Anda di halaman 1dari 4

Merah Silu

Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah mendapat dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum.
Puteri Betong mempunyai sehelai rambut yang berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya. Merah Gajah mahu
mencabut rambut yang sehelai itu, namun Puteri Betong melarangnya. Namun, Merah Gajah berdegil. Tindakan Merah
Gajah mencabut rambut tersebut menyebabkan Puteri Betong mangkat. Ayahanda mentua Merah Gajah, iaitu Raja
Muhammad begitu marah lalu bertindak membunuh Merah Gajah. Sebagai akibat tindakan Raja Muhammad itu,
ayahanda Merah Gajah, iaitu besannya, Raja Ahmad telah memerangi Raja Muhammad. Akhirnya, kedua-duanya mati
dalam peperangan.
Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat mahu meninggalkan negeri mereka yang bernama Semerlanga.
Mereka berdua menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Di sana, Merah Silu telah menahan bubu bagi menangkap
ikan. Setiap kali diangkat, bubunya dipenuhi cacing gelang-gelang. Setelah beberapa hari keadaan yang sama
berulang, akhirnya Merah Silu membawa cacing gelang-gelang itu pulang lalu direbusnya. Cacing gelang-gelang
itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu bertukar menjadi seorang yang kaya-raya.
Merah Hasum mendapat berita bahawa Merah Silu telah menjadi kaya-raya. Merah Hasum terdiam dan tiada
berkata-kata. Dalam pada itu, antara hobi kegemaran Merah Silu termasuklah memikat kerbau liar. Tindakan Merah
Silu tidak digemari oleh Merah Hasum. Baginya, Merah Silu telah memalukannya kerana kerbau tiada manfaatnya.
Akhirnya, Merah Silu mencari petempatan baru akibat perselisihan pendapat dengan Merah Hasum. Merah Silu
turut membawa harta dan kerbau-kerbaunya hinggalah tiba di Hulu Karang.
Kehadiran Merah Silu tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbaunya memusnahkan
tanaman. Merah Silu berpindah lagi hingga tiba di negeri yang bernama Buluh Telang. Dia bertemu dengan Megat
Iskandar dan Merah Silu menyatakan hasratnya untuk mendiami tempat tersebut. Megat Iskandar pun bersetuju.
Dalam pada itu, Megat Iskandar telah melantik Merah Silu sebagai raja di Rimba Jerun. Pelantikan tersebut
ditentang oleh Tun Aria Benong. Pada suatu hari, Sultan Maliku'l-Nasar datang ke Rimba Jerun lalu tercetus
peperangan antara Merah Silu dengan Sultan Maliku'l-Nasar. Peperangan antara Sultan Maliku'l-Nasar dengan Merah
Silu berlanjutan hingga ke beberapa tempat. Sultan Maliku'l-Nasar tewas juga akhirnya. Baginda berundur ke
Kumat namun diserang pula oleh Megat Iskandar. Akhirnya, Merah Silu secara rasminya ditabalkan sebagai Raja
Rimba Jerun.

Tema
Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.

Persoalan
1. Perselisihan faham sesama adik-beradik yang berpunca daripada perkara yang kecil. Merah Hasum sanggup
mengusir saudaranya, Merah Silu semata-mata kerana dia tidak menyukai sikap Merah Silu yang gemar
memikat kerbau. Kononnya, sikap Merah Silu itu telah mengaibkannya.
2.Peperangan dan permusuhan dua negara yang hanya berpunca daripada masalah keluarga. Sikap Merah Gajah
yang berdegil dan sanggup mencabut sehelai rambut berwarna keemasan di tengah tengah kepala isterinya,
Puteri Betong telah menyebabkan dua negara saling berperang dan bermusuhan. Raja Muhammad telah
membunuh Merah Gajah dan tindakannya itu telah menyebabkan Raja Ahmad mengisytiharkan perang dengan
Raja Muhammad.
3.Perkara yang di luar logik akal bagi menunjukkan keistimewaan seseorang yang berketurunan raja. Selama
beberapa hari Merah Silu menahan bubu di sungai, hasilnya hanyalah cacing gelang-gelang. Apabila cacing gelang-
gelang itu dibawa pulang dan direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya berubah
menjadi perak.
4. Keberanian anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri jajahan. Merah
Silu tidak pernah putus asa untuk mencari kawasan yang sesuai dijadikan negeri. Baginda merantau dari satu
tempat ke satu tempat di samping berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan.
5.Sikap raja yang gemar berjudi. Hobi Merah Silu bersabung ayam. Banyak juara sabung ayam datang bersabung
ayam dengan ayam Merah Silu. Orang yang kalah akan dibayar taruhannya. Merah Silu bermurah hati
memberikan seekor kerbau kepada setiap orang yang bertaruh dan yang datang menonton persabungan.
6.Peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan. Sultan Maliku'l Nasar berperang dengan Merah Silu
kerana tidak berpuas hati terhadap pertabalan Merah Silu sebagai raja. Beberapa siri peperangan telah berlalu
yang menyaksikan Sultan Maliku'l-Nasar tumpas dan Merah Silu ditabalkan secara rasminya sebagai raja
di Rimba Jerun.

Watak Jan Perwatakan


Merah Silu
1.Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.
2.Adindanya bernama Merah Hasum.
3.Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.
4.Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeri selepas kedua-dua orang
datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggal dunia dalam peperangan.
5. Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya bertukar menjadi emas dan
perak.
6. Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.
7. Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.
8. Merah Silu bersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiap orang yang datang menyaksikan
pertandingan ayam sabung.
9. Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.

Merah Hasum
1. Adinda kepada Merah Silu.
2. Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantau mencari petempatan baru.
3. Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau.
4. Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir kakandanya hanya kerana tidak sefahaman.

Merah Gajah
1. Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum.
2. Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.
3. Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan
tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.
4. Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah
yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.

Puteri Betong
1.Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.
2.Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah Hasum.
1. Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.
3.Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya.
4.Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh Merah Gajah.

Megat Iskandar
1. Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar.
2. Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.
3. Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang.

Latar
Latar Tempat
1. Di Semerlanga. Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau.
2. Di Beruana. Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.
3. Di Kerbau Kampung. Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.
4. Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang. Tempat persinggahan Merah Situ ketika dalam perjalanan selepas
mengambil keputusan keluar dari tempat Merah Hasum.
5. Di Buluh Telang. Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.
6. Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan di Kumat. Sultan Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas
berlaku peperangan dengan Merah Silu.
7. Di Rimba Jerun. Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.

Latar Masa
Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Merah Silu dewasa dan dirajakan
oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Contohnya, Merah Silu telah ditabalkan sebagai raja
di Rimba Jerun.
2. Masyarakat bangsawan yang gemar berperang. Contohnya, Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga
banyak rakyat terkorban dan cedera.
3.Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya, Merah Gajah dan Merah
Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan baru bernama Beruana.
4.Masyarakat yang percaya kepada mitos. Contohnya, Merah Silu telah membawa pulang cacing gelang-gelang yang
memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas
dan buihnya bertukar menjadi perak.
5.Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia. Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau liar dan
bersabung ayam.
6.Masyarakat yang menghormati keturunan raja. Contohnya, Megat Iskandar amat menghormati Merah Silu
hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk
mengangkatnya sebagai raja.

Plot
Binaan Plot
1.Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
2.Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri
Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai
rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hingga
mencetuskan peperangan antara dua buah negara.
3. Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga
kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah
Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.
4.Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang
dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat
Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja
di situ. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.
5.Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang
Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja. Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat.

6. Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut. Baginda berundur ke Kumat tetapi
akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya, Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.

Gaya Bahasa
1. Bahasa klasik. Contohnya, membantun (hal. 52), senawat (hal. 55) anderak (hlm.54), sekalian. (hat. 56)
2. Bahasa Arab. Contohnya, berkat (hal. 51), Allah Taala. (hal. 53)
3. Bahasa istana. Contohnya, inang (hal. 52), kakanda (hal. 53), adinda (hal. 51), bamba (hal. 51), baginda (hal. 52),
anakanda. (hal. 52)
4. Personifikasi. Contohnya, matahari mati. (hal. 52)
5. Metafora. Contohnya, kerbau jalang. (hal. 53)
6. Hiperbola. Contohnya,
(a) Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan. (hal. 55)
(b) Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. (hal. 54)
7. Pemilihan ayat yang panjang dan meleret. Contohnya,
(a) Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu mengetahui bahawa Sultan Maliku'l-Nasar berhenti di suatu tempat
dengan segala hulubalangnya dan rakyatnya. (hal. 57)
(b) Beberapa lama Sultan Maliku'l Nasar duduk dalam negeri itu, pada suatu hari, datang Merah Silu memerangi
Sultan Maliku'lNasar lalu Sultan Maliku'l-Nasar undur ke rimbanya. (hal. 57)

Nilai
1. Nilai taat setia. Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya. Contohnya, rakyat jelata taat akan
anak raja yang bernama Merah Silu.
2. Nilai murah hati. Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah
Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang
menonton.
3. Nilai berdikari. Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaran hidup. Contohnya, Merah
Silu mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.
4. Nilai keberanian. Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya, Merah Silu berani menentang
musuh-musuhnya dalam peperangan.
5. Nilai baik hati. Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar
menerima kedatangan Merah Silu dengan tangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang.

P e n g a ja r a n
1. Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.
2. Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannya melalui peperangan.
3. Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.
4. Kita hendaklah berani menentang musuh.
5. Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebih muda.
6. Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai