Anda di halaman 1dari 58

AKTA - AKTA BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

oleh :

HJ. MOHD. SHARIF BIN CHE DIN


Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Alor Star Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

SENARAI AKTA-AKTA YANG BERKAITAN SENARAI AKTA-AKTA YANG BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 133) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

7.

8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385) Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 (Akta 480) Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)

Dalam perundangan Perancangan Bandar, selain merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), jabatan juga merujuk kepada beberapa perundangan lain yang mempunyai IMPLIKASI KE ATAS AMALAN PERANCANGAN, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Fokus kepada hanya yang berkaitan secara langsung.


Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)

KANUN KANUN TANAH NEGARA 1965 TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) (AKTA 56)

KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56)
Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) merupakan satu akta yang terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan wujudnya keseragaman perundangan dan polisi yang berkaitan dengan pentadbiran tanah serta penggunaannya, yang antara lain termasuk hakmilik, urusniaga dan kutipan hasil pendapatan daripadanya.
7

KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56)

Merupakan satu Akta terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kategori gunatanah iaitu PERTANIAN, BANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN. Proses permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan Tanah dan Serahbalik Kurnia Semula. Namun, terdapat isu penyelarasan seperti proses Kebenaran Merancang berdasarkan Akta 172 ada terikat dengan peruntukan Kanun Tanah Negara (Akta 56) dalam Proses Permohonan Perancangan dan Pembangunan. Sebagai contoh, perkara bagi permohonan Serahbalik dan Kurnia Semula (Seksyen 204A) memerlukan kelulusan Kebenaran Merancang (Akta 172) diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertimbangan dibuat terhadap permohonan SBKS (Akta 56)
8

KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56)
KUASA MEMBUAT UNDANG - UNDANG KUASA MEMBUAT UNDANG - UNDANG Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan : Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan : Dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Kerajaan Dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut perkaraPersekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut perkaraperkara yang disenaraikan dalam jadual ke 9. perkara yang disenaraikan dalam jadual ke 9.

Bidang Kuasa Kerajaan Negeri


a) b) c) d)

Hal Ehwal Agama Islam Perhutanan Tanah Pertanian

Undang-undang berkaitan tanah seharusnya dibuat oleh Dewan Perundangan Negeri.

10

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan


a) b) c) d) e)

Hal Ehwal Luar Negeri Pertahanan Pelajaran Kesihatan Pengangkutan

11

Klasifikasi Tanah

Klasifikasi tanah berdasarkan Akta ini; tanah di atas garis-pantai; dan pinggir pantai dan dasar laut Tanah di atas garis pantai dikelaskan seperti berikut ; tanah bandar iaitu tanah di mana-mana kawasan Negeri yang diisytiharkan sebagai bandar; tanah pekan iaitu tanah di mana kawasan Negeri yang diisytiharkan sebagai pekan; tanah negeri iaitu semua tanah di atas garis-pantai selain daripada tanah bandar atau tanah pekan.
12

a) b)

a) b) c)

Kategori Kegunaan Tanah

Seksyen 52(1) - 3 kategori kegunaan tanah :

a) b) c)

Pertanian Bangunan Industri

Kategori tanah disahkan mengikut subseksyen (1) pada dokumen hakmilik tanah dan ditetapkan oleh PBN pada masa tanah tersebut diluluskan.
13

Pengubahan Syarat, Sekatan dan Kategori Seksyen 124 KTN memperuntukkan bahawa tuan punya tanah milik boleh memohon kepada PBN untuk pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenalan kategori tanah yang baru; atau pembatalan atau pindaan syarat nyata atau pengenaan syarat nyata yang baru untuk membolehkannya menggunakan atau memajukan tanahnya bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini.

14

SEKSYEN 135 KTN SEKSYEN 135 KTN PECAH SEMPADAN TANAH PECAH SEMPADAN TANAH
Definisi Tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap sama ada hak milik pejabat tanah atau hak milik pejabat pendaftar dipecahkan kepada dua atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hak milik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama.
15

KUASA MELULUSKAN KUASA MELULUSKAN


Jika tiada apa-apa arahan bertentangan :

Hak milik Pejabat Pendaftar oleh Pengarah Tanah dan Galian. Hak milik pejabat tanah oleh Pentadbir Tanah.

16

SEKSYEN 140 KTN SEKSYEN 140 KTN PECAH BAHAGIAN TANAH PECAH BAHAGIAN TANAH
Definisi Tanah yang dipegang di bawah hak milik tetap sama ada hak milik pejabat tanah atau hak milik pejabat pendaftar yang dipegang oleh dua atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletak hak kepada setiap seorang daripada mereka, di bawah satu hak milik yang berasingan.
17

Seksyen 124A dan Seksyen 204D KTN

Permohonan tanah mengikut seksyen 124 Kanun Tanah Negara Pertimbangan permohonan tanah mengikut Seksyen 124A dan 204D Kanun Tanah Negara - permohonan dikemukakan kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang terlebih dahulu sebelum membuat permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat di bawah seksyen 124A dan penyerahan balik dan pemberimilikan semula di bawah seksyen 204D.
18

RAJAH 3 : CADANGAN MEMPROSES PERMOHONAN SECARA RAJAH 3 : CADANGAN MEMPROSES PERMOHONAN SECARA SERENTAK PERMOHONAN UBAH JENIS MENGIKUT SERENTAK PERMOHONAN UBAH JENIS MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 124 KTN 1965 PERUNTUKAN SEKSYEN 124 KTN 1965
PERMOHONAN UBAH JENIS/TUKAR SYARAT (PTG) (48 hari) UBAH JENIS/TUKAR SYARAT PIHAK BERKUASA NEGERI (PTG/PTD) PERINGKAT KEBENARAN MERANCANG OLEH PBPT Pelan dan dokumen yang boleh dipertimbang serentak semasa permohonan KM : Pelan Landskap (Sek.21A(1)(d)(i) dan Sek.21B(1)(a)(iii)Akta A933 Cadangan Nama Taman Sek.68 Akta 133 Pelan Kerja Tanah Sek.70A Akta 133 (75 hari) PERINGKAT PELAN BANGUNAN (33 hari*) OLEH PBT PERMOHONAN PELAN BANGUNAN Seksyen 70 Akta 133 (PBT) Pelan yang boleh dipertimbang serentak semasa permohonan pelan bangunan :Pelan Sanitari Pelan Jalan dan Parit Sek.9 & Sek.11 Akta 133
* Jika tiada bantahan/peruntukan subseksyen 21(6) Akta 172 tidak terpakai

PERMOHONAN PECAH SEMPADAN Sek.135 KTN (PTD/PTG) (47 hari) LESEN PEMAJU PERUMAHAN (KPKT) Permit Iklan dan Jualan Pemaju Perumahan (KPKT) (30 hari) PERMIT MEMULAKAN KERJA Subsek.13(1) UBBL (PBT) (2 hari)

PERMOHONAN QUALIFIED TITLE (PTD/PTG) (1 hari)

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG Subseksyen 21(1) Akta 172 (PBPT)

DELIVERY OF VACANT POSSESSION (ACT 118) & PERMOHONAN SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI Subsek.25(1) dan 25(2) UBBL (PBT) (24 bulan)

PEMBELI

19

RAJAH 4 : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROSES RAJAH 4 : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROSES KEBENARAN MERANCANG SECARA SERENTAK KEBENARAN MERANCANG SECARA SERENTAK MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 124A DAN 204D MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 124A DAN 204D KTN, 1965 KTN, 1965
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG Subseksyen 21(1) Akta 172 (PBPT) PERINGKAT KEBENARAN MERANCANG OLEH PBPT Pelan dan dokumen yang boleh dipertimbang serentak semasa permohonan KM : Pelan Landskap (Sek.21A(1)(d)(i) dan Sek.21B(1)(a)(iii)Akta A933 Cadangan Nama Taman Sek.68 Akta 133 Pelan Kerja Tanah Sek.70A Akta 133 (75 hari) PERMOHONAN PELAN BANGUNAN Seksyen 70 Akta 133 (PBT) (33 hari*) PERINGKAT PELAN BANGUNAN OLEH PBT Pelan yang boleh dipertimbang serentak semasa permohonan pelan bangunan :Pelan Sanitari Pelan Jalan dan Parit Sek.9 & Sek.11 Akta133 Pelan Konkrit Tetulang (45 * Jika tiada bantahan/peruntukan subseksyen 21(6) Akta 172 tidak hari)
terpakai

PERMOHONAN SERENTAK UBAH SYARAT DAN PECAH SEMPADAN (124A) DAN SERAH BALIK DAN KURNIA SEMULA (204A) (PTD/PTG) (53 hari) LESEN PEMAJU PERUMAHAN (KPKT) Permit Iklan Jualan Pemaju Perumahan (KPKT) (30 hari) PERMIT MEMULAKAN KERJA Sek. 13(1) UBBL (PBT) (2 hari)

PERMOHONAN QUALIFIED TITLE (PTD/PTG) (2 hari)

DELIVERY OF VACANT POSSESSION (ACT 118) & PERMOHONAN SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI Subsek.25(1) dan 25(2) UBBL (PBT) (24 bulan)

PEMBELI 20

AKTA AKTA PENGAMBILAN TANAH PENGAMBILAN TANAH 1960 1960 (AKTA 486) (AKTA 486)

21

AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 (AKTA 486) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 (AKTA 486)

a) b) c)

Telah disemak semula pada tahun 1992 Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa harta seseorang itu tidak diambil MELAINKAN SECARA PAKSA melalui Undang-Undang yang sah. Itulah Akta 486. Lazimnya, pengambilan secara paksa terlibat di dalam 3 keadaan iaitu : Untuk kegunaan awam (public purpose) Untuk kegunaan pembangunan ekonomi; dan Bagi tujuan perlombongan dan perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini terbahagi kepada 8 bab (parts)
22

Dalam prosedur Pengambilan Balik Tanah, perkara yang berkaitan ialah pada Bab 1, Seksyen 9 di mana memerlukan Pentadbir Tanah mendapatkan maklumat daripada Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (Landuse Zoning, RT atau RS) serta sebarang kemungkinan tanah yang diambil terlibat di dalam Rancangan Pembangunan.

23

HAK KE ATAS HARTA HAK KE ATAS HARTA Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan


1)

Tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undangundang Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi

1)

24

Peruntukan dalam Akta 172, Subseksyen 37(6) menyebut :


a)

b)

c)

Mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh PBPT; PBPT hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam; dan Tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan 3(1)(b) Akta 172
25

Tujuan Pengambilan Seksyen 3 Akta Tujuan Pengambilan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 Pengambilan Tanah 1960
3(1) PBN boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan :a) Bagi mana-mana maksud awam; b) Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud pada pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau kepada orang awam; atau c) Bagi maksud perlombongan atau bagi kediaman, pertanian, perniagaan, perindustrian atau maksudmaksud rekreasi atau mana-mana gabungan daripada maksud tersebut.
26

AKTA AKTA KERAJAAN TEMPATAN KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) 1976 (AKTA 171)

27

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) (AKTA 171)

a) b) c)

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 76(4) menyatakan keperluan penyeragaman undangundang bersabitan dengan aspek Kerajaan Tempatan. Antara peruntukan yang berkaitan meliputi perkara :Kuasa menjaga dan memelihara kawasan Kegunaan Awam Kuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku pencemaran di dalam kawasannya Kuasa menjalankan kerja-kerja pembersihan dan aktiviti yang berkaitan dengannya. 28

AKTA 171 BAHAGIAN I : PERMULAAN


Akta 171 dipakai hanya di Malaysia Barat sahaja Apa maksudnya? ahli majlis - seseorang yang dilantik di bawah Akta 171 untuk berkhidmat dalam Pihak Berkuasa Tempatan itu termasuklah Datuk Bandar atau Yang Dipertuanya;

29

kacau ganggu - sesuatu perbuatan, ketinggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak-hak penduduk-penduduk umumnya;

30

bangunan termasuklah sesebuah rumah, pondok, syed atau kepungan beratap, sama ada digunakan bagi maksud kediaman manusia atau selainnya, dan juga sesuatu tembok, pagar, pelantar, tangki bawah tanah, pementasan, get, liang, pilar, paling, bingkai, papan dendeng, pelancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas-pengkalan, kolam renang, jambatan, landasan keretapi, talian penghantaran, kabel, talian redifusyen, talian paip alas atau bawah tanah, atau apa-apa lain rangka bina, tupang atau asas;

31

Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan a)

Negeri-negeri Malaysia Barat, ertinya Raja dalam Mesyuarat atau Gabenor dalam Mesyuarat sesebuah Negeri dan termasuklah di Negeri Sembilan Yang DiPertuan Besar yang bertindak bagi pihak dirinya sendiri dan Pembesar-pembesar Memerintah; dan Wilayah Persekutuan, ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan;

a)

32

pihak berkuasa tempatan(PBT) - mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan dan berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960; tanah - termasuklah benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan kekalnya kepada sesuatu yang bercantum kepada bumi;

33

tanda langit - apa-apa binaan yang terdiri daripada suatu bingkai, papan dendeng, papan, bar, pilar, tiang, dawai atau sesuatu gabungan daripada benda-benda itu, atau apa-apa binaan yang serupa itu, atau apa-apa benda boleh dilihat yang terapung atau yang ditetapkan kedudukannya dengan ikatan dawai atau dengan lain-lain alat yang boleh dilentur, yang ditunjukkan bagi maksud iklan perdagangan atau profesion dalam sesuatu kedudukan supaya boleh mudah dilihat berlatarkan langit dari manamana lebuh atau tempat awam;

34

AKTA 171 BAHAGIAN II : PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Apa boleh pentadbiran PBT buat?
1.

Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan-kawasan PBT : (a) mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Negeri itu menjadi suatu kawasan PBT; (b) memberi suatu nama kepada kawasan PBT; (c) menentukan sempadan-sempadan bagi kawasan PBT itu; (d) menetapkan taraf PBT bagi kawasan PBT itu dan taraf itu adalah taraf Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.
35

2.

Penukaran nama dan taraf, dan pengubahan sempadan-sempadan (a) menukar nama mana-mana kawasan PBT; (b) menukar taraf sesuatu kawasan PBT; dan (c) mengubah sempadan-sempadan mana-mana kawasan PBT.

36

3.

Percantuman dua atau lebih PBT (a) mulai dari sesuatu tarikh, dua atau lebih PBT yang disebutkan hendaklah dicantumkan; (b) mulai dari tarikh itu disebut sebagai satu PBT yang dikenali dengan sesuatu nama seperti yang ditetapkan; dan (c) ditadbirkan oleh suatu PBT sebagaimana yang dinyatakan.

37

4.

Pewarisan hak, tanggungan dan kewajipan


(a) Segala hak, tanggungan dan kewajipan hendaklah, selepas penubuhan atau percantuman itu, berpindah kepada PBT; (b) apa-apa pembicaraan undang-undang yang belum selesai pada tarikh penubuhan atau percantuman itu maka hendaklah diganti satu pihak dengan suatu pihak lain sebagaimana yang perlu memandang kepada apa-apa pemindahan hak-hak; dan (c) Semua pegawai dan penjawat Majlis Tempatan, Lembaga Bandaran, Majlis Bandaran, Majlis Daerah, Lembaga Luar Bandar, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau Lembaga Pengurusan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, selepas penubuhan atau percantuman itu, menjadi pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat PBT yang baru dicantumkan itu.
38

5.

Akta ini diperluaskan ke kawasan-kawasan bukan PBT


(a) PBN boleh dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta; (b) mengenakan dengan apa-apa ubahsuaian yang difikirkan patut mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil kepada mana-mana kawasan yang terletak dalam Negeri itu yang tidak terkandung sama ada kesemuanya atau sebahagiannya dalam mana-mana kawasan PBT; dan (c) Semua peruntukan dan undang-undang kecil yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu hendaklah, tertakluk kepada ubahsuaian-ubahsuaian seperti tersebut di atas, mula berkuatkuasa dalam kawasan yang kepadanya ianya telah dikenakan itu.
39

Siapakah Ahli Majlis PBT ? Ahli Majlis dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan terdiri daripada
1.

Datuk Bandar atau Yang Dipertua; dan

tidak kurang daripada lapan (8) dan tidak lebih daripada dua puluh empat (24) orang Ahli Majlis.
2.

40

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133)


41

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) (AKTA 133) Akta ini diluluskan oleh Parlimen di bawah subperkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan keseragaman undang-undang di seluruh negara. Perkara ini ditegaskan dalam Preamble Akta ini, yang menyebutkan perimustahaknya dibuat satu undang-undang mengenai perkara-perkara kerajaan tempatan berhubung dengan jalan, parit dan bangunan bago menentukan persamaan undang-undang dan dasar. Walau bagaimanapun, Akta ini dipakai di
Malaysia Barat sahaja.
42

AKTA 133 BAHAGIAN I : PERMULAAN Akta 171 dipakai hanya di Malaysia Barat sahaja bangunan, kacau ganggu, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, tanda langit Tafsiran seperti di Akta 171 orang yang berkelayakan - arkitek, jurutera atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar

43

AKTA 133 BAHAGIAN IV : LORONG BELAKANG


Seksyen 65-69

Seksyen 65 - PBT boleh meminta PBN mengambil tanah bagi maksud menjadikannya lorong belakang. Seksyen 66 - PBN boleh pada bila-bila masa, atas perakuan PBT, memerintahkan supaya satu lorong belakang tidak melebihi 40 kaki lebar disusun atur atas mana-mana tanah.

44

KUASA PBT UNTUK BERTINDAK


[Seksyen 70b, 70d dan 72]

(a) Berlaku perubahan pada topografi, ciri tanah atau kawasan sekitarnya yang diakibatkan oleh pendirian bangunan atau sebab-sebab semula jadi (changes to the topography, features to the land or the surrounding area brought about by the erection of buildings or natural causes). Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh PBT ialah mengeluarkan perintah berhenti kerja (stop work order).
45

(a) Kuasa membuat pemeriksaan pada bila-bila masa sewaktu bangunan sedang dibangunkan, dan selanjutnya memberi apa-apa arahan atau notis bertulis tentang apa-apa pelancongan daripada pelan atau ketentuan yang diluluskan. PBT boleh juga memberi arahan atau notis bertulis sekiranya mendapati berlaku ketidakpatuhan atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini. (c) Sekiranya suatu bangunan itu telah dibina bertentangan dengan seksyen 70 Akta ini iaitu dibina tanpa mendapatkan kelulusan PBT, bangunan itu boleh diperintah supaya dirobohkan.
46

AKTA 133 BAHAGIAN VII : UNDANG-UNDANG KECIL


Seksyen 133

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By-Laws/UBBL) - dibuat di bawah kuasa seksyen 133 Akta 133. Ia merupakan perundangan kecil yang komprehensif mengenai perkara-perkara berikut : (a) Pengemukaan pelan-pelan untuk diluluskan (Bahagian II) (b) Ruang kawasan, cahaya dan pengudaraan (Bahagian III)
47

(c) Kerja-kerja sementara berhubungan dengan kerjakerja bangunan (Bahagian IV) (d) Kehendak-kehendak struktur (Bahagian V) (e) Kehendak-kehendak pembinaan (Bahagian VI) (f) Kehendak-kehendak menentang kebakaran (Bahagian VII) (g) Penggera kebakaran, pengesan api, pemadam api dan akses menentang kebakaran (Bahagian VIII) (h) Pelbagai (Bahagian IX)
48

AKTA KUALITI ALAM AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 SEKELILING 1974 (AKTA 127) (AKTA 127)

49

AKTA 127 BAHAGIAN IV : LARANGAN DAN KAWALAN MENGENAI PENCEMARAN


Seksyen 34A

Subseksyen 34A(1) Akta 127 memberi kuasa kepada Menteri Alam Sekitar, selepas berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling, untuk menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan kepada alam sekeliling, sebagai aktiviti yang ditetapkan, dan perlu dikawal bagi tujuan perlindungan alam sekitar.

50

(EIA) ialah satu alat untuk :


1.

Apa itu Laporan Penilaian Alam Sekitar EIA Apa itu Laporan Penilaian Alam Sekitar EIA ? ?
Mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar akibat daripada sesuatu cadangan projek. Mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu projek berkenaan boleh dilulus dan dilaksanakan. Mengurangkan masalah alam sekitar akibat dari sesuatu tindakan.
51

2.

3.

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, yang dibuat di bawah peruntukan subseksyen 34A(2) Akta 127, menetapkan 19 kategori yang memerlukan penyediaan EIA.

Apakah 19 kategori tersebut?

52

19 Kategori Yang Perlukan EIA


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Pertanian Lapangan Terbang Pengairan dan Saliran Tebus Guna Tanah Perikanan Perhutanan Perumahan Industri Infrastruktur Pelabuhan

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.

Perlombongan Petroleum Penjanaan dan Pemancaran Kuasa Kuari Keretapi Pengangkutan Pemajuan Rekreasi dan Peranginan Pengolahan dan Pelupusan buangan; dan Bekalan
53

Penyediaan EIA Laporan EIA disediakan oleh Perunding Kelulusan EIA Proses dan kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri atau Ibu Pejabat

54

AKTA 127 AKTA 127 BAHAGIAN IVA : KAWALAN BUANGAN TERJADUAL BAHAGIAN IVA : KAWALAN BUANGAN TERJADUAL
Seksyen 34B

Larangan terhadap penempatan, perletakan, dsb. buangan terjadual. Tiada seorang pun boleh melakukan perkara-perkara berikut tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
1.

(a) Melupuskan apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia;
55

(b) menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau (c) mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan terjadual.
2.

Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan bertulis sama ada tertakluk kepada syarat atau tak bersyarat.

56

3.

Apa-apa tindakan menerima atau menghantar, atau mentransit apa-apa buangan terjadual dengan kelulusan yang diperolehi melalui pemalsuan, salah nyataan atau fraud atau yang tidak mematuhi dengan cara yang material dengan dokumen yang releven dalam borang yang ditetapkan adalah suatu kesalahan. Sesiapa yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

4.

57

58

Anda mungkin juga menyukai