Anda di halaman 1dari 6

S

Pada pendapat anda, siapakah ...

Tokoh yang ulung sekali sepanjang


zaman?
Pemimpin yang agung?
Guru yang agung?
Orang yang banyak sekali membuat
kebajikan untuk manusia?
Orang yang telah menjalani hidup
yang paling suci?

Lawatlah ke mana-mana pun dan berbicaralah dengan penganut agama


apa pun. Jika mereka mengetahui sejarah, mereka akan mengaku
bahawa tidak pernah ada peribadi seperti Yesus dari Nazaret, tidak
kira betapa komited mereka terhadap agama itu. Dia adalah tokoh
yang unik sepanjang zaman.

Yesus telah mengubah haluan sejarah. Malah tarikh pada suratkhabar


harian pun membuktikan bahawa Yesus telah hidup kira-kira 2,000
tahun dahulu. B.C. bererti "Sebelum Masihi" dan A.D. Anno Domino,
"Setelah Masihi".

Kedatangan-Nya telah dinubuatkan

Beratus tahun sebelum kelahiran Yesus, Alkitab mencatatkan nubuat


para nabi Israel tentang kedatangan-Nya. Perjanjian Lama yang
ditulis oleh ramai orang dalam jangka masa lebih kurang 1,500 tahun,
mengandungi lebih daripada 300 nubuat tentang kedatangan-Nya.
Semua butir nubuat terjadi dengan tepat. Kehidupan Yesus,
mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya, kata-kata-Nya, kematian-Nya
di atas salib, kebangkitan-Nya, dan kenaikan-Nya ke Syurga -- semua
ini menunjukkan bahawa Dia lebih daripada manusia. Yesus sendiri
mendakwa, " Aku dan Bapa adalah satu." (Yohanes 10:30), "Orang
yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa" (Yohanes 14:9), dan
"Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak
seorangpun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku." (Yohanes
14:6)
Hidup dan kata-kata-Nya
menyebabkan perubahan

Perhatikan hidup dan pengaruh Yesus Kristus


sepanjang sejarah, dan anda akan melihat
bahawa Dia dan kata-kata-Nya sentiasa membawa perubahan yang
besar dalam hidup manusia dan bangsa. Ke mana saja ajaran dan
pengaruh-Nya disebarkan, kesucian dalam perkawinan, hak asasi
wanita dan suara rakyat diterima. Sekolah-sekolah dan universiti-
universiti didirikan; undang-undang untuk melindungi kanak-kanak
diluluskan; perhambaan dihapuskan, dan banyak lagi perubahan telah
dilakukan untuk kebaikan manusia.

Individu-individu juga mengalami perubahan yang dramatik.


Contohnya, Lew Wallace. Dia adalah seorang jeneral yang terkenal
dan seorang sasterawan genius yang pernah tidak percaya pada
Tuhan. Wallace meluangkan masa selama dua tahun di perpustakaan
terkenal di Eropah dan Amerika untuk mencari maklumat yang dapat
menghancurkan agama Kristian selama-lamanya. Ketika dia menulis
bab kedua, tiba-tiba dia mendapati dirinya berlutut dan berteriak
mengakui Yesus sebagai Tuhannya.

Kerana bukti yang tidak dapat dipertikaikan, dia tidak dapat lagi
menyangkal bahawa Yesus Kristuslah Anak Tuhan. Kemudian, Wallace
telah menulis "Ben Hur", salah sebuah novel Inggeris termasyur yang
pernah ditulis mengenai zaman Kristus.

Begitu juga dengan mendiang C.S. Lewis. Bertahun-tahun lamanya,


profesor di Universiti Oxford ini menyangkal keilahian Yesus. Tetapi
dia juga secara jujur menyerahkan hidupnya kepada Yesus sebagai
Tuhan dan Penyelamatnya, setelah mempelajari bukti yang kukuh
tentang keilahian Yesus.

Pembohong atau orang gila?

Di dalam bukunya yang terkenal, "Mere Christianity", Lewis


menyatakan, "Seorang manusia biasa yang mengatakan hal-hal seperti
yang Yesus ucapkan, tidak mungkin adalah seorang guru moral yang
agung. Dia mungkin seorang gila atau syaitan dari neraka. Anda harus
memilih -- apakah Yesus adalah Anak Allah, seorang gila, atau lebih
teruk daripada itu. Anda boleh menganggap Yesus sebagai seorang
gila, atau berlutut di kaki-Nya dan mengakui Dia sebagai Allah. Tetapi
janganlah kita menghina Yesus dengan mengatakan bahawa Dia
seorang guru yang agung. Pilihan itu langsung tidak wujud."

Siapakah Yesus bagi anda? Jawapan anda akan menentukan hidup


anda di dunia ini dan hidup selama-lamanya.

Kebanyakan agama adalah diasaskan oleh manusia dan berdasarkan


falsafah buatan manusia, dan kebiasaan tingkah laku. Singkirkan
pengasas-pengasas agama dari amalan praktik agama masing-masing,
sedikit sahaja akan berubah. Tetapi singkirkan Yesus dari agama
Kristian, tidak ada apapun akan tertinggal. Agama Kristian bukan
sekadar falsafah hidup, etika piawai atau ketaatan mengerjakan
suruhan agama. Agama Kristian yang benar adalah berasaskan
kepentingan hubungan peribadi dengan Penyelamat yang hidup, Yesus
Kristus.

Pengasas yang telah bangkit

Agama Kristian adalah unik -- Yesus disalibkan, dikuburkan, dan tiga


hari selepas itu bangkit dari kematian. Sebarang perdebatan tentang
kesahan agama Kristian adalah bergantung kepada bukti kebangkitan
Yesus dari kematian.

Sepanjang zaman, kebanyakan cendekiawan hebat yang pernah


mempertimbangkan bukti-bukti kebangkitan Yesus, percaya bahawa
Yesus hidup. Setelah memeriksa bukti kebangkitan seperti yang
dinyatakan oleh penulis-penulis Kitab Injil, mendiang Simon
Greenleaf, seorang yang berwibawa tentang isu-isu perundangan di
Harvard Law School membuat kesimpulan: "Adalah mustahil mereka
dapat terus menegaskan bahawa apa yang mereka katakan itu benar
jika Yesus tidak betul-betul bangkit dari kematian, dan mereka tidak
pasti tentang fakta ini." John Singleton Copley yang diiktirafkan
sebagai salah seorang intelek guaman terkemuka dalam sejarah
British, memberi komen begini, "Saya pasti apa yang dimaksudkan
bukti. Saya beritahu anda, bukti sebegini belum pernah tumpas."

Mengapa anda percaya

Kebangkitan Kristus adalah pokok iman seorang Kristian. Ada


beberapa sebab mengapa mereka yang mempelajari kebangkitan,
percaya bahawa itu benar :
Nubuat: Pertama, Yesus sendiri yang
menubuatkan tentang kematian dan
kebangkitan-Nya, dan hal-hal itu terjadi
dengan tepat seperti apa yang telah Dia
nubuatkan (Lukas 18:31-33).

Kubur yang kosong: Kedua, hanya kebangkitan dapat menjelaskan


dengan munasabah kubur-Nya yang kosong. Membaca kisah Alkitab
itu dengan teliti akan menunjukkan bahawa kubur di mana mereka
meletakkan tubuh Yesus dijaga dengan ketat oleh askar-askar Roma
dan ditutup dengan batu yang sangat besar. Jika Yesus tidak mati
tetapi hanya menjadi lemah, seperti yang dikatakan oleh sesetengah
orang, maka para pengawal dan batu tersebut akan menghalang Dia
daripada melarikan diri -- begitu juga dengan sebarang  usaha
pengikut-pengikut untuk menyelamatkan-Nya. Musuh-musuh Yesus
tidak akan menyembunyikan tubuh Yesus sebab kehilangan tubuh-Nya
hanya akan menguatkan lagi kepercayaan tentang kebangkitan-Nya.

Pertemuan-pertemuan peribadi: Ketiga, hanya kebangkitan


dapat menjelaskan mengapa Yesus dapat menampakkan diri kepada
murid-murid-Nya. Setelah kebangkitan-Nya, Yesus menampakkan diri
sekurang-kurangnya 10 kali kepada mereka yang mengenali Dia, dan
pada suatu ketika kepada lebih daripada 500 orang. Tuhan
membuktikan bahawa semua penampakan ini bukanlah halusinasi: Dia
makan dan berbual-bual dengan mereka dan mereka menjamah tubuh-
Nya. ( I Yohanes 1:1)

Kelahiran gereja: Keempat, hanya kebangkitan dapat menjelaskan


dengan munasabah permulaan gereja Kristian. Gereja Kristian
merupakan institusi terbesar yang wujud atau pernah wujud di
sepanjang sejarah dunia. Lebih daripada setengah khutbah-khutbah
awal yang pernah disampaikan adalah berkaitan dengan kebangkitan
(Kisah Para Rasul 2:14-36). Ketara sekali gereja awal mengetahui
bahawa kebangkitanlah dasar khutbah. Musuh-musuh Yesus dan para
pengikut-Nya boleh menghentikan mereka daripada berkhutbah
demikian sekira mereka dapat mengeluarkan tubuh Yesus.

Hidup yang berubah: Kelima, hanya kebangkitan dapat


menjelaskan dengan munasabah hidup murid-murid yang berubah.
Mereka meninggalkan Dia sebelum kebangkitan-Nya. Setelah
kematian-Nya mereka menjadi kecewa dan takut. Mereka tidak
sangka bahawa Yesus akan bangkit dari kematian (Lukas 24:1-11).
Walaupun demikian, setelah kebangkitan Yesus dan pengalaman
mereka pada hari Pentakosta, murid-murid yang kecewa dan takut ini
berubah kerana kuasa kebangkitan Kristus. Dalam nama Yesus,
mereka menyebabkan dunia tunggang-
terbalik. Ramai mati kerana iman mereka;
yang lainnya dianiaya dengan kejam. Mereka
pasti tidak akan berani macam ini jika
mereka tidak yakin bahawa Yesus benar-
benar telah dibangkitkan dari kematian -
suatu kebenaran yang berbaloi untuk mati.

Saya pernah bekerja dengan para cendekiawan dari universiti seluruh


dunia selama 40 tahun. Tetapi, saya belum pernah bertemu dengan
satu orangpun yang tidak percaya bahawa Yesus memanglah Anak
Allah, Mesias yang telah dijanjikan, setelah mereka
mempertimbangkan bukti-bukti secara jujur. Walaupun sesetengah
orang tidak percaya, mereka dengan jujur mengakui bahawa mereka
tidak meluangkan masa untuk membaca Alkitab atau
mempertimbangkan fakta-fakta sejarah tentang Yesus.

Tuhan yang hidup: Kerana kebangkitan Yesus, para pengikut-Nya


yang sebenar tidak lagi sekadar mematuhi etika seorang pengasas
yang telah mati, tetapi memiliki suatu hubungan peribadi dengan
Tuhan yang hidup. Yesus Kristus hidup hari ini dan Dia setia
memberkati mereka yang mempercayai dan mentaati Dia. Berabad-
abad lamanya, ramai orang telah mengakui kebenaran tentang Yesus,
termasuk mereka yang telah banyak mempengaruhi dunia.

Ahli falsafah Perancis, Blaise Pascal, mengatakan tentang keperluan


manusia terhadap Yesus: "Terdapat suatu kekosongan yang diciptakan
oleh Allah di dalam hati setiap orang. Kekosongan ini hanya boleh diisi
oleh Allah sendiri melalui anak-Nya, Yesus Kristus."

Mahukah anda mengenali Yesus Kristus secara peribadi sebagai


Penyelamat yang hidup? Sesungguhnya anda dapat! Yesus begitu ingin
menjalin hubungan peribadi yang penuh kasih dengan anda, sehingga
Dia sudah menguruskan segala yang perlu.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh memulai suatu hubungan


dengan Kristus yang hidup, klik di sini

Anda mungkin juga menyukai