Anda di halaman 1dari 2

6: PENGERTIAN DOA

JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNT UK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TE NTUKAN. Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi ma ka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita t idak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang memp unyai kuasa. Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kit a maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t, menadah tangan ke la ngit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepa da-Nya. Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepe nuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekira nya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langi t maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya. Andainya All ah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahk an kekayaan dan kemuliaan-Nya. Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedik it pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak t idak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.

Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. ( Ayat 27 : Surah Ibrahi m )

Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. ( Ayat 116 : Surah al-Baqarah ) Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan d itanya kelak. ( Ayat 23 : Surah al-Anbiyaa ) Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu at au setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar den gan Tuhan, seolah-olah kita berkata, Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku sudah beramal maka Engkau wajib membayar upahnya ! Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah s.w.t? Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah sebagai hamba dan jagal ah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian Tuannya. Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita te lah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang mas ih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terleta k segala perkara. Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri m engapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita s endiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Ma ha Mengetahui. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya) ? Sedang Ia Maha Halus urusan Tadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. ( Ayat 14 : Surah al-Mulk )Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nya

ta, (dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 18 : Surah atTaghaabun )Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripada nya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? ( Ayat 106 : Surah al-Baqarah )

Allah s.w.t Maha Halus (Maha Terperinci/Detail), Maha Mengerti dan Maha Mengetah ui yang ghaib dan yang nyata. Allah s.w.t yang bersifat demikian menentukan buat diri-Nya yang apa sahaja yang Dia mansuhkan digantikannya dengan yang lebih bai k atau yang sama baik. Dia boleh berbuat demikian kerana Dia tidak bersekutu den gan sesiapa pun dan Dia Maha Berkuasa. Seseorang hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan. Apa yang dihajatiny a disampaikannya kepada Tuhan. Semakin banyak hajatnya semakin banyak pula doa y ang disampaikannya kepada Tuhan. Kadang-kadang berlaku satu permintaan berlawan an dengan permintaan yang lain atau satu permintaan itu menghalang permintaan ya ng lain. Manusia hanya melihat kepada satu doa tetapi Allah s.w.t menerima kedat angan semua doa dari satu orang manusia itu. Manusia yang dikuasai oleh kalbu j iwanya berbalik-balik dan keinginan serta hajatnya tidak menetap. Tuhan yang men guasai segala perkara tidak berubah-ubah. Manusia yang telah meminta satu kebaik an boleh meminta pula sesuatu yang tidak baik atau kurang baik. Tuhan yang menen tukan yang terbaik untuk hamba-Nya tidak berubah kehendak-Nya. Dia telah menetap kan buat Diri-Nya: Bertanyalah (wahai Muhammad): Hak milik siapakah segala yang a da di langit dan di bumi? Katakanlah: (Semuanya itu) adalah milik Allah! Ia telah menetapkan atas diri-Nya memberi rahmat. (Ayat 12 : Surah al-Anaam )

Orang yang beriman selalu mendoakan: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan pel iharalah kami dari azab neraka. ( Ayat 201 : Surah al-Baqarah ) Hamba yang mendapat rahmat dari Allah s.w.t diterima doa di atas dan doa tersebu t menjadi induk kepada segala doa-doanya. Doa yang telah diterima oleh Allah s.w .t menapis doa-doa yang lain. Jika kemudiannya si hamba meminta sesuatu yang men datangkan kebaikan hanya kepada penghidupan dunia sahaja, tidak untuk akhirat da n tidak menyelamatkannya dari api neraka, maka doa induk itu menahan doa yang da tang kemudian. Hamba itu dipelihara daripada didatangi oleh sesuatu yang mengger akkannya ke arah yang ditunjukkan oleh doa induk itu. Jika permintaannya sesuai dengan doa induk itu dia dipermudahkan mendapat apa yang dimintanya itu. Oleh sebab itu doa adalah penyerahan kepada Yang Maha Penyayang dan Maha Mengeta hui. Menghadaplah kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya serta ucapkan, Wahai Tu hanku Yang Maha Lemah-lembut, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana! Daku adalah hamba yang bersifat tergopoh gapah, lemah dan jahil. Daku mempunyai hajat tetapi daku tidak mengetahui kesannya bagiku, sedangkan Engkau Maha Meng etahui. Sekiranya hajatku ini baik kesannya bagi dunia dan akhiratku dan melindu ngiku dari api neraka maka kurniakan ia kepadaku pada saat yang baik bagiku mene rimanya. Jika kesudahannya buruk bagi dunia dan akhiratku dan mendorongku ke ner aka, maka jauhkan ia daripadaku dan cabutkanlah keinginanku terhadapnya. Sesungg uhnya Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mengerti dan Maha Berdiri Dengan Sendiri. Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang m emilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuli aan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pi lihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang merek a sekutukan dengan-Nya. { Ayat 68 : Surah al-Qasas }

Anda mungkin juga menyukai