Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah dapat juga captainqudwah mengupdate blog.

Walaupun spm sudah lama berlalu namun penyakit malas dan kekurangan idea mengebabkan penulisan dan perkongsian tergendala buat sementara namus demikian, perjuangan mesti diteruskan. Mendapat idea semasa kelas memandu pagi tadi, kali ini captainqudwah akan berkongsi 3 jenis sabar yang ada dalam diri kita. Yang pertama ialah orang yang hilang sabar. Perkara ini berpunca daripada sesuatu perkara yang kita tidak suka. Contohnya jiran kita memasang radio dengan nada yang tinggi saat kita ingin manjalani program kembara mimpi. Orang yang hilang sabar akan cepat marah dan panas baran. Apabila jiran sabar, manusia mampu melakukan sesuatu di luar kawalan diri mereka dan lazimnya apa yang dilakukan membawa 1001 padah dan kesan negative. Jenis sabar yang kedua ialah orang yang tidak sabar-sabar. Lazimnya perkara ini berlaku kerana sesuatu perkara yang menarik yang ingin dilakukan. Contonnya ingin pulang awal kerana mama memasak makanan kegemaran mereka. Ingatlah biar lambat asalkan selamat. Lazimnya hasil kerja orang yang tidak sabar-sabar ini kurang sempurna dan banyak yang cacat cela. Jenis sabar yang ketiga ialah orang yang penyabar. Orang yang penyabar biasanya kuat pegangan islamnya. Kuat pergantungan kepada pencipta alam semesta. Sepertimana disebut dalam al-quran, sesungguh allah bersama orang-orang yang sabar. Hasil kerja orang yang penyabar ini biasanya sangat berkualiti dan berprestasi tinggi. Mudah-mudahan golongan penyabar ini akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insyaallah. Kesimpulannya, kita haruslah menjadi seorang yang penyabar. Oleh itu, captainqudwah telah menemui satu formula untuk kita menjadi bagus iaitu:S-SAYA A-AKAN B-BAGUS A-APABILA R-RELEKS p/s:- jangan kita hanya sibuk menyuruh orang lain untuk bersabar tetapi kita juga harus menyuruh diri kita untuk bersabar. Contoh terbaik apabila kita menyuruh orang untuk bersabar, apakah nada suara kita? Renung-renungkan. Yang paling penting, SEE THE QUALITY.

Anda mungkin juga menyukai