Anda di halaman 1dari 2

KELAS SENI KHAT JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK __________________________________________________________________________

1.

PENDAHULUAN Seni khat dilihat sebagai satu cabang seni yang cukup indah. Setiap mata akan terpaku apabila melihat keindahan tulisan khat yang ditulis. Hakikat keindahan tersebut tercetus dari kesungguhan tokoh seni khat terdahulu untuk membangunkan disiplin ilmu seni khat sehingga mencapai tahap pengindahan secara total. Oleh yang demikian, usaha demikian perlu diteruskan sebagaimana proses pembacaan Al-Quran, ianya perlu dilatih supaya kesucian Al-Quran itu terpelihara. Melihat kepada kepentingan tersebut, bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak menyediakan kertas cadangan ini bagi merealisasikan hasrat tersebut. Untuk tujuan itu, Jabatan Agama Islam Sarawak mencadangkan untuk mewujudkan kelas Seni Khat bagi memperkenalkan kepada masyarakat luar kaedah penulisan khat berpandukan disiplin ilmu seni khat tradisional.

2.

JUSTIFIKASI Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran seni khat adalah satu usaha bagi melengkapkan tiga (3) proses kehidupan manusia iaitu kerja, rehat dan ibadah. Menerusi seni khat, pelajar akan dapat menjadikan seni khat sebagai kerja sampingan. Seni khat juga mampu memberi kerehatan pada jiwa dan minda penulis di mana fungsi minda dan hati akan dimanfaatkan sepenuhnya semasa menulis. Disamping itu ia menjadi salah satu ibadah dalam usaha penulis melakarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis. Secara tidak langsung, ia menjadi alat zikir visual kepada penulis itu sendiri. Di samping itu, Al-Quran dan hadis menjadi rujukan dalam pembelajaran seni khat. Sekaligus, memupuk minat masyarakat untuk mendekati dan menghayati isi kandungan sumber syarak tersebut.

3.

OBJEKTIF I. II. III. Membudayakan Al-Quran dan Hadis dalam kehidupan masyarakat Islam Memberi kefahaman terhadap penulisan khat dengan menggunakan kaedah yang tepat Melahirkan ramai masyarakat yang mahir menulis khat

4.

HARI & TEMPAT Hari: Tempat: Sabtu (Dua [2] kali dalam sebulan) Pusat Penerangan Islam (IIC)

5.

ANJURAN Kelas Seni Khat ini adalah anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuching.

6.

PESERTA I. II. III. Pelajar sekolah Guru pendidikan Islam Badan Islam (Kerajaan & Bukan Kerajaan)

7.

Pengisian Kelas a. b. c. d. Pengenalan seni khat Mempelajari metod mudah menulis khat Mempelajari seni khat menggunakan kaedah tradisional dan moden Menghasilkan karya asli tulisan tangan

8.

Anggaran Perbelanjaan Perbelanjaan akan ditanggung oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

9.

PENUTUP Diharapkan program ini akan mencapai objektif yang telah disasarkan. Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi melancarkan perjalanan program yang direncana ini.

Disediakan oleh: Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak. Sabtu, 08 September 2012M/ 21 Syawal 1433H.

Anda mungkin juga menyukai