Anda di halaman 1dari 5

Penilaian teknikal ke atas sebutharga bekalan dan perkhidmatan dijalankan dalam dua peringkat. 1. Penilaian Peringkat Pertama : a.

Penilaian berasaskan pematuhan kepada beberapa ciri spesifikasi wajib yang telah ditetapkan dalam dokumen spesifikasi teknikal bagi menentukan sama ada penyebutharga layak dipertimbangkan untuk peringkat penilaian seterusnya. b. Sekiranya tiada ciri spesifikasi wajib ditetapkan semasa penyediaan dokumen spesifikasi teknikal, proses penilaian bolehlah diteruskan ke peringkat kedua.

2. Penilaian Peringkat Kedua : a. Penilaian peringkat ini adalah berasaskan spesifikasi am seperti yang ditetapkan dalam dokumen spesifikasi teknikal. b. Penilaian ini dibuat berasaskan satu system pemarkahan (point system) dan penentuan markah dibuat secara objektif dan kuantitatif bagi setiap kriteria serta wajaran penilaian yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi atau Jawatankuasa Penilaian Teknikal di peringkat awal sebelum proses penilaian dijalankan.

3. Penilaian Teknikal Peringkat Pertama Pematuhan Kepada Spesifikasi / Syarat Wajib a. Penilaian di peringkat ini merupakan satu proses untuk menyenarai pendek petender/penyebutharga yang mematuhi spesifikasi wajib yang ditetapkan. Untuk tujuan ini, semakan boleh dilakukan ke atas kecukupan dokumen teknikal terutamanya yang melibatkan spesifikasi wajib seperti katalog, sample produk, maklumat dan manual produk atau dokumen/syarat yang lain yang ditetapkan.

b. Kegagalan penyebutharga mengemukakan dokumen teknikal yang melibatkan spesifikasi/syarat wajib seperti yang ditetapkan, boleh mengakibatkan penyebutharga tersebut tidak dipertimbangkan. c. Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah menyemak dan memastikan setiap spesifikasi /syarat wajib dipenuhi dan dipatuhi oleh penyebutharga berdasarkan maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh penyebutharga. Pematuhan kepada spesifikasi/syarat wajib hendaklah ditandakan pada dua kedudukan sahaja sama ada mematuhi atau tidak mematuhi tanpa kompromi. Oleh itu, Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi perlu berhatihati dan mengkaji secara mendalam kemampuan bakal penyebutharga mematuhi syarat tersebut sebelum meletakan spesifikasi/syarat wajib semasa di peringkat penyediaan spesifikasi lagi. d. Selepas semakan dibuat, penyebutharga yang melepasi peringkat penilaian pertama ini layak untuk dipertimbangkan untuk proses penilaian di peringkat kedua. e. Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah menyediakan maklumat lengkap pematuhan spesifikasi/syarat wajib termasuk meletakkan tahap atau maklumat terperinci barangan/perkhidmatan tersebut bukan sekadar dilabel/ditanda mematuhi dan tidak mematuhi. Maklumat ini penting terutama tahap atau maklumat yang mengakibatkan kegagalan penyebutharga tersebut mematuhi spesifikasi/syarat wajib yang ditetapkan seperti jadual di bawah:

Kod Penyebut Harga 1/4 2/4 3/4 4/4 Nota: M T

Spesifikasi Wajib (Nyatakan sama ada mematuhi spesifikasi/syarat wajib) M T T M Mematuhi Tidak mematuhi

Catatan (tahap pematuhan atau maklumat terperinci) LULUS TIDAK LULUS TIDAK LULUS LULUS

4. Penilaian Teknikal Peringkat Kedua Pematuhan Kepada Spesifikasi Am a. Proses penilaian teknikal di peringkat kedua adalah dikalangan penyebutharga yang melepasi penilaian perigkat pertama sekiranya terdapat spesifikasi/syarat wajib ditetapkan oleh PTJ. Proses penilaian di peringkat kedua ini akan mengukur dan menilai ke atas pematuhan penyebutharga kepada spesifikasi am. b. Secara asasnya, tahap ketepatan bagi sesuatu tawaran diklasifikasikan sebagai salah satu yang berikut:
Ciri Ketepatan Tahap I II III IV V

Tawaran yang melebihi had spesifikasi dan kelebihan tersebut boleh memberi faedah atau keuntungan kepada pengguna. Menepati spesifikasi, atau tawaran yang melebihi had spesifikasi tetapi kelebihan itu tidak diperlukan oleh pengguna. Terdapat sedikit penyimpangan (deviation) dan ia tidak menjejaskan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan serius. Terdapat penyimpangan yang ketara dan ia boleh menjejaskan kualiti barangan atau perkhidmatan dengan serius Tidak menepati spesifikasi atau tiada komitmen atau tidak mengemukakan katalog/maklumat untuk semakan.

c. Tahap ketepatan bagi tawaran yang telah Tahap ketepatan bagi tawaran yang telah diklasifikasikan di atas perlu dipindahkan melalui skim pemarkahan seperti jadual di bawah:
Tahap I II III IV V Ciri Ketepatan Markah 5 3 2 1 0

Tawaran yang melebihi had spesifikasi dan kelebihan tersebut boleh memberi faedah atau keuntungan kepada pengguna. Menepati spesifikasi, atau tawaran yang melebihi had spesifikasi tetapi kelebihan itu tidak diperlukan oleh pengguna. Terdapat sedikit penyimpangan (deviation) dan ia tidak menjejaskan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan serius. Terdapat penyimpangan yang ketara dan ia boleh menjejaskan kualiti barangan atau perkhidmatan dengan serius Tidak menepati spesifikasi atau tiada komitmen atau tidak mengemukakan katalog/maklumat untuk semakan.

d. Skim Pemarkahan Terus Skim pemarkahan Terus ini adalah sesuai untuk perolehan yang tidak kompleks dan spesifikasi am barangan/perkhidmatan tersebut adalah pada tahap wajaran yang hampir sama. Cara pengiraan penilaian teknikal menerusi Skim Pemarkahan Terus adalah seperti berikut: PENYEBUT HARGA
Bil Peralatan
Komputer Peribadi (Desktop) Komputer Peribadi (Desktop) Komputer Peribadi (Desktop) Komputer Peribadi (Desktop) Komputer Peribadi (Desktop) Komputer Peribadi (Desktop) Komputer Peribadi (Desktop)

1/4
Catatan
Pematuhan M M T T T M M Tahap 1 2 3 4 5 1 2

Spesifikasi
DESKTOP HARD DISK SATA 160GB DESKTOP HARD DISK SATA 320GB DESKTOP HARD DISK SATA 500GB DESKTOP HARD DISK PATA (IDE) 160GB DESKTOP HARD DISK PATA (IDE) 320GB DESKTOP HARD DISK PATA (IDE) 500GB RAM 512MB DDR1

1.

Melebihi Spec Mematuhi Spec Menghampiri Spec Tidak Mematuhi dan menjejaskan Spec Tidak Mematuhi Spec Melebihi Spec Mematuhi Spec

2.

3.

4.

5.

6.

7.

e. Proses menyediakan skim pemarkahan ini perlu diulang bagi setiap penyebutharga yang perlu dinilai. Catatan dimasukkan secara automatik bagi menunjukkan ciri sebenar barangan/perkhidmatan tersebut berbanding spesifikasi am. f. Pengiraan Markah dibawah ini akan dikira secara automatik berdasarkan jadual diatas.
Ciri spesifikasi Am 1 Ciri spesifikasi Am 2 Ciri spesifikasi Am 3 Ciri spesifikasi Am 4 Ciri spesifikasi Am 5 Ciri spesifikasi Am 6 Ciri spesifikasi Am 7

Penyebutharga

Jumlah Markah

1/4 2/4

5 5

3 5

2 5

1 5

0 5

5 5

3 5

19 35

3/4 4/4

3 3

3 3

3 2

3 1

3 3

3 5

3 5

21 22

Proses menyediakan skim pemarkahan ini perlu diulang bagi setiap petender/penyebutharga yang perlu dinilai. Catatan dimasukkan untuk menunjukkan ciri sebenar barangan/perkhidmatan tersebut berbanding spesifikasi am.

Anda mungkin juga menyukai