Anda di halaman 1dari 14

Pembentukan Empayar Tamadun Yunani

Raja Greek mula menghantar rakyatnya ke negara lain di seberang laut sebagai peneroka kerana bilangan penduduknya
yang kian bertambah sedangkan Greek kekurangan tanah yang subur dan kebimbangan pemerintahnya terhadap
penentangan rakyat terhadap golongan pemerintah (golongan minoriti yang terdiri daripada orang kaya). Pembukaan
tanah-tanah jajahan Greek itu adalah bermatlamatkan perdagangan. Walau bagaimanapun Greek tidak pernah menubuhkan
satu kuasa yang agung, yang kuat dan berpadu di Mediterranean kerana negara-negara kotanya di tanah besar Greek
sendiri sentiasa bersaing antara satu sama lain.. Tetapi menerusi beratus-ratus buah tanah jajahan itu Greek telah
meresapkan pengaruhnya di kalangan bangsa-bangsa lain dan dipusaki turun temurun. Dalam pada kota-kota di Greek
asyik bercakaran, satu kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan utara Semenanjung Balkan iaitu kerajaan purba
Makedonia. Pada tahun 359SM, Philip II telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja Makedonia. Beliau bercita-cita untuk
menguasai seluruh Greek yang berpecah belah itu. Pada tahun 338 SM berlakulah peperangan Chaeronea dengan
kemenangan tentera Makedonia mengalahkan tentera Athens dan Thebes. Zaman negara kotapun berakhir. Seorang raja
Makedonia berkuasa di Greek. Semua kota kecuali Sparta menghantar wakil menemui Philip. Philip membentangkan
rancangannya untuk menyatukan Greek bagi menentang Parsi. Rancangannya tidak sempat dilaksanakan kerana telah
terbunuh semasa kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya.
Philip II digantikan oleh anaknya Iskandar Zurkarnain / Iskandar Agung ( 356 SM – 323 SM) . Usianya ketika itu ialah 20
tahun.. Athens dan beberapa buah negara kota lain bangun memberontak menentang Iskandar tapi telah dikalahkan oleh
Iskandar. Iskandar telah berjaya menawan Asia Kecil (jajahanParsi), Parsi ( Parsi diserang tahun 334 SM yang ketika itu
diperintah oleh Darius II dan pada tahun 331 SM Parsi ditawan), Mesir ( 332 SM), Lembah Tigris dan Euphratesdan juga
Lembah Indus(326 SM). Beliau menggalakkan penaklukan Greek ke atas Asia secara besar-besaran untuk mempraktikkan
rancangan utamanya iaitu menyatyukan Eropah dengan Asia berdasarkan kebudayaan Greek. Iskandar telah berusaha
selama 13 tahun dengan mengembara sejauh 32,000 km dan telah berjaya mengasaskan sebanyak 70 buah kota. Tiada
penakluk Eropah yang dapat menandingi Iskandar dalam kempennya merentasi gunung ganang tinggi dan gurun Asia
Tengah. Iskandar telah meninggal dunia pada tahun 323 SM di Babylon dalam usia 33 tahun selepas mengidap
demam.Cita-citanya untuk menubuhkan sebuah empayar dunia yang terbentang luas dari India ke Sepanyol yang
berdasarkan kebudayaan Greek lenyap dengan kematiannya. Pengganti-pengganti beliau gagal menyatukan kawasan-
kawasan yang ditakluki walaupun telah berusaha sedaya upaya melalui peperangan yang bertahun-tahun lamanya. Dunia
Graeco-Makedonia telah berpecah kepada 3 bahagian. Selepas kematian Iskandar, negara-negara kota Greek berperang
cuba membebaskan Greek dari pemerintahan Makedonia tetapi gagal. Usaha-usaha penaklukan Iskandar telah membawa
banyak kesan. Bandar Iskandariah (sempena namanya) di Mesir telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan yang
penting. Perdagangan telah berkembang. Begitu juga dengan penyelidikan saintifik. Beliau menggalakkan persaudaraan
manusia. Satu lagi peninggalan beliau ialah mewujudkan era Hellenistik ( percampuran budaya Yunani dengan bukan
Yunani)

Pembentukan Empayar Tamadun Alam Melayu


Di Alam Melayu juga terdapat beberapa buah kerajaan yang membentuk empayar seperti kerajaan Srivijaya dan
Majapahit. Cara empayar di Alam Melayu mewujudkan empayar ialah melalui beberapa cara seperti peperangan ( seperti
yang dilakukan oleh empayar Srivijaya dan Funan), perkahwinan politik, penerimaan ufti 9 seperti yang dilakukan oleh
beberapa kawasan sekitar Srivijaya kepada Srivijaya) dan menggunakan metos dan legenda (seperti yang dilakukan oleh
kerajaan Srivijaya bagi menunjukkan kebesarannya dan menggerunkan negeri-negeri sekitar). Kerajaan-kerajaan awal
Asia Tenggara membina empayar atas motif memperluaskan politik dan mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-
masing. Kerajaan Srivijaya yang terletak di Sumatera berpusat di Palembang(Abad ke-7 - ke-14 M) muncul selepas
kejatuhan empayar Funan. Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu awal yang sangat bergantung kepada
perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang
selama ini dipegang oleh Kerajaan Kantoli dan Melayu.
Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi, Srivijaya telah menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671-685)di
Sumatera, Kedah (682-685M)hingga ke Ligor di Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di Sumatera,
Tarumanaga di Jawa Barat. Penguasaan tersebut menjadikan Srivijaya amat berkuasa mengawal laluan perdagangan
China-India selama 3 abad. Pada abad ke-8M, Mataram di Jawa Tengah di bawah Dinasti Sailendra telah mengancam
Srivijaya hinggakan sejak tahun 775M kerajaan Srivijaya mula diperintah oleh keturunan Sailendra dari Jawa itu.. Pada
abad ke-8 hingga ke-10 M empayar Srivijaya telah berpecah menjadi negeri-negeri kecil. Pada akhir abad ke-10M
Srivijaya muncul kembali sebagai pusat perdagangan. Pada tahun992M inilah Srivijaya menyerang Jawa untuk menguasai
Selat Sunda. Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Dengan itu Srivijaya dapat
mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya. Kejayaan Srivijaya menguasai kerajaan-kerajaan lain
memudahkannya menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Dasar perluasan kuasa telah memberi keuntungan kepada
Srivijaya kerana ia telah dapat memungut hasil cukai daripada kapal-kapal yang belayar melalui Selat Melaka dan Selat
Sunda. Srivijaya juga menerima ufti daripada tanah jajahannya serta mengawal/menguasai hasil keluaran dari kawasan
pedalaman Sumatera dan Tanah Melayu.Dengan barangan dagangan yang banyak, Srivijaya mampu menarik ramai
pedagang singgah di pelabuhannya. Untuk memantapkan keselamatan negara dan kepentingan ekonominya, Srivijaya
telah menjalin hubungan baik dengan China dan India Selatan (Kerajaan Chola). Satu aspek yang patut juga disentuh di
sini yang menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan masyarakat Nusantara ialah kemunculannya sebagai pusat agama
Buddha yang bertaraf antara bangsa dan pusat bahasa sanskrit di Nusantara.
Kerajaan Srivijaya nampaknya tidak dapat bertahan selama-lamanya apabila kerajaan ini tidak putus-putus dicabar dan
digugat oleh kuasa-kuasa luar. Serangan dari Kerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025M telah melemahkan
Srivijaya. Jajahan Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan Jambi telah dikuasai Raja Chola. Dengan kenaikan kerajaan
Sukhotai , orang-orang Thai memperluaskan kuasanya dengan menawan jajahan Srivijaya di utara Semenanjung Tanah
Melayu. Kebangkitan empayar-empayar Singhasari dan Majapahit di Jawa Timur turut mengancam kegemilangan
Srivijaya. Palembang yang menjadi pusat pemerintahan Srivijaya telah ditawan Majapahit pada tahun 1377M. Pukulan
muktamad yang mempercepatkan kehancuran Srivijaya ialah dengan perkembangan Islam di Nusantara. Menjelang akhir
abad ke-13 M kebesaran Srivijaya hanya tinggal sebagai tinggalan sejarah sahaja.
Kerajaan Majapahit (1292 -1528M) pada zaman kegemilangannya (1293 -1389) telah mewujudkan satu empayar yang
penting, luas dan berpengaruh di Nusantara. Motif perluasan empayarnya adalah untuk menguasai perdagangan Nusantara.
Gajah Mada adalah Perdana Menteri kepada pemerintah Hayam Wuruk (1350-1398M) yang berjasa dalam perluasan
kuasa Majapahit. Kuasanya meliputi Bali, Makasar, sebahagian Borneo, Temasik, Pahang, Selatan Sumatera (termasuk
Srivijaya) dan Sunda di Jawa Barat. Kejatuhan Srivijaya ke tangan Majapahit membolehkan Majapahit menguasai jalan
perdagangan di Selat Melaka. Pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat bertumpu ke
Majapahit. Kematian Gajah Mada menjadi titik tolak keruntuhan kerajaan Majapahit. Di samping faktor dalaman
(ketiadaan pemimpin sehebat Gajah Mada, rebutan kuasa), kebangkitan Melaka dan perkembangan Islam di Nusantara
khususnya kebangkitan Islam di Demak ( Jawa)turut membantu kemerosotan Majapahit. Kerajaan Melayu Melaka yang
sedang berkembang mula menguasai jajahan Majapahit di Sumatera. Jajahan takluknya yang lain mula membebaskan diri
daripada kuasa kerajaan Majapahit. Kerajaan islam Demak mula mengambilalih kekuasaan Majapahit di Jawa.
Kerajaan Funan Kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak abad pertama Masihi lagi di Kemboja.Ia didirikan oleh seorang
Brahmin yang bernama Kaundinya ( ada pendapat mengatakan bahawa Kaundinya adalah orang luar, mungkin datang dari
India, Tanah Melayu atau pulau-pulau di sebelah selatan)). Inilah negeri kuasa besar yang pertama dalam sejarah Asia
Tenggara yang mempunyai beberapa daerah taklukan dalam masa keagungannya (kerajaan Tun Sun, Tu-kun, Ciu Cih/Cu-
li, Langkasuka). Pemerintah Funan yang paling masyhur ialah Fan Shih-man yang dikatakan telah menawan Indo-China,
Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Ia merupakan negeri perniagaan laut yang terawal sekali di Asia Tenggara
yang mempelopori Srivijaya kemudian. Ibu kotanya yang mula ialah Vyadhaputra dan bandar pelabuhannya ialah Go-Oc-
Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Tapak peninggalan pelabuhan itu menunjukkan bukti-bukti tentang
perhubungan lautnya dengan pantai Teluk Siam, Tanah Melayu, Indonesia, India, Parsi dan Mediterranean. Pada ketika itu
pelabuhan itu terletak di tengah-tengah perjalanan laut yang sibuk iaitu di antara China dengan Barat.Kerajaan ini
ditewaskan pada akhir abad ke-6 oleh seorang ketua pemberontak dari Chenla yang bernama Bhavavarman. Kerajaan
Chenla ini dianggap sebagai kerajaan pra-Angkor. Kerajaan Chenla dikalahkan oleh Maharaja Indra (787-812), rajan
Srivijaya dari keturunan Sailendra di Jawa. Kerajaan ini menjadi jajahan Srivijaya selama 28 tahun hingga tahun 802M.
Kerajaan Angkor, Kejatuhan kerajaan Chenla menaikkan Kerajaan Angkor dengan Jayavarman II (802 – 850M) di Barat
Laut Kemboja sebagai rajanya yang pertama (atas bantuan kerajaan Srivijaya). Ibu kota Angkor terletak di Indraputra.Di
kalangan raja-raja Angkor, Raja Suryavarman 1 (1002-1050), seorang putera raja Tambralinga merupakan raja yang
terkenal dengan perluasan kekuasaan Kemboja. Semasa empayar ini di bawah pemerintahan Suryavarman II, Angkor
membentuk empayar yang luas ( 1113 – 1150 M). Empayar angkor meluas hingga ke wilayah Mon di Lembah Menon dan
Tambaralinga di Selatan Thai. Empayar Angkor mencapai puncak kekuasaan semasa diperintah oleh Jayavarman VII
(1181 – 1218M). Champa dikuasainya ( 1203-1220M). Angkor juga meluaskan kuasanya ke atas Pagan di
Myanmar. Kerajaan Angkor mengalami kelemahan akibat migrasi orang-orang Thai dari utara
dan pukulan yang membawa kejatuhannya ialah serangan kerajaan Ayuthya pada tahun 1432.
Kerajaan Sukhotai, Sebenarnya orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunan, China. Apabila
kerajaan mereka, Nanchao ditakluki Mongol pada tahun 1253 mereka berpindah ke selatan.
Perpindahan mereka ke selatan itu telah menyebabkan penubuhan kerajaan Sukhotai dan
melemahkan kerajaan Kemboja. Pengasasnya ialah Rama Khamheng (1275-1317) , putera Sri
Indrachtya yang menakluki Sukhotai pada tahun 1238. Rama Khamheng telah meluaskan
kawasannya ke utara Tanah Melayu, Ligor dan Pattani. Kematian Rama Khamheng menjadikan
kerajaan Sukhotai menjadi lemah hinggalah munculnya kerajaan Ayuthya pada tahun 1350.
Tema 1: Manusia dan Masyarakat

Tajuk 1.2: Kemunculan Tamadun

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro dan


Harapa, Arab, Yunani,Rom,Melayu dan Barat.
Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :
Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000
SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM - 1075SM), Lembah Indus : Tamadun Indus
( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun Shang (1800SM), Di Amerika
Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani: Tamadun Crete, Di Tanah Arab :
Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di Tanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat
( Eropah) : Tamadun Barat
1. Petempatan
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm itu
terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamia
diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan oleh
orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal
dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan
penduduknya mengusahakan pertanian secara besar-besaran.
Tamadun Mesir
Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir.
Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini adalah
kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak
subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanah
hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang
subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah
subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem
pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean.
Tamadun Indus
Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di
LembahSungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir,
tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan
pertaniantelah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.
Tamadun China
Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM
- 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah
Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini
pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-
aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke
Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.
Tamadun Yunani
Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama Pulau Crete yang
merupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal di Eropah.
Tamadun ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China
yang kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah di kawasan
Pulau Crete ini tidak subur untuk pertanian. Penduduknya bergantung kepada
perdagangan. Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu aktiviti mereka condong
kepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di samping
berniaga. Sebab itulah mereka membuat hubungan dengan tempat lain seperti
dengan tamadun Nil, Parsi dan Sumeria.
Tamadun Rom
Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di selatannya
terbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-
pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orang
Etruscan (sebelah utara dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orang
Yunani ( di selatan Itali dan Pulau Sicily).
Tamadun Arab
Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konsep
tamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagi sarjana
Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dan tidak teratur
dalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama sebagai petunjuk dan
panduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat berpendapat, masyarakat
Arab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agama dan moral sahaja tetapi
bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan ( tamadun Sabak
di Selatan Semenanjung Arab dan Mekah di kawasan Tengah Semenanjung Arab)
Tamadun Melayu
Tamadun ini berkembang di Kepulauan Melayu, di Asia Tenggara. Tamadun ini
kemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu, China dan agama Islam.
Tamadun Barat
Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang tahun 1500 M dan dikenali
sebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah
( Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempun
perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman inilah
kuasa-kuasa Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengan kuasa-kuasa
lain di luar Eropah.
Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di
lembah
sungai. Kenapa?
1.Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan amat
sesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburan tanah
membolehkan tanaman makanan diusahakan dengan banyak dan
boleh menampung penduduk yang ramai.
2.Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukit
bukau.
3.Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan manusia

membuat kediaman yang selesa.

4.Mudah dapat sumber makanan di sungai seperti ikan.

5.Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.

6.Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-alat


keperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan binaan
membuat tempat kediaman.
2. Perbandaran
Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidup
berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar
dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadunMesopotamia. Selepas
2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-
kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota.
Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri
bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membina
bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan
negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas
dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan antara
satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash
( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan
Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secara
terancang. Kota Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan
dengan hutan yang mengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan
anggur.Di sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnya
terdapat padang-padang rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiap kota
mempunyai peraturan dan undang-undang perairan yang rumit. Setiap kota
mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah
ziggurat ( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja dewa-
dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi
mereka daripada serangan musuh.

DiMesir, sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang pesat.


Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatan kecil telah
berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul
sepertiKahira h danMemphis. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina.
Contohnya, Karnak dan Luxor. Bagi tamadun di lembah Indus, terdapat sebanyak
60 buah bandar dan yang terbesar ialah Mohenjo Daro ( di Sind) danHarappa (di
Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang
dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah..
Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya,
dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya
bangunan tersebut tahan lama. Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut
ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan
mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah ( sistem pembentungan).Longkang-
longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan dengan sungai-sungai.
Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di dalam kota-
kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan
yang lurus. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar
daripada serangan musuh. D tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat
mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-
bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus.
Tamadun China di lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu
daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis
seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan kerana penduduk yang bertambah
ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri
bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho,
muncul kira-kira pada tahun 1800SM, merupakan bandar tertua di negeri China dan
menjadi ibu kota Dinasti Shang.
Tamadun Yunani yang terawal bermula di Pulau Crete yang terletak di Laut
Aegean.Kewujudan bandar-bandar dalam tamadun ini didorong oleh perubahan
corak kehidupan iaitu dari kehidupan nomad kepada kehidupan yang tetap (terikat
kerana pertanian).Mereka telah menubuhkan suku kaum masing-masing. Suku-suku
itu pula telah menetap di satu-satu kawasan yang kemudiannya telah membentuk
kampung. Kampung-kampung ini kemudiannya telah berkembang menjadi bandar/
kota. Luas tiap-tiap kota adalah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata
penduduk seramai 5000 orang. Setiap kota membawa kehidupan sendiri ( tiada
perpaduan antara satu kota dengan kota yang lain). Ini berpunca dari keadaan
geografi yang berbukit bukau, sistem kepercayaan yang berbeza dan keinginan
tiap-tiap kota untuk memiliki kekayaan dan perdagangan masing-masing. Setiap
kota mempunyai tentera dan undang-undang masing-masing. Ibu kota Crete ialah
Knossus, merupakan kota yang pertama di Eropah. Penduduknya berjumlah 80000
orang. Satu ciri utama kota knossus ialah istananya yang dikelilingi oleh tempat
tinggal golongan aristokrat. Golongan miskin tinggal di kawasan industri. Kota

Knossus mempunyai jalan-jalan yang tersusun dan sistem pengairan yang lengkap.
Tiap-tiap kota dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
i.Acropolis : merupakan sebuah kawasan yang mempunyai tembok-
tembok pertahanan. Kuil yang dipanggil Parthenon dibina dipusatnya
untuk memuja Dewi Athena.
ii.Kawasan di bawah Acropolis merupakan kawasan kediaman dan pasar-
pasar.
iii.Kawasan di luar kawasan tempat kediaman.
Tamadun Rom bermula bermula daripada kampung-kampung kecil yang wujud di
kawasan selatan Sungai Tiber di Itali. Penduduk yang mendiami kawasan tersebut
ialah orang-orang Aryan atau dikenali sebagai orang Latin. Perkampungan mereka
telah berkembang menjadi bandar besar dan seterusnya menjadi sebuah empayar.
Di bahagian selatan Itali dan Pulau Sicily didiami oleh orang-orang Yunani. Mereka
mendirikan bandar-bandar dan mengamalkan kebudayaan Yunani. Rom merupakan
sebuah bandar terbesar di Itali. Bandar ini terletak di sebuah bukit kecil di tepi
Sungai Tiber. Rom berkembang dan menjadi bandar penting yang akhirnya meliputi
tujuh buah bukit di sekitarnya. Apabila Rom jatuh ke tangan orang-orang Etruscan
pada abad ke-6 SM, Rom telah muncul sebagai sebuah bandar yang besar dan
sebuah tembok dibina mengelilingi ketujuh-tujuh bukit tersebut. Banyak bangunan
dibina oleh orang-orang Etruscan. Sebuah pelabuhan juga dibina di tebing Sungai
Tiber untuk urusan perdagangan.
3. Organisasi Sosial
Tamadun Mesopotamia
Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali
sebagaiamelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialahmus hkinu (kelas
pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri
daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib)
dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah
golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru,
juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang
paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di
Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini
terdiri daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan
hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya
seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi
boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal,
anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh
membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang
dalam pentadbiran. Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua
perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri
menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah
sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap
sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya
sendiri, harta benda suaminya dan ayahnya ddn boleh menjalankan perniagaannya
sendiri dan mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan
suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari
keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh
menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi
hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.
Tamadun Mesir
Susun lapis masyarakat Mesir terbahagi kepada 3 kelas iaitu Kelas Atasan, Kelas
Pertengahan dan Kelas Bawahan. Firaun diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam
hiraki masyarakat Mesir kerana beliau dianggap sebagai tuhan. Kelas atasan terdiri
daripada pendeta dan golongan bangsawan. Golongan pendeta diberi kedudukan
yang tinggi kerana agama merupakan unsur penting dalam kehidupan orang
Mesir.Tugas pendeta ialah melakukan kerja-kerja sembahyang dan pengkebumian.
Golongan bangsawan dianggap penting kerana mereka membantu Firaun dalam
pentadbiran. Mereka memegang jawatan sebagai gabenor daerah, pemungut cukai
dan pegawai istana. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang, artisan dan
kumpulan profesional seperti guru, artis, doktor dan jurutulis. Kelas bawahan yang
merupakan golongan terbesar terdiri daripada petani dan hamba abdi. Para petani
menyerahkan sebahagian daripada hasil mereka kepada kerajaan sebagai cukai.
Hamba abdi yang merupakan golongan terendah terdiri daripada tawanan perang
dan orang yang dijual beli. Kebanyakan mereka bekerja di projek pengairan, kuari
kerajaan dan kuil. Terdapat mobiliti sosial dalam masyarakat Mesir. Seseorang yang
berbakat boleh bergerak dari peringkat bawah ke peringkat yang lebih tinggi.
Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Mesir adalah tinggi/ penting kerana
harta tanah diturunkan dari ibu kepada anak perempuan. Wanita juga boleh menaiki
takhta kerajaan. Mereka juga mempunyai hak membeli dan menjual harta. Mereka
juga dipandang mulia jika boleh melahirkan ramai anak.
Tamadun India
Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus,
India. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun India juga mempunyai 3
kelas masyarakat. Kelas Atasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta raja
(golongan bangsawan) dan pemilik tanah yang menikmati kehidupan mewah. Kelas
pertengahan terdiri daripada golongan artisann, pedagang, petani ( yang
mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan kapas) dan penternak binatang
(menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan khinzir). Kelas terendah sekali terdiri
daripada hamba abdi.
Tamadun China

Susun lapis masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Shang terdiri
daripada tiga lapisan (tidak termasuk raja). Raja mempunyai kedudukan yang paling
tinggi dan berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan
bangsawan menduduki hiraki yang tertinggi dalam sistem feudal yang diwujudkan
oleh Dinasti Chou. Melalui sistem feudal, Dinasti Chou memberi kuasa kepada
golongan bangsawan mentadbir sesatu wilayah secara mutlak. Golongan atasan
menghabiskan masa lapang mereka dengan berburu, mengadakan jamuan besar
dan mendengan muzik. Selepas golongan bangsawan ialah golongan petani.
Golongan ini merupakan golongan terbesar dalam masyarakat Shang. Semasa
pemerintahan Dinasti Chou, sebilangan petani yang bekerja di sawah-sawah kecil
telah menjadi hamba berhutang kerana gagal mengeluarkan hasil yang mencukupi.
Selepas golongan petani terdapat golongan artisan, peniaga dan askar. Kaum
wanita dipandang rendah.
Tamadun Yunani
Masyarakat Sparta terdiri daripada 3 golongan iaitu GolonganPeer (yang terdiri
daripada golongan pemerintah dan pemilik tanah), GolonganPerioeci ( orang
bebas yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perusahaan) dan Golongan
Helot ( petani dan hamba abdi yang mengerjakan tanah golongan Peer). Golongan
Peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi
pemberontakan dari golongan Helot. Hanya bayi golongan Peer yang sihat sahaja
dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu
kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus
berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberilatihan gimnastik dan
ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara
dengan menjadi isteri yang setia. Di Athens, masyrakatnya dibahagikan kepada 2
golongan iaitu golonganbangsawan dan golongan orang biasa ( terdiri daripada
warganegara dan bukan warganegara). Golongan bangsawan memiliki kawasan
tanah terbaik dan menguasai bidang politik. Golongan petani yang gagal membayar
hutang golongan bangsawan telah menjadi hamba kepada golongan bangsawan.
Masyarakat Athens lebih mementingkan kebebasan dan hak indiviidu.
Tamadun Rom
Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:
1.Golongan Patrisian : golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah
yang kaya, memonopoli jawatan Konsul dan keahlian Senet.
2. Golongan Plebeian : rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil
( masyarakat Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar
cukai yang tinggi serta berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi
politik, pada tahap awal mereka hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan
Centuriate. Hinggatahun 445SM mereka dilarang berkahwin dengan golongan
Patrisian.

3.Golongan hamba :kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan.


Mereka bekerja diladang, kilang atau pembantu rumah golongan atasan.
Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens.
Mereka membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal peribadi.
Wanita kelas atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh memperoleh harta.
Tamadun Arab
Organisasi Sosial masyarakat Arab zaman sebelum kedatangan Ialam ( Zaman Arab
Jahuliah) menampakkan pengamalan sistem kelas dan kasta. Di kawasan Arab
Tengah atau Hijaz umpamanya, kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat
keturunan Quraisy. Meeka merupakan kelas pemerintah, bukan sahaja kerana
keturunan mereka bahkan juga kerana kekayaan mereka. Walau bagaimanapun
terdapat juga di kalangan mereka yang tidak berada tetapi masih berpengaruh
seperti Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas kaum Quraisy barulah
diikuti oleh kabilah-kabilah lain yang tinggal berdekatan dengan Kaabah. Pada
zaman Qusai bin Kilab menjadi pemerintah Mekah, martabat sesatu kabilah diukur
berdasarkan jauh dekatnya kediaman mereka dari kaabah. Kabilah Bani Zohrah
merupakan kabilah yang lebih mendekati kabilah Quraisy. Sebagai suatu sistem
sosial ala feudalisme, terdapat kelas hamba abdi yang besar bilangannya. Mereka
tidak mempunyai apa-apa hak hingga batang tubuh sendiri dapat dijual belikan.
Kebanyakan mereka orang Arab juga tetapi sesetengahnya bukan berbangsa Arab.
Tentang kedudukan kaum wanita, pada umumnya nilai mereka sangat rendah pada
pandangan masyarakat Jahiliah. Mereka merasa malu apabila mendapat anak
perempuan dan kerana itu telah menjadi kebiasaan mereka menanam hidup-hidup
anak perempuan mereka. Kaum wanita hanya layak menjadi pemuas seks kaum
lelaki. Walau bagaimanapun, kedudukan sosial yang berkelas-kelas dan
memandang rendah kepada kaum wanita itu telah dihapuskan apabila agama Islam
menyinari bumi Arab. Semua manusia dianggap satu ummah yang tidak dibeza-
bezakan melalui pangkat, harta mahupun jantina di sisi Allah. Kayu ukur kemuliaan
seseorang manusia itu dinilai dari segi ketakwaannya.

Tamadun Barat
Keruntuhan Empayar Rom pada sekitar abad ke-5 M telah memulakan zaman
pertengahan Eropah( selama 1000 tahun). Peringkat awal zaman pertengahan itu
dianggap sebagai zaman gelap kerana Eropah melalui satu peringkat yang kurang
maju perpecahan politik, kemersotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian
terhadap masyarakatnya). Masyarakat Eropah masa itu terbahagi kepada 2
golongan iaitu pemimpin ( terdiri daripada raja dan bangsawan/ vassal) dan yang
dipimpin ( rakyat biasa / serf ) Raja berada pada kedudukan tertinggi, diikuti lapisan
kedua iaitu golongan bangsawan/vassal dan ahli agama. Golongan rakyat biasa itu
terdiri daripada petani dan rakyat biasa. Mereka bukanlah hamba tetapi mereka
tidak bebas sepenuhnya. Mereka bekerja untuk tuan mereka iaitu golongan pada
lapisan kedua tadi. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak

bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Kedudukan
merekaadalah di antara hamba dengan orang bebas. Sistem begini dipanggil sistem
feudal.Apabila zaman pertengahan itu berakhir, zaman moden Eropahpun bermula
padasekitar tahun 1500M. Organisasi sosial Eropah turut berubah dengan
kemerosotansistem feudal. Peningkatan pertanian dagangan, perkembangan bandar
dan sektorperusahaan telah memberi peluang kepada golongan serf ini bebas dari
belenggutuan tanahnya. Ada di antara mereka yang melarikan diri ke bandar untuk
menjadiburuh upahan

Tamadun Melayu
Di Alam Melayu juga menampakkan organisasi sosial yang mementingkan kelas.
Terdapat 2 kelas manusia. Kelas teratas mengandungi raja dan bangsawan. Kelas
kedua pula terdiri daripada rakyat jelata yang menjadi hamba kepada golongan
pertama tadi. Hiraki sosial yang membeza-bezakan taraf manusia ini sebenarnya
adalah bertolak dari ajaran kasta Hindu. Di Srivijaya misalnya, terdapat dua kelas
yang utama iaitu kepas pemerintah dan kelas diperintah. Kelas-kelas ini
dibahagikan pula kepada 4 golongan ( golongan raja, bangsawan, orang merdeka
dan hamba abdi). Kedudukan wanita di alam Melayu tidak dipandang rendah, malah
ada di kalangan mereka berpeluang menjadi pemerintah seperti yang berlaku di
Majapahit dan di Bali. Apabila Islam mula mengambil tempat di alam Melayu,
perbezaan taraf manusia mula dikikis tetapi mengambil masa yang agak lama.
4. Kepercayaan dan Agama
4.1 : Kepercayaan
Antara ciri-ciri tamadun ialah adanya kepercayaan dan agama dalam kehidupan
manusia. Nilai-nilai kepercayaan dan agama adalah satu ciri penting dalam
kemunculan sesuatu tamadun seperti yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia,
Mesir, Lembah Indus dan Hwang Ho. Pemerintah menanggung perbenlanjaan yang
tinggi untuk perkara-perkara keagamaan. Sejumlah besar kutipan cukai dikhaskan
untuk keperluan agama dan untuk membina tempat-tempat ibadat seperti kuil dan
sebagainya. Masyarakat tamadun awal mempercayai kewujudan banyak tuhan atau
polytheistic. Unsur alam semula jadi dijadikan sesuatu untuk disembah bagi tujuan
menjauhkan malapetaka. Kepercayaan terhadap unsur alam mempengaruhi setiap
aspek kehidupan. Contohnya, dalam bidang pertanian, mereka memuja unsur alam
untuk mendapatkan hasl yang banyak. Keadaan tersebut telah membawa kepada
penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.
Tamadun Mesopotamia
Agama orang Sumeria bersifat politeisme. Mereka menyembah banyak tuhan atau
dewa dewi yang mempunyai ciri-ciri bentuk manusia. Dewa dewi ini dipercayai
mendatangkan kebaikan atau keburukan. Mereka tidak menyembah raja mereka
tetapi menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia.Tuhan utama orang Sumeria
ialahAn u (dewa/tuhan langit), Enlil (tuhan bumi),Enki (tuhan air). Menurut
kepercayaan orang Sumeria, nasib negara, rakyat dan kejadian alam ditentukan
oleh dewa-dewa. Contohnya, dewa Dumumi dan dewa Inanna menentukan musim
bungaan danmusim salji. Orang Sumeria tidak percaya kepada kehidupan selepas
mati. Menurut orang Sumeria, tuhan-tuhan mereka tidak pernah berkuasa ke atas
kehidupan di akhirat. Penyembahnya berddoa meminta rahmat kebendaan dan
dipanjangkan umur. Mereka percaya bahawa bencana alam seperti banjir dan
kebuluran merupakan hukuman yang ditimpa ke atas mereka. Mereka juga percaya
bahawa jika mayat tidak dikebumikan, si mati akan bangkit merayau-rayau di
lorong-lorang untuk mencari makanan. Mereka sangat takut kepada hantu orang
mati.Sebab itulah mereka sangat mengambil berat tentang pengkebumian orang
mati. Mayat yang ditanam dibekalkan dengan makanan yang diisi dalam takar.
Mayat lelaki dibekalkan dengan kail dan senjata, mayat perempuan pula dibekalkan
cermin yang dibuat dari tembaga. Barang-barang lain yang dibekalkan ialah seperti
kereta kuda, barang perhiasan dan barang-barang lain yang dimiliki olehnya
temasuk orang gaji. Mereka mengkebumikan mayat di bawah lantai rumah supaya
roh simati tidak berasa diketepikan dan dapat bersama dengan keluarganya ketika
menyembah tuhan keluarga mereka. Orang Sumeria menyembah tuhan yang
dipercayai turun ke bumi untuk melindungi negara kota mereka. Dengan itu mereka
membinaziggurat ( kuil yang berbentuk piramid yang bertingkat-tingkat setinggi 6
atau 7 tingkat). Ziggurat ini berbentuk menara dan lebih tinggi dari bangunan-
bangunan lain yang ada di dalam kota. Kuil ini biasanya dibina di atas bukit. Oleh
kerana ziggurat itu tinggi, ia boleh kelihatan berbatu-batu jaraknya. Kuil merupakan
bangunan yang paling penting di dalam sesebuah bandar. Pejabat-pejabat
perniagaan dan pentadbiran dan gudang terletak di dalam perkarangan kuil. Tempat
pemujaan merupakan tempat paling penting dalam kuil. Mereka menjalankan
upacara pemujaan tuhan bagi mengelakkan malaa petaka yang dianggap sebagai
hukuman tuhan. Ziggurat pertama telah dibina di kota Nippur untuk tuhan Enlil.
Ketua sami juga merupakan ketua bandar. Ini kerana dasar pemerintahan Sumeria
berbentuk teokrasi ( agama sebagai dasar pemerintahan). Setiap kota di Sumeria
mempunyai sebuah kuil. Setiap negara kota mempunyai dewa penaung (patron
deity).Mereka percaya, tuhan yang dipuja oleh sesebuah bandar menetap di
menara kuil. Di antara upacara agama yang dijalankan ialah pemujaan dan
pengorbanan. Upacara pemujaan dijalankan di dalam ziggurat. Pengorbanan dibuat
hanya apabila raja-raja meninggal dunia. Apabila raja-raja meninggal dunia,
pengiring-pengiringnya turut mengiringi kematian itu ( mati bersama/dibunuh).
Dalam tugu-tugu diraja dijumpai bersama mayat itu ialah barang-barang hiasan

seperti emas dan perak. Mayat raja/permaisuri dipakaikan pakaian yang lengkap
dan serba indah, lengkap dengan barang kemas yang bertatahkan permata.
Tamadun Mesir
Di Mesir, masyarakatnya mempercyai bahawa alam dikuasi oleh tuhan-tuhan yang
menetukan hidup atau mati segala benda yang wujud di muka bumi ini. Antara
nama tuhan atau dewa orang Mesir ialah Amon-Re (tuhan matahari), seth, Isis
(tuhan bulan), Osiris (tuhan Sungai Nil), Thoth, Horus, Bast, Anubis, Khnum,
Nepthys, Nut (tuhan langit), Shu (tuhan udara) dan ptah. Mereka juga menyembah
tuhan tanaman dan tuhan binatang.. Tuhan yang paling penting dan dianggung-
agungkan oleh mereka ialah Amon re dan Osiri..Menurut kepercayaan mereka, seth
ialah tuhan jahat yang selalu menyebabkan tanaman rosak. Firaun Amenhotep IV
atau Akhenaton 9 kira-kira tahun 1375-1360SM) pernah cuba memperkenalkan idea
satu tuhan tetapi ditentang oleh sami-sami. Akhirnya beliau terpaksa juga
membenarkan pemujaan ramai tuhan. Orang Mesir juga percaya tentang kehidupan
roh selepas mati. Oleh itu mereka mengawet mayat (mumia) untuk menghalangnya
dari menjadi reput. Mereka percaya bahawa tuhan Osiris akan memberi kehidupan
selepas seseorang itu mati. Mayat ditanam bersama-sama dengan makanan,
pakaian, perkakas rumah dan barang kemas supaya hidup bahagia di akhirat. Selain
dari itu, mayat juga dibekalkan dengan patung-patung kecil dan model-model kapal
sebagai simbul kekayaan yang akan dimilki oleh si mati itu.dalam dunia akhirat
kelak. Papyrus bergulung yang tertulis di atasnya mentera turut ditanam bersama
dengan tujuan bagi mengelakkan rohnya menceritakan kejahatan seseorang di
dunia semasa tuhan-tuhan mengadilinya. Kadang-kadang ilmu sihir, buku-buku
nyanyian dan sajak juga ditanam bersama untuk menjadi hiburan kepada seseorang
itu di akhirat kelak.. Mereka percaya bahawa tiap-tiap amalan baik atau jahat akan
diadili di akhirat dengan berbagai-bagai ujian. Jantung orang mati akan ditimbang.
Mereka yang lulus ujian itu akan masuk ke syurga, manakala yang gagal akan
ditelan raksaksa. Orang Mesir menyediakan badan yang yang telah dimumiakan(
awet) sebagai tempat roh bersemadi. Piramid dibina untuk menyimpan harta Firaun
yang telah mati dan mayat yang telah dimumiakan. Piramid yang terkenal ialah
piramid raja Khufu (Cheops) yang dibina oleh Giza.

Anda mungkin juga menyukai