Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK Latihan Industri sangat penting untuk pelajar politeknik untuk persediaan atau mendedahkan pelajar ke dalam alam

pekerjaan yang sebenar, tidak kira sama ada dalam industri atau sektor awam. Dalam bidang kerja pula,kerja-kerja dalam Pembinaan sememangnya memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi. Walaupun kerja-kerja dalam Pembinaan tidak memerlukan ketepatan yang tinggi,proses kerja seperti perkara asas dalam kerja di tapak bina perlu dipatuhi agar segala kerja yang dijalankan betul dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Pengalaman yang di timba di Sinar Baru Construction SDN. BHD. dimana saya mula mendapat pengalaman di alam pekerjaan. Semasa latihan, teori yang di pelajari semasa di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, ternyata berbeza kerana apa yang dipelajari di dalam bengkel kayu,konkrit dan ikat bata pengetahuan yang diperolehi terlalu sedikit dan semasa menjalani latihan praktikal, saya dapat pengetahuan yang lebih meluas berkenaan paip jika dibandingkan semasa di bengkel tersebut di Politeknik. Kerja-kerja yang dilakukan semasa di luar pejabat, kawasan yang meliputi sekitar Daerah Kuantan sahaja. Kebanyakan kerja yang dijalankan ialah kerja-kerja di tapak bina di Sekolah Rendah Batu Tiga dan 2 sekolah lagi. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat selama enam bulan bermula 11 Januari 2010 hingga 11 Jun 2010 memberikan banyak manfaat kepada saya apabila barada di Politeknik di kemudian hari.

Anda mungkin juga menyukai