Anda di halaman 1dari 9

1

BAB1: Pengenalan
Pendidikan seni merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran
pelajar-pelajar pendidikan khas. Banyak kajian dan dapatan yang telah dilakukan untuk
mengetahui sejauh mana keberkesanan atau kaitan seni di dalam pendidikan khususnya
pendidikan khas. Herbert Read mengatakan seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Seni dapat menarik minat
pelajar untuk belajar dengan perasaan gembira ini di perkukuhkan dengan penyataan Frank
Cizek bahawa terdapat daya kreatiI yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan
keluar untuk menyatakan ekspresi diri. Seni dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu seni visual termasuk kraI tangan,
muzik, gerakan dan drama. Dalam satu kajian jurnal yang dijalankan oleh beberapa orang
pengkaji telah membuat ulasan mengenai sejauh manakah dapatan kajian beberapa orang penulis
yang mendapati seni drama dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas meningkatkan
kemahiran emosi untuk bergaul atau bersosialisasi. Saya akan mengulas sebuah jurnal berkenaan
topic ini. Butir-butir jurnal tersebut adalah seperti berikut:
Nama Jurnal : International Journal OI Special Education( Vol 22 No1)
Tajuk artikel : Drama Techniques For The Enhancement OI Social-Emotional
Development In People With Special Needs: Review OI Research
Penulis : D.Jinal-Snape & E.Vettraino
Tahun terbitan : 2007
Penerbit : University oI Dundee, Scotland, UK.

2

BAB2: Kandungan
2.1 Tujuan
Jurnal yang di tulis oleh D.Jinal-Snape & E.Vettraino adalah bertujuan untuk
memperbaiki serta mencadangkan bagaimana untuk memantapkan lagi kajian-kajian yang telah
dijalankan oleh penulis-penulis lain mengenai seni drama yang digunakan dalam proses
perkembangan sosial emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam kajian yang dijalankan oleh
D.Jinal-Snape & E.Vettraino mereka mendapati hanya lapan pengkaji yang berjaya
mengemukakan bukti bahawa teknik lakonan mempunyai potensi untuk meningkatkan emosi
bersosialisasi pelajar pendidikan khas secara eIektiI. Namun begitu kajian yang dikemukakan
tidak dijalankan secara terperinci dan menyeluruh, D.Jinal-Snape & E.Vettraino mendapati
pengkaji-pengkaji ini juga tidak menyertakan bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong dapatan
kajian mereka, berdasarkan kelemahan-kelemahan yang diperoleh maka dua orang penulis ini,
D.Jinal-Snape & E. Vettraino telah membuat satu kajian yang terperinci dan sistematik untuk
tindakan masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi hujahan mereka bahawa penggunaan teknik
drama akan dapat meningkatkan emosi bersosialisasi di kalangan pelajar berkeperluan khas.

2.2 Latar belakang kajian
Jurnal ini mengkaji mengenai kajian semula keberkesanan penggunaan teknik drama
dalam meningkatkan perkembangan sosial emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian ini di
tulis oleh dua orang penulis iaitu D.jinal-Snape & E.Vettraino dari University oI Dundee,
Scotland. Mereka melihat drama lebih kepada satu proses membantu perkembangan daripada
pertunjukan. Oleh itu satu kajian dibuat setelah mendapati beberapa kekurangan yang terdapat di

3

dalam kajian-kajian sebelumnya. Selain daripada itu mereka memperkatakan tentang pandangan
Peter (2000) merujuk kepada drama yang membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas
meningkatkan keyakinan diri dengan sentuhan dari hati ke hati. Selain daripada itu kajian ini
banyak memIokuskan kepada teknik drama yang mampu mengubah dan meningkatkan sosial
emosi serta mengurangkan rasa rendah diri kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian yang
dilakukan kepada kanak-kanak atau pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekitar United Kingdom
ini menunjukkan bagaimana keberkesanan penggunaan teknik drama dalam meningkatkan sosial
emosi mereka.

2.3 Kaedah Kajian
Beberapa kaedah kajian telah digunakan di dalam penulisan jurnal ini. Memandangkan
penulis membuat kajian semula penulisan penulis-penulis lain, maka penggunaan kaedah
terbahagi kepada dua iaitu dari segi pencarian jurnal dan juga pelbagai strategi drama. Bagi
pencarian jurnal penulis menggunakan kaedah carian melibatkan data maklumat daripada
Educational Resources InIormation Centre(ERIC) termasuk Resources in Education (RIE) dan
Current Index to Journals in Education (CIJE) serta British Education Index. Bagi kajian yang
melibatkan teknik drama penulis mendapat terdapat 23 strategi di mana 12 daripadanya
digunakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Di antara 12 strategi tersebut ialah main
peranan, drama psikologi, drama sosial, teater berIorum, drama berbentuk isu, drama politik,
drama berbentuk terapi , drama kemahiran bersosial, teater teraputik, drama kemasyarakatan dan
drama sahaja tanpa sebarang unsur. Kesemua strategi ini telah diperoleh daripada enam belas
jurnal yang telah di baca dengan teliti oleh kedua-dua penulis bagi mendapatkan kesahihan yang

4

boleh di percayai. Daripada bukti-bukti yang diperolehi dari enam belas jurnal hanya lapan jurnal
sahaja yang dapat menunjukkan kesahihan dalam mengutarakan pendapat dan juga kajian yang
menunjukkan teknik drama dapat meningkatkan sosial emosi kanak-kanak berkeperluan khas.
Kelapan-lapan penulisan jurnal tersebut telah menemukan pelbagai jenis ketidakupayaan kanak
dan juga beberapa jurnal drama seperti terencat akal, pertubuhan kecacatan, jurnal kelemahan
visual dan masalah penglihatan, kajian drama berbentuk pendidikan dan juga jurnal teater
remaja. Bagi penulis tarikan antara kesemua kaedah yang digunakan hanya satu jurnal sahaja
yang menggunakan rujukan yang berlain daripada lapan lagi jurnal. Selain daripada itu kedua-
dua penulis juga menggunakan prosedur dan pelbagai teknik pengumpulan untuk mendapatkan
maklumat mengenai drama, yang paling kerap digunakan ialah pencerapan. Data analisis yang
dijalankan dapat menunjukkan laporan secara terperinci . Jangka masa sesuatu projek drama
kepelbagaian intervensi dijalankan empat hari untuk satu tahun akademik.

2.4 Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini menjurus kepada kelemahan bukti-bukti yang diberikan oleh penulis-
penulis mengenai keberkesanan penggunaan teknik drama dalam meningkatkan sosial emosi
kanak-kanak berkeperluan khas. Penulis juga mendapati kajian yang dibuat oleh mereka tidak
secara menyeluruh. Dalam lapan kertas kerja yang di kaji terdapat teknik-teknik yang digunakan
terlalu lemah dan goyah untuk dinilai, malas contoh-contoh yang diberikan juga tidak
menunjukkan keberkesanan penggunaan teknik drama tersebut. Namun begitu, penulis menemui
kaedah yang dapat menyokong semua dapat yang telah diperolehi dari penulis-penulis
sebelumnya. Penulis mencadangkan agar kriteria pemilihan dibuat dengan lebih terperinci.

3

Pemilihan tingkah laku yang ingin dibuat perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum membuat
sebarang kajian serta lebihkan kepada sasaran secara individu berbanding meletakan secara
berkumpulan. Penulis juga mengandaikan bahawa dua orang individu yang mempunyai
kekurangan yang khusus akan memberikan tindak balas kelakuan yang sama kepada drama yang
ditonton atau dihayati. Diandaikan juga bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan dari
segi sosial emosi amat sukar untuk menerima arahan daripada orang yang tidak mereka kenali.
Penulis memberi cadangan bahawa kajian perlu disertai oleh ibu bapa atau mereka yang rapat
dengan kanak-kanak tersebut supaya mereka bersama-sama dapat merealisasikan perasaan
melalui teknik-teknik drama yang disertai tanpa sebarang gangguan atau halangan agar kajian
yang dijalankan mempunyai kesahihan yang boleh diguna pakai. Kebanyakan cadangan yang
dikemukakan mempunyai kekurangan mengenai jangka masa kajian, kumpulan kajian, masalah
yang dihadapi oleh peserta kajian. Teknik drama yang digunakan juga tidak menyeluruh dan
pelbagai.

2.5 Cadangan Kajian
Selain daripada itu kedua-dua penulis juga mencadangkan kajian yang dibuat perlulah
digarap secara proIesional dengan menyatakan atau mengelas kumpulan umur dan jenis
kecacatan, bahagian-bahagian kumpulan( saiz, kebolehan dan sebagainya), strategi
intervensi(Irekuensi, tempoh masa, dan bilangan sesi), hasil ( kesan positiI, kesan negatiI dan
tingkah laku yang tidak berkesan), sebarang strategi lengkap, kesimpulan dan penyelenggaraan.
Selain daripada itu inIormasi mengenai polisi perlu di buat termasuk drama dalam kurikulum
serta latihan dalam drama untuk pakar pendidikan khas. Terdapat pelbagai jenis teknik drama

6

yang perlu digunakan, pelbagai bentuk, pemboleh ubah dengan hubung kait yang tepat di antara
kanak-kanak berkeperluan khas. Penulis juga mendapati jika teknik drama di gunakan secara
betul dan melibatkan semua golong masyarakat di sekeliling kanak-kanak berkeperluan khas,
maka kemahiran sosial emosi mereka akan dapat dipertingkatkan lagi. Kajian ini juga sedikit
sebanyak akan memberi impak kepada peruntukan kandungan kurikulum sekolah yang
memerlukan teknik drama digunakan. Selain daripada itu penulis menyiIatkan kajian-kajian
perlulah di jalankan dengan lebih teliti dan di susuli dengan bukti yang kukuh. Terdapat
beberapa Irekuensi yang masih lagi lopong dalam kajian sebelum ini seperti kumpulan sasaran
yang perlu lebih jelas serta kumpulan kanak-kanak berkeperluan khas sama ada mempunyai
kecacatan seperti buta, pekak, bisu atau bermasalah pembelajaran. Teknik-teknik drama juga
perlulah dipelbagaikan dalam kajian yang akan datang agar sosial emosi kanak-kanak
berkeperluan khas ini dapat diperoleh dengan lebih tepat. Memandangkan drama merupakan
salah satu teknik yang dapat meningkatkan kemahiran sosial emosi kanak-kanak berkeperluan
khas maka penulis merasakan satu khilaI yang tidak sepatutnya di tinggalkan oleh pengkaji
sebelum ini







7

BAB3: Pendapat/Ulasan
Berdasarkan jurnal yang telah saya baca saya dapati, penulis meninjau kembali
kajian-kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain mengenai keberkesanan teknik drama
dalam perkembangan sosial emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Penulis mendapati beberapa
kelemahan yang terdapat dalam kajian mereka. Walaupun begitu penulis masih lagi
memIokuskan terhadap dapatan bahawa teknik drama dapat membantu kanak-kanak
berkeperluan khas meningkatkan perkembangan sosial emosi kanak-kanak berkeperluan khas.
Bagaimana, siapa, di mana, bila, dan jangka masa kajian telah dipersoalkan oleh penulis
terhadap kajian-kajian sebelumnya. Kenapa lontaran persoalan yang timbul diutarakan oleh
penulis, ini sebenarnya kerana penulis mendapati kesan penggunaan teknik drama amat berguna
kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang dinyatakan oleh Howard Gadner terdapat
lapan kecerdasan dalam diri individu iaitu kecerdasan verbal-lingusitik, kecerdasan logik-
matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan
interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis maka dari teori ini penggunaan
teknik drama kepada kanak-kanak berkeperluan khas amat bersesuaian.
Dengan Iitrah kelahiran mereka yang dilahirkan dengan kekurangan, mendambarkan kita
sebagai guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran agar ia akan menjadi lebih menarik dan
menyenangkan mereka belajar, salah satu teknik yang di kaji oleh penulis ialah teknik drama.
Daripada dapatan ini, drama juga dikatakan dapat membantu kanak-kanak bersosialisasi dan juga
mengurangkan tekanan emosi dengan cara perkembangan idea-idea untuk penghayatan pada
kanak-kanak secara spontan melalui imaginasi yang diilhamkan daripada sumber-sumber
ekspresiI alam nyata atau alam khayalan seperti meniru watak dan imaginasi. Melalui dapatan

8

kajian ini, membuktikan bahawa pegerakan dan penghayatan watak dari sumber-sumber mudah
dapat memberikan pengalaman yang diperlukan untuk membantu perkembangan potensi dalam
diri kanak-kanak berkeperluan khas mendapat peluang menggunakan daya imaginasi untuk
memberi gambaran seperti burung berterbangan, ikan berenang, awan berarak dan sebagainya.
Melangkau keupayaan diri dalam gerak merupakan sumbangan daripada imaginasi kanak-kanak
khas ketika melakonkan drama, ini kerana pergerakan melambangkan perasaan mereka oleh
sebab itu penulis mengakui bahawa teknik drama dapat meningkatkan perkembangan sosial
emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Selain daripada itu teater boneka juga dapat menarik
minta kanak-kanak berkomunikasi sesama mereka, di sini saja didapati satu bentuk komunikasi
telah terbentuk. Dengan persoalan yang diutarakan oleh penulis, bagi saya kajian semula ini
akan dapat membantu guru-guru bersama-sama menilai apa yang perlu diberi perhatian ketika
mengaplikasikan teknik drama kepada kanak-kanak berkeperluan khas.









9

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai