Anda di halaman 1dari 4

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah karya sastra Melayu yang sangat terkenal, cerita

tentang Hang Tuah.

Pada masa keemasan Kerajaan Malaka tersebutlah Kisah, Cerita Hang Tuah, seorang
laksamana perkasa. Ia berasal dari rakyat biasa, lahir sebuah gubug usang. Namun berkat
keberaniannya, Hang Tuah amat dikasihi dan akhirnya menjadi orang kepercayaan Raja.
Maka tampillah Hang Tuah sebagai pemuka kerajaan.

Dalam Kisah, Cerita, Hang Tuah memiliki beberapa sahabat dekat: Hang Jebat, Hang
Kesturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Beberapa pendapat mengatakan kedua tokoh
terakhir sebenarnya hanya satu orang dua nama. Namun adapula berpendapat kelima
kawan diatas adalah versi Melayu dari para Pandawa lima, tokoh utama dalam wiracarita
Mahabharata.

Kisah, cerita Hikayat Hang Tuah berputar pada kesetiaan Hang Tuah pada sang Sultan.
Bahkan ketika Hang Tuah dikhianati lalu dibuang, teman karibnya, Hang Jebat yang
memberontak membelanya tapi akhirnya malah dibunuh. Bagi kalangan Bangsa Melayu
masih kontroversial. Siapakah yang benar: Hang Tuah atau Hang Jebat?

Setting cerita Hang Tuah di Malaka sekitar abad ke-14 Masehi. Sebab banyak diceritakan
dalam hikayat tersebut, perseteruan antara Malaka dan Majapahit.

Banyak kritik ditujukan kepada orang Jawa dalam Cerita, Kisah hikayat Hang Tuah inih.
Meskipun begitu senjata paling ampuh, yaitu sebilah keris, berasal dari Majapahit. Malah
cerita, Kisah nya Hang Tuah lima bersaudara dikatakan menuntut banyak ilmu kebatinan
dari petapa Jawa.
Seorang usahawan muda telah menempa nama dalam perusahaan perabot. Sebagai
wartawan sebuah majalah, anda diarahkan untuk mewawancara usahawan yang
berkenaan. Isi wawancara itu ialah tentang kegiatannya dalam bidang perusahaan perabot
dan rancangan-rancangannya pada masa akan datang. Tulislah wawancara anda itu
selengkapnya.

***

Saya telah mendapat arahan daripada ketua editor untuk mewawancara seorang usahawan
muda yang telah berjaya menghasilkan perabot-perabot dan krafrangan hingga mendapat
pasaran luar negeri. Yang berikut ialah isi wawancara saya dengan usahawan tersebut,
iaitu Encik Teo Hing Seng.

Pemberita : Selamat sejahtera, Encik Teo.

Encik Teo : Selamat sejahtera. Silakan duduk.

Pemberita : Terima kasih. Terlebih dahulu rubuan terima kasih saya ucapkan kerana
kesudian Encik Teo untuk diwawancara. Bagaimanakah Encik Teo mula melibatkan diri
dalam bidang pembuatan perabot dan kraftangan ini?

Encik Teo : Sebenarnya, cita-cita saya ialah menjadi arkitek. Walau bagaimanapun,
setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni halus dan
perabot di Itali, saya terpaksa melupakan cita-cita itu. Setelah menamatkan pengajian,
minat saya untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh
sebab itulah, saya memberanikan diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini.

Pemberita : Bagaimanakah timbulnya minat Encik Teo untuk melibatkan diri dalam
bidang ini?

Encik Teo : Pada mulanya saya kurang meminati bidang ini, tetapi setelah mengikuti
pengajian dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada barang-
barang perabot dan kraftangan, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri.

Pemberita : adakah Encik Teo sendiri yang membuka perniagaan ini?

Encik Teo : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini.
Saya dibantu oleh tiga orang sahabat yang secara kebetulan mempunyai minat yang sama
seperti saya. Walau bagaimanapun, selepas setahun hanya tinggal saya seorang yang
menguruskan perniagaan ini sepenuh masa. Sahabat-sahabat saya telah membuka
perniagaan masing-masing. Kini, perniagaan ini saya miliki sepenuhnya. Saya dibantu
oleh lima orang pekerja.

Pemberita : Apakah masalah yang Encik Teo hadapi ketika memulakan perniagaan ini
dahulu?
Encik Teo : Masalah utama ialah mendapatkan modal yang secukupnya. Namun begitu,
masalah ini dapat saya atasi melalui pinjaman bank. Masalah-masa lain termasuklah
persaingan dengan pengusaha perabot yang lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja
yang mahir dan kreatif, dan pasaran yang terhad juga. Namun demikian, masalah-
masalah tersebut dapat saya atasi secara beransur-ansur.

Pemberita : Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan Encik Teo .
apakah rancangan-rancangan Encik Teo pada masa yang akan datang?

Encik Teo : Saya bercadang untuk mengeksport perabot dan kraf tangan yang saya
usahakan ini ke luar negeri. Saya bercadang juga untuk mengajak pengusaha-pengusaha
perabot dan kraf tangan yang lain bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini.
Pemberita : Adakah Encik Teo yakin bahawa rancangan ini akan berjaya dan mendapat
sambutan daripada masyarakat di luar negeri?

Encik Teo : Ya, saya yakin. Hal ini demikian kerana perabot-perabot yang saya hasilkan
adalah daripada kayu-kayan yang bermutu tinggi. Selain itu, saya percaya bahawa seni
ukirnya yang halus dan reka bentuknya yang unik akan menarik minat masyarakat luar
untuk membeli perabot yang saya usahakan ini.

Pemberita : Selain mengeksport perbot ke luar negeri, apakah rancangan lain yang
mungkin dijalankan?

Encik Teo : Saya bercadang juga untuk membuka cawangan kedai perabot di negara-
negara Asia, khususnya di Filipina, Brunie Darussalam, Jepun, dan Korea Selatan. Saya
bercita-cita juga untuk memperluas pasaran perabot ini hingga ke Amerika syarikat dan
negara-negara Eropah.

Pemberita : saya mendapati bahawa Encik Teo mengutamakan perabot yang berbentuk
tradisional dan antik. Tidakkah Encik Teo bercadang untuk mengusahakan perabot
moden pula?

Encik Teo : Pada masa ini, saya lebih mengutamakan perabot berbentuk tradisional dan
antik kerana sambutan yang diberikan untuk perabot-perabot ini sungguh baik. Namun
demikian, saya bercadang juga untuk mempelbagaikan reka bentuk perabot tersebut pada
masa akan datang.

Pemberita : Akhir sekali, apakah pesanan Encik Teo kepada pembaca majalah ini?

Encik Teo : Saya berharap agar mereka yang meminati bidang ini akan
mengusahakannya dengan sungguh-sungguh. Mereka perlu menjadi lebih kreatif juga.
Tegasnya, kegigihan seseorang itu akan menentukan kejayaannya dalam apa-apa bidang
sekali pun.

Pemberita : Nampaknya setakat ini saja wawancara kita kali ini. Terima kasih sekali lagi
kerana Encik Teo sudi meluangkan masa untuk diwawancara.
Encik Teo : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai