Anda di halaman 1dari 6

PUISI MODEN (SAJAK)

HARGA REMAJA Rahman Shaari


Maksud Dalam rangkap pertama sajak ini, penyajak menilai harga seseorang remaja yang bebas daripada perasaan kecewa dan kukuh serta teguh peribadinya dalam menempuh kehidupan. Dalam rangkap kedua pula, penyajak bertanya tentang cara remaja mengisi usia remaja, iaitu adakah mereka akan hidup dalam keadaan ragu-ragu akibat cinta yang rendah nilainya dan adakah remaja mengamalkan ajaran daripada ilmu yang sukar untuk diperoleh. Seterusnya, dalam rangkap ketiga penyajak menjelaskan bahawa remaja amat bernilai dan tiada taranya. Nilai seorang remaja terletak pada pendirian, keberanian, dan ilmu yang ada pada diri mereka. Dalam rangkap terakhir, penyajak menasihati remaja supaya mengisi usia remaja mereka dengan menentukan hala tuju dan matlamat hidup. Tema Mengisi kehidupan zaman remaja dengan amalan yang positif. Harga atau nilai seorang remaja terletak pada pengisian hidupnya. Untuk menjadikan dirinya seorang yang bernilai, seseorang remaja itu perlulah berusaha untuk mengisi kehidupannya dengan perkara yang positif. Persoalan 1. Dugaan hidup seorang remaja remaja perlu melalui kesukaran dan cabaran yang pelbagai dalam meneruskan kehidupan. 2. Remaja amat tinggi nilainya remaja yang mempunyai ciri positif seperti mempunyai pendirian, berani, dan berilmu amat tinggi nilainya. 3. Kepentingan mempunyai hala tuju remaja yang menetapkan hala tujunya akan berjaya dalam menempuh alam remaja. 4. Pengisian alam remaja remaja menentukan sendiri pengisian alam remajanya. Nada Sajak ini bernada sinis. Bentuk 1. Terdiri daripada 4 rangkap dan bilangan baris dalam rangkap 1 hingga rangkap 3 adalah sama, iaitu 6 baris, manakala rangkap 4 ialah 2 baris.

3. Rima akhirnya adalah bebas.

Gaya Bahasa 1. Inversi dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu? 2. Simile bagai kehijauan daun.

3.
4.

Sinkope - ....kaupenuhi, dan....remajamu. Metafora harga remaja, piala remaja. Anafora bagai kehijauan daun, bagai kesegaran pohon. Asonansi berapakah sebenarnya harga remaja (perulangan vokal a) Aliterasi adakah cuka kesangsian (perulangan konsonan k)

5. 6. 7.

Nilai 1. Berhati-hati remaja wajar berhati-hati ketika menikmati usia remaja. 2. Keberanian nilai seorang remaja dipengaruhi oleh keberaniannya. 3. Berilmu remaja yang berilmu akan dihargai. 4. Berpendirian teguh remaja dituntut mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalani kehidupan. 5. Rasional remaja yang rasional dapat menentukan hala tuju kehidupannya. Pengajaran

1.

Remaja 2. Remaja 3. Remaja 4. Remaja 5. Remaja kesesatan.

perlulah menempuh alam remaja dengan berhati-hati. mestilah berani menjalani kehidupan bermasyarakat. hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang berilmu. mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju dalam kehidupan. perlulah menggunakan ilmu untuk mengelakkan diri daripada

DI PERPUSTAKAAN Shafie Abu Bakar


Maksud Dalam rangkap yang pertama penyajak menjelaskan bahawa tatkala memasuki perpustakaan dia terasa akan sesuatu yang bertentangan, iaitu daripada keadaan yang panas kepada keadaan yang sejuk. Keadaan di perpustakaan sangat senyap dan menjadi tempat orang yang berilmu terus mencari ilmu di situ. Di mana-mana sahaja kelihatan pengguna perpustakaan tunduk meneliti sumber ilmu. Dalam rangkap yang kedua pula, penyajak membawa pembaca mengamati ruang koleksi buku. Dia berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil di situ kerana terlalu banyak buku di situ yang sesetengahnya telah begitu lama disimpan dan dirujuk. Sesungguhnya terdapat terlalu banyak sumber ilmu di situ dan tidak mungkin penyajak mampu membaca kesemuanya. Menurut penyajak lagi, segala yang dicatatnya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang ada di situ.

2. Jumlah

perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 4 patah kata.

Perpustakaan merupakan pusaka tinggalan generasi terdahulu yang tersimpan khazanah peradaban manusia sejak sekian lama. Dalam rangkap terakhir, penyajak berasakan bahawa berada di perpustakaan menjadikan dirinya seorang yang dahaga akan ilmu yang berada di gedung ilmu yang begitu luas. Menurut penyajak, walaupun banyak ilmu telah diperolehnya di perpustakaan, tetapi keinginannya untuk terus meneroka ilmu di situ tidak akan berkesudahan. Tema Perpustakaan sebagai gedung ilmu perpustakaan menjadi tempat penyajak dan manusia yang lain meneroka dan memperoleh pelbagai ilmu. Persoalan 1. Keperluan ilmu dalam kehidupan untuk menempuh kehidupan, memiliki ilmu menjadi suatu kewajiban. Atas kesedaran ini, ramai yang berkunjung ke perpustakaan. 2. Ilmu tiada sempadannya ilmu tidak pernah ada garis penamatnya. Semakin banyak kita mengkaji sesuatu semakin banyak perkara yang sebenarnya kita belum tahu. 3. Perpustakaan sebagai sumber rujukan peradaban manusia perpustakaan menyimpan pelbagai buku yang merakamkan perkembangan peradaban manusia tanpa batas waktunya. 4. Keadaan di perpustakaan yang kondusif untuk mencari ilmu perpustakaan merupakan tempat yang sunyi dan penuh dengan ilmu. Ramai orang mencari ilmu di sini. Nada Sajak ini bernada nostalgik. Bentuk

7. Asonansi Dahaga tak pernah langsai (pengulangan vokal a) 8. Aliterasi Di dada samudera (pengulangan konsonan d)
Nilai 1. Mematuhi peraturan di perpustakaan situasinya sepi kerana masing-masing mematuhi peraturan supaya tidak bising. 2. Ketekunan pengguna perpustakaan tekun mendapatkan maklumat daripada sumber yang dibaca. 3. Keinsafan penyajak insaf bahawa masih banyak ilmu yang belum diteroka. 4. Kerajinan orang yang rajin, komited mencari ilmu dan maklumat di perpustakaan. 5. Menghargai warisan ilmu perpustakaan menyimpan pelbagai maklumat yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain dan warisan ini perlu dihargai.

Pengajaran 1. Kita mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan apabila mengunjungi perpustakaan. 2. Kita mestilah tekun dalam usaha mencari ilmu. 3. Kita perlulah sedar bahawa ilmu tiada ada hadnya. 4. Kita mestilah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di perpustakaan. 5. Kita seharusnya menghargai warisan generasi lama yang diturunkan dalam bentuk penulisan.

1. Terdiri daripada 3 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
Rangkap 1 ialah 10 baris, rangkap 2 ialah 15 baris, dan rangkap 3 ialah 6 baris. 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 2 hingga 5 patah kata. 3. Rima akhirnya adalah bebas. Gaya Bahasa

MENGINTAI RUANG INSAF Shukri Abdullah


Maksud Dalam rangkap pertama, penyajak menjelaskan apabila manusia hidup bertunjangkan kejahilan, maka semakin sukar baginya untuk memperoleh cahaya Ilahi. Rangkap kedua pula menjelaskan bahawa dalam menjalani kehidupan, manusia sering terperangkap dan terjebak melakukan kejahatan kerana dirinya jauh daripada Tuhan. Sifat mulia semakin dijauhi dan terus menghilang. Dalam rangkap ketiga penyajak menyatakan bahawa manusia hanya memperkatakan sesuatu, tetapi tidak kembali kepada hakikat yang sepatutnya menjadi pegangan. Ditimbulkan persoalan tentang kemungkinan ruang keinsafan dianugerahkan kepada manusia yang kerap melakukan kejahatan.

1. Inversi Terlalu kerdil aku di sini. 2. Sinkope Melangkah ke ruangmu, dan Tak berpantai.
3. Personifikasi Di dada samudera. 4. Perlambangan Bahtera ilmu di sini. 5. Hiperbola Dahaga tak pernah langsai.

6. Anafora Di puncak sepi, Di sana sini.

Dalam rangkap yang terakhir, penyajak merayu kepada Ilahi agar pintu taubat sentiasa terbuka kepada manusia sebelum mereka menerima balasan di neraka. Tema Kesedaran/keinsafan manusia untuk kembali ke jalan kebenaran. Semakin kita mengabaikan hukum Tuhan semakin jauh kita daripada-Nya. Jadi manusia perlu kembali kepada-Nya sebelum terlambat. Persoalan 1. Kejahilan akan menjauhkan manusia daripada Tuhan semakin kita mengabaikan perintah Tuhan, semakin jauhlah Tuhan daripada kita. 2. Kehidupan yang dipengaruhi oleh unsur kejahatan dalam kehidupan ini manusia terdedah kepada pelbagai unsur yang mendorong kita untuk melakukan kejahatan dan manusia sering tewas. 3. Mengharapkan ruang keinsafan di sebalik segala kesalahan yanh dilakukan, penyajak berharap agar ruang keinsafan tetap terbuka. Nada Sajak ini bernada melankolik.

2. Keikhlasan keikhlasan seorang hamba untuk kembali ke pangkal jalan. 3. Keinsafan insaf bahawa dirinya semakin jauh daripada Tuhan. 4. Kebebasan manusia bebas untuk membuat keputusan sendiri untuk menentukan hala tuju hidupnya. 5. Kebersihan fizikal dan mental dalam kehidupan kita kebersihan mental amat perlu supaya kita terhindar daripada melakukan kejahatan. Pengajaran 1. Kita mestilah mematuhi hukum Tuhan. 2. Kita mestilah berusaha untuk kembali ke pangkal jalan setelah melakukan pelbagai kesalahan/dosa. 3. Manusia seharusnya memanfaatkan kebebasan yang diberikan kepadanya dengan melakukan perkara yang baik. 4. Kita perlulah berhati-hati semasa melakukan sesuatu supaya kita tidak akan menyesal kemudian hari.

Bentuk 1. Terdiri daripada 4 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap 1 ialah 4 baris, rangkap kedua ialah 6 baris, rangkap ketiga ialah 5 baris, dan rangkap keempat ialah 3 baris. 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 6 patah kata. 3. Rima akhirnya adalah bebas. Gaya Bahasa 1. Inversi Kerap kakiku tersadung...

MAHSURI Zurinah Hassan


Maksud Dalam perenggan pertama penyajak membicarakan nama Mahsuri amat sinonim dengan Pulau Langkawi yang sentiasa menerima tetamu. Sejarah hidupnya sentiasa diperkatakan. Penderitaan yang dialaminya terakam pada kesan tinggalan (telaga tujuh). Selama tujuh keturunan Langkawi menerima padah akibat sumpahan Mahsuri. Tiada pembangunan di situ akibat bumi Langkawi disimbah darah orang yang tidak bersalah. Sumpahan Mahsuri sebenarnya telah menjadikan Langkawi begitu terkenal seperti sekarang. Dalam rangkap yang kedua, penyajak beranggapan ada orang yang mengatakan bahawa Mahsuri sebenarnya tidak pernah hidup. Kewujudan Mahsuri hanyalah berdasarkan khayalan seorang penulis. Ada orang yang mengatakan bahawa Mahsuri sememangnya wujud. Walau bagaimanapun, bahasa yang digunakan oleh seorang penulis menjadikan kisah Mahsuri lebih hebat daripada kehidupannya yang sebenar. Sastera mempunyai peranan penting di negara kita. Tanpa kisah Mahsuri, Langkawi tidak akan membangun seperti hari ini. Mahsuri menjadikan Langkawi begitu terkemuka dan sastera pula telah menjadikan negara kita dikenali.

2. Sinkope Tubuhku tercalar duri pidana. 3. Perlambangan sebelum api dari bara
melambangkan neraka) 4. Metafora padang hidup.

itu menyala. (api dari bara itu

5. Anafora Semakin berat kejahilan, semakin jauh perjalanan. 6. Asonansi Apakah dalam saraf khilaf... (pengulangan vokal a) 7. Aliterasi Sekadar songsong aksara kata. (pengulangan konsonan s)
Nilai 1. Bertanggungjawab manusia bertanggungjawab untuk kembali semula kepada Tuhan setelah melakukan pelbagai kesalahan atau dosa.

Tema Kehebatan pembangunan Langkawi kerana kemasyhuran Mahsuri. Kisah hidup Mahsuri menjadikan Langkawi begitu terkenal kerana pelbagai peristiwa menarik yang berlaku terhadapnya ingin diketahui umum. Persoalan

3. Kesyukuran nilai ini timbul kerana Langkawi telah bebas daripada sumpahan Mahsuri dan kini berkembang maju. 4. Rasional berfikiran rasional akan menjauhkan kita daripada memiliki sifat dendam dan hasad dengki. Pengajaran 1. Kita mestilah menggunakan kekreatifan yang kita miliki untuk memartabatkan negara yang tercinta. 2. Kita tidak seharusnya memiliki sifat dendam. 3. Kita mestilah mengingati tokoh yang menjadikan negara kita terkenal. 4. Kita mestilah bersyukur atas kemajuan yang kita kecapi hari ini.

1. Perubahan yang berlaku di Langkawi keadaan Langkawi amat berbeza selepas


tamatnya sumpahan Mahsuri. 2. Kemasyhuran kisah Mahsuri kisah Mahsuri diketahui umum menyebabkan ramai yang tertarik untuk ke Langkawi untuk melihat tinggalan Mahsuri. 3. Peranan sastera dalam memasyhurkan Mahsuri dan Langkawi penulis bertanggungjawab menjadikan kisah Mahsuri begitu hebat daripada kehidupan Mahsuri yang sebenarnya. 4. Pandangan tentang kewujudan Mahsuri kewujudan Mahsuri menimbulkan polemik, iaitu sama ada dia wujud atau sebaliknya. Nada Sajak ini bernada nostalgik. Bentuk 1. Terdiri daripada 2 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap 1 ialah 16 baris, manakala rangkap 2 ialah 11 baris. 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga adalah tidak sama, iaitu antara 1 hingga 6 patah kata. 3. Rima akhirnya adalah bebas.

ADAT SEZAMAN Wan Nazihah Wan Abdullah


Maksud Penyajak mengutarakan pandangan bahawa tamadun sesuatu zaman kian berlalu dan amat mempengaruhi kehidupan semasa. Warisan lama ini begitu elok jika diperhatikan dan amat bermakna jika dikaji. Budi luhur seorang gadis akan menyebabkan dirinya menjadi idaman teruna, manakala sifat alim pemuda menjadikan dirinya mempunyai tarikan yang tersendiri. Orang tua berasa gembira apabila menyaksikan teruna dan dara yang begitu sepadan bersanding di pelamin. Bagi penyajak, era itu telah semakin ditinggalkan. Kesantunan si gadis dan sifat warak seorang teruna telah tiada lagi. Orang tua berasa kecewa apabila menyaksikan pemuda dan pemudi berdua-duaan tanpa ada rasa malu, tanpa rasa hormat, dan melampaui had yang sepatutnya. Norma masyarakat yang diamalkan selama ini semakin tidak dipedulikan. Hukum agama dipandang mudah oleh muda-mudi. Mereka lebih terpengaruh oleh budaya Barat. Tema Perubahan budaya akibat peredaran zaman. Muda-mudi berubah sikap terhadap adat dan norma masyarakat. Muda-mudi dahulu berpegang teguh pada adat dan tatasusila. Ciri positif ini tidak lagi dimiliki oleh muda-mudi zaman ini yang semakin tersasar daripada nilai yang sepatutnya diamalkan oleh mereka. Pegangan agama juga semakin longgar. Persoalan 1. Peradaban manusia yang semakin terhakis cara hidup manusia semakin berubah seiring dengan perubahan masa.

Gaya Bahasa 1. Inversi Melengkung tujuh tanjung.

2. Sinkope Selendangmu mengibar di pantai.


3. Personifikasi Nyanyian ombak pagi.

4. Perlambangan Air matamu dingin embun.


5. Hiperbola dendam tujuh keturunan, melengkung tujuh tanjung.

6. Metafora Air matamu dingin embun. 7. Asonansi sastera yang mewarnai tanah air (pengulangan vokal a) 8. Aliterasi rambutmu menjadi jalur hitam (pengulangan konsonan m)
Nilai 1. Kreatif kekreatifan penulis menjadikan perjalanan kehidupan Mahsuri kelihatan begitu hebat. 2. Menghargai sastera sastera dihargai kerana mampu menjadikan negara kita dikenali dan hebat.

2. Perbezaan tingkah laku antara muda-mudi dahulu dan sekarang mudamudi dahulu menjaga adab dan tingkah laku berbanding dengan muda-mudi sekarang yang tersasar daripada warisan silam. 3. Kekecewaan generasi tua generasi tua kecewa dengan perlakuan generasi sekarang yang kian hilang nilai hormat-menghormati dan tidak menjaga batas-batas pergaulan. 4. Generasi muda yang kian hanyut muda-mudi kini semakin mengabaikan agama, adat dan mereka kerap kali mengagung-agungkan budaya Barat. Nada Sajak ini bernada melankolik. Bentuk 1. Terdiri daripada 1 rangkap dan jumlah baris ialah 23. 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah perkataan. 3. Rima akhirnya bebas. Gaya Bahasa

4. Kita mestilah berusaha untuk menjadi seorang yang baik. 5. Kita mestilah menjauhi budaya Barat yang bertentangan dengan budaya kita.

Tiba Waktunya - Ghazali Lateh


Maksud Dalam rangkap yang pertama, penyajak membicarakan soal perubahan masa yang kian pantas dan mengubah peradaban manusia dengan begitu cepat. Penyajak meminta kita mengenal pasti mereka yang pantas mengambil kesempatan daripada pelbagai peluang yang ada. Dalam rangkap yang kedua, penyajak bertanyakan sama ada kita perlu mengalah atau turut memanfaatkan peluang yang ada untuk memperolehi keuntungan. Kita tidak perlu membangkitkan soal ketidaktentuan kerana persoalan tersebut tidak sesuai untuk diperkatakan. Dalam rangkap yang ketiga, dijelaskan bahawa wanita pada zaman siber perlu menghalakan minda mereka dalam arus perdana. Suara dan tenaga wanita menjadi pemangkin dalam usaha menangani cabaran era globalisasi. Dalam rangkap keempat, wanita diminta untuk melepaskan diri daripada lingkungan kesusahan dan membebaskan diri daripada sebarang kekeliruan. Wanita mesti mempunyai budi pekerti yang baik dan berkelakuan terpuji serta unggul dalam semua perkara. Rangkap kelima pula penyajak menyeru wanita supaya menjana seluruh kekuatan untuk mengangkat martabat wanita seluruhnya. Menerusi kekuatan pemikiran dan lahiriah, di samping bekalan iman dan semangat yang kental, wanita perlu mengerah keupayaan secara menyeluruh. Dalam rangkap yang terakhir, penyajak menjelaskan bahawa kini sudah tiba masanya wanita berada pada kedudukan tertinggi di persada dunia. Tema Persiapan yang perlu dilakukan oleh wanita dalam menghadapi era globalisasi tanpa meninggalkan ciri-ciri kewanitaan yang unggul. Persoalan 1. Masa tidak menunggu kita masa tidak pernah menunggu tindakan manusia. Masa sentiasa berubah dan tidak boleh dikembalikan. 2. Keperluan manusia bertindak secara proaktif dalam kehidupan ini, manusia mesti bertindak pantas merebut peluang yang ada supaya kita tidak ketinggalan.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Nilai

Inversi terlalu indah apabila dipandang. Peribahasa sama cantik sama padan. Repetasi sama cantik sama padan.

Perlambangan Adat kuning jadi ikutan (adat kuning bermaksud budaya Barat) Anafora terlalu indah apabila dipandang, terlalu mulia apabila diselidik. Asonansi memandang teruna dara (pengulangan vokal a) Aliterasi si tua tersenyum mesra (pengulangan konsonan s)

Hormat-menghormati apabila kita melakukan sesuatu, kita seharusnya menghormati orang lain di sekeliling kita. 2. Semangat bermasyarakat oleh sebab kita hidup bermasyarakat, semangat bermasyarakat harus diamalkan. 3. Berhemah tinggi generasi dahulu lebih berhemah tinggi berbanding generasi hari ini. 4. Rasional orang yang rasional tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh orang lain. 5. Bekerjasama setiap anggota masyarakat mestilah bekerjasama untuk mempertahankan norma-norma masyarakat. Pengajaran 1. Kita mestilah menghormati orang lain apabila melakukan sesuatu. 2. Masyarakat mestilah mempertahankan adat yang diamalkan selama ini. 3. Muda-mudi mestilah menjadikan agama sebagai pegangan hidup.

1.

10

3. Kelebihan yang dimiliki wanita wanita mempunyai kehebatan masing-masing. Idea dan tenaga wanita penting untuk merencanakan masa depan.

4. Ciri-ciri

wanita unggul wanita unggul mesti berilmu, berani menempuh hidup, mempunyai keyakinan diri, dan sedia diuji, dan menjaga perlakuan. 5. Seruan kepada wanita wanita diminta bersama-sama mengerah kekuatan dan kelebihan yang ada untuk mencapai hasrat dan cita-cita wanita. Nada Sajak ini bernada protes. Bentuk 1. Terdiri daripada 6 rangkap dan jumlah baris dalam setiap rangkap tidak sama. 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 patah perkataan. 3. Rima akhirnya adalah bebas. Gaya Bahasa

1. Inversi Usah kautanya persoalan dilema. 2. Sinkope Usah kautanya persoalan dilema. 3. Personifikasi Angin musim semakin deras dan ganas. 4. Perlambangan Angin musim semakin deras dan
melambangkan perubahan masa)

ganas (angin musim

5. Hiperbola Kita bertakhta di persada dunia. 6. Asonansi Lepaskan segala belenggu kedaifan. (pengulangan vokal e) 7. Aliterasi Tinggi pekerti anggun gerak-geri. (pengulangan konsonan g)
Nilai 1. Keberanian wanita perlu berani menghadapi era globalisasi. 2. Bekerjasama wanita seharusnya bekerjasama untuk menjulang martabat wanita. 3. Berhemah tinggi walaupun wanita diminta berani mendepani cabaran zaman, tetapi mereka harus menjaga budi pekerti dan tingkah laku. 4. Rasional Dalam apa-apa jua tindakan manusia, khususnya wanita harus rasional supaya kita tidak tersilap perhitungan. 5. Berdikari untuk mengejar kemajuan dan meningkatkan martabat wanita, mereka mesti mempunyai sifat berdikari mengerah seluruh kekuatan diri. Pengajaran 1. Wanita mestilah berani menempuhi cabaran era globalisasi. 2. Kita perlu sedar bahawa masa sentiasa meninggalkan kita. 3. Kita hendaklah memanfaatkan segala peluang yang tersedia di hadapan kita. 4. Wanita mestilah menjaga tingkah laku dan budi pekerti. 5. Wanita mestilah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan martabat mereka.

11

Anda mungkin juga menyukai