Anda di halaman 1dari 3

BPMF 3013 PENGENALAN KEPADA FRANCAIS

Soalan Latihan Bab 7: Persediaan Sebagai Francaisi 1. Nyatakan 10 persoalanpersoalan yang perlu dijawab secara jujur oleh bakalbakal francaisi sebelum mengambil keputusan meyertai francais. Awalan (1999) telah mengemukakan 10 persoalan yang perlu dijawab secara jujur oleh bakal-bakal francaisi sebelum mengambil keputusan meyertai perniagaan francais. Ianya adalah seperti berikut; a. Adakah bakal francaisi memahami apa yang dimaksudkan dengan perniagaan francais, kebaikan dan keburukannya serta tugas dan tanggungjawab yang dipikul? b. Adakah bakal francaisi sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk bekerja sendiri sepenuh masa? Jika ya, berapa jam sehari dan berapa hari seminggu? c. Adakah bakal francaisi mempunyai sumber kewangan sendiri yang benar banar mencukupi untuk memulakan perniagaan francais tersebut, sebagaimana yang dinyatakan?

2. Huraikan secara ringkas langkahlangkah persediaan yang perlu diberi perhatian oleh bakalbakal francaisi sebelum bersetuju menyertai sistem perniagaan francais?

BPMF 3013 PENGENALAN KEPADA FRANCAIS

3. Bincangkan formula kejayaan francais yang dicadangkan oleh Mathews et al (2006)? Berikan penilaian anda tentang Analisis KASH Defisit yang dicadangkan. Formula kejayaan francais yang dicadangkan oleh Mathews et al (2006) ialah yang pertama knowledge, francaisi yang produktif, berdaya maju dan kompetitif, perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam perniagaan francais itu sendiri. Ilmu ilmu yang mesti dikuasai melibatkan produk, perkhidmatan operasi perniagaan, persaingan dan industri. Francasi francaisi menjadi lebih dinamik apabila menguasai sepenuhnya model perniagaan yang diceburi agar dapat menghasilkan keputusan yang lebih berkesan. Faktor yang kedua ialah Attitude, francaisi yang memiliki attitude dan mental management yang betul mempunyai persepsi yang lebih realistik terhadap francaisor dan perniagaan yang diusahakan. Selain itu, penjanaan keuntungan pada peringkat awal mungkin tidak menghasilkan keputusan yang baik, tetapi francaisi yang memiliki attitude yang betul akan lebih menyedari dan memahami mengapa usaha pembetulan yang berterusan sangat penting. Manakala faktor seterusnya ialah skills, francaisi yang berkemahiran mempunyai effective behaviours terhadap tugas yang dilakukan. Kemahiran pengurusan seperti planning, organizing, leading, controlling merupakan kemahiran kemahiran asas yang sangat diperlukan oleh setiap usahawan. Kemahiran mengurus pelanggan dan pekerja dengan cara betul adalah sangat penting untuk sesuatu perniagaan. Selain itu, jika kemahiran digabungkan dengan ilmu perniagaan maka francaisi mudah menguasai perniagaannya. Faktor yang terakhir ialah Habits, farancaisi yang mempunyai habit yang baik akan lebih cemerlang berbanding dengan francaisi francaisi yang lain walaupun mereka memiliki sumber sumber yang lain. Penilaian kami tentang analisis KASH defisit ialah, ia merupakan salah satu alat penilaian kendiri yang dibangunkan oleh Greg Nathan. Dengan menggunakan analisis KASH defisit ini bakal bakal francaisi dan para pelajar boleh melakukan penilaian kendiri ini untuk melihat kecenderungan dirinya terhadap perniagaan yang bakal dipilih dan membuat perbandingan terhadap elemen elemen KASH yang ada pada dirinya. Selain itu, melalui analisis KASH defisit juga seseorang itu dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dari kaca mata orang lain. Bakal bakal francaisi juga boleh menunjukkan hasil penilaiannya kepada francaisor sebagai bukti bahawa mereka brsungguh sungguh ingin menjadi francaisi dan kesungguhan francaisi itulah akan mempengaruhi keputusan francaisor sama ada hendak menerima francaisi tersebut sebagai prospektif francaisi mereka atau tidak.

BPMF 3013 PENGENALAN KEPADA FRANCAIS

Anda mungkin juga menyukai