Anda di halaman 1dari 9

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 1

UNIT 15 FORMULA CHEZY

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari dan memahami penggunaan formula Chezy dalam menentukan nilai kadaralir dalam saluran terbuka. Objektif khusus: Di akhir unit ini pelajar akan dapat:1. Menyatakan pekali-pekali Chezy untuk beberapa jenis permukaan saluran. 2. Menentukan kadaralir dengan menggunakan formula Chezy. 3. Menentukan dimensi keratan atau kecerunan dasar menggunakan formula Chezy.

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 2

INPUT

15.0

Pengenalan Terdapat beberapa rumusan atau formula yang telah dihasilkan dalam menentukan kadaralir dalam saluran terbuka. Bagaimanapun dua rumusan yang biasa digunakan ialah formula Chezy dan formula Manning. Kedua-dua rumusan ini akan kita gunakan dalam menentukan nilai pekali-pekali bagi setiap rumusan atau formula berkenaan.

15.1

Formula Chezy Untuk mendapatkan atau menerbitkan formula Chezy, cuba perhatikan gambarajah 15.0 dibawah,

L V i Gambarajah 15.0 contoh saluran terbuka Gambarajah menunjukkan satu elemen bendalir panjang L dan luas keratan rentas A, Daya yang menghasilkan pergerakan = Komponen berat elemen tertindak pada sepanjang terusan = wAL sin i = wAL i ( untuk kecerunan kecil, sin i = 1 )

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 3

Jika q ialah rintangan geseran per unit luas pada unit halaju, Maka rintangan per unit luas pada halaju v = qv2 Seretan geseran pada elemen = qv2 x luas sentuhan saluran = qv2 x PL = qv2 PL Oleh kerana elemen tidak mempunyai pecutan, Daya yang menghasilkan pergerakan = seretan geseran wAL i = qv2 PL v2 = v2 = w A . .i q p w .m.i q dimana, m = A P

Dari itu, v = Maka halaju aliran adalah, v = C (m.i )

w (m.i ) q

dimana, C adalah pekali Chezys Untuk menentukan kadaralir, Kadaralir, Q = A xV = A C (m.i )

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 4

15.1.1 Penggunaan formula Chezy Contoh 15.1

Satu saluran segiempat pada kedalaman 4 m dan lebar 6 m mempunyai kecerunan dasar 1 dalam 1000. Kirakan halaju min dan kadar alir bila air mengalir penuh. Pekali Chezy ialah 50. Penyelesaian, Kedalaman min hidraulik, m = A/P = Luas saluran A = bd = 6 x 4 = 24 m2 Perimeter basah,P = B + 2D = 6 + 2(4) = 14 Maka kedalaman min hidraulik = 24/14 = 1.71 m Kecerunan dasar i = 1/1000 = 0.001 Halaju min, v = C (m.i ) = 50 v = C 1.71x0.001 (1) = 2.07 m/s Kadaralir, Q = luas x halaju = bd. v = (6 x 4) x 2.07 = 49.62 m3/s Contoh 15.2 Satu saluran terbuka berbentuk V mempunyai kecerunan sisi masing-masing 300 dari garis tegak (lihat rajah). Jika kadaralir ialah 13.5 dm3/s semasa kedalaman air 225mm, kirakan kecerunan dasar saluran. Pekali Chezy ialah 49.

D=

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 5

Penyelesaian, Perimeter basah, P = 2 x D/kos300 = 2 x 0.225 / kos300 = 0.52 m Luas saluran, A = x 2(Dtan300) x D = x 2 (0.225 tan 300) x 0.225 = 0.03 m2 Jejari hidraulik, m = A/P = 0.03/0.52 = 0.06 m

D=tan 300

D=

kadaralir Q = 13.5dm3/s = 0.0135 m3/s Dari persamaan, Q = AC (m.i ) 0.0135 = 0.03 x 49 i = 0.06i

(0.01352 ) x 0.06 (0.03x 49) 2 = 0.0014

Contoh 15.3 Air mengalir dengan kadaralir 8.5 m3/s di dalam terusan berbentuk trapezoid dengan lebar dasar 9m dan kedalaman air 1.2m. Kecerunan sisi ialah 1:2. Kirakan kecerunan dasar jika Pekali Chezy ialah 49.5. 1 2 B=9 m Luas saluran, A = (9+2x1.2)1.2 = 13.68 m2 Perimeter basah, P = 9+2x1.2 12  22 = 14.37 m m = A/P = 0.95 kadaralir, Q = = 13.68 x 49.5 0.95 x i (8.5)2 = 13.682 x (49.5)2 x 0.95 x i i = 1: 6029

D=1.2m

Penyelesaian,

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 6

Aktiviti 15.0 1. Dengan menggunakan rumus Chezy, tentukan kadaralir yang mengalir melalui saluran yang ditunjukkan dibawah ini, halaju aliran 3 m/s kecerun dasar 1: 2500 dan C=49.5. Penyelesaian:
2m

4m

2. Bagi saluran yang berbentu trapezoid dibawah dapatkan nilai kecerunan dasar jika kadaralir ialah 9.0 m3/s. Pekali Chezy ialah 49.5.

Penyelesaian: D=1.1m 2 B=8 m 1

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 7

MAKLUM BALAS AKTIVITI 15.0


1. Dengan menggunakan persamaan Cherzy bagi saluran segiempat nilai kadaralir akan diperoleh iaituQ = 7.92 m3/s 2. Pelajar boleh merujuk contoh 15.5 untuk menjawab soalan ini. Gunakan formula Chezy untuk mendapatkan jawapan. i = 1: 3008

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 8

PENILAIAN KENDIRI

1. Air mengalir melalui paip bergarispusat 3m. Jika kecerunan paip ialah 1 : 400, kirakan kadaralir jika air mengalir separuh penuh. Pekali Chezy, C = 45. ( 6.88 m3/s) 2. Satu saluran 0.9m lebar mempunyai sisi tegak sementara dasarnya berbentuk V dimana sudut V ialah 1200. Apabila kedalaman air yang diukur dari dasar saluran ialah 0.6m, kirakan kadaralir jika kecerunan dasar ialah 1:1200 dan C= 55. 3. Tentukan jejari sebuah saluran terbuka berbentuk separuh bulatan yang boleh mengalirkan air sebanyak 280liter/s. Kecerunan saluran ialah 1:2500. Ambil C=56. Jika saluran berbentuk segiempat dengan lebar dan dalam yang sama, kirakan kadaralir dengan nilai C dan kecerunan yang sama. 4. Satu terusan berbentuk trapezoid akan dibina untuk mengalirkan air sebanyak 280 m3/s. tentukan ukuran-ukuran keratan rentas terusan tersebut jika kecerunan dasar ialah 1:1600, sudut sisi 450 dan keratan rentas adalah minimum. C=50. 5. Tentukan nisbah kedalaman d dengan lebar b untuk terusan segiempat dengan keluasan sekata A dan kecerunan dasar 1 untuk kadaralir maksimum. Tentukan ukuran-ukuran untuk terusan tersebut jika diberi i = 2000 dan kadaralir ialah 5.6 m3/s. C=66. 6. Satu terusan berbentuk trapezoid dengan sudut sisi 600 ke ufuk dikehendaki untuk mengalirkan 4.25 m3/s air dengan kecerunan dasar 1 dalam 9000. Tentukan ukuran-ukuran yang sesuai untuk keratan rentas minimum jika pekali Chezy ialah 49. 7. Keratan rentas sebuah saluran adalah berbentuk separuh bulatan jejari 600mm dan bersisi tegak. Kecerunan saluran ialah 1:2800. Kirakan kadaralir dalam m3/s bila kedalaman air ditengah saluran ialah 900mm. C=47 8. Sebuah saluran berbentuk V yang membuat sudut 450 dengan garis pugak dikehendaki menghantar air pada ukurdalam 0.25m atas cerun dasar 1 dalam 500. Jika C=58, kirakan isipadu air yang mengalir di dalam saluran. Berapakah ukurdalam air dalam salurana ini sekiranya dikehendaki pula untuk menghantar air dua kali ganda isipadu air per saat dengan cerun dan nilai C tidak berubah?

FORMULA CHEZY

C3009/ UNIT 15 / 9

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


1. 6.88 m3/s 2. 0.33 m3/s 3. 0.55, 0.36 m3/s 4. d=1.53, b=1.27m 5. 1:2, 1.49m, 2.97 6. d=2.14m, b=2.47m 7. 0.506 m3/s 8. 46.4l/s, 0.33m

Anda mungkin juga menyukai