, Dr Ali. 1990. Al-Ittijahat al-Fikriah al-Muasirah. Kaherah: Dar al-Wafa’.
18. Abu Faris, Dr Muhammad Abdul Qadir. 1989. Al-Nizam al-Siasi fi al-Islam. Amman:
Dar al-Furqan.
19. Ghanim, Ibrahim al-Bayumi. 1992. Al-Fikru al-Siasi lil Imam Hasan al-Banna. Kaherah:
Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiah.
20. Lailah, Muhammad Kamil. 1971. Al-Nuzum al-Siasiah – Al-Daulah wa al-
Hukumah.____: Dar al-Fikri al-Arabi.
21. al-Mardawi, Profesor Dr Mahmud. 1987. Al-Khilafah baina tanzir wa tatbiq.
____:_____

86 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


LAMPIRAN 1

Nasionalisme Arab, Timur, Dunia Dan Dakwah Ini


Dakwah ini selain bersifat rabbani yang bererti menolak, menentang dan menyekat
segala fahaman kebendaan di samping pasrah, beriman, bergantung dan merasakan
kehadiran Allah dalam semua amalan; Dakwah ini juga bersifat kemanusiaan yang bererti
mewujudkan hubungan persaudaraan sesama manusia dan menjadikan kesejahteraan
seluruh manusia sebagai matlamatnya kerana ia bercirikan Islam. Islam adalah untuk
semua manusia bukan untuk ras tertentu dan bukan untuk bangsa tertentu.

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hamba-Nya (Muhammad),


untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Furqan: 1)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah


Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan
bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan
mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi
yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya); dan ikutilah
dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Al-A’raf: 158)

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Saba’: 28)

Dengan berlandaskan ciri kesejagatan dalam risalah Nabi s.a.w. ini dakwah kita
meletakkan matlamat dan sasaran kepada seluruh manusia. Dakwah ini ditujukan kepada
seluruh manusia. Ia bermatlamat mewujudkan hubungan persaudaraan sesama seluruh
manusia di samping berusaha mencapai kebaikan untuk semua. Dakwah ini tidak
mengiktiraf diskriminasi antara ras atau warna kulit. Dakwah ini tidak berbeza mengikut
bangsa dan tanahair.

87 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Lidah para pendakwah malah manusia keseluruhan seringkali mengungkap kata-kata
yang biasanya merujuk kepada fahaman tertentu atau kelompok tertentu. Apakah
hubungan kata-kata ini dengan dakwah kita? Setiap istilah ini atau setiap fahaman ini
mempunyai hubungan dengan dakwah kita bukan kerana kita mahu memuaskan hati
semua orang atau kita cuba mengimbangi semua fahaman sebaliknya kerana dakwah
kepada seluruh manusia dan syumul menjadi identiti dakwah ini.

a) Semangat nasionalisme Mesir atau nasionalisme itu sendiri mempunyai hubungan


dalam dakwah kita dan ia juga berhak menuntut perjuangan dan pengorbanan.

Kita rakyat Mesir kerana kita berada di bumi yang mulia ini. Di sini kita dilahirkan
dan dibesarkan. Mesir adalah negara yang beriman dan telah menerima Islam dengan
baik. Mesir telah memperjuangkan Islam dan mempertahankan Islam daripada pelbagai
ancaman sepanjang lipatan sejarah. Mesir telah membuktikan keikhlasannya apabila
memeluk Islam dan telah menunjukkan kasih sayangnya yang tidak terhingga kepada
Islam. Mesir tidak boleh hidup tanpa Islam. Hanya Islam sahaja yang dapat mengubat
segala masalahnya. Dalam banyak keadaan Mesir telah menjadi penaung kepada
pemikiran Islam serta pelaksanaannya. Jadi kenapa kita tidak boleh berjuang demi Mesir
ini atau demi kebaikan Mesir? Kenapa kita tidak boleh mempertahankan Mesir dengan
segala daya upaya kita. Kenapa timbul kata-kata semangat nasionalisme Mesir tidak
sepatutnya timbul daripada orang yang mengajak manusia kepada Islam atau melaungkan
kalimah Islam! Kita sangat berbangga kerana kita benar-benar ikhlas berjuang demi
negara yang dikasihi ini dan berkorban demi kebaikannya. Kita akan terus
memperjuangkannya selagimana hayat dikandung badan kerana kita yakin perjuangan ini
merupakan langkah pertama menuju kebangkitan yang kita citakan. Mesir adalah
sebahagian daripada keseluruhan bumi Arab. Apabila kita berjuang demi Mesir kita yakin
kita sebenarnya berjuang demi Arab, Timur dan Islam.

Tiada salahnya jika kita memberi perhatian kepada sejarah Mesir kuno atau ilmu
pengetahuan yang telah dicapai oleh masyarakat Mesir purba. Kita menerima zaman
Mesir purba sebagai suatu sejarah yang memiliki kegemilangannya tersendiri dan

88 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


memiliki ilmu pengetahuannya yang tersendiri. Namun kita menolak sama sekali
sebarang cadangan yang berusaha untuk mencorak semula Mesir menurut zaman tersebut
selepas Allah memberikan hidayah-Nya melalui ajaran Islam; Selepas Allah membuka
pintu hati rakyat Mesir untuk menerima Islam; Selepas Allah limpahkan kemuliaan dan
kegemilangan demi kegemilangan untuknya; Selepas Allah bebaskan negara ini daripada
sejarahnya yang dicemari oleh angkara keberhalaan, syirik dan tradisi jahiliyyah.

b) Nasionalisme Arab atau Liga Arab, istilah ini juga ada hubungan yang amat
ketara dengan dakwah kita. Arab adalah bangsa Islam yang pertama dan menjadi bangsa
pilihan. Tepat sekali sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila Arab lemah Islam juga akan lemah.”iii

Islam tidak akan mampu bangkit jika bangsa Arab tidak mampu disatukan dan
dibangunkan. Setiap inci bumi Arab ini kita anggap sama seperti bumi dan tanahair kita
sendiri.

Sempadan geografi dan pecahan politik yang ada kini tidak mampu memisahkan
kita selama-lamanya dengan kesatuan Arab Islam yang telah berjaya menyatukan
manusia dalam satu harapan dan satu matlamat. Kesatuan ini telah berjaya menjadikan
seluruh rantau ini menjadi satu bangsa walau apa jua cubaan jahat yang dilaksanakan.

Apa yang paling menarik ialah skop yang diletakkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika
menghuraikan makna Arab. Baginda telah mengungkapkan Arab ini sebagai bahasa dan
agama Islam.

Al-Hafiz Ibnu Asakir ada meriwayatkan dalam musnadnya daripada Malik bahawa
Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Wahai manusia, tuhan itu satu, bapa itu satu, agama itu satu. Arab itu bukan kerana
hubungan kamu dengan bapa atau ibu kamu tetapi Arab itu adalah bahasa. Sesiapa yang
berbahasa Arab dia adalah orang Arab.”

89 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Dari sini kita memahami seluruh bangsa yang berada di sepanjang Teluk Parsi
hingga ke Tangiers dan Moroko di Lautan Atlantik adalah bangsa Arab yang disatukan
oleh akidah dan bahasa. Hubungan ini dieratkan lagi dengan kedudukannya yang terletak
di rantau yang sama dan berjiran dengan iklim yang hampir sama; tanpa sebarang
pemisah dan tanpa sebarang sempadan. Kita meyakini apabila kita berjuang untuk Arab
kita sebenarnya berjuang untuk Islam dan untuk kebaikan seluruh dunia.

c) Timur juga mempunyai hubungan tertentu dengan dakwah kita. Walau


bagaimanapun pada hakikatnya sentimen yang menjadi punca hubungan ini lebih bersifat
sementara. Sentimen ini wujud disebabkan oleh rasa angkuh Barat dengan tamadun dan
peradaban mereka. Mereka mengasingkan diri daripada bangsa yang mereka namakan
sebagai bangsa Timur apabila mereka membahagikan dunia ini kepada Timur dan Barat.
Mereka mencanangkan pemisahan ini hingga ada di antara penyair mereka berkata:

“Timur itu timur dan Barat itu barat. Ia tidak mungkin bertemu.”

Sentimen yang bersifat sementara ini menyebabkan masyarakat Timur meletakkan


diri mereka dalam satu barisan yang bertentangan dengan barat. Barangkali apabila Barat
mula sedar dan menolak sikap bermusuh dan menindas, segala sentimen sementara ini
akan lenyap dan akan digantikan dengan idea baru, idea kerjasama demi kebaikan semua
bangsa.

d) Semangat sejagat atau kemanusiaan pula adalah matlamat kita yang paling utama
dan menjadi kemuncak usaha pengislahan ini. Tidak syak lagi, dunia kini sedang menuju
ke arah ini. Penyatuan pelbagai bangsa, permuafakatan antara pelbagai ras dan bangsa,
bangsa-bangsa yang lemah bersatu untuk mewujudkan kuasa baru, bangsa-bangsa yang
selama ini berpecah mula bersatu untuk mengecapi nikmat perpaduan, semua ini
membuka langkah untuk idea kesejagatan ini bertapak malah bakal mengambil alih
fahaman kebangsaan dan perkauman yang dianuti oleh masyarakat manusia sebelum ini.
Memang tidak dinafikan mereka perlu menganut fahaman perkauman ini supaya unit-unit
kecil ini dapat bersatu, kemudian mereka perlu mengenepikannya supaya mereka boleh
membentuk kelompok yang lebih besar. Dengan ini barulah mereka dapat membina
90 | ©Ikatan Muslimin Malaysia
perpaduan mutlak. Walaupun pelaksanaannya agak lambat namun segala perubahan ini
pasti akan berlaku. Oleh itu kita perlu jadikan perubahan ini sebagai suatu matlamat dan
fokus utama kita. Kita akan turut sama menyumbang bata-bata bagi membina binaan
kemanusiaan ini. Walau bagaimanapun tidak semestinya kita yang akan sempurnakan
binaan ini kerana setiap orang telah ditetapkan ajalnya.

Walaupun hari ini dunia dipenuhi dengan pelbagai aliran dan sistem; kebanyakannya
berasaskan semangat fanatik perkauman yang sememangnya mampu menarik perhatian
dan simpati manusia. Namun pengalaman perit yang telah dilalui oleh dunia akibat kuasa
fanatik ini sudah cukup untuk membawa manusia kembali ke pangkal jalan. Kembali
kepada semangat kerjasama dan persaudaraan.

Islam telahpun menggariskan langkah-langkah ke arah ini untuk masyarakat dunia


ini. Oleh itu pada peringkat awal, Islam menyatukan akidah kemudian menyatukan
sistem dan tanggungjawab selepas itu. Islam menggemburkan semangat yang suci dan
menakjubkan ini dalam semua sudut kehidupan.

Tuhan manusia ini satu, sumber agama ini satu, semua para nabi dianggap suci dan
dihormati, semua kitab langit datang daripada Allah, dan matlamat sebenar ialah untuk
menyatukan hati-hati manusia.

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Dia
tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang
telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah
pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.
(Shura: 13)

Al-Quran yang berbahasa Arab menjadi asas kepada agama ini. Sembahyang pula
menjadi perantaraan utama dengan Allah. Semua ini menjadi langkah praktikal untuk
mewujudkan perpaduan bahasa selepas perpaduan iman.

91 | ©Ikatan Muslimin Malaysia


Sembahyang, zakat, haji dan puasa semuanya undang-undang yang dilaksanakan
dalam sebuah masyarakat bertujuan mengukuhkan perpaduan dan mengenepikan segala
perpecahan serta mengikis segala jurang yang ada antara anggota masyarakat.

Oleh kerana itu dakwah kita diatur dalam pelbagai tahap dan kita berharap
semuanya akan tercapai. Kita berharap kita dapat melaksanakannya dan berjaya
mencapai matlamat yang sebenar.

Kita berharap agar wujud sebuah negara Islam di Mesir yang bakal menaungi
dakwah Islam. Negara ini akan menyatukan seluruh bangsa Arab dan akan berusaha demi
kebaikan mereka dan mampu melindungi seluruh umat Islam di seluruh muka bumi ini
daripada sebarang ancaman musuh. Negara ini akan mengibarkan kalimah dan risalah
Allah. Akhirnya tiada lagi sebarang huru-hara dan agama keseluruhannya akan kembali
menjadi milik Allah.

92 | ©Ikatan Muslimin Malaysia

Anda mungkin juga menyukai