Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/1

UNIT 1

OBJEKTIF

Objektif Am : Menerangkan kegunaan unit-unit dalam mikropemproses seperti ALU, Unit Kawalan dan daftar-daftar. Objektif Khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat:Menerangkan komponen-komponen asas sistem komputer daripada gambarajah blok : CPU, Ingatan dan input/output. Menerangkan evolusi mikropemproses, kitar pengambilan dan kitar pelaksanaan. Menjelaskan maksud istilah Nibble, Byte, Word dan Long Word. Menerangkan binaan dalaman dan pengoperasian asas mikropemproses. Menerangkan operasi sistem Bas.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/2

INPUT
1.0 PENGENALAN

Spesifikasi suatu sistem komputer (digital) pada aras yang agak umum, termasuk huraian daripada sudut pandangan pengaturcara (pengguna) dari segi set arahan dan antaramuka pengguna, organisasi ingatan dan pengalamatan, kawalan dan operasi I/O dan lain-lain. Menjalankan sesuatu proses arkitektur dalam suatu famili komputer yang tertentu mungkin agak berbeza namun kesemuanya dapat menjalankan aturcara yang sama. Perbezaan mungkin berlaku dalam komponen perkakasan sebenar atau dalam perlaksanaan subsistem (contohnya mikropengaturcaraan berbanding dengan kawalan talian), atau pada umumnya pada kedua-dua segi. Perlaksanaan yang berbeza mungkin memberikan prestasi dan kos yang sangat berbeza. Arkitektur biasanya memberikan keserasian dari sudut pandangan pengguna. Dalam bidang kejuruteraan dan rekabentuk perkakasan, arkitektur adalah tatarajah dan perkaitan komponen-komponen logik untuk sesuatu komputer. Peranti-peranti ini biasanya termasuklah unit ingatan, unit kawalan dan komponen perkakasan yang direka untuk melaksanakan strategi kawalan, struktur, julat dan keupayaan aritmetik dan logik unit (ALU) dan pertalian secara terus dengan input dan output.

1.1

GAMBARAJAH BLOK SISTEM KOMPUTER Perkakasan satu sistem komputer dibina oleh komponen perkakasan dan perisian komputer. Perkakasan mempunyai 3 bahagian utama yang mengendalikan data iaitu: a. b. c. Peranti Input Mikropemproses : Dibantu oleh Unit Ingatan Peranti Output

Rajah 1.1 menunjukkan blok-blok asas perkakasan komputer

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/3

Peranti Input

Mikropemproses

Peranti Output

Unit Ingatan

Rajah 1.1 : Blok-Blok Asas Perkakasan Komputer

1.1.1 Peranti Input : Peranti input adalah perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data/maklumat ke dalam sistem komputer untuk diproses, disimpan dan mendapatkan semula atau dipaparkan. Terdapat beberapa peranti input yang digunakan untuk keinput data seperti papan kekunci (Keyboard), tetikus (mouse), pen cahaya (light pen), mikrofon dan pengimbas (scanner). Data yang dimasukkan melalui peranti input akan dihantar ke unit pemprosesan. 1.1.2 Mikropemproses : Mikropemproses adalah litar bersepadu tunggal yang berfungsi sebagai unit pemprosesan pusat dalam mikrokomputer. Pemproses adalah nadi kepada semua aktiviti yang bertanggungjawab mentransfomasikan data mentah kepada maklumat yang dikehendaki. Terdapat 3 bahagian utama di dalam Mikropemproses iaitu Unit Aritmetik dan Logik, Unit Kawalan dan Unit Daftar. Unit Ingatan adalah unit yang bertanggungjawap untuk menyimpan segala data/maklumat yang telah diproses oleh Mikropemproses secara kekal dan sementara. Unit Ingatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ingatan utama dan ingatan sekunder. Ingatan utama adalah pusat sumber untuk sistem komputer yang telah diperuntukkan secara dinamik untuk pengguna, aturcara dan pemprosesan. Ia menyimpan aturcara dan data yang akan dan sedang dilaksanakan oleh mikropemproses. Ingatan sekunder adalah pusat untuk menyimpan data/maklumat yang tidak digunakan oleh pemproses. Jika data/maklumat ini diperlukan, maka data akan dipindahkan ke ingatan utama dan seterusnya masuk ke pemproses. _________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/4

1.1.3 Peranti Output : Peranti output adalah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan data/maklumat dari sistem komputer untuk dicetak, diplot dan dipaparkan. Bahagian yang menerima data yang telah diproses oleh mikropemproses untuk dipersembahkan kepada pengguna. Terdapat pelbagai bentuk output yang boleh dihasilkan seperti laporan, jadual, berita, statistik dan sebagainya. Persembahan yang boleh dilakukan oleh peranti output ialah mengeluarkan / mencetak / mempamerkan / memaparkan data yang telah diproses. Terdapat beberapa contoh peranti output seperti mengawal pencetakan (Printer), mengawal paparan (Monitor), mengeluarkan suara (Microphone) dan pemplot. 1.2 Evolusi Mikropemproses 1.2.1 Saiz Data dan Arahan Sejarah CPU bermula dengan saiz data 4 bit, 8 bit, 16 bit hingga sekarang kepada 32 bit dan 64 bit. Bagi sesuatu pemproses bilangan bit yang banyak menandakan kelajuan dan keupayaannya melaksanakan fungsi yang baik. Walaupun begitu, keupayaan melaksanakan fungsi yang baik akan melibatkan kos yang tinggi. Jadual 1.1 dibawah menunjukkan perbezaan saiz data dan arahan bagi setiap pengeluar; Purata Memproses Saiz Perkataan (*MIPS) (Internal Word) Intel 8051 0.58 8 bit Zilog Z80A 0.3 8 bit Zilog Z80B 0.45 8 bit Motorola 6800 3.0 16 bit 486Dx2-66 32 32 bit Pentium 64 32 bit *MIPS Milions of instructions per second CPU 1.2.1 Istilah-istilah Yang Digunakan dalam Mikropemproses Clock Frequency 12 Mhz 4 Mhz 6 Mhz 16 Mhz 66 Mhz 66 Mhz

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/5

1.2.2 Pemproses dipecahkan mengikut kelajuan seperti :i. Pemprosesan Selari Ia melaksanakan dua bahagian pemproses dalama masa yang sama. Pemproses ini juga dikenali sebagai Superscalar Architecture. Ilustrasi di atas digambarkan oleh rajah 1.2 di bawah : Input Data Mikropemproses1 Mikropemproses2 Output Data

Rajah 1.2 : Gambarajah Blok Bagi Pemprosesan Selari ii. Coprocessing Pemproses ini mempunyai Coproces yang berasingan bagi melaksanakan tugas dan fungsi khas. Ia juga boleh membina keupayaan yang laju berbanding pemprosesan selari. Ilustrasi di atas digambarkan oleh rajah 1.3 di bawah : Data

386 Microprocessor

80387 Coprocessor

Main Memory

I/O Port

Microprocessor address, data and control bus Rajah 1.3 : Gambarajah Blok Bagi Coprocessing iii. Pipelining Techniques Teknik ini membolehkan beberapa arahan diproses pada satu masa. Ia akan diproses pada satu stesen yang kecil. Dengan ini keupayaan untuk membina pemproses ini adalah lebih pantas berbanding dengan penbinaan pemproses yang lain. Pemproses ini menggunakan tiga pemproses lain untuk melaksanakan analisa isyarat yang diterima.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/6

Setiap pemproses akan melaksanakan bahagian demi bahagian isyarat sehingga kepada pemproses yang ketiga. Pada pemproses yang ke tiga isyarat telah lengkap dianalisa. Ilustrasi di atas digambarkan oleh rajah 1.4 di bawah :

Data to process

End Process Data

1 CPU

st

Dual Ported Memory

2 CPU

nd

Dual Ported Memory

3rd CPU

Rajah 1.4 : Gambarajah Blok Pipelining Techniques iv. Cache Memory Techniques Pemproses ini mempunyai ingatan yang paling pantas. Ia juga boleh mengatasi masalah capaian ingatan yang perlahan. Lokasinya berdekatan dengan pemproses atau pun berada di dalam pemproses. Ilustrasi di atas digambarkan oleh rajah 1.5 di bawah : 16K Cache Memory System I/O Disk Controller Main Memory

CPU

Microprocessor address, data and control bus Rajah 1.5 : Gambarajah Blok Cache Memory Techniques v. Wider Buses Penggunaan bilangan bas yang banyak menandakan ia adalah lebih laju. Sementara lebar bas yang besar juga digunakan untuk menghasilkan kelajuan yang lebih baik.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/7

AKTIVITI 1.1
UJI KEFAHAMAN ANDA DENGAN MENJAWAB SOALAN DI BAWAH DAN SEMAK JAWAPAN ANDA DENGAN PENSYARAH MODUL ANDA. 1. Bincangkan perkara perkara dibawah :i. Pemrosesan selari ii. Pipelining techniques 2. Terangkan dengan ringkas tetapi jelas bagi :i. Peranti asikan dan keluaran ii. Unit Mikropemproses iii. Unit Ingatan

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/8

INPUT
1.3 BINAAN DALAMAN DAN OPERASI ASAS MIKROPEMPROSES 1.2.2 Arithmatic and Logic Unit (Unit Arithmatik Dan Logik) Unit aritmetik dan logik melakukan operasi-operasi aritmetik seperti tambah dan tolak, operasi-operasi logik seperti AND, OR, XOR dan NOT, dan operasi-operasi anjakan seperti putar kiri/kanan dan anjak kiri/kanan. Selain itu terdapat juga operasi-operasi ujian bit untuk menentukan apakah proses yang sedang dilaksanakan. Kesemua pemproses masa kini menggunakan perwakilan pelengkap dua bagi menentukan nilai-nilai negatif. Terdapat tiga komponen asas dalam struktur ALU iaitu; i. Working Register (Akumulator) ii. Combinational Logic ALU (Pergabungan Logik ALU) iii. Status Register (Daftar Status). Kesemua ini boleh dilihat secara praktikal seperti rajah 3.4 di bawah;

Ke Ingatan

Working Register Status Register


Combinate Logic ALU Ke Unit Kawalan Dari Unit Kawalan

Dari Ingatan

Rajah 3.4 : Struktur Asas Unit ALU _________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/9

Untuk menjalankan proses arithmetik atau logik, ia mesti dikaitkan dengan Register Array. Bagi membolehkan UPP melaksanakan tugasnya dengan baik, ia memerlukan kawalan yang sesuai, maka kawalan yang perlu dilaksanakan oleh UPP adalah ambil suruhan dari ingatan dan laksana suruhan tersebut. Kawalan ini lebih dikenali sebagai proses kitar iaitu kitar ambil dan kitar laksana. i. Kitar Ambil UPP meletakkan alamat byte pertama suruhan pada bas alamat, dalam waktu yang sama ia juga mengaktifkan isyarat kawalan BACA pada unit kawalan dan mengarahkan supaya ambil data dari lokasi ingatan yang dialamatkan. Alamat yang masuk ke ingatan akan dinyahkodkan supaya alamat dari asas perduaan akan ditukarkan kepada perenambelasan. Setelah alamat ditetapkan di tatasusun data, ingatan akan meletakan data pada bas data untuk dialirkan ke UPP. ii. Kitar Laksana Setelah proses ambil selesai dilaksanakan, UPP akan melaksanakan operasi yang diminta oleh suruhan.

1.2.3 Control Unit (Unit Kawalan) Unit ini akan menerima dan menjana isyarat-isyarat bagi mengawal operasi keseluruhan sistem komputer. Input utamanya ialah dari denyutdenyut dari litar jam, kandungan daftar suruhan dan isyarat-isyarat kawalan. Amnya, unit kawalan mengandungi penyahkod suruhan, dan logik pemasaan dan kawalan. 1.2.4 Set-Set Alat Daftar Terdapat beberapa lagi jenis daftar yang tidak tergolong dalam tiga kategori pertama diatas. Daftar-daftar ini menyimpan nilai-nilai yang menjadi kendalian dalam sesuatu operasi UPP. Kumpulan daftar ini dinamakan sebagai Daftar Kegunaan Am. Daftar Serbaguna (Index Register) merupakan daftar 8 bit dan bolah digunakan secara berpasangan menjadi 16 bit. Ia merupakan daftar pelbagai guna, antaranya boleh sebagai pemegang data secara sementara atau pemegang alamat.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/10

Tiga daftar berikut digunakan dalam unit kawalan dan litar dalaman, antaranya Daftar Alamat Ingatan (MAR), Daftar Data Ingatan (MDR) dan Daftar Suruhan (IR); i. MAR mengandungi alamat bagi sebarang kedudukan ingatan yang ingin dibaca atau ditulis. ii. MDR mengandungi maklumat yang dibaca daripada ingatan atau ditulis ke ingatan. iii. Daftar Suruhan (Instruction Register) berfungsi sebagai memegang suruhan yang sedang dilaksanakan oleh UPP (dilaksanakan secara automatik). Suruhan akan dimasukan kedalam daftar suruhan (IR) ketika UPP dalam kitar ambil/laksana. Apabila sesuatu suruhan sudah dimasukkan ke dalam IR :Ia akan dinyahkodkan supaya ia dapat menentukan apakah arahan yang dilakukan oleh suruhan tersebut. Sekiranya arahan tersebut mengarahkan supaya mengambil data dari ingatan, ianya akan diambil. 1.2.5 Accumulator (Akumulator) Jenis ini melibatkan kendalian I/O yang mana dikawal sepenuhnya oleh CPU contohnya CPU melaksanakan aturcara mula, arah dan tamat kendalian I/O ia juga dikenali sebagai kawalan aturcara I/O. Ia dapat dilaksanakan dengan perkakasan I/O khusus dimana menyebabkan CPU menghabiskan masa dengan menjalan beberapa fungsi kawalan I/O. Di bawah kawalan ini pemindahan data akan hanya berlaku apabila arahan I/O diketemui semasa perlaksanaan aturcarayang dikenali sebagai I/O terpencil (Isolated). Satu fungsi kawalan ialah menguji taraf (status) peranti I/O untuk menentukan samada ianya perlu dibaikan (servicing) daripada CPU. Bagi 8080/8085 pengunaan akumulator digunakan dalam kendalian I/O sedangkan Z-80 mempunyai arahan tambahan menggunakan daftar C untuk memegang alamat liang (port) dan daftar lain untuk kegunaan data I/O. Z-80 juga menggunakan (HL) sebagai data sumber atau destinasi. Contoh aturcara melibatkan kerja-kerja I/O iaitu pindah blok perkataan antara peranti I/O dan memori utama.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/11

1.2.6 Program Counter (Pembilang Aturcara) Pembilang Aturcara (Program Counter - PC) - ianya mengandungi alamat ingatan yang mempunyai suruhan yang akan dilaksanakan. Untuk komputer yang menyimpan satu suruhan dalam setiap kedudukan ingatan, daftar ini ditambah 1 semasa perlaksanaan sesuatu suruhan. Nilai PC boleh ditambah atau diubah dengan sebarang nilai bergantung kepada arkitektur komputer dan kehendak suruhan yang sedang dilaksanakan. Merupakan daftar 16 bit, berfungsi sebagai memastikan dengan tepat suruhan yang sedang dilaksanakan dan apakan suruhan yang akan dilaksanakan seterusnya. 1.2.7 Stack Pointer (Penunjuk Tindanan) Penunjuk Tindanan (Stack Pointer) - Tindanan ialah suatu kawasan khas dalam ingatan RAM dimana data disimpan secara sementara. Data disimpan dan diambil secara masuk-terakhir-keluar-dahulu (Last In First out - LIFO). Merupakan daftar 16 bit, Tindanan digunakan semasa subrutin CALL atau Sampukan (Interrupt). 1.2.8 Timing System (Sistem Pemasaan) Litar jam menjana isyarat berkala yang dihantar keseluruh bahagian sistem, terutamanya unit kawalan. Isyarat berkala ini yang dinamakan denyut-denyut jam serta ia merupakan asas masa yang menentukan pergerakan kesemua komponen sistem komputer. Satu denyut jam bersamaan dengan satu kitar jam. Panjang kitar jam diukur dalam milisaat, mikrosaat dan nanosaat. Unit ini juga suatu pengayun frekuensi tetap yang akan menyeragamkan semua operasi bagi setiap komponen komputer. Tugasnya memastikan bahawa setiap operasi berlaku didalam aturan yang betul Kepantasan komputer kerap diukur dengan nilai salingan kitar jam dalam unit Hertz (Hz).

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/12

1.5

SISTEM BAS
Dalam mengkaji pemproses komputer, terdapat dua blok binaan utama yang perlu dipertimbangkan iaitu pemproses dan ingatan. Pemproses ialah unit yang menjadi nadi penggerak keseluruhan sistem termasuk ingatan dan peranti peranti input/output. Ia berhubung dengan peranti-peranti luar dengan tiga kelompok isyarat-isyarat utama; alamat, data dan kawalan. Rajah 1.9 menunjukkan talian bas yang disambungkan kepada UPP. Perlu diingat bahawa setiap perpindahan maklumat akan dirujuk atau mendapat arahan dari Unit Pemproses. Alamat UPP Data Isyarat-isyarat Kawalan Rajah 1.9 : Talian Bas a. Bas Data merupakan sistem bas dua arah(bidirectional) kerana data boleh mengalir dari atau ke CPU kepada kelapan-lapan pin data. Data boleh menjadi masukan atau keluaran bergantung kepada samada CPU sedang memBACA atau meNULIS. Bilangan talian data menyatakan saiz data yang digunakan (dipanggil perkataan) . Sewaktu operasi BACA, ianya bertindak sebagai masukan dan menerima data yang telah diletakkan pada bas data oleh unit ingatan atau peranti I/O yang dipilih oleh kod alamat. Sewaktu operasi TULIS pula, pin data bertindak sebagai keluaran dan meletakkan data pada bas data, yang mana kemudiannya menghantar ke ingatan atau elemen I/O yang dipilih. Dalam kebanyakan kes, data yang dihantar adalah 8 bit kerana CPU mengendalikan data 8-bit perkataan, menjadikan mikrokomputer sebagai mikrokomputer 8-bit. Bas Alamat merupakan suatu bas yang menentukan ke arah atau dari arah mana pergerakan berlaku(menentukan lokasi alamat). Jumlah bit bas alamat biasanya menjadi penentu keupayaan kapasiti ingatan yang boleh digunakan oleh sesuatu UP. Ianya merupakan bas satu arah(unidirectional) kerana maklumat

b.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/13

mengalir dalam satu arah saja, iaitu dari CPU ke ingatan atau ke elemen lain. c. Bas Kawalan - mempunyai bilangan garisan yang berbeza antara UP dengan yang lain, antara 10-12 baris. Ianya digunakan untuk menghantar isyarat discrete, isyarat yang digunakan untuk menyegerakkan aktiviti-aktivitibelemen mikrokomputer yang berasingan. Contoh, isyarat kawalan ini ialah R/W* iaitu, yang dihantar oleh CPU kepada elemen lain untuk memberitahu apakah jenis operasi dalam perlaksanaan. Elemen I/O juga boleh menghantar isyarat kawalan kepada CPU melalui bas ini. Contohnya masukan reset(RES*) CPU, apabila rendah akan menyebabkan CPU reset kepada keadaan tertentu. Komponen kedua dalam perbincangan mengenai pemproses ialah ingatan. Ingatan berkait rapat dengan pemproses kerana setiap operasi pemproses ditentukan oleh program yang disimpan dalam ingatan, selain itu ia merupakan tempat simpanan kepada kesemua maklumat yang diperlukan oleh UPP. Ingatan mempunyai talian-talian alamat untuk menerima alamat yang diberikan oleh UPP. Ingatan juga mempunyai talian data bagi menyimpan dan mengeluarkan data. Ingatan memerlukan isyarat RD (baca) dan WR (tulis) untuk menentukan operasi yang dikehendaki daripadanya. Kedua-dua isyarat ini datangnya dari bas kawalan. Rajah 1.10 menunjukkan talian bas yang disambungkan dengan ingatan daripada UPP.

Alamat Data Isyarat2 Kawalan Rajah 1.10 : Talian Bas Ke Ingatan Ingatan

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/14

1.5.1 Kendalian Sistem Bas Apabila isyarat RD diberikan, UPP sedang membaca dari ingatan. Alamat yang terdapat di talian-talian alamat menyatakan kedudukan ingatan yang dibaca. Apabila isyarat WR pula diberikan, UPP sedang mengirimkan data kepada ingatan. Di talian-talian data terdapat data yang perlu disimpan dan di taliantalian alamat terdapat kedudukan di mana data perlu disimpan. Ingatan akan menerima dan menyimpan data tersebut di alamat yang diberikan. Struktur komputer mempunyai 3 bas yang membawa semua maklumat dan isyarat yang terlibat dalam operasi sistem tersebut. Bas-bas ini menyambungkan UPP kepada setiap ingatan dan elemen input/output agar data dan maklumat boleh mengalir antara UPP dan elemen lain. Setiap perpindahan data dan maklumat akan merujuk kepada UPP. Bas alamat adalah bas yang digunakan oleh UPP bagi menyatakan alamat maklumat yang terletak di ingatan. Bagi bas data digunakan untuk memindahkan data atau maklumat di antara komponen-komponen sistem. Manakala bas kawalan membawa isyarat-isyarat kawalan untuk mengawal operasi keseluruhan sistem. Rajah 1.11 di bawah menunjukkan lakaran penuh pertalian antara 3 komponen utama komputer.

Bas Alamat Bas Data UPP Bas Kawalan

Ingatan

Port I/O

Rajah 1.11 : 3 Talian Utama Dalam Mikrokomputer

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/15

AKTIVITI 1.3
UJI KEFAHAMAN ANDA DENGAN MENJAWAB SOALAN DI BAWAH DAN SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HALAMAN MAKLUMBALAS. 1. Apakah jam sistem dan fungsinya? 2. Isikan tempat kosong pada soalan yang berkenaan; a. Sekiranya UPP hanya mempunyai satu daftar serbaguna yang boleh digunakan oleh juru program, daftar ini dinamakan __________________.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/16

MAKLUMBALAS 1.3
1a. Apakah jam sistem dan fungsinya? Litar jam menjana isyarat berkala yang dihantar keseluruh bahagian sistem, terutamanya unit kawalan. Isyarat berkala ini yang dinamakan denyut denyut jam serta ia merupakan asas masa yang menentukan pergerakan kesemua komponen sistem komputer. Satu denyut jam bersamaan dengan satu kitar jam. Panjang kitar jam diukur dalam milisaat, mikrosaat dan nanosaat. Kepantasan komputer kerap diukur dengan nilai salingan kitar jam dalam unit Hertz (Hz). 2. Isikan tempat kosong pada soalan yang berkenaan; Sekiranya UPP hanya mempunyai satu daftar serbaguna yang boleh digunakan oleh juru program, daftar ini dinamakan Accumulator.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/17

PENILAIAN KENDIRI

ANDA DIAMBANG KEJAYAAN, UNTUK MEMPERKUKUHKAN LAGI KEJAYAAN ANDA SILA JAWAB SOALAN DI BAWAH. JIKA ADA MASALAH SILA BERBINCANG DENGAN PENSYARAH ANDA. SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA. SOALAN 1 Terangkan Sistem Komputer Melalui Gambarajah Blok ?

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/18

MAKLUMBALAS KENDIRI

SOALAN 1 Blok blok asas perkakasan komputer.

Peranti Input

Mikropemproses

Peranti Output

Ingatan

a. Peranti Input : Peranti input adalah perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data/maklumat ke dalam sistem komputer untuk diproses, disimpan dan mendapatkan semula atau dipaparkan. Terdapat beberapa peranti input yang digunakan untuk ke input data seperti papan kekunci (Keyboard), tetikus (mouse), pen cahaya (light pen), mikrofon dan pengimbas (scanner). Data yang dimasukkan melalui peranti input akan dihantar ke unit pemprosesan. b. Mikropemproses : Mikropemproses adalah litar bersepadu tunggal yang berfungsi sebagai unit pemprosesan pusat dalam mikrokomputer. Pemproses adalah nadi kepada semua aktiviti yang bertanggungjawab mentrasfomasikan data mentah kepada maklumat yang dikehendaki. Terdapat 3 bahagian utama didalam Mikropemproses iaitu Unit Aritmetik dan Logik, Unit Kawalan dan Unit Daftar. Unit Ingatan adalah unit yang bertanggungjawap untuk menyimpan segala data/maklumat yang telah diproses oleh Mikropemproses secara kekal dan sementara. Unit Ingatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ingatan utama dan ingatan sekunder.

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Pengenalan Kepada Mikropemproses

E 4160/UNIT 1/19

Ingatan utama adalah pusat sumber untuk sistem komputer yang telah diperuntukkan secara dinamik untuk pengguna, aturcara dan pemprosesan. Ia menyimpan aturcara dan data yang akan dan sedang dilaksanakan oleh mikropemproses. Ingatan sekunder adalah pusat untuk menyimpan data/maklumat yang tidak digunakan oleh pemproses. Jika data/maklumat ini diperlukan, maka data akan dipindahkan ke ingatan utama dan seterusnya masuk ke pemproses. c. Peranti Output : Peranti output adalah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan data/maklumat dari sistem komputer untuk dicetak, diplot dan dipaparkan. Bahagian yang menerima data yang telah diproses oleh mikropemproses untuk dipersembahkan kepada pengguna. Terdapat pelbagai bentuk output yang boleh dihasilkan seperti laporan, jadual, berita, statistik ,gambar, suara dan sebagainya. Persembahan yang boleh dilakukan oleh peranti output ialah mengeluarkan / mencetak / mempamerkan / memaparkan data yang telah diproses. Terdapat beberapa contoh peranti output seperti mengawal pencetakan (Printer), mengawal paparan (Monitor), mengeluarkan suara (Microphone) dan pemplot. SOALAN 2

_________________________Saifhadi / WM04 / 2004_________________________

Anda mungkin juga menyukai