Anda di halaman 1dari 1

PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA BERHAD ATAU MARDEC DITUBUHKAN

Posted by hasfiza on 23/10/2008 16:48:16

Pada hari ini 20.09.1969, Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad atau nama ringksanya
MARDEC telah ditubuhkan. Perbadanan ini ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan awam dan
didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Penubuhan MARDEC bertujuan untuk mengiatkan lagi
program yang sebelum ini dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu. Langkah
Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu dalam memperkenalkan Getah Mutu Malaysia (SMR)
merupakan satu tindakan yang bijak dan ini secara langsung membantu meningkatkan lagi
pasaran dan mutu getah. Matlamat penubuhan MARDEC ialah untuk meningkatkan pendapatan
dan mutu pengeluaran getah pekebun-pekebun kecil. Di samping itu juga ia cuba untuk
membantu proses pemasaran yang lebih baik dan luas serta menentukan harga getah yang lebih
stabil mengikut pasaran antarabangsa. Mengenai aktiviti MARDEC melalaui kilang-kilangnya
telah melantik wakilnya sendiri untuk membeli getah dari pekebun kecil. MARDEC juga
memasarkan terus getah tersebut ke 79 buah negara. Di samping mempertahankan saluran
pasaran di Eropah Timur dan Amerika Utara, MARDEC telah berjaya menerokai pasaran-
pasaran baru seperti Timur Jauh, Asia Tenggara Timur, Timur Tengah serta Amerika Selatan.
Perkembangan terbaru MARDEC ialah menjadi printis dari segi mengembangkan perusahaan
membuat barangan berasaskan getah di negara ini. Sehingga kini sebanyak 13 buah kilang dibina
dengan usahasama dengan Amerika Syarikat, Jerman, Australia, Itali, England, India dan Jepun.
MARDEC yang ditubuhkan pada hari ini dalam tahun 1969, telah berjaya menyaingi
pengeluaran getah tiruan dari segi meningkatkan mutu getah asli. Secara langsung, MARDEC
berjaya meningkatkan mutu getah pekebun kecil disamping meningkatkan pendapatan mereka.
Getah-getah pekebun kecil yang dibeli, diproses dan dipasarkan oleh MARDEC merupakan 25%
dari jumlah pengeluaran sektor pekebun kecil di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai