Anda di halaman 1dari 3

Belajar Main Gitar Dalam Masa Singkat?

Hai, saya Zaidi atau anda boleh memanggil nama manja saya Pak lang :). Jika anda mencari carabelajar main gitar, anda berada di tempat yang betul sebab saya akan menceritakan bagaimana saya atau mungkin anda dapat belajar main gitar dengan mudah. Ok, perkara asas untuk belajar main gitar ada empat iaitu: 1. Memiliki sebuah gitar 2. Buku panduan kord gitar 3. Teknik strumming dan scaling 4. Tune gitar Anda dah bersedia? kita mulakan sekarang.

Memiliki Sebuah Gitar


Tips Cara Memilih Gitar

Gitar adalah antara alat instrument yang tertua di dunia muzik. Terdapat pelbagai jenis gitar. Antaranya yang popular adalah gitar akustik dan gitar elektrik. Bagi anda yang baru belajar main gitar saya sarankan anda

menggunakan gitar akustik atau lebih dikenali sebagai gitar kapok kerana ianya mudah untuk adjust dan mampu milik. Bagi saya gitar akustik yang terbaik adalah keluaran Yamaha. Harganya agak mahal sedikit sekitar RM300 - RM500 tapi kualitinya sangat bagus. Bagi anda yang tak berkemampuan anda boleh beli gitar akustik yang biasa berharga sekitar RM80 RM200 di kedai alat muzik. Semasa membeli gitar pastikan gitar tersebut mempunyai enam tali. Cuba petik semua tali dari atas ke bawah. Jika bunyinya merdu dan sedap di dengar bermakna gitar itu sesuai untuk anda. Kemudian pastikan tune adjuster (kat kepala gitar) tidak terlalu ketat. P/S: Amatlah disarankan membawa orang yang berpengalaman semasa membeli gitar untuk mengelak kes penipuan.

Buku Panduan Kord Gitar


Selepas anda memiliki sebuah gitar perkara pertama yang anda perlu tahu ialah kord gitar. Ada banyak jenis kord gitar yang anda perlu tahu. Pada permulaan saya sarankan anda belajar asas kord dahulu iaitu:

Cara nak faham senang aje. Bayangkan gitar anda di kecilkan seperti pic diatas (bukan pic gitar). Kemudian titik atau point hitam adalah tempat meletakkan jari anda. Contohnya kord C sepeti pic di atas (kanan). Untuk memudahkan anda, beli buku kord gitar di kedai buku. Di dalam buku kord gitar ada menerangkan secara terperinci mengenai kord gitar dan cara melaksanakannya.

Teknik Strumming dan Scaling


Cara Memetik Gitar
Sebelum kita bermain sebuah lagu anda perlu tahu cara-cara memetik gitar atau lebih di kenali sebagai strumming. Strumming adalah cara untuk menghasilkan rhythm, irama atau rentak gitar yang tempo masanya sama dengan kebanyakkan lagu. Kebiasaannya ada sembilan kali petikkan gitar untuk menghasilkan rhythm yang sempurna iaitu. down,down,down,up,down,up,up,down,up (down= petikan gitar dari atas kebawah, up= petikan gitar dari bawah ke atas) Rhythm ini kena di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu: Kumpulan 1: down,down Kumpulan 2: down,up,down,up,up,down,up

Anda mungkin juga menyukai