Anda di halaman 1dari 3

Tajuk kajian

Senarai kandungan

penghargaan

objektif kajian

kaedah kajian

hasil kajian-institusi pentadbiran tempatan

nama rasmi:majlis daerah gerik,jalan haji meor yahaya 33300 gerik,perak

nama ringkas:MDG

lokasi:

Objektif:
 
Merancang, mengurus, mengawal pembangunan dan perkhidmatan perbandaran selaras polisi kerajaan
negeri dan persekutuan serta menggalakkan pembangunan ekonomi bagi meningkatkan kualiti selaras
dengan keperluan sosial dan alam sekitar.

Misi:

Matlamat utama kami adalah untuk merancang, membangun, mentadbir dan mengurus
Gerik secara cekap dan berkesan di segi:-

 membina organisasi yang cekap dan mesra pelanggan.


 mengamalkan tahap tadbir urus dan integriti yang baik.
 Memberi perkhidmatan yang berkualiti.
 Memupuk persekitaran yang kondusif bagi aktiviti komersil dan s

Visi

Visi ini ditakrifkan sebagai suatu keazaman untuk melaksana dan menonjolkan Bandar
Gerik menjadi sebuah bandar yang:-
 Bersih .sejahtera .maju

Carta organisasi:

Senarai pentadbiran:

Latar belakang: Asal - Usul Daerah Gerik

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi oleh
hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870
beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala
Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok ?
Ad(Tok Sa?ad).

Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu
gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita
bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak ditengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang
pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling
perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui
apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor
dekan (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang mengerit (memakan) umbi buluh.
Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit
oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman itu telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu telah di pakai
beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan
daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

Sejarah Awal Penubuhan

L.P.K.T Gerik (Lembaga Bandaran)

Lembaga Bandaran Gerik telah ditubuhkan pada 1928, dan kawasannya telah dirasmikan pada
17 Febuari 1928. Lembaga Bandaran Gerik adalah dibawah Tadbiran Pegawai Daerah juga
menjadi Pengerusi Majlis Bandaran Gerik,dan seorang Penolong Pegawai Daerah menjadi
Timbalan Pengerusi. Di atas arahan Kerajaan Negeri pada 1 Julai 1975 Lembaga Bandaran
Gerik telah ditukar kepada nama Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Gerik. Pada 1 Januari

1978 Kerajaan Negeri telah memberi kuasa automi kewangan L.P.K.T. Gerik dengan tujuan
untuk menggalakkan Lembaga ini membuat kutipan hasil.

Kawasan L.P.K.T. Gerik atau dahulunya terkenal dengan nama Town Board kali akhir
diwartakan dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1955 dengan warta Kerajaan No.1653. Luas
kawasan yang telah diwartakan ialah lebih kurang 372 ekar. Dalam kawasan yang diwartakan
ini termasuk kawasan bangunan perniagaan dan bangunan-bangunan pejabat serta rumah-
rumah kerajaan dan kawasan UPRA (1) dan UPRA(8).

Senarai Undang-Undang Kecil Yang Digunapakai Dalam Pengeluaran Lesen Majlis Daerah Gerik

BIL UNDANG-UNDANG KECIL


1. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Daerah
Gerik) 1985
2. Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Daerah Gerik) 1985
3. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Gerik) 1984
4. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Daerah Gerik) 1984
5. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut (Majlis Daerah
Gerik) 1984
6. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta (Majlis Daerah Gerik
) 1992

Anda mungkin juga menyukai