Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya merasakan bahawa tanpa kerjasama antara ahli
kumpulan kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Saya bersyukur bahawa semua ahli
kumpulan saya memberikan kerjasama yang tinggi antara satu sama lain untuk menyiapkan
poster ini.Setiap orang sama-sama memberikan idea dan memperbaiki apa yang perlu diletakkan
di dalam poster tersebut.Jelaslah bahawa komitmen yang diberikan oleh setiap orang ini
membuatkan tugasan kami dapat disiapkan tepat pada waktu dan sempurna.Tambahan lagi, saya
sangat gembira berkenalan dengan rakan-rakan yang baru dari pelbagai kursus dan bidang.Ini
merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan atas segala kenangan pahit dan manis
dalam menyiapkan tugasan ini bersama rakan-rakan baru.

Sebaik sahaja menerima tugasan ini , saya dan ahli kumpulan yang lain gigih melakukannya
bersama-sama . Kami tidak pernah berputus asa dan memberi banyak alasan serta helah untuk
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti bak kata pepatah hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih . Dalam penghasilan poster ini , saya dapat lihat bahawa
kami semua gigih mencari dan mengulang kaji isu yang kami bincangkan , walaupun saya tahu
pada masa yang sama terdapat juga beberapa tugasan yang lain yang perlu disiapkan dalam
tempoh yang sama. Oleh yang demikian , dengan nilai kegigihan yang ada dalam diri saya dan
ahli yang lain , kami dapat menyiapkan poster ini dalam masa yang ditetapkan dengan cemerlang
.Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak ilmu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang berlaku di negara kita khususnya dalam kalangan remaja.
Masalah sosial di negara kita sememangnya meningkat dari tahun ke tahun dan ianya telah
banyak memberikan impak negatif terhadap negara kita.

Sepanjang menyelesaikan tugasan, saya dapat melihat setiap ahli kumpulan mengeluarkan
pendapat dan idea masing-masing.Dalam pada masa yang sama, idea yang dilontarkan sangat
bernas dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya dari semasa ke semasa.Sikap berfikiran
terbuka ini membolehkan tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan sempurna di samping
kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli.Oleh itu, kita haruslah berfikiran terbuka dalam setiap
perkara yang dilakukan agar dapat menjana idea kelas pertama.
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini iaitu dalam membuat poster , saya telah mendapati
bahawa kreativiti sangat diperlukan bagi menghasilkan poster yang menarik dan teratur. Hal ini
dikatakan demikian kerana jika poster yang dihasilkan tidak menarik ia akan menyebabkan
orang yang melihatnya atau membacanya akan rasa bosan. Antara kreativiti yang diperlukan
dalam menyiapkan poster ialah warna yang digunakan dan susun atur gambar atau ayat
didalamnya yang bijak .Oleh itu, semasa dalam menyiapkan poster kita sebagai ahli kumpulan
hendaklah mengeluarkan idea masing-masing mengikut kreativiti masing-masing bagi
menghasilkan poster yang menarik dan teratur kerana tanpa pendapat ahli kumpulan poster tidak
dapat dihasilkan dengan baik.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya dapat melihat bahawa sikap keadilan harus
diterapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana tugasan ini perlu dilakukan dalam kumpulan
dengan itu pembahagian tugas perlulah adil seperti ketua kumpulan hendaklah membahagikan
tugas sama rata kepada ahli kumpulan supaya tiada berlaku perbalahan sesama ahli kumpulan
sekaligus tugasan yang perlu dibuat dapat disiapkan pada waktu yang tepat. Oleh itu, ketua
kumpulan perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan tugas yang diberikan
kepada ahli kumpulannya sama rata.

Semasa kami menjalankan tugasan yang diberikan , saya dapati bahawa nilai kasih sayang
dapat dipupuk antara saya dan ahli kumpulan yang lain . Nilai ini amatlah bermakna dan penting
dalam membentuk sebuah kumpulan yang produktif . Disebabkan saya dan ahli yang lain
berbeza fakulti dan baru berkenalan ketika ditugaskan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan ,
kami dapat membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat dan dapat mengenali
mereka antara satu sama lain . Oleh itu, saya dan ahli kumpulan yang lain dapat berkongsi
pandangan dan pendapat dengan baik untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna dan
cemerlang . Antara pengalaman yang saya dapat sepanjang melakukan tugasan ini ialah saya
dapat menambah pengetahuan tentang masalah sosial yang dihadapi oleh golongan remaja di
negara kita dan saya juga seronok kerana mendapat ahli kumoulan yang sangat baik dan banyak
membantu saya sepanjang melakukan tugasan ini .
Semasa kami menjalankan tugasan yang diberikan, saya dapati semua ahli kumpulan saya
prihatin antara satu sama lain. Contohnya, bertanyakan khabar ahli kumpulan melalui whatsapp
dan juga mengingatkan ahli kumpulan tentang tugasan yang diberikan supaya tiada yang terlepas
pandang.Nilai keprihatinan ini amatlah diperlukan di dalam sesebuah kumpulan. Ini kerana ia
mengajar saya untuk mengambil berat tentang orang lain tanpa mengira warna kulit, bangsa
mahupun agama. Keprihatinan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kami sesama ahli
kumpulan.Seterusnya,pengalaman saya ketika berada dalam kumpulan ialah semua ahli
menunjukkan keprihatinan yang baik kepada ahli kumpulan. Oleh itu,kita hendaklah
mengamalkan sikap prihatin dan peka terhadap ahli kumpulan dan jangan sesekali mengamalkan
sikap penting diri sendiri tanpa memikirkan nasib ahli kumpulan yang lain.

Dengan melakukan tugasan ini saya mendapati komunikasi antara ahli kumpulan merupakan
elemen yang penting dalam menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana, dengan komunikasi kami
dapat melaksanakan dan membahagikan tugasan dengan sempurna. Seterusnya, membolehkan
saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi antara ahli kumpulan.Dengan
komunikasi yang baik pembahagian tugas menjadi mudah dilakukan dan setiap ahli kumpulan
bertanggungjawab memberi respon terhadap tugasan yang diberikan.Secara keseluruhannya,
dengan adanya komunikasi antara ahli kumpulan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik.

Semasa menjalankan tugasan kumpulan iaitu poster yang diagihkan oleh pensyarah saya,
saya mendapati ahli kumpulan saya telah mengamalkan nilai bertanggungjawab. Hal ini
dikatakan demikian semasa dalam proses menyelesaikan tugasan, setiap ahli kumpulan saya
telah memikul tanggungjawab mereka sendiri dengan memberi cadangan yang baik,
membincang masalah dan membuat keputusan yang terbaik secara bersama. Akhirnya, saya
dengan ahli kumpulan saya dapat menghasilkan tugasan dengan baik dan lancar.

Semasa menjalankan tugasan yang diberikan kekuatan kumpulan saya ialah saling
mengamalkan nilai tolong-menolong. Ahli kumpulan saya sentiasa memberikan bantuan seperti
membantu menjelaskan kepada orang yang tidak faham maksud,kita juga saling memahami
kesusahan ahli dan menghulurkan bantuan jika ada ahli sangat sibuk pada masa tersebut.Hal ini
telah menyebabkan suasana kumpulan kami sangat harmoni dan mendapatkan kepuasan dan
kebahagian ketika melaksanakan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai