Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERPISAHAN TN. HJ. ZULKAPLI B. HJ.

OTHMAN 11/11/2009 (RABU)

Yang diraikan, Tn. Hj. Zulkapli bin Hj. Othman Yg Berbahagia YDP PIBG, Datuk Wira Dr. Hj. Bahari B. Dato Abu Mansor Yang Berusaha, Pengetua SMKN yg baru, Tn. Hj. Mohd. Rashid b. Mohd Sidek Yang Berusaha, GPK 1, Pn. Hjh. Rohaya Bt. Othman GPK HEM, Datin Hjh. Noriyah bt. Bidon GPK Koku, En. Yeow Sin Tay, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru KAnan Matapelajaran, Barisan pendidik yang berdikasi, staf sokongan serta anak didik yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya pada hari ini kita dapat berada dalam Majlis Perpisahan Mantan Pengetua, Tn. Hj. Zulkapli b. Hj. Othman yang akan bertukar ke SMK Rahmat. Majlis mengalu-alukan kedatangan YDP PIBG, Datuk Wira Dr. Hj. Bahari b. Dato Abu Mansor dan AJK PIBG. Juga ucapan selamat menyertai warga SMK Naning kepada Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Rashid b. Mohd. Sidek. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini mendapat keberkatan Allah s.w.t serta merapatkan lagi ukhuwwah yang telah sedia terjalin antara kita di SMK Naning ini. Hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan al-fadhil Ustaz Rosli b. Mustaffa untuk membacakan doa. Amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih kepada al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi. Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagang Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan dan sesungguhnya perpisahan itu adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Itulah kenyataan yang perlu kita hadapi dengan pemergian Tn. Hj. Zulkapli b. Hj. Othman setelah dua tahun beliau bersama kita mengharungi pahit dan duka, manis dan gembira sebagai Pengetua, tanpa mengenal putus asa dan kecewa beliau terus berusaha meningkatkan kecemerlangan dan kegemilangan SMK Naning. Kini sampailah masa bagi beliau

mengucapkan selamat tinggal SMKN untuk menabur bakti di tempat dan suasana yang berbeza. Majlis diteruskan dengan mempersilakan wakil Pelajar SMK Naning , Norliyana binti Hussein. Tingkatan 5 Sains untuk memberikan ucapan. Majlis seterusnya mempersilakan GPK 1, Pn. Hjh. Rohaya bt. Othman untuk menyampaikan ucapan. Seterusnya dipersilakan Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Hj. Bahari b. Dato Abu Mansor untuk menyampaikan sepatan dua kata. Dipersilakan. Terima Kasih kepada Datuk Wira Dr. Hj. Bahari atas ucapan itu tadi. Bagi menambah seri majlis ini, izinkan saya bacakan secara ringkas biodata insane yang diraikan, Tn. Hj. Zulkapli b. Hj. Othman. Dilahirkan pada 18 Mei 1957, di Gemenceh, Negeri Sembilan dan telah tercatat di Luh Mahfuz nama beliau Zulkapli bin Othman. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Rokan, Negeri Sembilan dan SK Gemenceh Negeri Sembilan. Kemudian beliau meneruskan pendidikan di SM Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan dan SM Tun Razak, Seremban, Negeri Sembilan. Dengan semangat untuk terus maju, beliau melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian beliau memperoleh BA (Hons) di Universiti Malaya dalam Opsyen Sejarah dan mempunyai kelulusan tertinggi Master of Art dalam bidang Educational Research dari University of Lancaster, England. Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Akademik bermula di SK Dato Manan, Tg. Karang, Selangor selama 6 tahun. Di SMK Palong 2, Gemas Negeri Sembilan selama 2 tahun dan di SMK Tampin, Negeri Sembilan selama 2 tahun. Beliau kemudiannya berkhidmat di Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai penolong pengarah selama 5 tahun. Seterusnya beliau dilantik sebagai GPK Koku di SMK Mansur Shah, Melaka dan berkhidmat selama 3 tahun, kemudian beliau menjadi GPK HEM di SMK Dato Dol Said. Tidak sampai setahun di sana beliau dipanggil untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah dan Ketua Unit Sekolah Menengah di Jabatan Pelajaran Melaka sehingga 16 April 2008. Mulai 16 April 2008 bermulalah pentadbiran beliau sebagai Pengetua di SMK Naning sehingga November 2009. Jasa bakti dan perkhidmatan beliau telah mendapat pengiktirafan dengan menerima anugerah Bintang Khidmat Terpuji daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2002. Beliau juga diiktiraf sebagai Tokoh Kualiti Jabatan Pelajaran Melaka pada 2004, menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada 1996 dan 2000 dan menerima Anugerah Pengarah pada Hari Guru 2005. Dengan ini majlis mempersilakan yang dirai, Tn. Hj. Zulkapli b. Hj. Othman untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Bulan mengambang sungguhlah cerah, Memancar menyinari di Pulau Indah, Amanat diberi bakti dicurah,

Semat dihati hilangkan gundah. Demikianlah tadi ucapan perpisahan daripada Mantan Pengetua, Tn. HJ. Zulkapli b. Hj. Othman.

Anda mungkin juga menyukai