Anda di halaman 1dari 15

ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/1

JENIS-JENIS
Unit 8 ALIRAN TIDAK
SERAGAM

Objektif Am:

v Mempelajari dan memahami aliran tidak seragam dalam saluran

terbuka serta memahami jenis-jenis aliran tidak seragam dalam

saluran terbuka.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

v Mentakrifkan aliran tidak seragam.

v Menerangkan maksud aliran tidak seragam dalam saluran terbuka.

v Menyenaraikan jenis-jenis aliran tidak seragam.

v Menerangkan jenis-jenis aliran tidak seragam.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/2

Input 1

8.0 Pengenalan

Pernahkan anda mendengar tentang saluran terbuka dan aliran


tidak seragam? Cuba perhatikan aliran air dalam sebatang sungai.
Anda akan dapati terdapat berbagai bentuk aliran contohnya seperti aliran
yang tidak seragam.

Dalam modul yang lepas pelajar telah


Mempelajari aliran seragam dalam saluran
terbuka. Apakah yang dimaksudkan dengan
saluran terbuka dan aliran seragam ?
Dapatkah pelajar membezakan aliran terbuka
dan aliran tertutup ?

8.1 Saluran Terbuka (Open Channel)


Aliran cecair melalui saluran (channel) dikenali sebagai aliran saluran
terbuka. Aliran yang melalui konduit/paip yang tidak dipenuhi cecair
sepenuhnya juga termasuk di dalam katagori saluran terbuka, walaupun
pada fizikalnya konduit/paip berkenaan adalah tertutup. Umumnya, saluran
terbuka boleh dikelaskan kepada dua jenis saluran iaitu saluran semulajadi
(contohnya sungai) dan saluran buatan (contohnya parit, longkang,
pembentung, terusan dan sebagainya

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/3

8.2 Pergerakan Aliran Dalam Saluran Terbuka

Dalam saluran terbuka seperti sungai, pergerakan aliran air bermula

dari hulu ke hilir sungai. Pernahkah anda terfikir bagaimana aliran ini

bergerak?.

Pergerakan aliran dalam saluran terbuka ialah disebabkan oleh berat

cecair itu sendiri (kesan tarikan graviti) yang bertindak terhadap cecair

berkenaan menyebabkan ia mengalir ke bawah (downhill).

Dalam aliran saluran terbuka, wujud permukaan bebas antara cecair

yang mengalir (seperti air) dengan bendalir di atasnya

(lazimnya atmosfera). Agihan tekanan dalam bendalir pula bersifat

hidrostatik iaitu tekanan berkadar terus dengan ukur dalam bendalir.

Aliran dalam saluran terbuka dalam keadaan gelora (turbulent) dan tidak

bergantung kepada ketegangan permukaan.

Aliran saluran terbuka berbeza daripada aliran paip kerana tidak

terdapat tekanan yang menyebabkan aliran berlaku, permukaan cecair

terdedah kepada tekanan atmosfera, oleh itu garisan cerun hidraulik

bertindihan dengan permukaan cecair dan luas keratan rentas aliran

bertambah atau berkurangan mengikut perubahan kadar alir.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/4

Anda mestilah memahami


dengan jelas dan dapat
membezakan bagaimana
terjadinya pergerakan

Aliran saluran terbuka juga dikelaskan sebagai laminar, peralihan

atau aliran gelora. Pengkelasan ini bergantung kepada Nombor Reynolds.

Umumnya, aliran saluran terbuka adalah laminar jika Re < 500, aliran gelora

jika Re > 12500 dan aliran peralihan jika Re berada di antara kedua nilai ini.

Pada kebiasaanya aliran saluran terbuka adalah gelora.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/5

Aktiviti 8a

v UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT


SETERUSNYA.
v SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA BAHAGIAN MAKLUMBALAS.

8a.1 Apakah yang dimaksudkan aliran seragam?

8a.2 Apakah yang dimaksudkan dengan saluran terbuka?

8a.3 Berikan tiga contoh saluran terbuka.

8a.4 Bagaimanakah pergerakan aliran dalam saluran terbuka


terjadi?

8a.5 Bagaimanakah pergerakan aliran dalam paip terjadi?

8a.6 Senaraikan tiga (3) jenis aliran yang terdapat dalam


saluran terbuka?

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/6

Maklumbalas
Aktiviti 8a

8a.1 Aliran seragam adalah aliran di mana ukurdalam alirannya


tidak berubah atau sama pada setiap keratan sepanjang
saluran.

8a.2 Saluran terbuka ialah saluran di mana air yang mengalir


di dalamnya tidak tertutup oleh sempadan pepejal
keseluruhannya tetapi mempunyai permukaan bebas yang
tersedah kepada atmosfera.

8a.3 i. Sungai
ii. Terusan
iii. Parit
iv. Pembentung
v. Laut

8a.4 Pergerakan aliran dalam saluran terbuka disebabkan oleh


berat cecair itu sendiri (kesan tarikan graviti) yang bertindak
terhadap cecair berkenaan.

8a.5 Pergerakan aliran dalam paip disebabkan oleh tekanan bendalir


antara dua titik.

8a.6 i. Laminar
ii. Peralihan
iii. Gelora

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/7

Input 2

8.3 Pengenalan
Dalam Input 1 pelajar telah mempelajari bagaimana terjadinya

pergerakkan aliran dalam saluran terbuka. Aliran dalam saluran terbuka

boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berpandukan pada perubahan dalam

ukur dalam aliran terhadap kriteria masa dan ruang. Pengkelasan ini juga

bergantung kepada parameter-parameter seperti kadar alir, halaju,

ukurdalam, luas keratan aliran dan kecerunan dasar. Perubahan dalam

parameter-parameter ini akan menentukan jenis aliran yang terjadi.

8.3.1 Pengkelasan Jenis-Jenis Aliran Saluran Terbuka


Aliran dalam saluran terbuka boleh dikelaskan kepada dua kategori

Iaitu;

8.3.1.1 Aliran Seragam

a) Aliran mantap seragam (steady uniform flow)

Kedalaman dan halaju aliran adalah malar disebarang titik

dan pada sebarang masa. Aliran seragam hanya terjadi

dalam aliran lurus yang prismatik dengan cerun dasar yang

malar.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/8

Kedalam
an Halaju
malar

Rajah 8.3a : Aliran Mantap Seragam

b) Aliran tidak mantap seragam


(Unsteady uniform flow)
Kedalaman dan halaju aliran dalah malar di sebarang
titik tetapi berubah mengikut masa. Aliran jenis ini jarang
terjadi.

Kedalaman dan
halaju aliran malar
tetapi berubah

Rajah 8.3b : Aliran Tak Mantap Seragam

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/9

8.3.1.2 Aliran Tidak seragam

Aliran tidak seragam dalam saluran terbuka boleh

didapati dalam keadaan mantap dan tidak mantap iaitu

bergantung samada ukur dalam alirannya berubah

mengikut masa ataupun tidak.

8.3.2 Jenis-Jenis Aliran Tidak Seragam

Aliran tidak seragam dalam saluran terbuka boleh

dikelaskan kepada dua iaitu:-

8.3.2.1 Aliran mantap tidak seragam

(Steady non-uniform flow)

Kedalaman dan halaju berbeza dari titik ke titik tetapi

kedalaman yang berbeza ini tidak berubah dengan masa.

Aliran ini dikenali juga sebagai aliran mantap berubah

(steady varied flow).

8.3.2.2 Aliran Tidak Mantap Tidak Seragam

Aliran ini berlaku apabila ukurdalam alirannya berubah

mengikut masa dan ruang contohnya seperti pergerakan

gelombang banjir dalam sungai dan pergerakan

gelombang air pasang surut dalam sungai pasang surut.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/10

Aliran jenis ini boleh dikelaskan lagi kepada dua jenis iaitu:-

a) Aliran berubah beransur (perlahan)


(gradually varied flow)

Kedalaman aliran berubah secara sedikit-sedikit atau

perlahan-perlahan sepanjang saluran. Untuk aliran berubah beransur

terjadi apabila ukurdalam berubah sedikit demi sedikit dalam jarak yang

panjang. Contoh aliran berubah beransur ialah seperti kejadian airbalik

(backwater) yang berlaku di hulu empang dasar atau pintu suis.

b) Aliran Berubah Cepat (rapidly varied flow)

Kedalaman aliran berubah dengan banyak dalam jarak yang dekat

sepanjang saluran. Sementara aliran berubah cepat berlaku apabila

ukurdalam aliran berubah serta merta dalam sautu jarak yang pendek.

Contoh aliran berubah cepat ialah kejadian lompatan hidraulik

(hydraulic jump) dan kejatuhan hidraulik (hydraulik drop).

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/11

Aktiviti 8b

v UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT


SETERUSNYA.
v SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA BAHAGIAN MAKLUMBALAS.

8b.1 Senaraikan enam parameter-parameter yang menyebabkan aliran


tidak seragam.

8b.2 Berikan maksud aliran tidak seragam.

8b.3 Nyatakan dua (2) jenis aliran tidak seragam dan terangkan salah
satu daripada jenis tersebut.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/12

Maklumbalas
Aktiviti 8b

8b.1 i. Kadar alir


ii. Halaju
iii. Ukurdalam
iv. Luas keratan aliran
v. Kecerunan dasar

8b.2 Aliran tidak seragam dalam saluran terbuka berlaku apabila


ukurdalam alirannya berubah pada setiap keratan sepanjang
saluran.

8b.3 Dua jenis aliran tidak seragam:-


i. Aliran mantap tidak seragam.
ii. Aliran tidak mantap tidak seragam.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/13

Jenis aliran tidak mantap;

a. Aliran berubah beransur.


Kedalaman aliran berubah secara sedikit-sedikit atau
perlahan-perlahan sepanjang saluran. Untuk aliran
berubah beransur terjadi apabila ukurdalam berubah
sedikit demi sedikit dalam jarak yang panjang.
Contoh aliran berubah beransur ialah seperti kejadian
airbalik (backwater) yang berlaku di hulu empang dasar
atau pintu suis.

b. Aliran berubah cepat.


Kedalaman aliran berubah dengan banyak dalam jarak
yang dekat sepanjang saluran. Sementara aliran
berubah cepat berlaku apabila ukurdalam aliran
berubah serta merta dalam sautu jarak yang pendek.
Contoh aliran berubah cepat ialah kejadian lompatan
hidraulik (hydraulic jump) dan kejatuhan hidraulik
(hydraulik drop).

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/14

Penilaian
Kendiri

Jika anda menjawab semua soalan-soalan dalam aktiviti yang diberikan anda telah

menghampiri kejayaan. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman anda dalam tajuk ini,

anda perlu melaksanakan tugasan dalam penilaian kendiri ini.

Tugasan 1

• Bentukkan satu kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang pelajar.

• Dapat gambar foto tiga buah sungai

• Nyatakan lokasi sungai yang dipilih dan nama sungai tersebut

• Tentukan arah pergerakan aliran sungai dengan menandakan di dalam foto

• Pada pemerhatian anda bagaimana keadaan aliran bagi sungai yang dipilih.

• Sediakan profail sungai dengan menyatakan bahagian sungai yang

mengalami aliran berubah cepat dan aliran berubah beransur.

• Sediakan satu laporan tentang profail sungai berkenaan

ANDA PERLU BERUSAHA


UNTUK MENDAPATKAN KEJAYAAN

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
ALIRAN TIDAK SERAGAM C4009/UNIT 8/15

Maklumbalas
Penilaian Kendiri

SILA DAPATKAN BANTUAN PENSAYARAH

ANDA UNTUK MELAKSANAKAN TUGASAN

INI.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi

Anda mungkin juga menyukai