Anda di halaman 1dari 20

TAJUK Teknik COMIL : Satu kaedah untuk menguasai subtopic Sifat Kimia Sebatian Karbon ABSTRAK Kajian ini

dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tingkatan 5 aliran sains tulin di dalam subtopik Sifat Kimia Sebatian Karbon. Seramai 20 orang murid 5 sains 2, SMK Mahkota Umbai, Melaka dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tujuan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati proses penukaran dari satu siri homolog kepada siri homolog yang lain, reagen yang ditambah, suhu dan tekanan yang diguakan serta pemerhatian bagi seuatu tindak balas tertentu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan Teknik COMIL. Murid telah didedahkan kepada Teknik COMIL selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar Sifat Kimia Sebatian Karbon melalui tknik COMIL. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2003 untuk kelas 5 Sains 2, saya tetap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, marah, sedih dan seribu satu macam perasaan yang tuhan sahaja mengetahuinya. Hanya 2 orang sahaja murid yang lulus, itu pun dengan gred 8E, berbanding dengan murid 5 Sains 1, hanya 4 orang sahaja yang gagal dengan markah yang hampir lulus. Saya mengajar dikedua-dua kelas ini sejak mereka di tingkatan 4 lagi. Rasanya saya telah berusaha semampu yang boleh sehinggakan saya sanggup membelanjakan RM 550.00 untuk membeli bahan banu mengajar. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Antaranya : - mereka memang lemah, tidak layak masuk kelas sains - aku ajar si x, masa form 3, memang lemah, pelik aku macam mana dia boleh masuk kelas sains - jangan tension diri, awak tu muda lagi nanti kena darah tinggi Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan meminta murid 5 Sains 2, menulis di atas sekeping kertas, sebab-sebab mereka gagal di dalam kimia. Saya juga elah meminta semua guru yang mengajar 5 Sains 2 menulis pandangan meraka menenai sikap dan pencapaian murid 5 Sains 2. Kesemua guru mengatakan murid lelaki 5 Sains 2 ,kurang berdisplin, rendah motivasi diri, tidak serius terhadap pelajaran dan pencapaian mereka adalah agak rendah. Mana kala murid perempuan pula, walaupun lebih berdisplin dan rajin, tetapi pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal d dalam kimia yang telah dinyatakan oleh murid 5 Sains 2 ialah:

- tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji - tidak ingat rumus fakta / konsep penting - tidak faham oalan dan lain-lain lagi Maklum balas yang diberi oleh murid dan guru serta keazaman untuk mencapai 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan. ISU KEPRIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Kimia SPM dan dapati bahawa item mengenal Sifat Kimia Sebatian Karbon merupakan item waji bagi kertas 1 dan 2 yang menyumbang atara 7 ke 25 markah. Jika murid dapat menguasai subtopik Sifat Kimia, Sebatian Karbon dan beberapa topic lain yang mudah, peluang untuk mereka lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapioleh murid dalam subtopik Sifat Kimia Sebatian Karbon ialah mengingati proses penukaran dari satu siri homolog kepada siri homolog yng lain. Mereka gagal mengingati apakah reagen yang ditambah, mankin, suhu dan tekanan yang digunakan serta pemerhatian seperti perubahan warna bahan kimia dalam sesuatu tindak balas kimia. Saya yakin jika saya dapat memperbagai dan meningkat kaedah P & P, sikap negatif dan pencapaian murid 5 Sains 2 yang rendah akan dapa diperbaki. Gardner (1991) mengatakan ketidakseasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. Lantaran itu saya telah mendapatkan analisa Multiple Intelligences Profile Indicator murid 5 Sains 2 dari guru Biologi yang telah menjalankan Ujian Kecerdasan Pelbagai bagi mengesan kecerdasan dominant murid 5 Sains 2. Kecerdasan Dominan Logik Matematik Visual Ruang Tubuh Kinestatik Verbal Linguistik Muzik Ritma Interpersonal Intrapersonal Bil Murid 1 8 5 2 1 2 1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk menngkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap sifat kimia sebatian karbon Objektif Khas 1. Meningkatkan kemahiran murid untuk menjelaskan sifat kimia sebatian karbon. 2. Membantu murid mendaat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM

3. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses pembelajaran adalah menyeronokkan. 4. Meningkatkan daya ingatan murid dan penggunaan otak kanan melalui teknik COMIL KUMPULAN SASARAN Murid 5 Sains 2 Lelaki Perempuan Jumlah : 11 orang : 9 orang : 20 orang PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos dan soal selidik 5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses p & p berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan. Sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti p & p yang dijalankan. 5.1.2 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra dberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai sub topic sifat kimia sebatian karon. Item ujian pra merupakanitem kertas 1dan 2 kimia program gerak gempur sains & matematik negeri Melaka bagi tahun 2003. Selepas saya menyemak jawapan murid, saya tidak memulakan kertas jawapan murid dan tiada membincangkan jawapanya, sebalik nya saya telah memperkenalkan teknik COMIL dan 5 hari selepas itu saya telh memberikan ujian pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Lebih kurang empat minggu selepas ujian pos 1, muid saa telah mnduduki peperiksaan percubaan SPM selaras bagi negeri Melaka dan saya telah menggunakan item kertas 1 dan 2 berkenaan sifat kimia sebatian karbon sebagai uian pos 2. 5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan sifat kimia sebatian karbon, sebelum dan selepas tekik COMIL diperkenalkan. Saya juga telah mengedarkan boring soal selidik kepada rakan-rakan guru yang ada dan tiada latar belakang pendidikan sains untuk mendapatkan pandangan merka mengenai teknik COMIL 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selpas kajian djalankan terhadap sasaran didapati : Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tiada lagi menudukkan muka apabila guru menyoal. Murid bejaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat olh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan murid. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan. 5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Pos

Perbandingan pencapaian murid dalam ujia pra dan pos adalah seperti berikut : Bilangan Murid Gred A B C D E G TH PRA 0 1 1 1 2 12 3 POS 1 1 2 3 3 4 6 1 POS 2 2 2 5 4 2 3 2 Bilangan Murid Bilangan Murid

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tiada seorang pun murid yang endapat sifar berbanding dengan ujian pra di mana 5 orang murid telah mendapat sifar.

5.2.3

Analisa Soal Selidik

Murid telah memberikan respon positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:

Skala Likert :

1 2 3 4 5

sangat tidaksetuju tidak setuju kurang setuju setuju sangat setuju 1 1 2 4 0 0 0 0 1 0 2 3 4 BILANGAN MURD 3 8 7 3 10 3 6 2 0 0 3 0 1 9 2 4 2 4 5 4 1 6 10 7 8 12 4 5 1 2 0 10 6 11 5 2 11

1 2 3 4 5 6 7 8 9

SKALA ITEM Kimia merupakan subjek yang mudah Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri daripada teknik COMIL Kimia organik merupakan satu cabang kimia yang mudah dikuasai walaupun tampa teknik COMIL Saya mudah memahami tindak balas kimia organik selepas guru memperkenalkan teknik COMIL Saya mudah mengingai tindak balas kimia organik selepas guru memperkenalkan teknik COMIL Saya rasa lebih seronok belajar tajuk kimia organik menggunkan teknik COMIL Saya akan menggunakan teknik COMIL bagi tajuk lain dalam kimia Sya akan mengunakan teknik COMIL untuk subjek lain Teknik COMIL membantu meningkatkan daya kreativiti saya

Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru-guru pula adalah seperti berikut : Guru Pendidikan Seni . Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan murid kerana warna dan symbol adalah dua perkara yang ringkas dan padat jika dibandingkan dengan nota Guru Bahasa Inggeris satu teknik yang menyamai Peta Minda. Nota adalah padat dan jelas. .penggunaan warna berkesan untuk menjelaskan aliran proses dan bahan kimia

..proses lebih mudah dihafal dan difahami ole murid . Guru Sains ..teknik ini dapat menambahkan ingatan dan keahaman murid di samping dapat melihat secara menyeluruh dan mengetahui hubung kait antara sub-sub topik dalam seuatu tajuk besar . 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 1. Selepas murid menjalani ujian pra saya telah meminta murid 5 sains 2 membawa pen / pensil warna semasa kelas kimia kerana saya ingin memperkenalkan satu teknik p & p yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yanglebih baik. 2. Sebelum saya memimbing murid melakar COMIL (colour mind link). Saya telah menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi, dan cara otak manusia bekerja. 3. Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan warna dalam kehidupn, sebagaimana yang dinyatakan oleh Tony Buzan : people are 80% more likely to remember what they read if its in colour. 4. Seterusnya saya membimbing murid membina COMIL. Sebelum itu saya elah mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada murid telebih dahulu. 5. Murid diingatkan bahawa warna yang dipilih adalah sepadan dengan warna sebenar bahan kimia tertentu dan dapat membezakan antara satu tindak balas dengan tidak balas yang lain. 6. Murid membin COMIL di atas sekeping kertas putih (rujuk lampiran) 7. Murid menjalani ujian pos 1 dan pos 2. Selepas ujian pos 1 san 2, saya dan murid akanmembincangkan jawapan sebgai langkah pengukuhan. 8. Setiap kali kelas kimia, saya mengingatkan murid supaya membaca atau membuat semula COMIL untuk mengukuhkan daya ingatan. 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan sukatan mata pelajaran kimia. Saya telah memperuntukkan dua waktu p & p untuk membimbing murid membina COMIL. Murid telah menjalani ujian pos 1, lima hari selepas membina COMIL dan ujian pos 2, sebulan selepas itu. Selepa ujian pos 2, murid diminta memenuhkan boring soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik COMIL. Tujuan mengdarkan soal selidik ialah upya murid lebih bebas dan selesa menjawab berandig mendapatkan maklumat secara temubual. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai teknik COMIL kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya tknil COMIL berjaya mmbantu murid meningkatkan pencapaian di dalam sub topic kimia sebatian karbon. Murid berlumba-lumba hendak menjawab soalan guru dan lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan

percubaan darri negeri-negeri lain. Saya rasa lebih seronok, tidak lagi marah-marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk kelas 5 sains 2. Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsan dan sokongan terhadap usha saya. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar anak-ank mereka teknik COMIL. 5.5 Refleksi Kajian Pencapaan murid dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkanpeningkatan yang agak ketara. Kebolehan membina COMIL merupakan salah satu kemahiran visual ruang dan secara kebetulan. 8 daripada 20 orang murid 5 sains 2 mempunyai kecerdasan doinan di dalam visual ruang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan teknik COMIL dan teori MI banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang diingini disamping menjadikansuasna p & P lebih ceria da menyeronokkan Masih terdapat murid yang gagal dalam ujian pos 1 dan 2 kerana pada hari saya memperkenalkan teknik COMIL ada seramai 9 orang murid tidak hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 3 oran murid yang krap tidak hadir ke sekolah dan mereka ini gagal dalam ujian pos. Saya sepatutnya menerangkan dan mempastikan bahawa mereka faham dan buat COMIL bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid 5 sains 1 menghantar sms meminta saya mengajar mereka teknik COMIL dan ada yang menyaln dari murid 5 sains 2 sebelum di suruh. Saya yakin bahawa teknik COMIL dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek kimia. Analisa keputusan peperiksaan percubaan SPM 5 sains 2 menunjukkan peratus kelulusan kimia adalah di tangga ke 5 selepas BM, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut a. Mengguna pakai teknik COMIL sebaik sahaja guru mengajar bab sebatian karbon b. Memasukkan unsur warna dalam kaedah / teknik p & p yang lain seperti peta minda, rajah, pengurusan grafik dan carta berwarna. c. Guru boleh menyediakan satu modul pnggunaan teknik COMIL dalam p & p secara lebih terancang / teratur. d. Selepas membina COMIL murid dibekalkan dengan soalan-soalan yang dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman dan daya ingatan. Hasl daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajarn murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p & p lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata :

prasarana GURU KREATIF + MURID DEDIKASI -------------- KEJAYAAN BERERTI Kondusif BIBLIOGRAFI 1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kuala Lumpur 2. Brown, T (1987). Language Interaction Pattens In Lessons Featuring Mathematical Investigations PhD thesis, University of Southampton 3. Dunn, T (1997). Michel Foucault and the Politics of Freedom. Thousand Oaks CA: Sage

IMAGINASI MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT ASAS ELEKTRONIK KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU MENJELANG PMR

AZHAR BIN ISA Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Seri Pagi, Seremban Negeri Sembilan

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengingat asas elektronik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang pelajar tingkatan 3 UKM aliran agama di SMK Seri Pagi, Seremban. Kaedah yang dijalankan dalam kajian ini dinamakan Imaginasi. Kajian ini menggunakan kaedah Imaginasi yang kreatif dan rasional untuk mengingati sesuatu komponen elektronik. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan sumber dokumen. Dalam kaedah Imaginasi, pelajar dibimbing supaya mereka dapat mengimaginasikan objek yang sesuai dalam kehidupan harian mereka sebagai komponen elektronik. Hal ini menjadikan proses mengingat lebih mudah dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan kaedah Imaginasi, kemahiran mengingat asas elektronik lebih mantap. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Hal ini

Sebut sahaja waktu Kemahiran Hidup, semua pelajar saya riang gembira.

kerana saya sering menggunakan kebebasan beraktiviti, melakukan amali, dan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam memperkenalkan sesuatu tajuk. Permulaan pengajaran, telah saya nyatakan hasil pembelajaran implisit yang perlu mereka kuasai. Ketika inilah saya dapat melihat keceriaan tanda kegembiraan pada wajah mereka. Pendekatan ini saya lakukan untuk mengelakkan berbual atau berbincang sesama mereka. pelajar berasa bosan kerana terpaksa duduk, mengambil catatan sambil mendengar celoteh guru serta dilarang

Saya membuat penilaian pengajaran ke atas semua pelajar, sama ada mereka memahami atau tidak, perkara yang telah dipelajari dalam bilik darjah. Caranya ialah pelajar perlu menyebut semula di hadapan saya sebagai bukti kefahaman mereka, walaupun terpaksa menghafal. Mereka juga mengulang kaji sesuatu perkara itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Namun begitu, berlaku juga kekeliruan kefahaman apabila menjawab soalan peperiksaan. HaI ini berlaku, berkemungkinan pelajar lupa mengingati fakta, seterusnya sukar mendapat markah yang cemerlang, malah mendukacitakan saya apabila mereka telah mengulangkaji tetapi gagal menjawab dengan baik. Bagaimana pula dengan pelajar GALUS? Oleh itu, satu kajian tindakan perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah untuk membantu pelajar supaya mempunyai kemahiran mengingat, dengan menggunakan cara sendiri untuk pemahaman mereka. Oleh itu, pelajar perlu mencipta cara mengingat ketika belajar

dan mengulang kaji pelajaran. 2.0 Isu Keprihatinan

Saya terpaksa memfokuskan tajuk asas elektronik dengan cuba memperkenalkan kemahiran belajar, kerana dengan cara ini dapat menimbulkan minat dan suasana gembira ketika belajar. Tambahan pula saya dapati pelajar ini kurang bermotivasi akibat sering tidak hadir sekolah atau kelas tambahan. Untuk meningkatkan motivasi mereka, pendekatan inovasi dan kreatif perlu diperkenalkan dalam pembelajaran. Pembelajaran yang kreatif dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman tentang asas komponen elektronik. Saya turut menyedarkan mereka tentang kos yang dibelanjakan adalah tinggi ketika membuat amali kerja kursus, apatah lagi jika projek elektronik yang terhasil tetapi tidak berfungsi, dan soalan yang dikemukakan dalam aspek elektronik juga banyak. Hidup. 3.0 Objektif Kajian A. i. Objektif Umum Meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dalam pembelajaran sebagai persediaan menghadapi PMR. Kesimpulannya, saya berharap agar pelajar dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan betul, dan lulus cemerlang dalam Mata Pelajaran Kemahiran

ii. iii. B.

Meningkatkan nilai GMP Kemahiran Hidup dalam PMR. Memotivasikan pelajar melalui pembelajaran rakan sebaya. Objektif Khas

i. Mengetahui teknik dan kemahiran mengingat sesuai dengan tahap pelajar berprestasi lemah. ii. Membolehkan mereka mempelajari sesuatu secara berdikari. iii. Memberi rangsangan untuk belajar dan mengulangkaji topik asas komponen elektronik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. iv. Membolehkan pelajar menjawab soalan berbentuk objektif dengan tepat. 4.0 Kumpulan Sasaran Pelajar Tingkatan 3 UKM Aliran Agama Lelaki Perempuan 5.0 : 4 orang - Melayu : 6 orang - Melayu

Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Saya menggunakan pendekatan pemerhatian, soal selidik, temu bual dan menganalisis dokumen dalam membuat kajian ini. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian semasa pembelajaran dan hasil kerja nota yang mereka sediakan. Rata-rata pelajar hanya menyalin kesemua ayat dan keterangan daripada buku teks. 5.1.2 Soal Selidik Saya membuat borang soal selidik dan memberikannya kepada mereka sebelum dan setelah selesai menjalankan kajian tindakan. Soal selidik ini berkaitan dengan minat tentang tajuk elektronik, kefahaman dalam pembelajaran,

keupayaan mengingat, pencapaian mendapat markah yang tinggi dan keinginan mendapatkan kemahiran belajar. Dengan ini saya dapat membuat perbandingan tentang keberkesanan kaedah yang diperkenalkan. 5.1.3 Temu Bual Temu bual saya lakukan ketika pelajar ingin mendapatkan bahan elektronik untuk membuat kerja kursus. Sekiranya pelajar dapat menguasai kefahaman asas komponen elektronik, barulah mereka boleh melakukan amali kerja kursus. Oleh itu saya dapat mengetahui minat dan tajuk yang selalu mereka ulangkaji. 5.1.4 Dokumen Melalui dokumen pula, saya bersandarkan kepada ujian pasca dan pos. Cara ini dapat mengesan pencapaian mereka mengenai tajuk asas komponen elektronik. Dengan menggunakan soalan yang sama tetapi dalam jangka masa yang berbeza. Saya tidak memaklumkan kedua-dua hasil pencapaian mereka. Dengan ini kesahan kaedah Imaginasi ini dapat diukur kejayaan atau kelemahannya. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut adalah analisis yang telah dilakukan sepanjang saya menjalankan kajian dengan memperkenalkan Kaedah Imajinasi bagi membantu meningkatkan ingatan asas elektronik menjelang PMR. 5.2.1 Analisis Pemerhatian Bil 1 2 3 Perkara Menyalin nota daripada buku Membuat nota peta minda Kreatif dalam menyediakan nota Bilangan Pelajar 8 / 10 2 / 10 0 / 10

5.2.2 Analisis Temu Bual Berikut adalah analisis temu bual semasa mereka mendapatkan bahan

komponen elektronik untuk kerja kursus mereka. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Pelajar Adg Bgh Cuy Dre Elk Few Gsd Hxc Ias Jrt Mengenali Nama Komponen 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 Mengenali Fungsi Komponen 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 6/6 Mengenali Perbezaan Buzer 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3 3/3

5.2.3 Analisis Soal Selidik

Bil 1 2 3 4 5

1 B/L Berminat dengan tajuk elektronik 2/0 Mudah faham pembelajaran elektronik 0/0 Mudah mengingati pembelajaran elektronik 5/0 Dapat markah tinggi tajuk elektronik 0/0 Ingin mendapatkan kemahiran belajar tajuk 0/0 elektronik (kemahiran mengingat) Soalan

2 B/L 1/0 1/0 3/0 5/0 1/0

3 B/L 6/0 3/0 2/0 5/0 8/0

4 B/L 1/1 6/1 0/0 0/1 1/2

5 B/L 0/9 0/9 0/10 0/9 0/8

Skala Likert

1 - sangat tidak setuju 2 - tidak setuju 3 - kurang setuju 4 - setuju 5 - sangat setuju

B - dilakukan sebelum kajian tindakan L dilakukan selepas kajian tindakan

5.2.4

Analisis Dokumen

Pencapaian pelajar yang diuji sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan adalah seperti berikut : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Pelajar Adg Bgh Cuy Dre Elk Few Gsd Hxc Ias Jrt Tov Akhir Tahun 2006 52 - C 54 - C 48 - D 46 - D 45 - D 50 - C 40 - D 46 - D 43 - D 49 - D Ujian Pra (Sebelum) 40 - D 38 - E 46 - D 40 - D 42 - D 38 - E 44 - D 40 - D 38 - E 38 - E Ujian Pasca (Selepas) 90 - A 88 - A 92 - A 94 - A 96 - A 90 - A 92 - A 84 - A 80 - A 84 - A

Didapati Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Semua pelajar mendapat keputusan A walaupun pada awal pencapaiannya adalah pangkat D atau E dan TOV mereka adalah C atau D. berbanding 4.00 tahun sebelumnya. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Saya mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar berkenaan semasa relief. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengadakan ujian pra tentang tajuk asas elektronik. memuaskan. Setelah saya semak, didapati tahap pencapaian mereka kurang Saya sebenarnya Saya sengaja tidak memaklumkan pencapaian mereka kerana ingin Apabila disemak dengan keputusan PMR tahun lepas, pendekatan ini telah menyumbang GMP sebanyak 2.22

menguji keberkesanan kaedah Imajinasi yang akan dijalankan. mengajar mereka tajuk asas

elektronik bersama pelajar yang lain semasa mengadakan perbengkelan teknik kemahiran belajar. Semasa berbengkel, pelajar ada mengemukakan soalan kepada saya bagaimana untuk mengingat perkara yang telah dipelajari. Mereka menyatakan faham tajuk yang telah diajar tetapi mudah lupa dan ada kalanya berlaku kekeliruan kefahaman. Saya pada mulanya penyoalan menggunakan kaedah penyoalan iaitu setiap pelajar perlu membuat diri mereka yang terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, pada

mengemukakan soalan yang pastinya kita mengetahui jawapannya yang terdapat dalam buku. Kedua, mengemukakan soalan yang jawapannya tiada dalam buku dan kita dapat mengagaknya. Ketiga, dengan mengemukakan soalan tentang perkara yang kita tidak tahu, dan tiada jawapan dalam buku, manakala guru memberi jawapan. Contoh soal jawab dalam pelaksanaan P & P adalah seperti berikut: Pelajar 1 Guru Pelajar 2 Guru Pelajar 3 Guru Pelajar 4 Guru Pelajar 5 Guru : Cikgu, bagaimana saya boleh mengingati fungsi transistor? : Apakah fungsi transistor? : Fungsi transistor ialah sebagai suis : Cuba awak lihat suis di dewan ini ! : Itu suis yang terdapat di dinding penjuru dewan : Ingatkan suis tersebut dan kaitkan dengan fungsi transistor : oh ya, saya dah faham ! : Cuba kamu kaitkan fungsi komponen elektronik yang lain dengan persekitaran supaya kamu boleh ingat sehingga peperiksaan PMR. : Ok cikgu, kami akan cuba dan tunjukkan kefahaman dan cara Mengingatnya. Ujilah kami nanti ! : Terima kasih, kerana kamu semua telah faham, cara mengingat. Selamat berjaya, mudah-mudahan kamu semua markah yang tinggi.

Saya juga memberikan kertas soalan yang sama semasa Ujian Pra dahulu untuk dijadikan Ujian Pasca. Hasilnya mengembirakan mereka, dan saya merasa puas. Berikut adalah contoh penghasilan pembelajaran pelajar-pelajar saya semasa menggunakan Kaedah Imaginasi.

Bil 1 2 3

Pembelajaran Transistor sebagai suis Meninggikan arus, voltan rintangan Mengenal kaki pemancar

Imaginasi 1 Memetik suis lampu / kipas & Membuat senaman Berlatih memanah

Imaginasi 2 Gambar Gambar Gambar

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Jenis transistor Fungsi kapasitor Simbol suis tekan buka Simbol suis tekan tutup Mata bit jenis pahat Mata bit jenis tirus Mata bit jenis rencung Perbezaan buzzer Kaki katod LED Warna perintang Suis Mikro Fungsi perintang

Gambar anak panah di pintu kelas Ketika berada di tandas Meletakkan tapak tangan di kepala Melihat bawah Melihat mata kawan Melihat matahari Cerita katun Cerita polis trafik Itali Tanda kalah Hj Pat Mat 2/3 Lengan Tiang gol

Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar

5.4 Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian dan Penilaian Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk menjayakan sehingga selesai kajian tindakan ini. Kos perbelanjaan yang diperlukan adalah rendah sebanyak RM 20.00 sahaja berbanding RM 60.00 yang dirancang sebelumnya. Melalui pemerhatian saya dapati perkara utama perlu ada kesungguhan untuk membantu meningkatkan daya ingatan pelajar bagi membantu mereka menghadapi PMR yang hampir tiba. Saya seronok melihat pelajar belajar dengan gembira kerana mereka mendapat kemahiran imaginasi yang memuaskan. 5.5 Refleksi Kajian Hasil daripada kajian tindakan yang telah saya jalankan didapati berlaku perubahan yang positif dalam kalangan pelajar. Saya dapati mereka berasa gembira kerana dapat belajar dengan mengingati lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini terbukti apabila ada pandangan daripada guru yang menyokong dan mencuba kaedah ini dalam pengajaran mereka. Selain daripada seronok belajar dan mencipta pembelajaran sendiri, murid dan guru akan lebih bermotivasi serta bersemangat di dalam pembelajaran dan pengajaran. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Perkara yang telah dicipta hasil kreativiti murid boleh dimurnikan mengikut rasional

dapatan seseorang. Mungkin ada yang memahami perkara yang telah dicipta secara

imaginasi dan ada pula yang kurang bersetuju mengenainya.

Oleh itu perubahan

imaginasi dari masa ke masa adalah perlu. Imaginasi ini boleh diaplikasikan dalam P & P dalam Kemahiran Hidup. Matapelajaran lain juga dapat difahami dengan mudah dengan menggunakan kaedah ini. Namun begitu, kajian tindakan ini boleh menjadi titik pemulaan untuk berkongsi idea dengan semua pendidik. RUJUKAN Keputusan Pencapaian 3 UKM dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. 2006. Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 (Teras): Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. A.L. Chua. W.C.Koy & Shannon Lim. 2000. Buku Rujukan Ulangkaji PMR. Kuala Lumpur Eastern View. Tham Wong Kam. 1990. Target PMR Kemahiran Hidup BersepaduTingkatan 3 (Teras), Sasbadi.

Lampiran 1 Asas Elektronik Jawab semua soalan berikut. Nama : Bahagian A Tingkatan : .

Bil 1 2 3 4 5 6

Nama Komponen Elektronik

Gambar Komponen Elektronik

Bahagian B

Bil 1 2 3 4

Fungsi Komponen Elektrnik

Gambar Komponen Elektronik

5 6

Bahagian C Perbezaan 2 Jenis Buzer adalah seperti berikut:

Bil 1 2 3 4

Jenis Piezo

Jenis Elektromagnet

Kertas Soalan Tamat

Lampiran 2 Soal Selidik Tanda (/) pada ruang yang disediakan. Nama : Tingkatan : .

1 Bil Soalan

5 B/L

B/L B/L B/L B/L

* 1 2 3 4 5 Berminat dengan tajuk elektronik Mudah faham pembelajaran elektronik Mudah mengingati pembelajaran elektronik Dapat markah tinggi tajuk elektronik Ingin mendapatkan kemahiran belajar tajuk elektronik (kemahiran mengingat)

Skala Likert

1 - sangat tidak setuju 2 - tidak setuju 3 - kurang setuju 4 - setuju 5 - sangat setuju

B - dilakukan sebelum kajian tindakan L - dilakukan selepas kajian tindakan * - potong yang berkenaan

Anda mungkin juga menyukai