Anda di halaman 1dari 8

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20

UNIT 2.1
STANDARD PEMBELAJARAN Murid Berupaya Untuk: 1. Menyebut nombor, 11 hingga 20 2. Mengenal pasti nombor, 11 hingga 20. 3. Menulis nombor, 11 hingga 20. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Pilih sepasang murid. Minta murid pertama membilang, menunjukkan dan menyebut bilangan sepuluh penyedut minuman. Murid kedua menunjukkan satu penyedut minuman lagi dan menyambung sebutan murid pertama. Kemudian sambung sebutan murid kedua seperti berikut: Murid pertama: Sepuluh... Murid kedua: ... dan satu ... Guru: ... jadi sebelas. 2. Tulis 10 dan 1 jadi 11 pada papan tulis sambil menyebut Sepuluh dan satu jadi sebelas. Minta murid menyebutnya bersama-sama. Bimbing murid menulis nombor 11 dalam buku latihan. 3. Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga ... jadi 17. Soal jawab: Sepuluh dan lima jadi lima belas. Sepuluh dan enam jadi enam belas. Sepuluh dan tujuh jadi ... (Murid diminta menyatakan nombornya) Teruskan sehingga Sepuluh dan sepuluh jadi dua puluh PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh 4. Minta murid menyebut nombor 11 hingga 20 mengikut urutan. 5. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan kad nombor mengikut urutan atau secara rawak. Cadangan komunikasi: Sepuluh dan berapa jadi ... (Tunjukkan kad nombor tetapi jangan sebutkan nombornya) Tuliskan dan tunjukkan jawapannya. Adakah kawan kamu menuliskan nombor yang betul? 6. Minta murid menyebut nombor daripada sebelas hingga dua puluh secara tertib menaik dan kembali ke nombor sebelas secara tertib menurun. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan Lembaran Aktiviti 2.1(a). Minta murid jelaskan. 2. Edarkan lembaran Aktiviti 2.1(b). Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan nombor yang betul.

BAHAN BANTU MENGAJAR Sesi P&P 1. 2. 3. 4. Penyedut minuman Papan tulis individu Pen marker Kad nombor (11 hingga 20)

Aktiviti Pengukuhan Lembaran Aktiviti 2.1 Lembaran Aktiviti 2.2

23

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20


Lembaran Aktiviti 2.1(a) Sebutkan.

10 11 12 13
sepuluh sebelas dua belas tiga belas

14 15 16 17
empat belas lima belas enam belas

tujuh belas

18 19 20
lapan belas sembilan belas dua puluh
24

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20


Lembaran Aktiviti 2.1(b) Dengar dengan teliti dan bulatkan nombor yang betul. 1.

I2
2.

I4 I5 I5 I3 I7

I6 I3 I9 I8 I4
25

I7
3.

II
4.

20
5.

I6

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20


UNIT 2.2
STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Membilang objek dalam kumpulan, 11 hingga 20. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan pundi kacang dan maklumkan permainan Bilang Lambungan. 2. Terangkan cara bermain. a) Guru melambung dan menyambut pundi kacang yang dilakukan beberapa kali. b) Murid memerhatikan dan membilang di dalam hati jumlah lambungan yang dibuat. c) Murid menuliskan jumlah lambungan itu di atas papan tulis individu dan menunjukkan nya kepada semua. 3. Ulangi langkah 2 untuk nombor lain yang disebutkan secara rawak. Untuk menjadikan permainan lebih menarik minta murid bergilir-gilir melambungkan pundi kacang tersebut di dalam kumpulan kecil. 4. Ubah suai permainan ini: Membilang jumlah lambungan sebiji bola di antara dua murid. Membilang jumlah tepukan tangan yang dibuat. Membilang jumlah sida yang dijatuhkan ke dalam sebuah tin aluminium. 5. Edarkan Lembaran Kerja 2.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi P&P: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pundi kacang 4. Bola 5. Sida 6. Tin aluminium Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad Petak 100 2. Pembilang 3. Papan tulis individu 4. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan tiga kumpulan - A, B dan C. Edarkan kepada setiap murid dalam: Kumpulan A - kad Petak 100 Kumpulan B - pembilang yang mencukupi Kumpulan C - papan tulis individu dan pen marker 2. Sebutkan suatu nombor di antara 11 hingga 20 secara rawak dan minta murid dalam: Kumpulan A - menunjukkan nombor yang berkenaan pada kad Petak 100 Kumpulan B menunjukkan sejumlah pembilang yang betul Kumpulan C - menuliskan nombor yang betul pada papan tulis individu dan menunjukkan nya kepada semua. 3. Ulangi langkah 2 dengan nombor yang lain.

26

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20


UNIT 2.3
STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: 1. Membaca nombor dalam perkataan, sebelas hingga dua puluh. 2. Menulis nombor dalam perkataan, sebelas hingga dua puluh. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan kad nombor dan kad perkataan sebelah-menyebelah pada papan tulis. 2. Sebut nombor satu persatu diikuti oleh murid mulai nombor 11 hingga 20. 3. Murid diminta mengeja perkataan yang terdapat pada kad perkataan dan menulisnya dalam buku latihan. 4. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan B menggantungkan kad nombor di leher. 5. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin sebelum muzik berhenti. 6. Murid yang telah berjumpa pasangannya akan duduk bersama. dengan

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi P&P: 1. Kad nombor (11 hingga 20) 2. Kad perkataan sebelas hingga dua puluh 3. Tali 4. Radio Bagi aktiviti pengukuhan: Puzzle kad perkataan sebelas hingga dua puluh. PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

7. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama. 8. Edarkan Lembaran Kerja 2.3.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan puzzle kad perkataan kepada setiap kumpulan. 2. Murid perlu mencantumkan perkataan yang terdapat dalam puzzle. Kumpulan yang terpantas dikira sebagai pemenang.

27

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20


UNIT 2.4
STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyatakan nilai tempat dan nilai digit dalam suatu nombor. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan beg-beg plastik yang setiap satunya mengandungi sepuluh biji guli. Minta murid membilang guli dalam beberapa beg plastik tersebut. Kemudian tuliskan 10 pada beg-beg itu dengan pen marker. Terangkan: Sepuluh sama dengan satu puluh. Tuliskan pada papan tulis: 10 sama dengan 1 puluh.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi P&P: 1. Guli 2. Beg plastik 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad Petak 100 2. (Rujuk BBM ms. 2) 3. Guli 4. Beg plastik

2. Seterusnya

tunjukkan satu beg yang mengandungi sepuluh biji guli dan sebiji guli lagi seperti berikut:

3. PERBENDAHARAAN KATA Kad petak 100 Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

Minta murid membilang jumlah guli menggunakan teknik berikut: Membilang kesemuanya Satu, dua ... sebelas. Membilang terus Sepuluh, sebelas. Cadangan komunikasi: Ada berapa biji guli kesemuanya? (Murid akan menjawab Sebelas biji guli) Satu puluh ... (tunjukkan beg sepuluh biji guli itu) ... dan satu sa (tunjukkan guli yang sebiji itu) ... jadi sebelas. Tuliskan pada papan tulis: 1 puluh dan 1 sa jadi 11.

4.

Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga ... jadi 15. Cadangan komunikasi: Satu puluh dan tiga sa jadi tiga belas. Satu puluh dan empat sa jadi empat belas. Satu puluh dan lima sa jadi ... (Murid diminta menyatakan dan menuliskan nombornya).

28

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20

5. Cadangan komunikasi: Sekarang cikgu mahu enam belas biji guli. Berapa beg sepuluh perlu cikgu ada? Berapa guli sebiji-sebiji perlu cikgu ada? Berapa puluh dan barapa sa jadi enam belas? 6. Ulangi langkah 5 sehingga ... jadi 19. 7. Cadangan komunikasi: Satu beg ada satu puluh. Jika dua beg ada dua puluh. Dua puluh sama dengan dua puluh. (Tuliskan 20 sama dengan 2 puluh pada papan tulis). 8. Edarkan Lembaran Kerja 2.4. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan kad Petak 100, dua puluh biji guli dan dua beg plastik kepada setiap pasangan. 2. Sebut suatu nombor di antara 11 hingga 20 secara rawak. Salah seorang murid menunjukkan guli sepuluh-sepuluh (yang diisi dalam beg plastik) dan guli sebiji-sebiji mengikut bilangan yang disebutkan. Pasangannya pula menunjukkan nombor tersebut pada kad Petak 100. 3. Ulangi aktiviti di atas dengan pasangan bertukar peranan.

29

UNIT 2 NOMBOR BULAT HIINGGA 20 NOMBOR BULAT H NGGA 20


UNIT 2.5
STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya untuk: Menyusun nombor, 11 hingga 20 a) Membilang satusatu secara tertib menaik. b) Membilang satusatu secara tertib menurun. c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi P&P: 1. Tali 2. Penyepit baju 3. Set kad nombor (11 hingga 20). Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Buku cerita Jack dan Pokok Kekacang (Rujuk BBM ms. 3-14) 2. Garis nombor bersaiz besar 3. Pen marker PERBENDAHARAAN KATA Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh Tertib menaik Tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Rentangkan tali di dalam kelas dan edarkan kad nombor kepada sepuluh murid. 2. Terangkan bahawa murid akan membilang secara tertib menaik daripada nombor terkecil hingga yang terbesar menggunakan kad tersebut. 3. Minta murid yang memegang kad 11 untuk menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju di sebelah hujung kiri tali yang direntang tadi. Cadangan komunikasi: Siapa ada nombor selepas sebelas? Gantungkan kad pada tali. (Murid dengan kad 12 menggantungkan kadnya selepas kad 11) 4. Ulangi langkah 3 hingga selesai urutan nombor tersebut. Minta murid menyebut nombor 11 hingga 20. 5. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih satu kad nombor. Kemudian rentangkan tali di dalam kelas untuk setiap kumpulan. Jadikan aktiviti ini sebagai satu pertandingan. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik yang betul dikira sebagai pemenang. 6. Edarkan Lembaran Kerja 2.5. Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk: membilang satu-satu secara tertib menurun. membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ceritakan tentang Kekacang. kisah Jack dan Pokok

2. Murid juga boleh diminta melakonkan watak Jack untuk menjadikan sesi ini lebih menarik. 3. Kaitkan aksi Jack memanjat dan menuruni pokok kekacang dengan gerakan pada garis nombor.

30

Anda mungkin juga menyukai