Anda di halaman 1dari 2

NOTA RINGKAS PERUTUSAN REKTOR IPG (DATUK DR.

HAILI BIN DOLHAN)

Y. Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolham dalam ucapan selamat datang kepada warga

KPLI ambilan Januari 2011 terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan bersyukur kerana

pelajar-pelajar baru telah pun selamat mendaftarkan diri di semua cawangan IPG

seluruh negara.

Beliau turut mengingatkan kepada semua peserta kursus tidak kira di mana

ditempatkan, mereka hendaklah menerima dengan hati yang terbuka. Pemilihan

peserta telah dibuat berdasarkan beberapa kriteria dan setiap kampus ada

keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai peserta kursus KPLI, mereka tidak boleh

menukar IPG sesuka hati.

Selain itu, Datuk Dr. Haili turut menjelaskan secara ringkas misi IPG iaitu bagi

melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan

guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Beliau turut menyeru

agar peserta kursus perlu memahami isi kandungan Rancangan Malaysia ke-10 yang

menjadi faktor penentu perkembangan ekonomi negara dengan jelas dan memberi

penekanan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana di situ telah disenaraikan

tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang guru.

Peserta kursus juga diingatkan supaya bersedia dengan cabaran baru dalam

dunia pendidikan dan jangan jadikan tempoh masa kursus yang singkat sebagai alasan

untuk tidak menjadi guru yang cemerlang. Perserta juga diingatkan supaya menjaga
martabat profesion perguruan dan hendaklah menguasai ilmu pedagogi serta bergiat

aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai