Anda di halaman 1dari 19

Tema 4 : Sejarah Tempat

TAJUK : Sejarah dan Perkembangan Kampung


Astana Raja , Rembau , Negeri Sembilan dari tahun
1978 - 2021

GURU PENYELIA : Tuan Rudy Ikhsan


NAMA: ALI RIFAIE BIN SAHAK
NO KAD PENGENALAN: 040530-04-0509
ANGKA GILIRAN: SN0601/1021
Pengenalan
1. Negeri Sembilan merupakan salah sebuah negeri yang terletak di
tengah wilayah semenanjung antara Selangor di bahagian Timur,
manakala sempadan Pahang dan Johor di bahagian Selatan.
2. Rembau merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan dan
Kampung Astana Raja berada dalam daerah Rembau.
3. , Kampung Astana Raja ini merupakan tempat tinggal Raja Melewar
iaitu Yang Dipertuan pertama Negeri Sembilan. Raja Melewar yang
juga dikenali sebagai Raja Mahmud
Objektif Kajian

1.Mengenalpasti sejarah Kampung Astana Raja dari


tahun 1978 – 2021.
2.Mengkaji perkembangan ekonomi dan sosialpenduduk
di Kampung Astana Raja.
3.Menjelaskan tentang kemunculan Kampung Astana
Raja.
Skop Kajian
1 .Kawasan kajian di Kampung Astana Raja , Rembau ,
Negeri Sembilan .

2 .Tempoh masa kajian ini meliputi tempoh masa dari


1978 sehingga tahun 2021

3 . Aspek yang dikaji ialah sejarah tempat ,


perkembangan ekonomi dan kemunculan Kampung
Astana Raja , Rembau , Negeri Sembilan
LOKASI KAJIAN

1 . Lokasi yang dikaji ialah Kampung Astana Raja , Rembau , Negeri


Sembilan
2 .Kawasan kajian dihuni penduduk yang terdiri majoriti masyarakat
Melayu

3 . Jarak pekan rembau ke lokasi kajian ialah 6km


Kaedah Kajian
Pemerhatian yang dijalankan pengkaji mendapati terdapat sejarah yang unik
Pemerhatian di Kampung Astana Raja , Rembau , Negeri Sembilan .

Saya telah mendapatkan maklumat melalui sumber internet dan bahan


ilmiah bagi melengkapkan kajian ini ,semua maklumat yang dicari tepat
Kepustakaan namun terdapat beberapa yang memerlukan kesahihan.

Saya telah menemubual 3 orang penduduk tempatan iaitu Encik Sukor bin
Temu bual Abu (54 tahun ) , Encik Harun bin Hamid (64 tahun ) dan Mursaydi bin
Adnan (19 tahun )
Latar Belakang
Kampung Astana Raja merupakan sebuah perkampungan
kecil yang berada dalam daerah Rembau.

Kampung Astana Raja terletak di antara dua buah pekan


kecil iaitu Pekan Kota dan Pekan Lubuk Cina.

Jarak antara Pekan Kota ke Kampung Astana Raja ialah kira


- kira 5 kilometer.

jarak antara Pekan Lubuk Cina dengan Kampung Astana


Raja ialah kira - kira 8 kilometer.
Pendudukan Raja Melewar
1 . Kampung Astana Raja boleh dikatakan terkenal di Daerah Rembau

2 . Terkenal oleh kerana keberadaan Raja Melewar iaitu Yang Dipertuan


Besar yang pertama

3 . Baginda Raja Melewar telah dititahkan oleh ayahandanya untuk pergi ke Negeri
Sembilan.

4 . Raja Melewar kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga sampai di Rembau dan


ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di Kampung Penajis

5 . Tempat bersemayam Raja Melewar dinamakan sebagai Kampung Astana Raja.


Gambar Muzium Raja Melewar
di Kampung Astana raja
Sejarah Masjid Astana Raja

Masjid Kariah Astana Raja dibina pada tahun 1885. Pengasasnya ialah penduduk
setempat. Tapak masjid inin telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Oleh kerana
pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan ahli kariah
bagi membina masjid baru di atas tanah lot 1085/1074 seluas 3.568 ekar Mukim
Legong Ulu. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1985, 1994, dan
1995. Semasaa dibina ahli jemaah adalah seramai 100 orang sahaja dan kini jumlah
tersebut telah menigkat kepada 300 orang jemaah dalam satu- satu masa.
Sejarah kemunculan Kampung
Astana Raja
1 . Kampung Astana Raja mempunyai kaitan dengan kedatangan Raja Mahmud atau lebih
dikenali Raja Melewar

2 . Sebelum Raja Melewar datang ke Kampung Astana Raja, baginda telah datang ke
Kampung Penajih yang bersebelahan dengan Kampung Astana Raja.
3 . Kampung Penajis merupakan tempat asal baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertua
Besar
4 . Selepas beliau ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, baginda
telah pergi ke sebuah Kampung yang bersebelahan dengan Kampung Penajis

5 . Kampung tersebut telah diberi nama Kampung Astana Raja kerana menjadi tempat
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bersemayam
Sejarah Sekolah Kebangsaan Astana
Raja
1 .Pada tahun 1907, sebuah sekolah telah dibina di Kampung Astana Raja. Sekolah
yang dibina di perkampungan tersebut telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Astana
Raja
2. Reka bentuk dan seni bina sekolah ini terbina daripada kayu. Struktur bangunan ini
dikatakan kukuh walaupun diperbuat daripada kayu

3. Selain itu, terdapat lagi sebuah sekolah yang dibina iaitu Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (SRJK) English, bersebelahan dengan Sekolah Melayu Astana
Raja
4. Sekolah Melayu Astana Raja dan SRJK English yang berkongsi kawasan tanah ini
digabungkan dan namanya turut ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Astana Raja
Gambar Sekolah Kebangsaan
Astana Raja
PERKEMBANGAN EKONOMI PENDUDUK
KAMPUNG ASTANA RAJA

Kampung Astana Raja mempunyai kawasan pertanian di sekitarnya. Aktiviti


pertanian menjadi salah satu sumber ekonomi bagi penduduk Kampung Astana
Raja. Sebagai contoh, ladang sawit di kawasan tersebut diusahakan oleh
penduduk kampung. Aktiviti penternakan juga turut terbabit dalam menjana
ekonomi penduduk Kampung Astana Raja. Terdapat pelbagai ternakan dibina
seperti kambing, lembu, itik, ayam, dan ikan .
PERKEMBANGAN SOSIAL PENDUDUK
KAMPUNG ASTANA RAJA

Aktviti sosial turut dijalankan oleh penduduk Kampung Astana Raja. Kampung
Astana Raja turut terkenal dengan aktiviti tradisional kompang. Kumpulan Dikir
Rebana Seri Murni telah membuktikan seni tradisional terus dipelihara .Selain itu,
golongan muda juga turut terlibat dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Aktiviti
riadah yang dijalankan ialah seperti bermain gasing pangkah, bola tampar, bola
sepak dan lain lain. Perkembangan ekonomi dan sosial penduduk Kampung Astana
Raja telah menunjukkan keterlibatan penduduk luar bandar dalam memajukan
sektor ekonomi dan sosial
Soalan temu bual

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA : Harun bin Abd Hamid


UMUR : 64 Tahun
TARIKH : 24 Mac 2023
LOKASI : Pejabat MPKK Astana Raja

SOALAN KEPADA KETUA KAMPUNG


1. Bilakah tarikh penubuhan ataupun pembangunan Kampung Astana Raja?
2. Apakah keunikan yang ada di Kampung Astana Raja?
3. Kenapa Kampung Astana Raja mendapat tarikan perhatian penduduk di sekitar Rembau
4. Siapakah individu yang masyhur di Kampung Astana Raja?
5. Apakah pekerjaan utama penduduk Kampung Astana Raja?
Soalan temu bual

NAMA : Mursaydi bin Adnan


UMUR : 19 Tahun
TARIKH : 21 Mac 2023
LOKASI : Masjid Kampung Astana Raja

SOALAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG (2)


1. Adakah banyak perubahan yang berlaku sepanjang anda tinggal di Kampung Astana Raja?Jika ya, apakah perubahan yang berlaku?
2. Adakah Kampung Astana Raja kawasan yang selamat untuk didiami?
3. Adakah fasiliti di Kampung Astana Raja mencukupi untuk penduduk kampung?
4. Apakah sumber ekonomi utama di Kampung Astana Raja?
5. Adakah aktiviti JKKK atau mesyuarat tahunan mampu membawa perubahan kepada Kampung Astana Raja?
Soalan temu bual

NAMA : Sukor Bin Abu


UMUR : 54 Tahun
TARIKH : 24 Mac 2023
LOKASI : Rumah Rakyat Kampung Astana Raja

SOALAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG (1)


1. Apakah pandangan anda tentang sistem yang dijalankan sepanjang tinggal di Kampung Astana Raja?
2. Adakah kawasan Kampung Astana Raja sesuai dan selesa bagi anda?
3. Apakah masalah yang pernah dialami sepanjang tinggal di Kampung Astana Raja?
4. Apakah aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan antara penduduk?
5. Apakah sejarah yang anda tahu yang terdapat di Kampung Astana Raja ?
BIBLIOGRAFI
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Astana_Raja
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Melewar
3. https://satellites.pro/Astana_Raja_map
4. https://en.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rembau
6. Temubual bersama Harun Bin Abd Hamid, ketua kampung Kampung
Astana Raja pada 24 Mac 2019.
7. Temubual bersama Sukor Bin Abu, Penduduk Kampung Astana Raja
pada 24 Mac 2019
8. Temubual bersama Mursaydi Bin Adnan, Penduduk Kampung Astana
Raja pada 21 Mac 2019

Anda mungkin juga menyukai