Anda di halaman 1dari 2

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.

6 TAHUN 2010-BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN ( KWAPM )


By azlina On October 20, 2010 Leave a Comment 1. KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KWAPM.

1.1. Murid warganegara Malaysia di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 1.2. Murid yang Ketua Isi Rumahnya ( KIR ) berdaftar dengan eKasih dan dikategorikan sebagai Miskin atau Miskin Tegar. 1.3. Murid bukan penerima salah satu bantuan berbentuk kewangan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan ( BKP ), Biasiswa Sukan ( BS ), Elaun OKU KPM, biasiswa kerajaan negeri, biasiswa swasta dan Yayasan. 1.4. Murid Orang Asli ( yang berdaftar dengan eDAMAK ) dan murid Penan ( yang bersekolah di sekolah Penan ). 1.5. Pendapatan Isi Rumah Murid ( pendapatan suami dicampur dengan pendapatan isteri ) Bulanan tidak melebihi RM 720.00 atau Perkapita RM 180.00. 2. JENIS BANTUAN DAN KADAR BANTUAN.

2.1. Bantuan Am Persekolahan ( BAP ) berjumlah RM200.00 setahun-diguna untuk membeli pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid. 2.2. Bantuan Bulanan-Jumlahnya dan pemberiannya adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM. 3. TATACARA PERMOHONAN

3.1. Semua ibu bapa / penjaga murid perlu mendaftar dengan Sistem eKASIH. Bantuan KWAPM akan diberi secara automatik. 3.2. Bagi KIR ( ibu bapa / penjaga ) yang belum berdaftar dengan eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my.

3.3. Sila hubungi Pegawai Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU JPM ), Pejabat Pembangunan Negeri Zon Kuala Muda Yan, Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM ). Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai