Anda di halaman 1dari 12

Globalisasi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan
kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam
kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan
pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:

 Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)


 Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)
 Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)
 Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara,
masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini.
Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah
memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi
dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di
semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau
lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

Senarai kandungan
[lipat]
 1 Perdebatan dan makna
 2 Sejarah
 3 Sifat dan kewujudan globalisasi
 4 Ciri-ciri
 5 Pendapat pro-globalisasi (globalisme)
 6 Pendapat anti-globalisasi
 7 Penggunaan lain
 8 Sukatan globalisasi
 9 Rujukan dan nota
 10 Lihat juga

 11 Pautan luar
[sunting] Perdebatan dan makna
Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan ekonomi yang
semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran
barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan
teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa yang sama, Forum Antarabangsa
mengenai Globalisasi mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi
sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak
dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara". [1] Walaupun
ahli teori yang kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh
difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia [2] definasi-
definasi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai
peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan kebajikan
sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi mempunyai aspek
ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspek-aspek ini adalah
kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan yang menimpa
disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat.

Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan
migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada
pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari
kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari
muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai
jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan
langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu
negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual
aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan
dimana ada kekurang tenaga buruh.

Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal
suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula
berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan
kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan
dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang
melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik
berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja
daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada
suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza
antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan
kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.

Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturan-peraturan


global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi manusia, dan alam
sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini adalah
Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah Euro, Persejutuan
Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll. Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara
sukarela membuka dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah
aspek ini.
Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti Antarabangsa
dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi ini
menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu kerana mereka bimbang
bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan satu negara bangsa untuk
melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang
melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.

Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya fasyen
berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan umpama kilat
menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk secara sama pengguna
seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman bergas yang sama dengan
seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun,
perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat
tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran agama Islam tentang apa yang
melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu
bentuk imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi.

Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya dalam
bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk perkampungan
global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi dunia.
Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam masa satu hari, menghantar
emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 penonton
perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan
teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang
ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam satu restoran
sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya.

[sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah globalisasi

Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan
berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam penggunaan am
dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan
perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma
dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima.

Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan


pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi berasingan. Ini
menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan tekannan untuk memansuhkan
tarif perlindungan dan halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas dan
liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax
Britannica dan pertukaran antara barangan dan mata wang yang digantung. era ini
berkembang pada masa yang sama dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat
dalam hasil kerja David Ricardo tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai
ekuilibrium Am. Pada dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara
berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan
perbetulan dirinya. Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara
berindustri maju bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan
tepatnya sering dipertikai.

"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang Dunia
Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan permulaan
dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang pesat,
termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai benihnya di benua Amerika
dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan,
modal dan buruh secara bebas antara negara.

Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan
perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan
Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan
halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan satu triti untuk
mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau WTO, untuk menjadi anggota tengah
penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain,
termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas
Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan
tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.

[sunting] Sifat dan kewujudan globalisasi


Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi sebagai sesuatu yang
benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas, ramai pengarang
berhujah bahawa ciri-ciri yang diatribusi kepada globalisasi telah dilihat dalam detik lain
bersejarah. Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan, seperti kenaikan perdagangan
antarabangsa dan peranan lebih penting badan koperat antarabangsa tidak begitu mendalam
sebagaimana disangka.

Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah keantarabangsaan daripada globalisasi. Dalam


keantarabangsaan, peranan yang dimainkan negara-negara lebih besar, dimana globalisasi
dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan negara bangsa. Maka,
mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud meluas, jauh daripada
dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku, dan berkemungkinan tidak akan berlaku
(lihat Linda Weiss) terutama apabila mengira bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan
tidak pernah menjadi globalisasi (Kesatuan Eropah dan NAFTA pun masih belum
membuktikan kes mereka).

Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran yang tidak mengikut
sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah pencemaran alam sekitar semulajadi dan
gerakan yang dahulunya anti-globalisasi telah menukar menjadi gerakan untuk gerakan untuk
globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui eksperimentasi, bentuk organisasi sosial
yang merentasi negara-bangsa dan demokrasi perwakilan. Dimana hujah asal yang globalisasi
sedang berlangsung boleh dinafikan dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas,
kemunculan suatu gerakan antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang
tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global pelbagai masyarakat. Pengarang
lainnya pula mengemukakan hujah bahawa kita kini berada dalam alam transisi ke satu fasa
ketamadunan; bentuk dan ciri-ciri masyarakat global dipertikaikan dan akan ditentukan
dengan pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekad-dekad masa hadapan. Sebagai
contoh, Kumpulan Senario Global[3] telah menggariskan wawasan alternatif masa depan
dunia, dengan "kuasa pasaran" atau globalisasi ekonomi hanya merupakan satu pilihan,
diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu", "kegagalan", "eko-komunalisme",
dan "paradigma pertahanan baru".

Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah geografi khayalan; iaitu, satu
alat politik neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan wancana politik dunia
untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti No Logo (Tiada
Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran dunia yang telah
diglobalisasikan, institusi-institusi Bretton Woods boleh menuntut negara-negara membuka
ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah Program Penyesuaian Struktur yang
menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai program-program penswastaan sebagai lebih
utama daripada kebajikan sosial dan perkhidmatan awam. [4].

[sunting] Ciri-ciri
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan
kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi,
mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta
perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang
membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.

 Anjakan dari segi ekonomi


o Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding
pertumbuhan ekonomi dunia
o Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung
asing
o Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC
melalui perjanjian
o Pembangunan sistem kewangan global

o Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan


urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting
o Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan
multinasional
 Anjakan dari segi budaya
o Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,

o Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya
melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang
diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya
menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan,
tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
o Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah

o Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat


o Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan
makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa
tempatan)
o Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti
Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan
pelbagai lagi yang lain.
o Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan
"Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami
kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa
Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
 pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara
sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet,
komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
 Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-
undang hak cipta dan paten
 Pembentukan nilai-nilai universal
 Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-
gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
 Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan
pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan
mereka sendiri [5][6].

Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era


Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai Cukai
dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan
kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:

 Promosi perdagangan bebas,


o Barangan:

 Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon


perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai
 Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan
pengkontenaan untuk perjalanan laut.
o Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal

o Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaan-


perniagaan tempatan
 Lindungan harta hak cipta
o Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan
lebih ketat
o Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang
dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat

[sunting] Pendapat pro-globalisasi (globalisme)

Rencana utama: Globalisme

Para penyokong globalisasi demokratik boleh dilabelkan sebagai pro-globalis. Mereka


menimbang bahawa fasa pertama globalisasi, yang berteraskan ekonomi pasaran bebas,
seharusnya dilengkapkan dengan fasa pembinaan institusi-institusi politik global yang
mewaliki kehendak rakyat dunia. Perbezaan dengan globalis lain adalah mereka tidak
menakrifkan secara awal apa-apa ideologi untuk mendasarkan kehendak ini, yang seharusnya
dibiarkan kepada rakyat berkenaan untuk memilih melalui suatu proses demokratik.

Para penyokong perdagangan bebas menotakan bahawa teori-teori ekonomi kelebihan


bandingan mencadangkan bahawa perdagangan bebas mewujudkan penagihan sumber-
sumber yang lebih berkesan, dengan semua negara bersama meraih manafaat daripadanya.
Secara am, ini juga mewujudkan harga yang lebih rendah, penangguran yang lebih kurang,
dan hasilan siap yang lebih banyak.

Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan politik
dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju kedua-duanya
merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material yang lebih
tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan dan kapitalisme.

Pengkritik golongan anti-globalisasi berkata bahawa mereka hanya menggunakan bukti


anekdot untuk menyokong pandangan mereka dan statistik dunia sebaliknya menyokong kuat
globalisasi:

 peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang tinggal
dengan hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira inflasi dan kuasa
membeli) telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam hanya masa dua puluh
tahun[7], walaupun sesetengah kritik berpendapat bahawa faktor variasi yang lebih
telus harus dikira bersama[8].

 Jangka hayat rakyat negara membangun telah digandaduakan semenjak Perang Dunia
Kedua dan mula merapatkan jurang antara negara maju dimana pembaikan tidak
begitu menonjol. Mortaliti kanak-kanak telah turun di semua kawasan dunia.[9]
Ketidaksamaan pendapatan beransur musnah.[10]

 Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa hak
mengundi sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun kemudian
pada tahun 2000.[11]

 Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan makanannya
kurang daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun daripada 56% pada
pertengahan dekad 1960an ke kurang daripada 10% menjelang dekad 1990an.
 Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan wanita
sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan wanita
sebagai berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada tahun 1970 ke
80% pada tahun 2000.

 Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke 10%
pada tahun 2000.

 Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per kapita, dan
juga kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]

Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan globalisasi,
atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan negatifnya yang
dibantah gerakan keadilan dunia.

Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan mengemukakan
hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal dan dibayai negara dan
bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada diktator yang tidak
menjalankan apa-apa reformasi sebagaimana dikatakan, dan sebaliknya menambah kepada
hutang negara mereka yang terpaksa dibayar oleh rakyatnya. Mereka secara keseluruhannya
melihat terlalu sedikt kapitalisme berlaku, dan bukan terlalu banyak. Mereka juga menotakan
bahawa sesetengah tentangan pada globalisasi datang daripada mereka yang bertentangan
matlamat, seperti kesatuan sekerja dunia Barat. Walau bagaimana pun, secara lazimnya protes
terhadap Bank Dunia dan IMF dikaitkan dengan mereka yang anti-kapitalis kerana mereka
membuat andaian bahawa kedua-dua organisasi ini terlalu bermotifkan keuntungan.

Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi sebagai
sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi seperti
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara langsung untuk
memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung.

[sunting] Pendapat anti-globalisasi

Rencana utama: Anti-globalisasi

Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti


penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat disekat
oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya menekankan bahawa
globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan mustahak para elit, dan
secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan institusi-institusi berlainan wujud, yang
boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas pekerja dan miskin di seluruh dunia, disamping
juga kebimbangan alam sekitar dalam cara yang lebih saksama.Dalam istilah migrasi global
yang berkontroversi pula, pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu sama ada jika
dan setakat apa ia adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu; dan juga
kesannya, sama ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong beranggapan
bahawa migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh pergi dari
satu negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala pengkritik
lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti ekonomi, politik dan
alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian antara migrasi dan
perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran Kawasan Sesak Bandar" (The
Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada tahun 2003, "ciri-ciri kitaran
kapitalisme, dengan penambahan permintaan bagi buruh mahir berlawanan buruh tidak
mahir, dan kesan-kesan negatif bagi globalisasi – khususnya, dentuman dan letupan global
yang menggalakan pertumbuhan ekonomi yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru
yang tidak rata – menyumbang kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program
Penyediaan Tempat Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref>

Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum dan
pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Anti-globalisasi"
adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan,
kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk khusus globalisasi, tapi bukan
globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai contoh, Noam Chomsky, telah berkata
bahawa nama ini tidak membawa makna kerana tujuan pergerakan ini adalah untuk
menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan Keadilan Antarabangsa adalah satu nama
yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah
mungkin", yang memberi kepada peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran
dunia-lain-adalah-mungkin-isme) dalam bahasa Perancis.

Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa bahawa
hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan perdagangan
bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak mengambil kira
kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam agenda mereka.

Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa perdagangan
bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai lebih banyak
keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang miskin.

Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat yang
mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga mendakwa
bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga semakin membentuk
polisi politik negara-negara bangsa.

Sesetengah kumpulan "anti-globalisasi" mengemukakan argumentasi bahawa globalisasi ada


secara sifatnya imperialistik dan adalah satu dalang disebalik perang Iraq dan memaksa wang
simpanan supaya memasuki Amerika Syarikat dan bukannya negara membangun; dan ia
dipercayai oleh sesetengah pemerhati bahawa Amerika Syarikatlah antara negara-negara
sedikit (jika tidak satu-satunya) negara yang betul-betul meraih manfaat daripada globalisasi.

Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan kredit
dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan krisis hutang.

Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi berhutang
Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan dan seterusnya
dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan volatiliti dalam pasaran
global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang mengenakan syarat-syarat
politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan kerajaan) dilihat sebagai pengkritik
sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis anti-
globalisasi menunjuk kepada peleburan-peleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan
oleh ekonomi global yang tidak bertimbang rasa.
Penambahan undang-undang dan tekanan terhadap keamanan dengan pengurangan campur
tangan kerajaan adalah bertujuan untuk melindungi kekayaan dan perniagaan.

Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal) dikawal
oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti Dana Kewangan
Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak dipertanggungjawabkan kepada
penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih mewakili kepentingan badan koperat.
Ramai persidangan antara menteri perdagangan dan kewangan di negara-negara pusat
globalisasi sekali-sekala dikejutkan dengan protes-protes ganas pembangkang "globalisme
koperat".

Sesetengah aktivis "anti-globalisasi" membantah kepada hakikat bahawa "globalisasi" kini


mengglobalisasikan wang dan badan koperat, tetapi tidak orang dan kesatuan pekerja. Ini
boleh dilihat dalam kawalan imigrasi yang ketat dalam hampir semua negara, dan kekurangan
hak buruh dalam banyak negara dunia membangun.

Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat negara dan
menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam politik global dan
menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil semakin banyak kuasa
negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat Buchanan dan Jean-Marie Le
Pen.

Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan kebangsaan,
parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani, kumpulan anti-
perkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula dan lain-lain.
Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang lebih berkemanusiaan)
manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang lebih berkemanusiaan daripada
kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi
sesetengah seperti Noam Chomsky mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan
satu kekuatan.

Bantahan-bantahan oleh gerakan keadilan global telah memaksa perjumpaan antarabangsa


dari bandar-bandar besar kepada tempat terpencil dimana tunjuk perasaan besar-besaran tidak
dapat diadakan secara praktikal.

Block quote

[sunting] Penggunaan lain


"Globalisasi" boleh bermaksud:

 Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang diggariskan, boleh dikatakan


bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait kapitalisme
dan neoliberalisme.
 Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan sebagai
kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan globalisasi untuk
menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan kebangsaan.
 Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini, semakin
banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain dalam
bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah geografi, proses ini
dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin ramai tempat-tempat
dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai mengenalpasti lima jenis
perhubungan global:
o Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian,
dan pejalan bisnes.
o Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik. Sebagai
contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran global.
o Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang
yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.
o Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada
skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.
o Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh dunia.
Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan memperkenalkan amalan
pertanian barat ke dalam banyak negara membangun.

Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab


globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.
 Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk mengenalpasti
cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah dan Asia, dan
memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih mudah dipengaruhi
melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks ini, imigrasi besar-besaran
telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara Eropah, sama ada sah atau haram di sisi
undang-undang.
 Pembentukan satu perkampungan global— hubungan lebih dekat antara tempat-
tempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin muncul,
kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan satu tamadun
global.
 Globalisasi ekonomi — ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat
pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan barangan/perkhidmatan,
iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya perdagangan lebih bebas),
pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal dan akhirnya pergerakan teknologi.
Satu hasil globalisasi ekonomi adalah pergiatan perhubungan antara ahli suatu industri
dalam bahagian-bahagian berlainan dunia (globalisasi suatu industri), dengan pada
masa yang sama diikuti penghakisan kedaulatan kebangsaan pada sphera ekonomi.
IMF menakrifkan globalisasi sebagai “perkembangan pergantungan antara negara di
serata dunia melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urusniaga dalam barangan
dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas, dan penyebaran teknologi
maklumat yang lebih meluas dan kerap” (IMF, World Economic Outlook, May, 1997).
Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai "Kebebasan dan keupayaan para individu
dan firma-firma untuk melakukan urusniaga ekonomi secara sukarela dengan
penduduk negara lain".
 Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau strategi
koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran antarabangsa untuk
barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan dan kehendak pengguna
dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta, sabun atau makanan dengan
kempen iklan yang serupa kepada orang dalam budaya berlainan. Penggunaan ini
dipertentangkan dengan keantarabangsaan yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti
syarikat multinasional yang berdagang merentasi sempadan dalam instrumen
kewangan, komoditi, atau produk yang diperkhaskan kepada pasaran tempatan.
Globalisasi juga bermaksud aktiviti pengurusan antara sempadan atau proses-proses
pembangunan untuk diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau
untuk mencari dan merealisasikan manafaat dari ekonomi skala atau skop atau dari
pemelajaran merentasi sempadan antara organisasi-organsasi yang lain negara asalnya.
 Dalam bidang perisian, globalisasi adalah satu istilah teknikal yang menggabungkan
proses-proses pembangunan keantarabangsaan dan menjadikan perisian tempatan.
 Ramai, sebagai contoh para perserta dalam Forum Social Dunia, menggunakan istilah
"globalisasi koperat" atau "penkoperatan global" untuk menggariskan impak badan
koperat multinasional dan penggunaan cara undang-undang dan kewangan untuk
mengenepikan undang-undang dan standard piawai tempatan untuk meleverajkan
buruh dan perkhidmatan kawasan-kawasan pembangunan tidak sekata berlawanan
sesama mereka.
 Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.
 "Konsep globalisasi merujuk kepada pemadatan dunia dan penyungguhan kesedaran
dunia secara keseluruhan" - Benedikt Kiesenhofer

[sunting] Sukatan globalisasi


Setakat mana satu negara-bangsa atau budaya telah diglobalisasikan dalam tempoh satu tahun
sehingga baru-baru ini disukat dengan menggunakan proksi-proksi mudah seperti pergerakan
perdagangan, migrasi, atau pelaburang asing secara langsung. Satu lagi pendekatan yang lebih
sophisticated untuk menyukat globalisasi adalah indeks yang diperkenalkan badan pemikir
Swiss KOF baru-baru ini. Indeks menyukat tiga dimensi utama globalisasi: ekonomi, sosial
dan politik. Sebagai tambahan kepada tiga indeks-indeks menyukat ketiga-tiga dimensi ini,
satu indeks menyeluruh globalisasi dan sub-indeks merujuk kepada pergerakan ekonomi yang
tulen, halangan ekonomi, data tentang perhubungan peribadi, data tentang pergerakan
informasi, dan data mengenai jarak antara budaya dikira. Data baru terdapat setiap tahun bagi
122 negara. Mengikut indeks, negara yang paling berglobalisasi adalah Amerika Syarikat
diikuti oleh Sweden, Canada dan United Kingdom, manakala negara-negara paling kurang
globalisasinya adalah Togo, Chad dan Republik Afrika Tengah.[13]

Anda mungkin juga menyukai