Anda di halaman 1dari 2

Pembakaran Terbuka Di Kawasan Johan Setia

Jun 23, 2011 In The Press

Kenyataan Media 22 Jun 2011 Pembakaran Terbuka Di Kawasan Johan Setia Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan untuk melawan aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di sekitar kawasan Johan Setia, Klang. Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor menjurus kepada tiga lokasi menjadi punca utama kepada pencemaran udara. Tindakan telah diambil ke atas pihak terlibat. Mereka adalah: Pembakaran terbuka dari aktiviti pertanian di atas tanah milik MARDI yang disewakan kepada syarikat Pilus Trading Sdn Bhd. Satu kertas pertuduhan sedang disediakan. Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pekerja di tapak pembinaan perumahan-perumahan fasa 4A, Bandar Puteri Klang yang dimiliki oleh IOI Resort. Satu kertas pertuduhan sedang disediakan. Kawasan pertanian tanah gambut Revolusi Hijau di Johan Setia. Tujuh kertas pertuduhan sedang disediakan.

View Larger Map

Kerajaan Negeri memandang berat masalah pembakaran terbuka ini yang menjejaskan kualiti kehidupan ramai penduduk di Selangor dan kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan undang-undang di bawahSeksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengenakan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya. Operasi membanteras aktiviti pembakaran terbuka juga akan dijalankan untuk menangkap mereka yang masih enggan mematuhi undangundang.

Anda mungkin juga menyukai