Anda di halaman 1dari 2

Kemurungan

i -Kemurungan merupakan suatu penyakit mental yang menyebabkan seseorang mengalami


kesedihan yang berpanjangan dan bukannya kelemahan karakter individu.
h - Oleh itu, kita hendaklah memahami keadaan dan kedudukan seorang yang mengalami
kemurungan.
c - Janganlah kita pandai-pandai mengandaikan individu tersebut tidak beriman
sebaliknya berilah mereka kata-kata semangat dan perangsang agar mereka berasa
mereka dihargai dan diperlukan.

i- Tanda-tanda kemurungan antaranya ialah gangguan tidur seperti insomnia.


h- Hal ini terjadi disebabkan seseorang ini gelisah memikirkan pandangan orang
lain terhadapnya dan impaknya dia akan menjadi cepat letih, lesu dan tidak bermaya
membuatkan aktiviti serta rutin hariannya juga bakal terjejas.
c - contohnya, ali mengalami insomnia yang membuatnya hanya dapat tidur selama
beberapa jam sahaja sehari. oleh hal demikian, dia sukar untuk fokus ketika belajar
di sekolah dan ini akan menjejaskan prestasi akademiknya pada masa hadapan.

i- Seterusnya, mempunyai perasaan pesimistik ataupun mudah putus harap tertanam di


dalam diri.
h- hal ini disebabkan oleh mentaliti pesakit yang telah terjurumus ke dalam alam
negativiti.
c - misalnya, individu tersebut ingin memenangi tempat pertama dalam acara maraton.
oleh itu, dia gigih berlatih berlari di taman perumahannya pada setiap petang akan
tetapi dia berhenti berlatih pada satu hari disebabkan terpengaruh dengan
pemikirannya yang mengatakan dia tidak akan menang dan usahanya akan menjadi sia-
sia.
i - simptom ketiga ialah selera makan terganggu.
h -bagaimana perkara ini boleh terjadi? ini adalah kerana apabila kesihatan mental
kita kurang sihat, maka kesihatan fizikal kita juga akan terganggu. Kita akan
menghadapi pelbagai penyakit yang bahaya seperti anorexia nervosa dan kwashiorkor
jika tidak makan dengan baik.
c - contohnya, individu a tidak mempunyai selera makan dan dietnya kurang sihat
membuatkan badannya masuk angin dan termuntah-muntah. Impaknya, fizikal badannya
kelihatan sangat kurus dan mukanya bagai ayam berak kapur.

i - selain itu, sering rasa bersalah atau menyalahkan diri sendiri.


h - hal ini terjadi disebabkan masih lagi bergantung dengan kesilapan dan kesalahan
silam yang pernah dilakukan dan mempunyai rasa bimbang serta takut kehilangan
orang-orang tersayang.
c - contohnya, apabila kita bersembang dengan rakan-rakan kita, kita bergurau dan
mesti mempunyai unsur-unsur yang sedikit sensitif dan kita pun terlepas benda
tersebut. Dalam hati, kita memikir bahawa kawan kita terasa dan kecil hati, membuat
kita rasa bersalah sebaliknya mereka tidak merasa apa-apa pun. Hanya kita yang
terlalu berfikir tentang perspektif pihak lain.

penutup
Walhasil untuk topik perbincangan kita hari ini, kemurungan, jelaslah bahawa
penyakit kemurungan adalah perkara yang serius dan bukanlah sebuah jenaka yang
boleh dibawa main. Oleh itu, kita sebagai satu komuniti, hendaklah berganding bahu
antara satu sama lain bagai aur dengan tebing untuk mengurangkan kes kemurungan
yang boleh mendatangkan padah kepada manusia. Seyogia, seorang tokoh pemimpin,
Mahatma Gandhi pernah berkata bahawa "kesihatan ialah kekayaan sejati, bukan emas
atau perak."

Anda mungkin juga menyukai