Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN SOLAT HAJAT

Lafaz Niat Solat Hajat


Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat
dengan lafaz niatnya:

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala


Maksudnya: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana
Allah Taala

Jumlah Rakaat Solat Sunat Hajat


Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan
sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat. Solat hajat paling afdal
ialah 12 rakaat, 6 kali salam.
Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat Hajat
Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dalam
mengerjakan solat sunat hajat. Walaupun begitu, rukun-
rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat
sunat yang lain.
PANDUAN SOLAT HAJAT

Panduan ini merupakan salah satu cara yang boleh diikuti:


Pada rakaat pertama

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul


Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa
naumun lahu maa fissamaawaati wama
fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u
‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa
baina aydiihim wa maa khalfahum,
walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi
illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus
samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu
hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
PANDUAN SOLAT HAJAT

Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi
syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan
mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi
Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit
dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada
Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia
lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi
Maha Besar (kekuasaanNya)

Pada rakaat kedua


Bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas
sebanyak 11 kali:
PANDUAN SOLAT HAJAT

Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah
Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian
makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak,
dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun
yang serupa denganNya.”
Semasa sujud terakhir
Sebelum tahiyat terakhir, seeloknya bacalah tasbih
sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin


Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-
orang yang zalim.
PANDUAN SOLAT HAJAT

Jika tidak dibaca tasbih tersebut atau setelah cukup bilangan


bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati
sewaktu masih dalam keadaan sujud. Seterusnya bangkit
daripada sujud, membaca tahiyat akhir dan memberi salam.

Maksudnya: Keselamatan ke atas kamu dan rahmat Allah

Doa Selepas Solat


Sesudah salam, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang
dipohon. Boleh guna bahasa sendiri atau berdoa
sebagaimana doa berikut:
Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘a zaa-
ie-ma magfiratika wal ghonimata min kulli birrin
wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati
minannar.Allahumma innaka tasma-u’ kalami, watara
makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika
syai-unn min amri wa analba-ie-sulfakir wal mustaghi sul
mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika
bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika
ibtihal Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua
‘a man khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu
wara ghima laka anfuhu

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal
yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan
pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan,
menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga
dan selamat daripada api neraka.Ya Allah, sesungguhnya
Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku,
mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun
daripada urusanku yang tersembunyi daripada
pengetahuanMu.Aku adalah hamba yang sengsara dan amat
memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang
penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan
menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.Ya Allah, aku
mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan
aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa
yang amat hina.Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut
lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan
jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya
kepadaMu
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-
hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan
pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan,
menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi
syurga dan selamat daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku,
melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan
tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang
tersembunyi daripada pengetahuanMu.
Aku adalah hamba yang sengsara dan amat
memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba
yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui
dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana
memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti
doanya doa orang berdosa yang amat hina.
Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta,
juga seperti berdoanya orang yang merendahkan
jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya
kepadaMu

Anda mungkin juga menyukai