Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan

Bersyukurlah kepada tuhan kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang di tetapkan. Melalui peluang keemasan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi -tinggi penghargaan kepada mereka yang telah banyak membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga ingin kami rakamkan kepada pensyarah pembimbing kami, En. Md Yuseri bin Md Yusoff yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami semasa kami menyedia tugasan ini. Apabila kami menghadapi masalah yang tidak dapat kami selesai antara kami sepanjang proses ini, kami akan cuba meminta bantuan dari beliau. Beliau juga sudi meluangkan masa untuk membantu kami dan memberi bimbingan serta cadang-cadangan yang membina kepada kami. Tanpa bimbingan dari beliau, kami tentu tidak dapat menyiapkan tugasan dengan begitu jayanya. Selain itu, kami juga ingin menyampaikan rasa terima kasih kami kepada rakan-rakan kumpulan lain yang sudi membincang masalah dan berkongsi maklumat dengan kami. Apabila kami menghadapi masalah, mereka akan sudi berbincang dengan kami dan tidak kedekut untuk memberi cadangan. Semangat bekerjasama ini amat kami hargai. Tidak lupa juga kepada kepada ahli-ahli kumpulan kami sendiri yang sudi meluangkan masa untuk berbincang dan semangat bekerjasama yang tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh ini . Dalam proses menyiapkan tugasan ini, ada ketika kami mempunyai idea atau cadangan yang berlainan. Tetapi keadaan seperti ini tidak akan menjejaskan hubungan kami. Malah kualiti tugasan kami juga dapat dipertingkatkan. Apabila berlaku keadaan seperti ini, kami cuba berbincang untuk mendapatkan keputusan. Sifat toleransi dalam ahli kumpulan kami ini amat dihargai.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan semasa kami menyediakan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kami juga menyunsun jari sepuluh memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang tidak senjaga dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai