Anda di halaman 1dari 5

Minit Mesyuarat Pertama Panitia Bahasa Cina Tahun 2009 SMK Serian

Tarikh Tempat Masa Kehadiran

: 6 Februari 2009 : Bilik Guru : 1200 tengahari : 1. Pn. Chan Chien Yueh

2. Cik Chin Shwee Chyang

1. Kata-kata Aluan

1.1 Pn. Chan memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini merupakan agenda pembahagian tugas segala aktiviti dan perancangan program Panitia Cina sesi 2009.

2. Carta Organisasi Panitia Bahasa Cina Sesi 2009

2.1 Penyelaras Tingkatan: Peralihan, Tingkatan 1,2 dan PMR : Cik Chin Shwee Chyang

Tingkatan 4 dan SPM : Pn. Chan Chien Yueh

2.2 Pn. Chan menerangkan tugas penyelaras tingkatan.

2.3 Tugas menyediakan soalan peperiksaan atau ujian serta analisis ujian dan peperiksaan diserahkan kepada penyelaras tingkatan.

Tindakan : Penyelaras Tingkatan

3. Perancangan Aktiviti Tahunan

3.1 Pertandingan menulis esei , menulis Kaligrafi, mendeklamasi sajak, menulis sajak, Pertandingan catur cina akan diadakan sempena dengan Bulan Bahasa.

3.2 Program Perkembangan Pelajar: i) Teknik menjawab soalan peperiksaan ii) Kelas tambahan bagi kelas peperiksaan (Tingkatan 3 dan Tingkatan 5) iii) Kelas bimbingan bagi pelajar yang lemah

Tindakan : Penyelaras Tingkatan dan guru panitia

4. Bank Soalan

4.1 Penyelaaras mesti menyimpan soalan-soalan ujian bulanan dan peperiksaan untuk rujukan pada masa yang akan datang.

4.2 Setiap kelas perlu diberi sekurang-kurangnya dua karangan sebulan.

Tindakan : Penyelaras Tingkatan dan guru panitia

5. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian

5.1 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian mesti mengikut format yang terkini.

5.2 Rancangan pengajaran perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pentadbir melalui blog masing-masing.

5.3 Panitia juga perlu mencipta blog penitia untuk menyimpan atau memaparkan segala maklumat panitia dari semasa ke semasa.

Tindakan : Penyelaras Tingkatan dan guru panitia

6. Pencerapan

6.1 Ketua Panitia akan mencerap 5 orang guru.

6.2 Setiap guru panitia akan mencerap 3 orang guru.

Tindakan : Ketua Panitia dan guru panitia

7. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Minit dicatat oleh Cik Chin Shwee Chyang

Minit disemak oleh Pn. Chan Chien Yueh Ketua Panitia Bahasa Cina

Penyelaras PMR Bahasa Cina

Anda mungkin juga menyukai