Anda di halaman 1dari 12

BoIehkah Ianun dihapuskan seIama-Iamanya?

#,,$:7,,
Anda boleh mengambil tindakan ke atas mereka buat sementara,
menyerbu pusat operasi mereka dan merampas segala jualan,
namun, sebaik sahaja segala kawalan ini reda lambat-laun ia pasti
reda juga mereka kembali memenuhi tepi-tepi jalan, menjaja
barangan kepada orang ramai yang juga tak sabar-sabar menantikan
kemunculan mereka.
Penyelesaian kepada masalah cetak rompak penghasilan semula
secara haram kesemua bahan, yang paling kerap adalah CD, VCD,
DVD dan perisisan computer yang popular bukannya mudah, dan
penguatkuasaan yang tegas dan berulangkali bukan satu-satunya
jawapannya. Proses ini menelan banyak belanja tanpa memberi
pulangan apa-apa kepada kerajaan dan mengambil banyak masa
polis sedangkan banyak lagi aktiviti-aktiviti diperlukan untuk
memerangi jenayah yang lebih serius.
Mungkin ada yang kurang bersetuju sesetengah pihak seperti artis-
artis tempatan yang bergantung hidup dari hasil jualan kerja seni
mereka, tentunya menganggap cetak rompak satu jenayah, namun
mereka juga tentunya setuju bahawa jenayah berat seperti
pembunuhan dan rogol mesti diutamakan daripada cetak rompak.
Oleh itu mereka yang punca pendapatannya bergantung kepada produk sebegini seperti syarikat-syarikat
rakaman, produser-produser filem dan pencipta perisian perlulah menimbangkan penyelesaian alternatif,
bukan hanya mengharapkan penguatkuasaan kerajaan sebagai satu-satunya kaedah memerangi lanun-
lanun ini.
Setelah operasi besar-besaran ke atas VCD cetak rompak baru-baru ini, kerajaan mencadangkan kawalan
harga dikenakan ke atas benda-benda asli, termasuklah kerja-kerja melibatkan hak intelektual seperti
perisian. Namun nampaknya, respon dari pemilik hak kerja-kerja ini hanyalah suam-suam kuku.
Kerajaan telah mendedahkan yang VCD, contohnya, dijual pada harga kurang dari RM5 sekeping
sedangkan penjualnya masih mengaut keuntungan besar. ni sudah tentu kerana lanun-lanun ini hanya
berbelanja beberapa sen sahaja untuk kos sebenar pengeluaran.
Persoalannya wajarkah hasil-hasil kerja yang asli dijual begitu mahal bagi membolehkan pengeluarnya
mendapatkan semula semua kos dan sedikit keuntungan?
VCD yang asli, contohnya, harga mereka mencecah semahal RM30 ke RM40 sekeping. Pada harga
semahal ini, pastinya membuka peluang besar bagi penghasilan salinan cetak rompak kerana terbentang
luas permintaan dari pengguna yang boleh mendapatkan VCD yang hampir sama mutunya dengan harga
sepuluh kali ganda lebih murah.
Jika harga diturunkan sebanyak , katalah, 50 peratus, adakah ianya membantu? Yang pentingnya bagi
pemilik bahan 'copyright' ini, bolehkah jualan mereka meningkat untuk mendapatkan semula hasil yang
dikorbankan dengan menurunkan harga? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana ia bukannya risiko yang
sanggup diambil oleh pengeluar-pengeluar.
Bagaimana pula dengan perisian? Cuba lihat pengeluar perisian terbesar di dunia, Microsoft.
Margin keuntungannya dikatakan kira-kira 90 peratus. Sekiranya ia menjual produk bernilai US$100, ia
mengaut keuntungan sebanyak US$90 satu margin keuntungan yang sangat besar berbanding mana-
mana syarikat lain dan ia mampu memiliki margin sebesar itu kerana pegangan pasarannya yang kukuh.
Adakah harga dan margin tersebut wajar? Bergantung kepada siapa yang ditanya. Penyokong konsep
pasaran bebas akan menegakkan bahawa sesebuah firma itu berhak meletakkan apa sahaja harga yang
difikirkan mampu diterima oleh pasaran. Mereka yang suka diadakan campurtangan pasti berkata
keuntungan melampau pada produk yang tinggi permintaannya sepatutnya dihalang. Jawapan sebenarnya
mungkin terletak di tengah-tengah sedangkan Microsoft juga dihadkan sesetengah aktivitinya di Amerika
Syarikat.
Yang jelasnya Malaysia tidak yakin dengan konsep pasaran bebas; kerana itulah ia mencadangkan VCD
dan produk-produk lain diletakkan kawalan harga. ni bererti persetujuan perlu diperolehi sebelum
menaikkan sebarang harga. Dengan ini, segalanya akan menjadi semakin sukar dan terpaksa melalui
karenah birokrasi untuk sebarang perubahan harga. ni mungkin bukan alternatif terbaik.
Malaysia juga sangat memerlukan kaedah-kaedah lain untuk menghapuskan cetak rompak. Salah satu
caranya ialah dengan merapatkan jurang harga di antara barang-barang cetak rompak dan yang asli. Apa
pun yang disuarakan oleh pengeluar dan pemilik hakcipta intelektual, pastinya ada ruang untuk perubahan
harga sekurang-kurangnya pada beberapa produk tertentu.
Lihat sahaja kos bagi pakej program komputer yang popular di kebanyakan pejabat. Jika anda memiliki lima
komputer peribadi di pejabat, setiap satunya mesti mempunyai perisian dan lesennya tersendiri. Jika
perisian tersebut berharga RM1,500, jumlah kesemuanya adalah RM7,500. Diskaun untuk pembelian pukal
tidaklah sebanyak mana. Kemudian, terdapat juga program peningkatan tahunan yang tidak begitu perlu
diperkenalkan oleh pengeluar-pengeluar perisian ini, namun tetap dibeli kerana banyak syarikat tertarik
padanya. Perisian haram pula hampir-hampir percuma sedangkan perisian sah yang lebih murah berharga
kira-kira 80% lebih rendah sekarang.
Jika harga ini dikurangkan, dan jualan meningkat naik melebihi peratus harga yang dipotong, pengeluar
perisian tidak akan mengalami kerugian. Yang istimewanya, ini memberikan tamparan hebat kepada cetak
rompak dan akhirnya memihak kepada pengeluar.
Kalau pun para pengeluar ini bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan (Microsoft juga begitu,
menggunakan iklan-iklan amaran tentang akibat dari menggunakan perisian haram), isu harga tidak akan
dapat dielakkan sepenuhnya. Lama-kelamaan, harga perlu diturunkan juga sebagai sebahagian cara
memerangi cetak rompak.
Pihak kerajaan tidak boleh diharapkan untuk terus menumpaskan cetak rompak sendiri selama-lamanya
tanpa usaha pengeluar menangani isu harga, walaupun pihak-pihak berkuasa tempatan digunakan untuk
memberi tekanan, seperti dilakukan sebelum ini.
Agensi-agensi penguatkuasa dan polis perlu mengendalikan aktiviti-aktiviti mereka mengikut keutamaan.
Yang mana satu dirasakn perlu, memfokus kepada isu-isu domestik yang begitu menekan seperti jenayah-
jenayah ganas, atau mengganggu penjaja dan pengguna barangan cetak rompak hanya untuk memastikan
syarikat-syarikat asing terus mengaut keuntungan berlipat-ganda menerusi harga yang tinggi? Pilihan
sangat terang dan jelas.





etak Rompak Perisian Komputer Di MaIaysia
Apa itu etak Rompak Perisian Komputer
Cetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara HARAM perisian tersebut
dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu
salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna
tidak dibenarkan menyalin salinan asal kedalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran
pengaturcara perisian tersebut.
Jika pengguna membeli satu perisian dari kedai. Apa yang dibeli oleh pengguna terbabit ialah
bukannya dalam bentuk material, sebagai contoh, cd-rom / cakera liut, buku panduan, dan lain-
lain, tetapi dalam bentuk lesen penggunaan. ni bermakna, hanya seorang pengguna dibenarkan
menggunakan perisian itu pada satu masa. Cuba kita anggap perlesenan perisian ini sebagai
buku. Jika Pengguna A membeli sebuah buku novel, pada satu masa cuma seorang pembaca
sahaja boleh membaca buku itu. Tidak ada cara bagi orang lain di tempat yang lain membaca
buku yang sama. Sama seperti perisian komputer, Jika pengguna itu mahu menggunakan
perisian itu di komputer yang lain untuk tempoh yang tetap, dia terpaksa memadamkan perisian
tersebut pada komputer yang asal dan membuat instalasi perisian pada komputer baru yang
mahu digunakan olehnya.
Jika pengguna itu mempunyai salinan perisian di pejabat dan dia mahu menggunakan perisian itu
di rumah, ketika dia tidak berada di pejabat, maka dia boleh meletakkan perisian tersebut pada
komputernya di rumah dengan syarat pengguna itu seorang sahaja yang menggunakan
salinannya di rumah atau di pejabat.
Contoh-contoh penyalinan haram yang biasa dilakukan oleh pengguna
O ontoh 1
Pengguna A membeli perisian tersebut di kedai, dan dia memberitahu tentang perisian
tersebut kepada Pengguna B. Pengguna B berminat untuk menggunakan perisian
tersebut dikomputernya dan meminta supaya Pengguna A membuatkannya satu salinan
perisian tersebut untuk pengguna B gunakan. ni adalah cetak rompak perisian yang
selalu berlaku di Malaysia.
O ontoh 2
Kolej A baru membeli 50 buah komputer baru. Penjaga makmal komputer itu telah
membeli 1 salinan perisian yang hendak digunakan oleh pelajar-pelajar kolej tersebut di
kedai berhampiran. Untuk menjimatkan kos, penjaga makmal komputer tersebut telah
meletakkan perisian tersebut pada cakera keras di 50 buah komputer makmal itu dengan
hanya menggunakan hanya 1 salinan asal. Cetak rompak seperti ini berlaku kebanyakan
institusi-institusi pengajian di Malaysia.
O ontoh 3
Pengguna A telah pun memesan sebuah komputer dari sebuah syarikat yang
membekalkan komputer. Oleh kerana tuan punya syarikat itu mahu menjalin hubungan
baik dengan pelanggannya. Dia telah meletakkan bebagai-bagai perisian kedalam
cakera keras komputer tersebut. ni adalah merangkumi perisian Windows 95, AutoCad,
CorelDraw dan bermacam-macam lagi. Tetapi pengguna hanya membayar untuk kos
perkakasan dan bukan untuk kos perisian. Tuan punya syarikat komputer itu telah
melakukan kesalahan yang besar dengan membuat salinan haram perisian ke cakera
keras pengguna. Pengguna juga dianggap bersubahat jika pengguna terus
menggunakan perisian-perisian yang telah didapati dalam cakera keras beliau.
enis perisian
Sebagai permulaan, pengguna harus tahu jenis-jenis perisian yang ada di pasaran, ia boleh
dikategorikan sebagai berikut
O PubIic Domain
Public Domain ialah dimana perisian yang boleh digunakan secara percuma oleh mana-
mana pihak. a boleh disalin oleh mana-mana pihak dan diedarkan kepada sesiapa
sahaja, tetapi pihak yang menyalin tidak boleh mengaut keatas perisian tersebut, hanya
kos penyalinan sahaja dibenarkan, sebagai contoh, kos cakera liut. Perisian ini ditulis
oleh pengaturcara dan pengaturcara tersebut mengambil keputusan untuk
mengedarkannya secara percuma kepada orang-ramai. Langkah ini diambil oleh
pengaturcara tersebut kerana dia merasakan bahawa dia tidak mahu lagi mengeluarkan
versi terbaru perisian tersebut dan tidak mahu memberi bantuan kepada masalah-
masalah yang dihadapi oleh pengguna. Terdapat banyak perisian Public Domain yang
boleh didapati di nternet yang boleh digunakan.
O reeware
reeware sama fungsinya dengan Public Domain dimana perisian ini boleh digunakan
oleh sesiapa sahaja. stilah ini digunakan pada zaman sekarang manakala istilah Public
Domain digunakan pada tahun 80an.
O $hareware
Perisian Shareware ialah perisian percubaan. Perisian ini boleh disalin dan digunakan
oleh mana-mana pihak dan pengguna diberi tempoh untuk mencuba perisian tersebut
pada komputer masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan. Biasanya tempoh
percubaan yang diberi ialah dalam tempoh 30 hari atau 3 bulan. Pengaturcara bebas
untuk menetapkan tempoh percubaan. Jika pengguna tidak mahu menggunakan perisian
tersebut maka pengguna dikehendaki memadamkan perisian tersebut didalam cakera
keras komputer masing-masing. Jika pengguna mahu menggunakan perisian ini melebihi
tempoh yang telah ditetapkan maka pengguna hendaklah mendaftar kepada
Pengaturcara tersebut dan membayar untuk harga perisian. Tujuan Shareware yang asal
ialah untuk mengenalkan perisian kepada pengguna dan kajian telah didapati perisian
yang diedarkan dalam bentuk Shareware lebih cepat mendapat tempat kepada
pengguna berbanding dengan Perisian Commercial. a juga bertujuan supaya pengguna
boleh mengetahui sama ada perisian ini berjalan lancar apabila dicuba pada komputer
masing-masing.
Pada kebiasaan pengaturcara akan mengeluarkan dua versi, pertama versi shareware
dan kedua versi Komersial. Terdapat banyak fungsi tambahan pada versi Komersial
berbanding dengan versi shareware. ni adalah untuk menarik minat pengguna untuk
mendaftar dan seterusnya mendapat versi komersial.
Jika pengguna telah melebihi tempoh yang telah ditetapkan sesetengah perisian
shareware akan mula mengeluarkan 'nag screen'. ni adalah bertujuan untuk
mengingatkan pengguna supaya mendaftar jika mahu menggunakan terus perisian
tersebut. Pada sesetengah perisian shareware pula, perisian itu tidak boleh digunakan
jika tempoh percubaan itu telah tamat.
O 'ersi KomersiaI
Versi Komersial ialah versi penuh perisian. Versi komerial ialah versi yang selalu dicetak
rompak di negara ini. Versi komersial biasanya dibeli di kedai-kedai. Pengguna haruslah
mendaftar kepada pengaturcara tersebut untuk mendapatkan khidmat sokongan.
Khidmat sokongan ini amat penting, kerana jika berlaku masalah, pengguna boleh
mendapatkan khidmat dengan cara menelefon kepada pengaturcara dan mendapatkan
bantuan. Pengguna juga boleh mendapat artikel tentang tips-tips dan perubahan minor
kepada perisian yang telah dibeli. Selain dari itu pengguna akan mendapat buku
panduan tentang penggunaan perisian tersebut. Buku panduan ini tidak akan diperolehi
jika pengguna membeli perisian cetak rompak. Pengguna juga akan mendapat diskaun
untuk perisian-perisian lain yang dibuat oleh pengaturcara.
O ardware
Cardware, pelik bukan. stilah ini digunakan oleh pengaturcara yang mahukan respon
dari pengguna. ungsi perisian Cardware adalah sama dengan fungsi perisian freeware
dan Public Domain. Pengaturcara cuma mahukan pengguna menghantarkan Poskad
menyatakan komen tentang perisian yang ditulis kepada beliau. Perisian seperti ini cuma
berfungsi untuk mengenalkan pengaturcara kepada orang ramai.
Kenapa ia berIaku
Cetak rompak ini berlaku disebabkan sifat ketamakan, sifat tidak bertimbangrasa, tidak
menghormati hak orang lain. Perisian komputer bukan dalam bentuk material, tetapi dalam
bentuk intelek. Sebagai contoh, Microsoft Windows 95 yang ada pada hari ini adalah hasil dari
usaha gigih pengaturcara-pengaturcara di Microsoft 25 tahun dahulu. Terdapat beribu-ribu lagi
perisian-perisian yang terdapat di dunia yang memerlukan kerja keras pengaturcara. Bayangkan
berapa ribu pengaturcara yang tidak tidur malam, kerja berjam-jam hanya untuk menyiapkan
perisiannya dan beliau mencari sesuap nasi hanya dengan perisian yang akan disiapkan nanti.
Saya pernah berjumpa dengan seorang pengaturcara dimana beliau menyara 8 orang anaknya
dengan penjualan perisian yang ditulis. Cuba bayangkan pula betapa senangnya pencetak
rompak haram yang dengan beberapa minit sahaja membuat penyalinan perisian pengaturcara
tersebut. Jika pengguna menyokong cetak-rompak dengan membeli perisian-perisian cetak
rompak maka dengan secara tidak langsung pengguna telah menutup mata pencarian
pengaturcara-pengaturcara dan sekaligus memakan hak orang lain. ni semua tidak akan berlaku
jika pengguna tahu yang mana benar dan yang mana salah. Salah satu kesan yang amat ketara
di Malaysia ialah kekurangan syarikat tempatan yang mampu mengeluarkan perisian dalam
Bahasa Malaysia. ni kerana pengaturcara di Malaysia tahu bahawa, jika mereka mengeluarkan
sesuatu perisian, maka dengan sekelip mata sahaja perisian versi haram akan keluar di pasaran.
ni sekaligus akan membantutkan industri perisian di Malaysia.
Kebanyakan syarikat perisian di Malaysia hanya membuat perisian yang telah ditempah oleh
pelanggan. ni kerana mereka tahu bahawa perisian seperti ini tidak akan di cetak rompak dan
perlaburan mereka terjamin. Cuma ada beberapa syarikat sahaja di Malaysia yang mengeluarkan
perisian untuk diedarkan untuk orang-ramai. Sebagai contoh, Dewan Eja, Mari Belajar Al-Quran,
Jawi, dan beberapa perisian untuk pendidikan sekolah rendah dan menengah. Tetapi mereka
pun masih lagi mendapat saingan daripada perisian-perisian haram yang diimport dari luar negeri
yang jauh lebih murah.
Mengaut Keuntungan
Pencetak Rompak merupakan dalang kepada cetak rompak di Malaysia. Mereka menggunakan
teknologi tercanggih untuk menyalin cd-rom asal dan mengedarkannya kepada orang ramai
dalam bentuk yang lagi murah. Cuba bayangkan bahawa harga yang dijual kepada orang-ramai
adalah 10% dari harga asal perisian, manakala harga kos penyalinan haram ini hanyalah 1% dari
harga sebenar. Tetapi disebalik perisian-perisian haram seperi ini, terdapat banyak
keburukannya. Kebanyakan perisian-perisian ini tidak boleh dipakai. Ada sesetengah perisian
haram di dalam cd-rom ini mengandungi virus. Dengan menggunakan perisian haram pengguna
telah terdedah kepada virus yang amat merbahaya, dan amat malang sekali virus ini tidak boleh
dibersihkan kerana ia terkandung dalam CD-ROM yang tidak boleh ditulis oleh pemacu cd-rom.
Kesannya pengguna tidak boleh menggunakan cakera tersebut dan ia merupakan pembaziran.
Lebih buruk lagi, jika virus itu telahpun memadamkan keseluruhan cakera keras pengguna.
Terdapat juga keadaan dimana cd-rom yang diedarkan oleh lanun-lanun ini akan merosakkan
pemain cd-rom pengguna. ni kerana cd-rom yang digunakan oleh lanun-lanun ini merupakan cd-
rom yang mempunyai kualiti yang rendah dan kos untuk memproses cd-rom ini ialah sebanyak
80 sen sekeping. Berbanding dengan kos yang digunakan oleh pengedar asal iaitu RM 5
sekeping. Cd-rom yang berkualiti rendah ini akan merosakkan pemacu cd-rom pengguna dan
hasilnya dalam beberapa bulan sahaja, pemacu cd-rom itu tidak boleh digunakan lagi. Jika anda
mahukan pemain cd-rom anda tahan lama, gunakan cd-rom yang tulen. Walaupun harganya
lebih mahal tetapi ia menjamin pemacu cd-rom anda daripada rosak dalam jangkasama yang
singkat.
MengeIakkan perisian haram
Pengguna boleh mengelakkan perisian haram dengan membeli pada kedai-kedai yang terpilih
sahaja. Perisian-perisian yang tulen di bungkus di dalam kotak yang berwarna-warni, menarik
dan didalamnya terdapat sijil pengesahan bahawa perisian yang dibeli adalah perisian tulen.
Perisian haram tidak mempunyai kotak langsung, dan ianya diedarkan didalam bekas CD-ROM
ataupun di dalam sampul plastik. Jika pengguna membeli sebuah komputer baru, pastikan
pengguna mendapat sijil pengesahan perisian. ni untuk membuktikan bahawa perisian yang
terkandung didalam cakera keras komputer baru itu ialah perisian yang tulen. Jangan terima
sebarang hadiah dalam bentuk perisian haram yang ditawarkan oleh tuan punya kedai. Selain
sumber yang diperolehi di kedai, perisian haram juga boleh didapati melalui internet, nternet
Relay Chat (RC) atau e-mail.
Bussiness $oftware AIIiance (B$A)
BSA ditubuhkan oleh kumpulan-kumpulan perisian komputer di dunia untuk menangani masalah
perisian haram ini. BSA bertanggungjawab untuk mengelakkan perisian haram ini dari berleluasa.
BSA akan mendakwa mana-mana pihak yang menggunakan perisian haram. Denda yang
dikenakan oleh mahkamah ialah RM10,000 untuk setiap salinan perisian haram yang dimiliki.
Mahkamah tidak akan bertolak ansur dalam hal ini. Ahli ahli yang mengangotai BSA ialah Adobe,
Autodesk, Lotus, Novell, Symantec, Microsoft, atCom, Extol, UBS dan CE. Anggota-anggota ini
memberi kebenaran supaya BSA boleh mendakwa mana-mana pihak yang memiliki perisian
haram. Selain daripada itu BSA juga berfungsi untuk menyedarkan orang ramai bahawa cetak-
rompak perisian ini adalah sesuatu yang tidak bermoral. Orang ramai yang memberikan infomasi
sehingga tertangkapnya pencetak rompak ini akan diberi ganjaran sebanyak lebih kurang RM
8000, manakala RM 5000 akan diberi lagi apabila orang yang tertangkap itu berjaya didakwa di
mahkamah. Setakat ini beberapa syarikat di Malaysia telah didakwa atas tuduhan memiliki
perisian haram. Dan syarikat ini telah didakwa di mahkamah dan didenda. BSA sedang
memperluaskan lagi aktiviti mereka untuk membanteras cetak rompak ini.
Untuk penerbit-penerbit perisian yang lain yang tidak menganggotai BSA, BSA tidak boleh
mengambil sebarang langkah atau tindakan kerana penerbit itu tidak memberikan kebenaran
kepada BSA untuk mengambil tindakan mahkamah, maka perisian-perisian mereka masih lagi
berada dalam ancaman cetak rompak ini. Walaubagaimanapun pengguna tidak seharusnya
bergantung kepada BSA untuk tidak menggunakan perisian haram. Tepuk dada tanya selera.
KesimpuIan
Pendidikan tentang perisian haram ini haruslah dimulai sejak kecil, justeru itu pendidikan tentang
perisian ini sepatutnya dimulakan sejak di bangku sekolah lagi. Kesedaran pengguna paling
penting demi untuk menangani masalah ini.
MakIumat Lanjut
O BSA hotline 1-800-88-3875
O Honesty line 1-800-88-5411
O Microsoft hotline 1-800-88-3249
Keratan Akhbar
O Perisian tiruan RM 220,000 dirampas di Sabah (43kb)
O BSA Perkenal VLS untuk banteras perisian haram (61kb)

Ahmad Hafiz Wahy
email: cobra_ayaq@hotmail.com
alamat web: http://www.geocities.com/SiliconValley/Vista/2459
3rd May 1998 1:03 am



keratan akhbar Utusan Megabait
kembali ke artikel bahasa 2




Malaysia semakin baik banteras cetak rompak
Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Robert B. Zoellick memuji Malaysia kerana
menunjukkan kemajuan dalam memerangi cetak rompak cakera optik.
Duta Zoellick dalam laporan 2001 Special 301 yang dikeluarkan di Washington, Amerika
Syarikat (AS) Khamis lepas, mengambil perhatian akan pelbagai langkah awal positiI
yang telah diambil oleh Malaysia bagi melaksanakan undang-undang media optiknya dan
menggesa Rusia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Taiwan untuk turut berbuat demikian.
Laporan tahunan itu, yang dikeluarkan pada Isnin, menyatakan Malaysia merupakan
antara negara yang telah mengambil langkah penting dalam melaksanakan atau komited
untuk mengguna pakai, kawalan yang amat diperlukan terhadap pengeluaran media optik.
``Satu pembangunan positiI tertentu sejak beberapa tahun ialah penguatkuasaan Akta
Cakera Optik, yang apabila dilaksanakan sepenuhnya akan menjadi alat yang berkesan
untuk memerangi cetak rompak hak cipta,'' menurut laporan itu.
Malaysia merupakan antara 16 rakan kongsi perdagangan Amerika Syarikat di bawah
``Special 301 Priority Watch List'' mengenai hak harta intelek.
Sebanyak 15 rakan kongsi lagi ialah Argentina, CostaRica, Republik Dominican,
Kesatuan Eropah, Mesir,Hungary, India, Indonesia, Israel, Korea, Lebanon , Filipina,
Rusia, Taiwan dan Uruguay.
Laporan itu menyatakan sementara Malaysia telah melancarkan beribu-ribu serbuan dan
pemeriksaan di kilang-kilang sejak dua tahun lepas, hampir tiada pendakwaan jenayah
bagi cetak rompak yang telah diselesaikan.
Pejabat USTR di sini merancang untuk mengendalikan satu semakan semula pada musim
gugur untuk menilai usaha penguatkuasaan Malaysia terutama pelaksanaan sepenuhnya
Akta Cakera Optik menjelang 15 Sept, 2001.
Sementara itu, USTR, dalam laporan ``Super 301'', menyatakan ``kebimbangan serius''
mengenai syarat kandungan tempatan yang dikenakan oleh Malaysia mengenai
pengeluaran kenderaan bermotor.
Mengikut Perjanjian Langkah-langkah Pelaburan Berkaitan Perdagangan, Malaysia
disyaratkan untuk mengeluarkan semua langkah-langkah itu menjelang Januari 2000
kecuali jika diberikan tempoh tambahan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Pada 29 Disember 1999, Malaysia mengemukakan permohonan rasmi bagi tambahan dua
tahun untuk memastikan langkah-langkah itu dipatuhi bersama-sama dengan
kewajipannya mengikut perjanjian itu.
Menurut laporan itu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengambil perhatian mengenai
kesediaannya untuk bersetuju bagi melanjutkan tempoh itu, `` tetapi bimbang dengan
kenyataan bercanggah yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan hasratnya
itu.''
Atas alasan itu, Amerika Syarikat akan terus mengawasi pematuhan Malaysia dengan dua
kewajipan WTOnya dalam sektor kenderaan bermotor.
Amerika Syarikat pada masa ini mempunyai dua lagi kes WTO yang belum diselesaikan
berhubung isu itu, mencabar penyenggaraan oleh India dan langkah-langkah yang
menjejaskan perdagangan dan pelaburan dalam sektor kenderaan bermotor Filipina. -
Bernama


wilayah tumpuan penjualan
VCD cetak rompak - Roslan


PEMBELI memilih judul-judul Iilem terkini termasuk album lagu tempatan dan luaran dalam bentuk VCD cetak rompak di kawasan SS2,
Petaling Jaya baru-baru ini.



KUALA LUMPUR 19 Mei - Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang merupakan tiga
wilayah menjadi tumpuan penjualan video cakera padat (VCD) cetak rompak, kata
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna, Mohd. Roslan Mahayuddin.
Menurut beliau, kini hampir 80 peratus kegiatan penjualan VCD dan CD cetak rompak
yang beroperasi sekarang, dikesan di tiga kawasan terbabit.
Mengenai senario cetak rompak yang begitu membimbangkan terutama di tiga buah
kawasan itu, beliau berkata, pihaknya mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut
memainkan peranan lebih tugas membanteras gejala itu.
Menurut beliau, jualan produk cetak rompak terutama VCD yang dibuat secara terbuka
pada masa ini memerlukan tindakan lebih tegas oleh PBT.
``Kalau mereka (PBT) boleh mengambil tindakan terhadap penjual barangan tertentu atau
mereka yang membuka gerai di kawasan yang dilarang, penjualan VCD cetak rompak
tidak seharusnya turut terlepas daripada tindakan ini,'' tegasnya.
Ditanya sama ada undang-undang sedia ada mencukupi bagi membanteras kegiatan cetak
rompak di negara ini, Mohd. Roslan berkata, undang-undang mencukupi tetapi orang
ramai perlu bersedia bekerjasama menangani masalah itu.
``Pengguna sepatutnya tidak mencipta satu keadaan di mana permintaan semakin
meningkat menyebabkan pengeluar produk cetak rompak mengambil kesempatan
mengeluarkan lebih banyak bahan terbabit,'' katanya.
Mengenai Ienomena pegawai-pegawai penguat kuasa menerima ancaman daripada
sindiket cetak rompak, beliau menegaskan, ia bukan perkara baru sebaliknya telah
dialami sejak dulu.
Beliau memberitahu, pihaknya pernah mengesan kenderaan kakitangannya diekori oleh
kenderaan lain dipercayai kumpulan samseng semasa menjalankan tugas, yang dipercayai
bertujuan mengancam kakitangan terbabit.
Menurut beliau lagi, selain kakitangan dan pegawai, keluarga termasuk isteri dan anak-
anak mereka turut menerima ancaman dicederakan.
Bagaimanapun katanya, perbuatan membakar kenderaan pegawai di Muar dan
mengepung dan mengancam pegawai yang berlaku di Pulau Pinang antara yang paling
serius dilaporkan setakat ini.
Menurut beliau, kejadian-kejadian seumpama itu tidak akan menjejaskan moral anggota
dalam menjalankan tugas kerana tindakan penguatkuasaan perlu diteruskan.
``Semua ancaman yang kita terima setakat ini telah dilaporkan kepada polis,'' katanya.

ahagian Penguat Kuasa tidak akan tunduk pada ancaman
KUALA TERENGGANU 20 April - Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak akan tunduk kepada ancaman mana-mana
pihak dalam usaha membanteras kegiatan cetak rompak di negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk S. Subramaniam berkata, walaupun ada ugutan daripada
pihak-pihak tertentu, ia tidak akan menghalang Bahagian Penguat Kuasa membanteras
kegiatan yang menyalahi undang-undang terutama masalah cetak rompak video cakera
padat (VCD).
``Kita banyak menerima laporan mengatakan anggota dan pegawai bahagian penguat
kuasa diugut serta diancam oleh mereka tidak bertanggungjawab, tetapi ia tidak
menghalang daripada menjalankan tugas.
``Walau apa bentuk ancaman sekalipun diterima, mereka tidak pernah tunduk, sebaliknya
terus berusaha membanteras kegiatan tersebut,'' katanya selepas Persidangan
Perhubungan MIC Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian sebuah kereta milik Ketua Unit
Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
cawangan Muar yang musnah dalam serangan bom petrol di depan rumahnya awal pagi
semalam.
Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas lima jam Wan Kok Kiong bersama Bahagian
Penguat Kuasa kementerian itu merampas lebih 1,300 keping VCD cetak rompak dari
sebuah gerai di tapak ekspo perdagangan dekat Stadium Muar.
Malah Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Azmi Ahmad mengesahkan
bahawa hasil pemeriksaan kimia mendapati kebakaran kereta Wan adalah perbuatan
jenayah.
Menurut Subramaniam, kejadian seperti ini merupakan kali pertama dilaporkan berlaku
dan pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap berhubung perkara tersebut.
``Anggota dan pegawai penguat kuasa pernah menerima pelbagai ancaman dan ugutan
terutamanya menerusi teleIon. Kita juga ada menerima laporan bahawa terdapat
percubaan menyerang mereka semasa menjalankan tugas penguatkuasaan,'' tambahnya.

Anda mungkin juga menyukai