Anda di halaman 1dari 4

NISFU SYAABAN LAPORAN AMAL UMAT

Ayat-ayat cinta menjadi fenomena novel di Nusantara selama dua tahun


kebelakangan ini. Contoh, novel karya Habiburrahman al-Shirazy mengisahkan
perilaku manusia yang tidak akan henti-henti membincangkan soal 'cinta'. Yang
menjadikan novel ini fenomena adalah kisahnya yang berlaku di Kaherah, Mesir
bukan di Eropah atau Amerika. Di sana jugalah dua kisah cinta bersejarah
dirakamkan tamadun dunia iaitu cinta Zulaikha terhadap Yusuf (yang kemudian
menjadi Nabi Yusuf AS) dan percintaan Cleopatra.

Novel ini berkesudahan dengan 'happy


ending' di mana Fahri menjadi graduan
berkahwin dengan wanita cantik dan kaya serta
mendapat kerja diidamkan setiap lelaki. Cinta
adalah kata keramat bagi seluruh manusia dan
di dalamnya ada dua paradoks. Ada bahagia
dan ada sengsara; ada tawa dan ada tangis;
ada giat dan ada malas; serta ada syurga dan
ada neraka.

Konsep cinta dalam kejadian mukjizat Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW
yang membawa kita kepada mencintai tiga perkara sebagai faktor utama dalam
Israk Mikraj. Ketiga-tiga perkara itu adalah cinta Rasulullah SAW sebagai pelaku
Israk Mikraj; cintakan masjid sebagai tempat bermula dan tujuan Israk Mikraj;
dan cintakan solat sebagai buah tangan Israk Mikraj.

Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut malam pertengahan


Syaaban, Nisfu Syaaban. Pada malam itu umat Islam yang berpendapat bahawa
malam Nisfu Syaaban memiliki banyak fadilat akan melaksanakan beberapa
amalan termasuk solat dua rakaat, membaca Surah Yasin dan Iain-lain.

1
Mereka berpendapat bahawa pada malam itu adalah lembaran baru bagi
catatan amalnya untuk setahun ke depan di mana pada siang sebelumnya
adalah lembaran penutup bagi catatan amalnya setahun ke belakang.Berkenaan
dengan amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban, kitab Lata'if al-Ma'arif fi
ma Limawasim al-'Ammin al-Wazaif kara-ngan Ibn Rajab al-Hambali (w 795H)
membincangkan dengan jelas permasalahan ini dalam muka surat 259-269 yang
intinya ulama Hijaz membidaahkan amalan menghidup-kan malam Nisfu
Syaaban, mana-kala ulama Syam khasnya para Ta-bi'in mengagungkan malam
Nisfu Syaaban.

Nampaknya, ulama Nusantara mengikuti jejak ulama Syam, utara


Semenanjung Arab sekarang dengan tidak menyalahkan ulama Hijaz, Saudi
sekarang. Bagi ulama Syam cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah
dengan memperbanyak ibadah dan doa, bagi ulama Nusantara cara
menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan atur cara khas individu bahkan
kenegaraan dengan solat, baca Surah Yasin dan doa.

Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas


umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri
dan pelaku zina. Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun
lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah
laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang
baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan
kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita.

Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang
menghidupkan kita dan kemu-dian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa
bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya ke-rana ketika dia tidak ada
lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat.

2
Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau
buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah
hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka. Dengan
cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki
tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan
direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya;
melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Cinta
kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia mesti dibuktikan
dengan perbuatan.

Apatah ertinya mengucapkan uhibbullah, aku cinta Allah tapi dia


membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan uhibbullah, aku
cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia akan
menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan. Menjelang kedatangan Nisfu
Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan
ini juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan
suci Ramadan.

Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam
hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam
bermasyarakat. Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan,
fikiran dan dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya
bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan
indah sebagaimana dunia itu diciptakan.

Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat
segala sesuatu terasa hitam pekat. Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa,
pada satu sisi ada jiwa yang dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi
yang lain pula ada jiwa yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.
Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia dengan
cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan cinta Allah.

3
Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua
disebut adalah orang tidak beriman. Allah berfirman maksudnya:
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil se-lain
daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), dan mencintai-nya, (memuja
dan mentaatinya) se-bagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah." (Surah al-Baqarah: 165)

Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita


mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali 'Imran ada disebut maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah
daku, nes-caya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (in-
gatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Mengapa kita mesti mengikuti Ba-ginda Rasulullah SAW sebagai bukti


cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa
sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka
berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan
dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah
payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi
perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani
sunnahnya. Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban
dengan menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata'ala pada pandangan
sesetengah pihak umat Islam. Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai