Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Organisasi perniagaan pada zaman ini tidak kira sama ada kecil atau besar, lama atau baru wujud
terpaksa terlibat dengan proses membuat keputusan seperti penggabungan, pengambilalihan,
pelupusan, pembubaran dan sebagainya. Dalam semua keputusan, setiap pihak perlulah
menimbangkan dengan wajar adakah keputusan itu memberi kesan positif terhadap syarikat atau
tidak, ataupun tanpa melaksanakannya, adakah syarikat sudah hilang daya saingnya.Faktor-
faktor seperti kewujudan sinergi, kos yang boleh dijimatkan, untung yang boleh bertambah,
peratuskah saiz pasaran yang boleh ditambah dan bagaimanakah aset masing-masing dapat
melengkapi di antara satu sama lain. Bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut, sesebuah
organisasi memerlukan perancangan strategi yang betul dan tepat.

A.INTEGRASI HADAPAN (FORWARD INTEGRATION)
Integrasi hadapan boleh didefinisikan sebagai keadaan apabila sesebuah organisasi berjaya
mengawal atau pemilikan pengedar-pengedar atau peruncit-peruncit. Ia juga bermaksud
perniagaan itu memiliki atau menambahkan pegangan atau kawalan ke atas pengedar atau
peruncit. Sebagai contoh, Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad

adalah
syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki
oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap
sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab
membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah
meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80
terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling
banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.
PETRONAS telah menguasai pegangan 62.67% saham dalam syarikat perkapalan MISC Berhad
sejak beberapa tahun lalu. MISC yang telah dikorporatkan sejak tahun 1968 adalah pengendali
terbesar kapal penghantar LPG, bahan kimia dan kapal tangki minyak di Malaysia. Syarikat ini
juga terlibat secara aktif dalam kemudahan terapung luar pantai (offshore floating facilities),
terminal minyak dan pukal serta banyak lagi kegiatan berasaskan minyak dan gas.
Tujuan utama PETRONAS membeli saham dalam MISC serta menjadikan syarikat tersebut
sebagai anak syarikatnya adalah kerana hasil utama syarikat ini ialah penjualan minyak, gas dan
hasil hiliran daripada kedua-dua bahan ini. Kebanyakan daripada produk ini pula dijual untuk
pasaran eksport di Jepun, China dan Korea. MISC adalah syarikat perkapalan utama yang
menghantar produk petroleum ini dan tindakan PETRONAS membeli sebahagian sahamnya
adalah untuk memastikan bahawa bekalan pengangkutannya boleh dipercayai, tidak mengenakan
harga kos yang tinggi serta memenuhi kehendak firma induknya bagi sebarang perancangan
masa depan. Di samping itu, PETRONAS juga dapat menjamin bahawa MISC akan menjadi
pengedar yang berkualiti dan berwibawa kerana banyak firma mengambil faedah dari kebaikan
untuk melaksanakan integrasi kehadapan. Seterusnya, PETRONAS juga bersaing di dalam
industri O&G (oil & gas)yang sedang pesat pertumbuhannya dan dijangka ianya akan berterusan
di mana integrasi kehadapan mengurangkan keupayaan firma untuk mempelbagaikan aktiviti
sekiranya aktiviti asasnya menghadapi kegagalan.
PETRONAS mampu utuk melaksanakan strategi ini kerana organisasi ini mempunyai kepakaran
dan modal serta sumber tenaga manusia yang mencukupi untuk melaksanakan strategi integrasi
kehadapan. Penggunaan strategi ini juga akan membolehkan organisasi mencapai tahap
kestabilan yang tinggi dan berterusan dari segi penyediaan produk atau perkhidmatan dan ini
adalah seiring dengan keupayaan organisasi untuk menjangka tambahan permintaan melalui
proses integrasi kehadapan.
B.INTEGRASI MUNDUR (BACKWARD INTERGRATION)
Strategi ini berlaku apabila sesebuah organisasi memiliki atau menambahkan peratusan
pengawalan terhadap pembekal di mana pengeluar dan peruncit membeli barangan yang
diperlukan daripada pembekal. Dengan melaksanakan strategi integrasi kebelakang, mereka
memiliki syarikat pembekal secara pengambilalihan atau menambah peratus kawalan pegangan
saham terhadap pembekal.Strategi ini dilaksanakan apabila pembekal yang sedia ada
mengenakan harga yang terlalu tinggi terhadap barangan mereka ataupun pembekal sukar untuk
dipercayai lagi akibat tidak dapat memenuhi kehendak firma yang mementingkan kecekapan
penghantaran dan kos belian yang rendah. Selain daripada itu, persaingan yang sengit dan global
memaksa firma meningkatkan kecekapan mereka secara menjimatkan kos dan meningkatkan
kecekapan untuk bersaing.
Contohnya ialah apabila syarikat Amway membeli Laura Mercier Cosmetics pada 29 Julai 2006.
Amway (American Way)) adalah sebuah syarikat Amerika Syarikat yang menggunakan teknik
pemasaran pelbagai peringkat, yang menjual pelbagai produk, terutamanya dalam kesihatan,
kecantikan dan penjagaan rumah pasaran. Amway telah ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Jay
Van Andel dan Richard DeVos. Rangkaian produknya merangkumi produk penjagaan rumah,
produk penjagaan diri, barang kemas, elektronik, makanan tambahan Nutrilite, pembersih air,
pembersih udara, insurans dan kosmetik di lebih daripada seratus buah negara dan wilayah di
seluruh dunia.
Jenama kosmetik Laura Mercier telah dipersetujui untuk diambil alih oleh Alticor Inc, syarikat
induk Amway Corp, yang terkenal dengan pendekatan pintu ke pintu untuk menjual solek dan
vitamin. Pada masa yang sama Amway juga mendapatkan sebahagian daripada bekalan produk
yang dijualnya daripada syarikat ini dengan menggunakan jenamanya sendiri. Laurier Mercier
telah dijual oleh pemilik majoritinya Gurwitch Products dengan jangkaan Laura Mercier akan
mendapat manfaat daripada kepakaran Alticor dalam sumber dan penyelidikan dan
pembangunan. Pengerusi Altidol pada masa itu juga mengakui bahawa mereka mempunyai
sumber dan kepakaran dalam pembangunan produk dan seterusnya memajukan lagi jenama itu di
pasaran seluruh dunia.
Melalui pembelian ini, syarikat Amway akan mendapat bekalan yang sedia ada pada harga yang
tidak terlalu tinggi berbanding dengan harga pasaran, sukar dipercayai dan tidak efisien dari segi
pengurusan penghantaran kerana kedua-duanya berada di bawah syarikat induk yang sama. Pada
masa yang sama, pembelian ini memberikan kelebihan kepada Amway dalam mendapatkan
bekalan produk bermutu disebabkan industri ini mempunyai jumlah pembekal berkualiti tinggi
yang sedikit dan bilangan pesaing pula ramai. Ini seterusnya akan memberikan kelebihan dari
segi harga yang stabil dan amat diperlukan di dalam industri. Ini penting kerana harga yang stabil
dan bekalan yang konsisten dapat meningkatkan kecekapan industri serta merealisasikan
integrasi kebelakang.
C.PENEMBUSAN PASARAN (MARKET PENETRATION)
Strategi ini bermaksud menambahkan syer pasaran bagi pasaran yang sedia ada sama ada bagi
barangan atau perkhidmatan di dalam pasaran yang sedia ada, melalui melipat gandakan
tumpuan kepada aktiviti pemasaran dengan lebih giat lagi. Sebagai contoh,Perusahaan Otomobil
Kedua Sendirian Berhad (PERODUA), adalah pengeluar kereta terbesar di Malaysia dan ia telah
ditubuhkan pada tahun 1992 dan melancarkan kereta pertama mereka, Perodua Kancil pada Ogos
1994. Pada masa ini syarikat ini menguasai 30% pasaran pada suku pertama 2014. Syarikat ini
pada 10 April 2014 telah melancarkan variant Myvi XT disesuaikan khusus untuk keperluan
automotif hari ini Gen Y dan juga Gen Z, yang datang dengan nilai tambah sehingga RM1, 600
bernilai aksesori dan penambahbaikanm dan memperkenalkan semula skim graduan. Tujuan
utama memperkenalkan variasi model popular ini dengan beberapa penambahan aksesori adalah
untuk menembusi pasaran yang tidak terjangkau selama ini mengikut kemampuan kewangan
para pembeli. Pembeli kali pertama, graduan baru bekerja terutamanya adalah menjadi sasaran
program graduan ini.
Perodua Myvi yang dilancarkan pada Mei 2005, meraikan ulang tahun ke-9 pada tahun ini. Myvi
ialah model perdana Perodua, yang terdiri daripada kira-kira 50% daripada jualan syarikat itu
sejak tahun 2006, di mana Perodua telah menjual lebih 750,000 unit model Myvi sejak tahun
2005; menjadikannya model terlaris selama 8 tahun berturut-turut. Tujuan pelancaran model
yang ditambah baik dari segi aksesori dan peralatan keselamatan yang baru adalah untuk
mengekalkan syer dalam pasaran yang sedang sedang menurun padahal jualan keseluruhan
industri tersebut sedang meningkat. Ini kerana pada tahun 2010 Perodua berjaya menjual
sebanyak 188,600 unit kenderaan dengan penguasaan pasaran 31.2 peratus. Syarikat ini boleh
melaksanakan strategi ini kerana pasaran kenderaan Malaysia yang berjumlah Jumlah keluaran
industri kereta dijangka akan meningkat sebanyak 2 peratus pada 2014 bagi kedua-dua segmen
kenderaan penumpang dan komersial iaitu masing-masing 12,943 dan 1,264 unit. Dengan
unjuran sebanyak 589,600 unit bagi kenderaan penumpang dan 80,400 unit kenderan komersil
berbanding 576,657 unit dan 79, 136 pada 2013. Mengetahui tentang anggaran ini, Perodua
mungkin boleh meningkatkan jualannya kerana kadar penggunaan pengguna yang sedia ada
boleh ditingkatkan lagi. Di samping itu, pertumbuhan KDNK Malaysia yang dijangka meningkat
dari 5 kepada 5.5 peratus pada 2014akan meningkatkan ekonomi dan pertambahan ekonomi akan
mewujudkan kelebihan kompetitif syarikat ini yang menjual kenderaannya dengan harga yang
berpatutan mengikut kemampuan sasarannya.
D.PEMBANGUNAN PASARAN (MARKET DEVELOPMENT)
Strategi ini bermaksud memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ke kawasan
geografi yang baru kerana di dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, pembangunan
pasaran memainkan perana penting dan diminati ramai untuk meningkatkan prestasi syarikat. Di
dalam banyak industri seperti industri penerbangan adalah sukar untuk memperolehi kelebihan
kompetitif dengan hanya menumpukan aktiviti kepada aktiviti domestic dan pasaran tempatan
sahaja sahaja. Usaha-usaha perlu dijalankan untuk memasarkan dan mengembangkan produk ke
luar negara. Sebagai contoh, syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia,
AirAsia telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan mula beroperasi pada 18 November 1996. Ia pada
asalnya diasaskan oleh konglomerat milik kerajaan, DRB-Hicom. Pada 2 Disember 2001,
syarikat penerbangan itu yang banyak berhutang telah dibeli oleh syarikat bekas eksekutif Time
Warner, Tony Fernandes Tune Air Sdn Bhd dengan harga satu ringgit (kira-kira USD 0.26 pada
masa itu) tetapi dengan hutang sebanyak US $ 11 juta (RM 40 juta). Fernandes telah menukarkan
syarikat itu yang rugi dan menghasilkan menghasilkan keuntungan pada tahun berikutnya iaitu
2002, membayar hampir semua hutang-hutangnya dan melancarkan laluan baru dari hubnya di
Kuala Lumpur. Sekarang ini Air Asia adalah syarikat tambang murah terbesar di Asia serta
mencatat keuntungan yang besar pada setiap tahun.
Sejajar dengan perkembangan global dan bagi memajukan syarikatnya, Air Asia telah
memperkenalkan perkhidmatan dan produknya yang sedia ada ke kawasan geografi yang baru.
Syarikat ini telah mengadakan usahasama dengan entity perniagaan tempatan dengan
melancarkan Thai Air Asia pada 2004, Indonesia Air Asia pada 2005, Philipine Air Asia pada
2011 dan yang terbaru India Asia yang dijangka memulakan penerbangan sulungnya padan suku
ketiga tahun ini. Syarikat ini mampu mengembangkan sayapnya dengan cepat ke hampir seluruh
Asia kerana syarikat induknya iaitu Tune Air mempunyai rangkaian pengedaran dan pemasaran
yang boleh dipercayai, mudah diperolehi, tidak melibatkan kos yang tinggi, berkualiti serta
berdaya maju. Disamping itu, Syarikat ini juga merupakan satu organisasi yang sangat berjaya
dengan apa sahaja yang dilaksanakannya sejak dari permulaan mereka memulakan perniagaan
itu.
Terdapat peluang atau pasaran baru yang belum diterokai kerana syarikat ini merupakan pelopor
kepada konsep penerbangan tambang murah pada masa ia ditubuhkan di rantau Asia Tenggara
tidak seperti di Eropah yang mempunyai persaingan tinggi. Organisasi ini mempunyai sumber
manusia yang mencukupi, kepakaran yang tinggi dalam bidang pengurusan dan modal yang
mencukupi hasil daripada penyenaraian ke papan utama BSKL serta keuntungan setiap tahun
yang tinggi setiap tahun operasinya untuk menguruskan perkembangan syarikat. Air Asia juga
mendapat kelebihan kerana membeli kapalterbang dalam jumlah yang banyak pada satu-satu
masa dengan diberikan diskaun yang besar oleh pengeluar Airbus dari Perancis dan ini
memberikan kelebihan kepada organisasi dengan mempunyai lebihan kapasiti pengeluaran..
E.PEMBANGUNAN BARANGAN/PRODUK (PRODUCT DEVELOPMENT)
Strategi ini bermaksud sesebuah syarikat itu akan meningkatkan jualannya secara memajukan
produk atau perkhidmatan yang sedia ada ataupun mewujudkan produk atau perkhidmatan yang
baru. Pembangunan produk melibatkan perbelanjaan yang banyak di dalam menjalankan
penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan pra operasi. Sebagai contoh, Perodua telah
memperkenalkan model MPV yang pertama dalam keluarannya pada tahun bulan November
2009. Perodua telah melancarkan Alza dalam dua varian, 1.5 Standard dan Premium, kedua-
duanya boleh didapati dengan transmisi manual dan automatic. Perodua Alza adalah MPV yang
dihasilkan oleh Perodua bertujuan untuk keluarga muda dimana ia adalah percubaan kedua
dalam MPV selepas Perodua Rusa. Ia adalah kereta yang ditirudaripada Daihatsu Boon Luminas
dan Toyota Passo Sette, tetapi menggunakan enjin 1.5 liter Toyota Avanza dan Daihatsu Terios.
Alza adalah MPV terlaris di Malaysia untuk tahun 2010 dengan jumlah jualan hampir 42,000
unit,purata bilangan jualan Alza sebulan adalah sekitar 2,800 unit.
Kejayaan Perodua memperkenalkan dan memasarkan model ini adalah antaranya kesan dari
persepsi rakyat Malaysia yang menganggap model ini mempunyai mutu seperti kereta buatan
Jepun iaitu Toyota dan Daihatsu. Walaupun pembangunannya memerlukan perbelanjaan yang
banyak kerana R&D, hasilnya adalah memuaskan kerana pengguna negara ini yakin dengan
kualitinya. Organisasi itu juga memiliki beberapa produk yang telah berjaya dan telah mencapai
tahap kematangan di dalam kitaran hayat produk iaitu kereta Perodua Viva dan Myvi.
Pengenalan model terbaru MPV ini akan menarik minat pengguna yang berpuas hati dengan
produk yang terdahulu untuk mencuba produk terbaru akibat dari pengalaman positif mereka
menggunakan produk atau servis yang lalu. Walaupun pesaing utama dan dalam kes ini adalah
Proton Exora menawarkan kualiti produk yang lebih baik pada kadar harga yang standing,
Perodua masih Berjaya mencapai sasaran jualan yang tinggi kerana faktor-faktor tersebut.
Kejayaan sesebuah organisasi untuk bersaing di dalam sesebuah industri automotif yang
dicirikan oleh pertumbuhan teknologi yang pesat membangun juga mempengaruhi strategi
pembangunan ini. Model Alza ini telah dilengkapi ciri-ciri moden dan berteknologi tinggi seperti
system brek ABS dengan EBD dan BA, beg udara berkembar serta ISOFIX di barisan kedua dan
ini memberikan lebih keyakinan oleh para pelanggannya. Organisasi ini perlu memperkenalkan
produk baharu kerana ia bersaing bersaing di dalam industri yang pesat pertumbuhannya dengan
kemasukan jenama-jenama antarabangsa dari Asia dan Eropah untuk merebut penguasaan dalam
pasaran kenderaan Negara ini. Disamping itu, organisasi mampu melakukan pembangunan
produk baru kerana syarikat itu memiliki keupayaan penyelidikkan dan pembangunan yang
efisien serta rakan perkongsian teknologinya yang dipercayai iaitu Daihatsu Motors dari Negara
Jepun.
E.KEPELBAGAIAN BERKAITAN (RELATED DIVERSIFICATION)
Strategi kepelbagaian merujuk kepada aktiviti-aktiviti organisasi terlibat dalam kawasan
syarikat-syarikat yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan aktiviti-aktiviti asal perniagaan
syarikat tersebut. Terdapat 3 jenis strategi kepelbagaian iaitu strategi kepelbagaian konglomerat,
strategi kepelbagaian mendatar dan strategi kepelbagaian sepusat.
STRATEGI KEPELBAGAIAN KONGLOMERAT
Strategi jenis ini mengambil pendekatan ke arah pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru
yang tidak ada kaitan langsung dengan rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran. Sebagai
contoh, Stesen minyak Shell mempunyai kedai barangan runcit dalam bangunan stesen
servisnya. Bahkan ada antaranya mempunyai mesin ATM, kedai makanan segera dan berbagai-
bagai lagi perkhidmatan yang menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pemiliknya.
Apabila industri asas sesebuah perniagaan itu mengalami sebarang mengalami penurunan dari
segi jualan tahunan dan keuntungan, pendapatan hasil dari kutipan sewa atau komisyen jualan
akan membantu menampung kpenurunan dalam bidang perniagaan utamanya.Organisasi tersebut
juga perlu mempunyai keupayaan dari segi modal dan tenaga kerja yang berbakat untuk
bersaing secara jayanya di dalam sesebuah industri baru.
STRATEGI KEPELBAGAIAN MENDATAR
Strategi jenis ini mengambil pendekatan ke arah menambahkan produk atau perkhidmatan baru
yang tidak berkaitan langsung dengan rangkaian produk atau perkhidmatan yang sedia ada
kepada pelanggan yang sedia ada. Sebagai contoh, Pos Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat
perkhidmatan pos di Malaysia. Organisasi ini telah disusun semula pada tahun 1992 daripada
menjadi milik kerajaan Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia menjadi sebuah syarikat perniagaan.
Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan pos dan berkaitan dengannya, logistik pengangkutan,
percetakan dan lampiran, kaunter terimaan dan perkhidmatan agensi bayaran untuk pelbagai
transaksi kewangan, seperti pembayaran bil, penghantaran wang, insurans dan unit amanah.
Sebagai cara yang mudah untuk mendapatkan tambahan pendapatan, Pos Malaysia telah
menambahkan beberapa produk baru yang perpotensi menjana keuntungan secara jangka
panjang. Pengenalan Insuran Pos bagi kenderaan motor dan kereta serta insuran hayat adalah
satu daripada kaedah strategi ini. Produk terbaru ytelah dilancarkan oleh organisasi ini ialah
perkhidmatan pajak-gadai Islam atau Ar-rahnu yang mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada pelanggan. Sesebuah organisasi bersaing di dalam industri yang mempunyai daya saing
yang tinggi atau tidak terdapat pertumbuhan yang di perlihatkan melalui margin keuntungan
yang rendah dan pulangan kepada pemegang saham yang rendah atau tiada langsung perlu
malaksanakan strategi seperti ini. Rangkaian distribusi organisasi boleh digunakan untuk
memasarkan produk-produk baru kepada pengguna yang sedia ada kerana produk-produk baru
biasanya menunjukkan prestasi yang baik dari segi jualan dan juga margin keuntungan
berbanding dengan produk yang sedia ada.
STRATEGI KEPELBAGAIAN SEPUSAT
Pendekatan strategi jenis ini ialah ke arah pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru yang
ada kaitan langsung dengan rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran. Organisasi bersaing di
dalam industri yang tidak berkembang atau pertumbuhannya yang perlahan dan pertambahan
produk baru yang berkaitan akan meningkatkan jualan secara signifikan kepada produk atau
perkhidmatan yang sedia ada. Produk atau perkhidmatan baru yang berkaitan boleh ditawarkan
pada kadar harga yang kompetitif dan tinggi dimana produk baru yang berkaitan mempunyai
tahap musim jualan yang mengimbangkan turun naik jualan organisasi dengan syarat organisasi
tersebut mempunyai pasukan pengurusan yang kuat dan mantap. Contohnya syarikat Honda
adalah pengeluar kereta utama di Jepun dan dunia. Namun begitu Honda juga mempunyai
kepakaran dan kilang-kilang pengeluaran motosikal, enjin bot dan teknologi robotic yang
canggih. Pemasaran pelbagai barangan berlainan ini tidak sukar dilakukan kerana mereka
mempunyai rangkaian pemasaran di seluruh dunia dan reputasi yang tinggi bagi semua produk
keluaran syarikat tersebut.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa twrdapat beberapa strategi yang boleh
dilaksanakan oleh sesebuah organisasi perniagaan untuk berkembang dengan lebih pesat lagi.
Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialahstrategi integrasi hadapan, stsategi integrasi
mundur, strategi penembusan pasaran, strategi pembangunan keluaran dan strategi kepelbagaian
berkaitan.

RUJUKAN
1.Prof. Dr. Mansor Fadzil & Prof. Dr. Shaari Abd Hamid.(2010).BBPS4103 Strategic
Management. Kuala Lumpur.Open Universiti Malaysia

RUJUKAN INTERNET
http://www.thestar.com.my/Business/Investing/2014/05/23/POS-Malaysia-buy-call-maintained/
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/saham-misc-turun-kegagalan-pengambilalihan-1.152798
http://belajar-industri.blogspot.com/2012/03/apa-itu-definisi-strategi-integrasi.html
http://www.petronas.com.my/Pages/default.aspx
http://www.misc.com.my/About_MISC-@-MISC_Quick_Facts.aspx
http://nypost.com/2006/07/29/amway-unit-buys-laura-mercier/
http://www.perodua.com.my/corporate/company
http://www.perodua.com.my/news-events/details/234
http://news.abnxcess.com/bm/2014/01/jumlah-keluaran-kenderaan-dijangka-terus-meningkat-
sehingga-2018/
http://www.pos.com.my/pos/appl/service.asp
http://www.nst.com.my/node/644
http://malaysianbiz.my/topic/afterbiz/
http://world.honda.com/group/HondaMotor/

Anda mungkin juga menyukai