Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah YangMaha Pemurah Lagi Maha Pengasihan

i
Assolatuwassalam ala Rasulillah Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembaw
a Rahmat Seluruh Alam
Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga deti
k kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tang
kas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia de
ngan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah
itu beroleh keberkatan.
Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu Kukira untaian doa srikandi iman, Say
yidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu me
nyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-iste
ri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, da
n dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21)
Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi
peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. In
syaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap
sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walau
pun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu me
mbolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar
baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.
Calon zaujahku yang dirahmati,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecanti
kannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua
tanganmu..
Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecan
tikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hik
mah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris
ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.
Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungg
uhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang pali
ng bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengena
l. (Al-Hujarat: 1)
Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya , Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi ka
um wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas se
bahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebaha
gian dari harta mereka .(An-Nissa :34)
Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewany
a dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan
itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurg
a buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.
Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kuperse
mbahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling
berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam
menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kese
mpurnaan yang hakiki.
Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelema
hanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, ter
letaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid d
an juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka. Ia l
ahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut,
tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut s
utera,hiasilah dengan akhlak.
Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah
pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah. Bakal zau
jahku yang dirahmati, titipan ini sudah sampai ke penghujungnya.
Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antar
a aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jan
nahNya yang dirindui. InsyaAllah.
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuan
gkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebu
ah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa. Al-faqirah ilaLLa
h:
Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan
kami,syahid cita-cita kami.
Ku pohon kau mengerti wahai calon zaujahku

Anda mungkin juga menyukai