Anda di halaman 1dari 16

ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/1

ALIRAN QUASI – TETAP


PENGIRAAN MASA UNTUK
ALIRAN KELUAR MELALUI
Unit 7 ORIFIS DARI TANGKI
BERDIAMETER TETAP DAN
TANGKI BERDIAMETER
BERUBAH
Objektif Am:

Ø Mempelajari dan memahami aliran quasi-tetap serta menggunakan

formula bagi menentukan masa bagi aliran keluar dari tangki

berdiameter tetap dan berdiameter berubah melalui orifis.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Ø Mentakrifkan aliran quasi-tetap.

Ø Menerbitkan formula untuk mengira masa aliran air bagi tangki

berdiameter tetap.

Ø Menggunakan formula tersebut untuk menentukan masa aliran

keluar.

Ø Menerbitkan formula untuk menentukan masa aliran keluar bagi

tangki yang berdiameter tidak tetap.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/2

Input 1

7.0 Pengenalan

Aliran dikatakan tetap (steady) apabila keadaan aliran, sepeti halaju dan

tekanan tidak berubah dengan masa. Suatu aliran dalam paip adalah tetap jika

keadaan purata aliran termasuk halaju purata dan tekanan purata di suatu lokasi

tidak berubah dengan masa.

Aliran tidak tetap pula adalah aliran di mana keadaan purata aliran seperti

halaju purata dan tekanan purata di suatu lokasi berubah dengan masa.

Analisis aliran tidak tetap menjadi lebih rumit berbanding aliran tetap disebabkan

oleh perubahan pada parameter-parameternya.

Contoh aliran tidak tetap adalah aliran dalam paip yang sedang dibuka atau

ditutup injapnya. Aliran keluar air dari sinki juga adalah aliran tidak tetap.

Bagi beberapa aliran tidak tetap, ianya perlu dianggap sebagai aliran tetap supaya

penyelesaian dapat diperolehi.

Bagaimanapun untuk memudahkan analisis, aliran tidak tetap ini telah

dikelaskan kepada beberapa kategori berdasarkan kepada perubahan parameter

aliran. Aliran quasi-tetap merupakan salah satu daripada kategori aliran tidak

tetap. Terdapat dua lagi kategori aliran tidak tetap iaitu aliran Ayunan Jisim

(mass oscillation) dan Tukul Air (water hammer). Kedua-dua aliran ini tidak

dibincangkan dalam modul ini.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/3

7.1 Aliran Quasi-Tetap

Aliran tidak tetap yang boleh dianggap sebagai aliran tetap dikenali sebagai

aliran quasi-tetap (quasi-steady). Aliran Quasi-Tetap ialah aliran di mana berlaku

perubahan halaju secara perlahan dengan pecutan dan daya yang mengakibatkan

pecutan adalah kecil. Oleh itu daya ini boleh diabaikan dan kemampatan boleh

dianggap malar. Contoh aliran quasi-tetap ialah seperti pengisian atau pembuangan

air yang berterusan dari takungan atau tangki. Untuk aliran quasi-tetap

persamaan yang melibatkan aliran tetap boleh digunakan untuk menyelesaikan

masalah.

Sebagai contoh, sebatang tiub berdiameter 6mm digunakan untuk

mengsifon air keluar dari tangki berdiameter 1m. Aliran dalam tiub adalah tidak

tetap. Paras air dalam tangki berkurangan dan halaju dalam tiub juga berkurangan

dengan masa. Oleh kerana pengurangan air dalam tangki amat perlahan,

perubahan halaju juga amat perlahan. Dalam kes ini, aliran boleh dikira

quasi-tetap, iaitu aliran boleh dianggap tetap, untuk memudahkan penyelesaian.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/4

Aktiviti 7a

Sila jawab soalan-soalan


dalam aktiviti ini….

7a.1 Jelaskan secara ringkas maksud aliran tetap (steady) dan aliran
tidak tetap.

7a.2 Apakah yang dimaksudkan dengan aliran quasi-tetap?

7a.3 Nyatakan contoh-contoh aliran quasi-tetap.

7a.4 Jelaskan bagaimana keadaan aliran quasi-tetap itu.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/5

Maklumbalas
Aktiviti 7a

7a.1 Aliran dikatakan tetap (steady) apabila keadaan aliran, sepeti halaju
dan tekanan tidak berubah dengan masa. Suatu aliran dalam paip
adalah tetap jika keadaan purata aliran termasuk halaju purata dan
tekanan purata, di suatu lokasi tidak berubah dengan masa.
Aliran tidak tetap pula adalah aliran di mana keadaan purata aliran
seperti halaju purata dan tekanan purata di suatu lokasi berubah
dengan masa. Analisis aliran tidak tetap menjadi lebih rumit
berbanding aliran tetap disebabkan oleh perubahan pada
parameter-parameternya.

7a.2 Aliran tidak tetap yang boleh dianggap sebagai aliran tetap dikenali
sebagai aliran quasi-tetap (quasi-steady). Aliran Quasi-Tetap ialah
aliran di mana berlaku perubahan halaju secara perlahan dengan
pecutan dan daya yang mengakibatkan pecutan adalah kecil.
Oleh itu daya ini boleh diabaikan dan kemampatan boleh dianggap
malar.

7a.3 Contoh aliran quasi-tetap ialah seperti pengisian atau pembuangan


air yang berterusan dari takungan atau tangki.

7a.4 Sebagai contoh, sebatang tiub berdiameter 6mm digunakan untuk


mengsifon air keluar dari tangki berdiameter 1 m. Aliran dalam tiub
adalah tak tetap. Paras air dalam tangki berkurangan dan halaju
dalam tiub juga berkurangan dengan masa. Oleh kerana pengurangan
air dalam tangki amat perlahan, perubahan halaju juga amat
perlahan. Dalam kes ini, aliran boleh dikira quasi-tetap, iaitu aliran
boleh dianggap tetap, untuk memudahkan penyelesaian.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/6

Input 2

7.2 Menerbitkan Formula Untuk Menentukan Masa Bagi Aliran


Keluar Melalui Orifis

7.2.1 Tangki Yang Berdiameter (selinder tegak)

Pertimbangkan sebuah tangki seperti dalam Rajah 7.1 di bawah.

Tangki ini mempunyai keratan rentas yang seragam dan mengalirkan air

melalui sebuah orifis di dasar tangki. Anggap aras bendalir turun dari H1

ke H2 dalam masa t saat.

A
dh H1

H1

Rajah 7.1 : Aliran keluar dari tangki seragam melalui orifis.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/7

di mana ; A = Luas permukaan tangki

H1 = Kedalaman asal cecair

H2 = Kedalaman akhir cecair

a = Luas orifis

T = Masa dalam saat yang diperlukan untuk


mengeluarkan air dari kedalaman H1 ke H2

? = Ketumpatan cecair dalam tangki

Katakan H 1, H 2 adalah aras turus cecair dari dasar tangki masa mula dan
akhir. Maka , pada suatu masa T, ketinggian (turus) cecair adalah h dari dasar
tangki. Jika persamaan Bernoulli digunakan di antara titik A dan titik B,

PA VA2 PB VB2
+ + ZB = + + ZB
ρg 2 g ρg 2 g

Dengan mengabaikan kehilangan tenaga dan katakan h, ialah tinggi cecair di atas
orifis. Diketahui, halaju teori bagi orifis diberikan oleh;

PA = PB = 0 (tekanan atmosfera)
VA ≈ 0
(tangki besar)
Z A − ZB = h
∴ VB = V (halaju teori) ……………………………… Persamaan 7.1
∴ V = 2 gh

Didapati persamaan 7.1 memberikan halaju teori jet di bawah turus h.


Nilai V akan berubah-ubah apabila aras cecair turun secara berterusan apabila h
berubah-ubah.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/8

Selepas satu sela masa kecil dt, aras cecair turun sebanyak dh.
Katakan kuantiti cecair yang keluar dari orifis yang disebabkan oleh perubahan
kecil aras cecair yang sepadan dengannya ialah dq. Oleh sebab isipadu cecair yang
keluar daripada orifis mestilah sama dengan dq,

Pada perubahan masa dt , paras cecair akan mengurang pada satu kadar dh ,
oleh itu isipadu cecair pada masa tersebut diberikan sebagai

⇒ dq = -AT dh ……………………………………………………… Persamaan 7.2

Dengan tanda negatif menunjukkan aras cecair menurun dan Q adalah kadar alir
sebenar melalui orifis.

Daripada persamaan 7.1 ………

Q = Cd aV
= Cd a 2 gh

Maka persamaan 7.2 menjadi ………

δq = Qδt
…………………………………… Persamaan 7.3
− AT δh = Cd a 2 ghδt

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/9

Luas dasar tangki,

πd 2
AT =
4
− πd 2
∴ δh = Cd a 2 ghδt
4 …………………………………… Persamaan 7.4
− πd 2 H2 1

∴ T = ∫ dt = ∫h 2
dh
4Cd a 2 g H1

H2
− 2πd 2  2 
1
∴T = h 
4Cd a 2 g   H
1

πd 2  12 1

∴T =  H 1 − H 22 
2Cd a 2 g  

πd 2  12 1

∴T =  1H − H 2 
2
…………………………… Persamaan 7.5
2Cd a 2 g  

Persamaan 7.5 di atas digunakan untuk mencari masa jika orifis mempunyai
keratan rentas bulat.

2A  12 1

∴T =  1H − H 2 
2
…………………………… Persamaan 7.6
Cd a 2 g  

Persamaan 7.6 di atas digunakan untuk mencari masa jika orifis mempunyai
keratan rentas empatsegi dan bulat

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/10

Contoh Permasalahan 7.1

Sebuah tangki berbentuk selinder bergarispust 0.4m dan tinggi 3m


dipenuhi air sedalam 2.5m. Air dialirkan keluar melalui sebuah orifis di dinding
tangki berukuran 50mm. Jika pekali kadar alir Cd = 0.6, tentukan masa yang
diambil untuk mengosongkan separuh daripada air tangki.

Penyelesaian;

? = 0.4m

3m

2.5m

1.25m

diberi; d = diameter tangki = 0.4m

A = luas permukaan cecair


= p(d 2)/4
= p (0.4) 2/4
= 0.126 m 2

a = luas orifis
= p (0.05)2/4
= 1.96 x10-3 m2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/11

Masa yang diambil untuk mengosongkan separuh dari air tangki, T,

2A  12 1

∴T = −
 H1 H 22 
Cd a 2 g  

=
2(0.126)
(0.6)(1.96 × 10− 3
[
2.51 / 2 − 1.251 / 2 ]
T = 22.34 saat

Contoh Permasalahan 7.2

Sebuah kolam renang 10m panjang dan 6m lebar mengandungi air sedalam
1.25m. Sekiranya air dialirkan keluar melalui satu bukaan 0.23 m2 di dasar kolam,
tentukan masa yang diambil untuk mengosongkan kolam tersebut.
(Ambil Cd = 0.62 ).

Penyelesaian;

diberi ; Cd = 0.62
L = 10m
B = 6m
H1 = 1.25m

A = 0.23 m2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/12

Masa yang diambil untuk mengosongkan kolam tersebut;

Dari persamaan

T =
2A
Cd .a. 2 g
[ H1 − H 2 ]

Nilai H2 bersamaan dengan kosong kerana air kolam dikosongkan sepenuhnya.

T=
2(60)
(0.62)(0.23) 2(9.81)
[ 1.25− 0 ]

T = 212. 40 saat

T = 3 min 32 saat

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/13

Aktiviti 7b

Untuk menambahkan pemahaman anda,


cuba selesaikan masalah-masalah dalam
aktiviti 8.2…..jika ada masalah hubungi
pensyarah anda

7b.1 Sebuah selinder yang tegak mengalirkan cecair melalui orifis pada bahagian
bawah. Tunjukkan masa (t) yang diperlukan untuk mengalirkan cecair dari
kedalaman h1 ke kedalaman h2

t=
2A
Cd.a. 2 g
( h1 − h2 )

Dengan mengambil A sebagai luas keratan rentas tangki, a, luas orifis, Cd,
pekali kadar alir (buat anggapan yang sesuai).

7b.2 Sebuah kolam renang 11 meter panjang dan 7 meter lebar mengandungi air
sedalam 4 meter. Aliran air dikeluarkan melalui orifis 0.3 m2 yang terletak
pada bahagian bawah kolam. Tentukan masa yang diambil untuk
mengosongkan kolam renang, jika pekali kadar alir ialah 0.62.

7b.3 Sebuah tangki 6m x 5m mengalirkan air melalui orifis berdiameter 2cm


yang terletak pada bahagian bawah. Tentukan masa yang diambil untuk
mengurangkan air dari paras 2m ke paras 0.5m. Ambil pekali kadar alir
sebagai 0.64.

7b.4 Sebuah cistern yang mempunyai luas keratan 1m2 mengandungi air
4m dalam. Orifis yang berdiameter 60mm terdapat pada bahagian bawah.
Tentukan paras air selepas 2 minit. Ambil pekali kadar alir sebagai 0.6.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/14

Maklumbalas
Aktiviti 7b

7b.1 Jawapan : Sila rujuk persamaan yang telah diberi.

7b.2 Jawapan : 8 minit.

7b.3 Jawapan : 8.33 saat.

7b.4 Jawapan : 4.24 m.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/15

Penilaian
Kendiri

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri

dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah

yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba, semoga berjaya.

7.1 Sebuah tangki berkeratan rentas segiempat 1m x 1m mengandungi air


sedalam 4m. Sebuah orifis berdiameter 6cm terdapat pada bahagian
bawahnya. Tentukan kuantiti air yang dialirkan keluar selama 2 minit,
jika Cd = 0.6.

7.2 Dua buah tangki yang bersambung mempunyai luas permukaan 800 m2 dan
400 m2 dengan bukaan orifis 0.1 m2 . Jika kedalaman asal air 3m, tentukan
masa yang diambil untuk mengurangkan ke paras 1 meter. Ambil Cd = 0.75.

7.3 Dua buah tangki 3m x 2.5m dan 2.5m x 1m disambung dengan satu bukaan
orifis 25 cm2. Tentukan masa yang diambil untuk mengurangkan paras air
dari kedalaman 3 meter ke kedalaman 1 meter. Ambil Cd = 0.6.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN QUASI-TETAP C4009/UNIT 7/16

Maklumbalas
Penilaian Kendiri
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘YA’,
sila semak jawapan anda.

7.1 Jawapan : 4.24 meter.

7.2 Jawapan : 19.6 minit.

7.3 Jawapan : 6 min 53 saat.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi

Anda mungkin juga menyukai