Anda di halaman 1dari 4

Bagaimanakah cara untuk mempelajari Khat dengan berkesan?

Cara yang berkesan:

• Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan
asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam, kaedah yang betul
mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan
mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan
span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.

• Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.

• Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al Baghdadi yang
menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.

• Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan
penulisan.

Apakah kepentingan mempelajari Seni Khat?

Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua.

Pertama kepentingan kepada individu dan yang kedua kepentingan kepada masyarakat.

Kepentingan kepada individu:

• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara
manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan penulisan dan khat
itu sendiri tiang kepada penulisan.

• Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni khat
yang halus dan tinggi dengan sebab kepakaran penulisnya.

• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah menyintainya bagi orang yang merasai dengan
perasaan kejiwaan yang halus.

Kepentingan pada masyarakat:

• Khat itu ditulis dengannya pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan merupakan
wasilah iklan seperti televisyen dan sebagainya.

• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah
dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di
rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab-kitab itu
dengan dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulis yang direka pelbagai jenis semenjak dahulu
yang menyimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.

Apakah persediaan yang perlu ada bagi setiap pelajar yang ingin mempelajari Seni Khat?

Persediaan yang perlu ada bagi mereka yang ingin mempelajari seni ini boleh kita ketegorikan
kepada dua.

<!--[if !supportLists]-->1) <!--[endif]-->Persediaan fizikal

<!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Persediaan mental.

Persediaan fizikal.

Tubuh badan yang sihat dan anggota yang sempurna. Namun anugerah yang di kurniakan Tuhan
tidak sebagaimana orang lain atau sempurna ianya tidak menjadi halangan bagi mereka yang
bersungguh-sungguh berminat untuk mnguasai bidang ini.

Sebuah kisah penulis wanita, “Bintu Khaddan Wardi”. Sebagaimana yang telah dinaskan oleh
Ishak dalam kitabnya tentang cerita pada zaman raja alKamil pada bulan Syawal 624h telah
datang dari Iskandariah seorang perempuan yang tidak menpunyai kedua belah tangan hingga ke
siku. Beliau melakukan segala kerja sebagaimana perempuan-perenpuan lain dengan
menggunakan kaki. Seorang menteri telah menemuinya dan membawa perempuan tersebut
dakwat kalam dan pisau. Dakwat itu diambil oleh perempuan tersebut kaki kirinya, kemudian
diambil kalam dan pisau diraut, diasah, dibelah dan dipotong melintang kalam tersebut.
Seterusnya diambil kertas dan memegangnya dengan kaki kiri dan menulis dengan kaki kanan
dengan lebih baik dan cantik dari apa yang ditulis oleh penulis dengan tangan kanan mereka.
Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Semoga cerita ini menjadi pendorong
dan semangat kepada mereka yang betul-betul berminat untuk berkenalan secara lebih luas dan
seterusnya mendalami bidang Seni Khat ini.

Persediaan mental.

• Minat yang mendalam (bukan hangat-hangat tahi ayam)

• Emosi yang tenang

• Ketekunan yang jitu

• Kesungguhan yang mantap

• Daya imaginasi yang tinggi

• Daya cipta dan tiru yang halus


• Melatih diri untuk menjadi seorang yang mempunyai jiwa yang tinggi, halus perasaan yang
tajam bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta
bersikap 'rileks', ini juga dapat faktor membantu kepada penulisan yang baik, cermat dan halus.
Selain faktor bimbingan guru yang berpengalaman dan mahir.

Apakah halatuju mempelajari Seni Khat ini?

Melihat kepada qadiah di Malaysia dan masyarakat umat Islam itu sendiri khususnya dan
masyarakat dunia amnya:

• Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran

• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam

• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup
roh Islam dan mengenal tulisan jawi.

• Menghidupkan tulisan jawi di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi sebagai
satu mata pelajaran atau ko kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik

• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan penulis-penulis yang
berwibawa melalui seminar-seminar seperti yang telah dijalankan sebelum ini, kegiatan di
bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Muzium Kesenian Islam dan Yayasan
Restu sendiri mempunyai bengkel yang khusus dalam melahirkan penulis khat yang mempunyai
daya imaginasi dan kreatif yang tinggi

• Mengadakan dan menganjurkan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan


antarabangsa sebagaimana negara Turki yang menganjurkan pertandingan khat kebangsaan
disana setiap 3 kali setahun. Bertujuan untuk melahirkan penulis bertaraf antarabangsa dan
berpengalaman.

Apakah pandangan anda tentang masa depan Seni Khat?

Cerah, berdasarkan faktor positif yang memberitahu perkembangan seni khat di tanahair seperti:

• Penubuhan Persatuan Seni Khat kebanggaan yang menjadi tulang belakang penggerak yang
memperkenalkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti kegiatan seni khat di Malaysia, Pertandingan
khat kebangsaan yang merupakan salah satu wasilah memperkenalkan seni khat itu sendiri dan
melahirkan lebih ramai penulis tanahair dan mencungkil bakat penulis-penulis muda.

• Wujudnya mata pelajaran khat di peringkat sekolah-sekolah menengah agama, menengah arab
dan kegiatan-kegiatan persatuan seni khat di institut pengajian tinggi secara serius atau tidak
secara langsung antara lain negeri Johor sendiri banyak menganjurkan pertandingan-
pertandingan khat sebagai galakan kepada penulis-penulis di tanahair disamping tawaran hadiah
lumayan bagi menarik lagi minat para peserata. Kelantan juga mempunyai potensi yang tinggi
untuk memajukan bidang ini memandangkan ramai tenaga yang berkebolehan dan
berpengalaman dalam bidang ini.

• Ramai di kalangan pelajar Malaysia di Mesir mula menaruh minat dalam bidang ini dan
mengambil perhatian yang serius dan inisiatif dengan mengikut pengajiaan di Peringkat Diploma
selama 4 tahun & pelajar lulusan Diploma boleh menyambung lagi pengajian mereka hingga
peringkat Diploma Lanjutan (takhasus) selama 2 tahun lagi di Institut Seni Khat Arab di Mesir.
Selain itu, Yayasan Restu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor (bersebelahan Masjid Shah
Alam) juga menawarkan pengajian Seni Khat

Tujuan

• Memelihara al-Quran dengan tulisan.

• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.

• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan
kaum muslimin sejagat.

• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.

Anda mungkin juga menyukai