Anda di halaman 1dari 4

Polisi : Hak dan tanggungjawab pesakit dan waris untuk Hospital Changkat

Melintang.

Hak dan tanggungjawab pesakit dan waris.

Hospital Changkat Melintang menghormati hak semua pesakit dan waris


mereka ; termasuk aspek budaya, psikososial, spiritual , nilai-nilai dan
kepercayaan individu.

Walaupun hak-hak yang tersenarai di bawah ditujukan kepada pesakit; ia juga


digunapakai untuk waris dan keluarga pesakit. Terma “pesakit “ juga merujuk
kepada semua pelanggan hospital ; terma “ keluarga” pula merujuk kepada
keluarga pesakit, penjaga dan orang lain yang diwakilkan untuk membuat
keputusan perawatan.

Hak Pesakit :

Pesakit mempunyai hak untuk menerima jagaan yang “invidualised”,


dengan penuh hormat dalam satu persekitaran yang selamat.
Jagaan perawatan akan dilaksanakan dalam cara dan persekitaran yang akan
menjaga maruah anda. Tiada diskriminasi ke atas bangsa , agama, jantina,
umur, status keluarga, kewarganegaraan , ketidakupayaan fizikal atau mental ,
status atau cara pembayaran bil anda. Keperluan keagamaan dan spiritual anda
akan dipenuhi sebaik mungkin.

Pesakit mempunyai hak untuk mendapat komunikasi yang berkesan;


sebagaimana mengikut keperluan anda.
Keperluan khas anda akan dilayan dengan cara yang bersesuaian dengan
anda ; bergantung dengan umur, tahap pemahaman, masalah bahasa,
penglihatan, pendengaran atau pertuturan .

Pesakit mempunyai hak untuk menglibatkan diri dalam menentukan


keputusan dalam jagaan/perawatan mereka.
 Sebelum dan semasa rawatan, mengikut keperluan perubatan dan
semasa discaj pesakit.
 Untuk menerima maklumat mengenai diagnosa dan pelan untuk rawatan
lanjut pesakit.
 Untuk melibatkan diri dalam proses menyelesaikan masalah/dilema dalam
rawatan anda.
 Untuk tidak menerima rawatan yang dicadangkan sehingga batas yang
dibenarkan oleh perundangan. Pesakit berhak menerima maklumat
tentang implikasi perubatan akibat pilihan mereka; termasuk rawatan

1
untuk kes-kes nazak.

Pesakit mempunyai hak untuk persetujuan menerima rawatan (Keizinan


rawatan)

Sebelum memberi keizinan untuk rawatan, anda akan diberi penerangan untuk
mengetahui perkara-perkara berikut:
 Mengapa rawatan tersebut dicadangkan?
 Apakah faedah, risiko dan kesan sampingan termasuk implikasinya jika
tidak mengikut rawatan yang dicadangkan.
 Pilihan-pilihan rawatan lain.
 Apakah outcome rawatan, termasuk outcome yang mungkin tidak diduga..
 Apakah batas-batas dalam melindungi maklumat rahsia anda , jika ada.
Jika tidak bersetuju dengan rawatan yang dicadangkan, Hospital Changkat
Melintang berhak untuk melakukan :
 Membuat cadangan alternatif untuk rawatan anda dan meneruskan
rawatan susulan anda.
 Merujuk anda ke tempat lain untuk rawatan.
 Dalam kes kecemasan yang tertentu, mendapatkan perintah mahkamah
untuk membolehkan rawatan diteruskan.

Pesakit mempunyai untuk menerima rawatan yang berkesan untuk


kesakitan, dan diberi maklumat tentang kesakitan dan kaedah-kaedah untuk
melegakan kesakitan.

Pesakit mempunyai hak untuk mengenali staf yang merawat mereka.


 Semua kakitangan hospital diwajibkan untuk memakai tanda nama untuk
pengenalan mereka.
 Semua kakitangan yang terlibat dalam rawatan anda akan
memperkenalkan diri mereka dan tugas mereka.

Pesakit mempunyai hak untuk ”privacy”, kerahsiaan dan keselamatan.


 Maklumat personal anda akan disimpan dengan cara sulit selaras dengan
undang-undang yang sedia-ada.
 Anda berhak untuk menolak dibuat pemerhatian oleh kakitangan yang
tidak terlibat secara langsung dalam rawatan anda.
 Privacy anda akan dihormati mengikut batas yang bersesuaian dengan
keperluan penjagaan kesihatan anda.
 Pihak hospital akan memastikan keselamatan diri dan harta-benda anda.
 Pihak hospital akan meminta keizinan anda sebelum aktiviti rakaman atau
pengambilan foto.

2
Pesakit mempunyai hak untuk “review” atau mendapatkan salinan rekod .
 Pegawai perubatan anda boleh “review” rekod perubatan bersama-sama
dengan anda.
 Anda mempunyai hak untuk “access”, meminta amendment dan
menerima disclosure maklumat perubatan anda mengikut batas yang
dibenarkan oleh undang-undang.

Pesakit mempunyai hak untuk bebas daripada penderaan mental, fizikal,


seksual dan lisan, diabaikan atau eksploitasi.
Sebarang tuduhan akan disiasat segera dan langkah yang berpatutan akan
diambil.

Pesakit mempunyai hak untuk mendapat khidmat perlindungan.


Anda mempunyai hak untuk meminta jabatan ini maklumat tentang perlindungan
dan agensi-agensi yang terlibat untuk perlindungan kanak-kanak dan orang
dewasa yang terlibat dalam kes-kes keganasan domestic.

Untuk peskit yang berumur 18 tahun ke atas, sebagaimana mengikut


undang-undang Malaysia, mereka mempunyai hak untuk membuat
keputusan rawatan kesihatan awal (advance healthcare decision) atau
melantik agen rawatan kesihatan melalui arahan awal (advance directive).
Jika keizinan rawatan diperlukan, wakil boleh dilantik bagi pihak anda jika anda
tidak berkeupayaan anda.

Pesakit mempunyai hak untuk bebas dari “restrain”, kecuali dalam satu
tempoh waktu yang sementara untuk melindungi diri anda atau individu lain dari
kecederaan. Restrain dalam keadaan kecemasan ini akan digunakan dengan
selamat dan penuh hormat.

Pesakit mempunyai hak untuk menderma organ mereka.


Anda akan diberi penerangan dan kaunseling yang mencukupi mengenai
pendermaan organ, faedah dan kaedah “procurement”. Perolehan organ hanya
akan dibuat setelah mendapat keizinan anda.

Pesakit mempunyai hak untuk menerima penerangan untuk semua caj


rawatan yang dipertanggungkan kepada mereka.

3
Pesakit mempunyai hak untuk bercakap dengan pihak hospital bila ada
masalah ketidakpuasan dengan aspek-aspek rawatan mereka atau tidak dapat
menyelesaikan masalah rawatan mereka.

Anda boleh berbincang dengan staf yang berkenaan, penyelia mereka, pegawai
perubatan dan Penolong Pegawai Tadbir. Jika anda masih menghadapi masalah,
anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 05-3761333,
atau mengisi Borang Maklumbalas Pelanggan. Borang-borang ini boleh didapati
di semua peti cadangan yang ditempatkan di semua unit-unit.

 Jika masalah anda tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan, anda


berhak untuk berjumpa dengan:

Pengarah Hospital Changkat Melintang.

Anda mungkin juga menyukai