Anda di halaman 1dari 16

Mengenal penyakit cerebral palsy

Oleh NAJIBAH HASSAN

Sekali imbas, jika dilihat dari riak wajah, fizikal mahupun mentalnya, Siew Mei (bukan nama
sebenar), 4, tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak normal yang lain.

Malah, kanak-kanak comel yang sihat ini juga memiliki kemahiran bersosial dan mudah
mesra dengan sesiapa saja di sekelilingnya.

Bagaimanapun, jika diteliti cara dia berjalan, Siew Mei mengalami kesukaran kerana kedua-
dua belah tapak kakinya agak sedikit menjingkit dan tirus ke dalam.

Menurut ibunya, Siew Lye ketika anak bongsunya mencecah usia setahun, tiada tanda-tanda
menunjukkan bahawa dia sudah boleh mula berjalan.

``Anak saya tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang berkaitan dengan


pergerakan (motor) seperti kanak-kanak normal lain seusianya.

``Saya menyedari bahawa perkembangan anak saya agak lambat berbanding kanak-kanak
normal lain dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia boleh berjalan dan duduk,''
katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebaliknya, ketika mencecah umur dua tahun, Siew Mei hanya menghengsot-hengsotkan
punggungnya untuk bergerak.

Walaupun dari segi perkembangan intelektualnya Siew Mei boleh dikategorikan sebagai
kanak-kanak yang pintar, namun perkembangan pergerakan (motor) yang agak lewat
menimbulkan kebimbangan ibunya.

Setelah menjalani pemeriksaan doktor, Siew Mei disahkan menghidap cerebral palsy (CP)
iaitu sejenis spastik diplegia yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua
belah kakinya.

Kedua-dua belah kaki Siew Mei menjadi spastik yang menyebabkan keabnormalan ketika
berjalan, dia terpaksa menjingkit dan kedua-dua belah tapak kakinya termasuk ke dalam.

Menurut laporan doktor, masalah yang dialami oleh Siew Mei mempunyai kaitan dengan
sejarah kelahirannya.

Hasil siasatan doktor mendapati, Siew Mei adalah bayi yang tidak cukup bulan dan
kedudukannya juga songsang ketika dilahirkan.

Perkembangan sebagai janin yang belum cukup matang ketika itu menyebabkan Siew Mei
memerlukan bantuan pernafasan (oksigen) selama lapan hari bagi membolehkan paru-
parunya berfungsi.

Selain memerlukan bantuan pernafasan, Siew Mei juga mempunyai rekod pernah mengalami
masalah nafas terhenti (apnea) yang memungkinkan bekalan oksigen ke otaknya terganggu.

Apabila masalah ini berlaku, ia boleh menjejaskan fungsi saraf pada otak yang mengawal
perkembangan pergerakan.

Bagaimanapun, Siew Mei yang telah menjalani rawatan ubat-ubatan dan pembedahan untuk
membetulkan otot-otot kedua-dua belah kakinya kini menunjukkan perubahan. Dia mungkin
akan dapat berjalan seperti kanak-kanak lain.

PEMBENTUKAN otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam
perkembangan awal kehidupan manusia.

Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang berlaku pada otak memungkinkan


fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi tubuh yang berkaitan
dengannya.

Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa atau selepas dilahirkan boleh
menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh termasuk kaki dan tangan
(postur) seseorang terganggu.

Pakar Perunding Pediatrik dan Kaji Saraf, Hospital Selayang, Dr. T. Malinee berkata, masalah
ini yang lebih dikenali sebagai cerebral palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot
gagal berfungsi secara normal.

Menurut beliau, CP menyukarkan kanak-kanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang


boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak atau mengambil
sesuatu objek.

``Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara mereka berjalan tidak normal seperti
menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri dengan seimbang dan
sebagainya,'' katanya.

Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini mempunyai tahap perkembangan


mental yang cukup baik.

PUNCA

Dr. Malinee memberitahu, meskipun punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan
dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan
selepas bayi dilahirkan.

``Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari punca sebenar CP,''
katanya.

Puncanya terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

A. Semasa dalam kandungan

- Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan
AIDS boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama
kehamilan.
- Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan
penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu
boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang,
jantung dan sebagainya.

- Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti
asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

- Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh


mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.

Terdapat kemungkinan menghidap Penyakit Down Syndrome apabila terlebih kromosom


Trisomi 21.

- Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah
pinggang, tiroid dan epilepsi.

- Kehamilan kembar

- Bayi yang songsang

B. Semasa kelahiran

Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk
bayi mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah.

Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah:

- Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup
bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.

- Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan
risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram
mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus.

Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP
berbanding bayi yang dilahirkan normal.

- Bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan (meconium aspiration).

- Penyakit kuning (jaundis). Ia berpunca daripada kekurangan G6PD, masalah rhesus darah
yang tidak sesuai antara ibu dan bayi dan kelahiran tidak cukup bulan.

Kandungan billirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.

C. Selepas dilahirkan

- Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak
sampai ke otak.

- Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis
boleh menggegarkan bahagian otak.

- Keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya.

- Tertelan benda asing.

- Kemalangan jalan raya yang mencederakan kepala dan otak.

Jenis-jenis CP

- Spastik. Kekejangan pada bahagian sebelah kanan tubuh. Jika tangan dan kaki kanan
terbabit ia dipanggil hemiplegia.

Jika spastik ini membabitkan kedua-dua belah bahagian kaki ia dipanggil diplegia.

Jika ia membabitkan seluruh tangan dan kaki dinamakan quadriplegia.

- Diskinetik. Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.

- Ataxic. Otot-otot tangan atau kaki yang lembik. Bagaimanapun, kategori ini paling jarang
berlaku.

- Campuran kesemuanya.

Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP

Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi


beberapa masalah lain seperti:

- Lewat perkembangan mental

- Epilepsi

- Kerencatan otak

- Masalah pembelajaran

- Masalah pertuturan

- Masalah kepekakan

- Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan

- Masalah emosi
Rawatan

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya


mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah
anak-anak ini.

Kaedah yang digunakan ialah:

- Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi.

Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat
membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik.

- Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan


dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang.

- Proses pemulihan - Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar


fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan
pakar psikologi.

Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam
pembelajaran kanak-kanak istimewa.

Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu
kerusi khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan.

www.tranungkite.net/lama/sisipan/sihat5.htm

.......................................................
18 Disember 2001

Arkib Sudut Kesihatan


www.spesialis.info/?penyebab-cerebral-palsy,957

Penyebab Cerebral Palsy


DEFINISI
Disebut juga kelumpuhan otak besar, merupakan suatu keadaan yang ditandai dengan buruknya
pengendalian otot, kekakuan, kelumpuhan, dan gangguan fungsi saraf lainnya. Cerebral palsy bukanlah suatu
penyakit dan tidak bersifat progresif (semakin memburuk).

PENYEBAB
Penyebab pasti cerebral palsy belum diketahui secara pasti. Meski demikian, cerebral palsy bisa disebabkan
oleh cedera otak yang terjadi saat :
- Bayi masih berada dalam kandungan
- Proses persalinan
- Bayi baru lahir
- Anak berumur kurang dari lima tahun
- Kadar bilirubin yang tinggi dalam darah.
- Penyakit berat pada bayi baru lahir
- Cedera pada pembuluh darah otak

GEJALA
Gejala muncul sebelum anak berusia dua tahun. Pada kasus yang berat, bisa muncul ketika anak berusia
beberapa bulan. Gejala berupa kekakuan tubuh, perubahan bentuk lengan dan tungkai. Gejala lain berupa
kecerdasan di bawah normal, keterbelakangan mental, kejang, gangguan menghisap atau makan, pernafasan
tidak teratur, gangguan bicara, gangguan penglihatan, gangguan persendian.

PENANGANAN
Cerebral palsy tidak dapat disembuhkan dan merupakan kelainan yang berlangsung seumur hidup. Tapi
banyak hal yang bisa dilakukan agar orang yang menderita cerebral palsy dapat hidup wajar dan layaknya
orang normal, misalnya terapi fisik, kaca mata, pemberian alat bantu dengar, obat antikejang, obat
pengendur otot, bedah ortopedik, terapi bicara.
Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Blog Insan Istimewa Permata Hati )

Sumber diperolehi daripada http://www.ppdlms.edu.my/pk

Mengenal penyakit cerebral palsy

Oleh NAJIBAH HASSAN ( sumber internet)

Sekali imbas, jika dilihat dari riak wajah, fizikal mahupun mentalnya, Siew Mei (bukan nama
sebenar), 4, tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak normal yang lain. Malah,
kanak-kanak comel yang sihat ini juga memiliki kemahiran bersosial dan mudah mesra dengan
sesiapa saja di sekelilingnya. Bagaimanapun, jika diteliti cara dia berjalan, Siew Mei mengalami
kesukaran kerana kedua-dua belah tapak kakinya agak sedikit menjingkit dan tirus ke dalam.
Menurut ibunya, Siew Lye ketika anak bongsunya mencecah usia setahun, tiada tanda-tanda
menunjukkan bahawa dia sudah boleh mula berjalan. ``Anak saya tidak menunjukkan sebarang
perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan (motor) seperti kanak-kanak normal lain
seusianya.
``Saya menyedari bahawa perkembangan anak saya agak lambat berbanding kanak-kanak
normal lain dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia boleh berjalan dan duduk,''
katanya ketika ditemui baru-baru ini. Sebaliknya, ketika mencecah umur dua tahun, Siew Mei
hanya menghengsot-hengsotkan punggungnya untuk bergerak. Walaupun dari segi
perkembangan intelektualnya Siew Mei boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang pintar,
namun perkembangan pergerakan (motor) yang agak lewat menimbulkan kebimbangan ibunya.
Setelah menjalani pemeriksaan doktor, Siew Mei disahkan menghidap cerebral palsy (CP) iaitu
sejenis spastik diplegia yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua belah
kakinya. Kedua-dua belah kaki Siew Mei menjadi spastik yang menyebabkan keabnormalan
ketika berjalan, dia terpaksa menjingkit dan kedua-dua belah tapak kakinya termasuk ke dalam.
Menurut laporan doktor, masalah yang dialami oleh Siew Mei mempunyai kaitan dengan sejarah
kelahirannya. Hasil siasatan doktor mendapati, Siew Mei adalah bayi yang tidak cukup bulan dan
kedudukannya juga songsang ketika dilahirkan. Perkembangan sebagai janin yang belum cukup
matang ketika itu menyebabkan Siew Mei memerlukan bantuan pernafasan (oksigen) selama
lapan hari bagi membolehkan paru-parunya berfungsi. Selain memerlukan bantuan pernafasan,
Siew Mei juga mempunyai rekod pernah mengalami masalah nafas terhenti (apnea) yang
memungkinkan bekalan oksigen ke otaknya terganggu. Apabila masalah ini berlaku, ia boleh
menjejaskan fungsi saraf pada otak yang mengawal perkembangan pergerakan. Bagaimanapun,
Siew Mei yang telah menjalani rawatan ubat-ubatan dan pembedahan untuk membetulkan otot-
otot kedua-dua belah kakinya kini menunjukkan perubahan. Dia mungkin akan dapat berjalan
seperti kanak-kanak lain.
Pembentukan otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam
perkembangan awal kehidupan manusia. Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang
berlaku pada otak memungkinkan fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi
tubuh yang berkaitan dengannya. Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa
atau selepas dilahirkan boleh menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh
termasuk kaki dan tangan (postur) seseorang terganggu.
Pakar Perunding Pediatrik dan Kaji Saraf, Hospital Selayang, Dr. T. Malinee berkata, masalah
ini
yang lebih dikenali sebagai cerebral palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal
berfungsi secara normal. Menurut beliau, CP menyukarkan kanak-kanak terbabit melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak
atau mengambil sesuatu objek. ``Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara mereka
berjalan tidak normal seperti menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri
dengan
seimbang dan sebagainya,'' katanya. Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini
mempunyai tahap perkembangan mental yang cukup baik.
PUNCA

Dr. Malinee memberitahu, meskipun punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan
dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan
selepas bayi dilahirkan. ``Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari
punca sebenar CP,'' katanya.
Puncanya terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

A. Semasa dalam kandungan

- Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan
AIDS

boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama kehamilan.

- Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan
penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu boleh
merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan
sebagainya.
- Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti asid

folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

- Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh mengakibatkan

muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.

- Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah

pinggang, tiroid dan epilepsi.


- Kehamilan kembar
- Bayi yang songsang
B. Semasa kelahiran

Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk bayi
mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah.
Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah:
- Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.

- Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan
risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram mendapat CP
ialah antara lima hingga lapan peratus.
Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP

berbanding bayi yang dilahirkan normal.


- Bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan (meconium aspiration).
- Penyakit kuning (jaundis). Ia berpunca daripada kekurangan G6PD, masalah rhesus darah yang
tidak sesuai antara ibu dan bayi dan kelahiran tidak cukup bulan.

Kandungan billirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.

C. Selepas dilahirkan

- Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak

sampai ke otak.

- Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis boleh

menggegarkan bahagian otak.


- Keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya.
- Tertelan benda asing.
- Kemalangan jalan raya yang mencederakan kepala dan otak.
Jenis-jenis CP

- Spastik. Kekejangan pada bahagian sebelah kanan tubuh. Jika tangan dan kaki kanan terbabit

ia dipanggil hemiplegia.

Jika spastik ini membabitkan kedua-dua belah bahagian kaki ia dipanggil diplegia.
Jika ia membabitkan seluruh tangan dan kaki dinamakan quadriplegia.
- Diskinetik. Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
- Ataxic. Otot-otot tangan atau kaki yang lembik. Bagaimanapun, kategori ini paling jarang
berlaku.
- Campuran kesemuanya.

Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP

Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi beberapa

masalah lain seperti:


KESAN
- Lewat perkembangan mental
- Epilepsi
- Kerencatan otak
- Masalah pembelajaran
- Masalah pertuturan
- Masalah kepekakan
- Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan
- Masalah emosi
Rawatan

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya mendapatkan

pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah anak-anak ini.
Kaedah yang digunakan ialah:
- Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi.
Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat
membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik.

- Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan

dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang.

- Proses pemulihan - Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar


fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan pakar
psikologi.
Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam

pembelajaran kanak-kanak istimewa.

Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu kerusi

khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan.


Denggi

Home
Apa itu denggi?
Contact us
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang
penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya
Alkaline Water dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau
penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang
Soalan dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala


None
mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di
kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.
Produk
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus
Mandi Ais denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus
yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus
yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis
Tanda ditubuh
´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Caj & Rawatan Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh


pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia
Kisah Benar akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini
masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan
Berita
boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap
awal penyakit.
Penawar Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan
nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke
Kursus seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak
dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.
Tangkap Jin
Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di
kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:
Siapa aku ?

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di
Sel / Aura / Masa NW kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di
tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di
Denggi dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-
Forum
perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula
terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa
Tips Kesihatan terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar
rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia.
Tips diet Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam
berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok,
Mandul buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Air
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan:
Peluang Perniagaan
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi
Birthday ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa
pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan
terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus
membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan


memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke
dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap
darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran
hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina
sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan
nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan
virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam
peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini
dipanggil ´penularan mekanikal´.

Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan
transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit
daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga
dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus
denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di
persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan
sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan:

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan
luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian
dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti
kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar
rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan
pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti,
daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit
otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan
kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´
atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.


Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-
13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah
sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk
dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di
badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai
dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika
rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam
berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut.


Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam
panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul
dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di
belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada
hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh
didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan
platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam


yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem
peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah
di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna
hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini
boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti
kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka
juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami
renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock
Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun
begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman
denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada


keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan
dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah


menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh
itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi
supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang
paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian
aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini
menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan
sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan
membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang
mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah
pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.
cvtampang.tripod.com/id59.html

Definisi Cerebral Palsy Campuran


Banyak (kemungkinan kebanyakan) anak-anak dengan cerebral palsy mempunyai banyak gejala-
gejala dengan kombinasi-kombinasi dari beragam bentuk-bentuk dari cerebral palsy. Contohnya,
anak-anak dengan spastic cerebral palsy sering berlanjut mempunyai head lag (kepala yang
ketinggalan), yang adalah wakil dari hypotonia. Anak-anak dengan choreoathetoid atau
hypotonic cerebral palsy seringkali mempunyai refleks-refleks tendon dalam yang meningkat,
yang menyarankan beberapa kekejangan (spasticity).

Kondisi-Kondisi Lain Yang Berhubungan Dengan Cerebral


Palsy
Karena cerebral palsy adalah indikasi dari kerusakan pada atau malfungsi dari otak, adalah
masuk akal bahwa gejala-gejala lain yang berhubungan dengan disfungsi otak dapat hadir pada
anak-anak yang terpengaruh dengan cerebral palsy. Kenyataannya penyakit-penyakit lain, selain
disfungsi-disfungsi motor yang telah digambarkan, adalah hampir selalu terlihat pada pasien-
pasien ini. Beberapa dari mereka seperti kemampuan bicara yang buruk, penyakit-penyakit
menelan, mengeluarkan air liur, dan koordinasi motor halus atau kaar yang buruk adalah akibat
dari penyakit motor yang mempengaruhi otot-otot yang spesifik yang terlibat pada fungsi-fungsi
itu. Kondisi-kondisi lain adalah hasil-hasil dari luka-luka yang bersamaan pada area-area dari
otak selain area-area motor.

Ketidakmampuan-ketidakmampian kognitif, adakalanya dirujuk sebagai penundaan


perkembangan, seringkali dihubungkan dengan cerebral palsy. Sampai dengan 50% dari pasien-
pasien dengan cerebral palsy mempunyai ketidakmampuan-ketidakmampian kognitif.
Bagaimanapun, banyak dari anak-anak ini dapat dididik dan dipimpin ke kehidupan-kehidupan
yang produktif. Adalah juga sama pentingnya untuk mencatat bahwa banyak anak-anak dengan
gangguan motor yang parah yang disebabkan oleh cerebral palsy, seperti kasusnya dengan
banyak anak-anak dengan bentuk choreoathetotic atau diplegic dari cerebral palsy, adalah hanya
terganggu secara intelektual dengan ringan atau sama sekali tidak.

Virtually all testing of a young child's cognitive development involves some sort of motor
activity on the part of the child. If a child is capable of complex thoughts, but incapable of motor
activity, the observer will not be able to detect his or her mental aptitude. Therefore, one must be
very careful in assigning labels to patients with cerebral palsy. Certain features, however, are
more likely to be associated with significant cognitive disabilities in the patient with cerebral
palsy. These include extensive damage occurring on both sides of the brain, children with spastic
quadriplegia, microcephaly (small head size), a documented genetic disorder, and a documented
prenatal infection.

Seizures adalah penemuan yang umum pada pasien-pasien dengan cerebral palsy. Barangkali
sepertiga dari semua pasien-pasien cerebral palsy mempunyai seizures. Seizures disebabkan oleh
aktivitas elektrik yang abnormal dari neuron-neuro di otak. Otak yang rusak atau cacad adalah
lebih cenderung pada seizures. Lebih dari itu, ketidakmampuan kognitif seringkali dihubungkan
dengan epileptic seizures.

The symptoms of seizures can vary depending on where in the brain they originate. Generalized
seizures engage the entire cerebral cortex at once, while partial seizures only involve part of the
cerebral cortex. Often, generalized seizures begin as partial seizures but spread throughout the
brain rapidly. Generalized seizures may take the form of true convulsions ("grand mal"), in
which the entire body jerks in a rhythmic fashion, or the form of absences ("petit mal"), which
interrupt the patient's activities for a brief period, but does not cause a fall.

Other forms of generalized seizures can occur in the cerebral palsy patient. Atonic seizures cause
the patient to slump suddenly to the ground or forward in their chair, resembling a marionette in
which the puppeteer suddenly cut the strings. Tonic seizures are just the opposite and cause the
entire body to suddenly stiffen. Both tonic and atonic seizures can result in drop attacks in which
the patient falls to the ground, often resulting in injury.

Partial seizures may involve the jerking of the arm and leg on the same side of the body.
Alternatively, they may be associated with strange sensory phenomena, such as flashing lights,
or emotions, such as fear, depending on where in the brain the seizure occurs.

Kekurangan-kekurangan penglihatan seringkali terlihat. Beberapa dari mereka, contohnya,


strabismus ("mata yang malas") dapat dikoreksi dengan prosedur-prosedur operasi pada otot-
otot dari mata-mata. Beberapa dapat dikoreksi dengan kacamata-kacamata (yang mungkin sulit
dilakukan pada anak-anak yang tidak kooperatif). Pada anak-anak yang lain kekurangan-
kekurangan penglihatan adalah akibat dari luka-luka otak pada area-area otak yang berhubungan
dengan penglihatan, menyumbang anak kebutaan (cortical blindness) bahkan jika mata-mata
mereka sendiri adalah sangat normal. Pada saat ini tidak ada perawatan untuk memperbaiki
kondisi ini.

Anak-anak dengan cerebral palsy dapat mempunyai penyakit-penyakit kemampuan bicara dari
banyak tipe-tipe. Beberapa, seperti pengejaan kata yang buruk (dysarthria), adalah akibat dari
gangguan dari mekanisme kemampuan bicara peripheral (koordinasi bibir-bibir, lidah, atau
palate yang buruk). Pada keadaan-keadaan yang lain ada luka otak di gray matter dari otak yang
mengontrol mekanisme pusat dari kemampuan bicara (aphasia).

Adalah sulit bagi anak-anak dengan cerebral palsy untuk menambah berat badan dan seringkali
mempunyai pertumbuhan yang tertunda. Ini adalah akibat dari beberapa faktor-faktor termasuk
penyakit-penyakit feeding, gastroesophageal reflux, dan pada beberapa kejadian-kejadian,
contohnya, anak-anak dengan penyakit-penyakit choreoathetotic, konsumsi kalori yang
berlebihan. Di sisi lain, obesity (kegemukan) dapat menjadi persoalan pada anak-anak dengan
cerebral palsy yang mempunyai mobilitas yang terbatas.

Individuals with the choreoathetotic form of cerebral palsy might have compressed nerves or
damage to the neck bones that can lead to damage to the spinal cord.

Other issues to be aware of are dental diseases, respiratory problems, urinary tract infections,
osteoporosis and subsequent fractures, enuresis, encopresis, constipation.

 « Prev
 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 Next »

Kirim Email Ke Alamat Kami

Anda mungkin juga menyukai