Anda di halaman 1dari 1

TAZKIRAH IMAM GHAZALI

Apakah yang paling dekat dengan kita?


Muridnya menjawab: Ibu, bapa, nenek, dll.
Benar tetapi jawapan paling benar ialah;
Imam Ghazali: Mati
Sebab itu sudah janji ALLAH SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Surah Ali-Imran, ayat 185.

Apakah yang paling jauh dari kita?


Muridnya menjawab: bulan, bintang, matahari
Benar tetapi jawapan paling benar ialah;
Imam Ghazali: Masa lalu
Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu.

Apakah yang paling besar di dunia ini?


Muridnya menjawab: Bumi, gunung, dll.
Benar tetapi jawapan paling benar ialah;
Imam Ghazali: Nafsu
Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka. Surah al-
A'raaf, ayat 179.

Apakah yang paling berat di dunia ini?


Muridnya menjawab: Gajah, besi, dll.
Benar tetapi jawapan paling benar ialah;
Imam Ghazali: Memegang Amanah
Gunung malah malaikat tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di muka
bumi ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan ALLAH sehingga ramai manusia masuk ke
neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya. Surah al-Ahzab, ayat 72.

Apakah yang paling ringan di dunia ini?


Muridnya menjawab: dedaun, debu, kapas, dll.
Benar tetapi jawapan paling benar ialah;
Imam Ghazali: Meninggalkan solat
Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Apakah yang paling tajam di dunia ini?


Muridnya menjawab: pedang, pisau, dll.
Benar tetapi jawapan paling benar ialah;
Imam Ghazali: Lidah manusia
Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.

Sumber:

Diari Islam

1432H – 1433H / 2011

Anda mungkin juga menyukai